Bilangan rumah ibadat tidak seimbang

Bilangan rumah ibadat tidak seimbang
KUALA LUMPUR – Jumlah rumah ibadah yang kurang seimbang dengan bilangan populasi penduduk, dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyebabkan rasa kurang senang dikalangan penduduk negara ini dalam hubungan antara agama.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) , Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad mendedahkan, kajian yang dijalankan pihaknya di Kuala Lumpur mendapati bilangan masjid jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan rumah ibadat lain, meskipun majoriti penduduk adalah beragama Islam.

“Contohnya terdapat hanya 13 buah masjid dan 62 surau di mukim Sentul di sini, sedangkan terdapat 532 rumah ibadat lain (20 gereja, 72 kuil Hindu/Gurdwara dan 440 tokong Budha).

“Di seluruh Kuala Lumpur pula terdapat 64 buah gereja, 192 buah kuil Hindu, malah bilangan tokong Budha mencecah 819 buah, dan hanya ada 59 masjid dan 218 surau/madrasah “ katanya semasa sidang media Hasil Kajian “Sensitiviti Masyarakat Islam Terhadap Struktur Rumah Ibadah Agama Bukan Islam” di sini hari ini (4 September).

Kajian tersebut dijalankan oleh secara kerjasama antara YADIM dengan Merdeka Centre For Opinion Research, sejak tahun 2007 bagi mengenal pasti dan memahami keadaan semasa, terutamanya selepas beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengadakan demonstrasi jalanan atas nama agama.

Dalam pada itu menurut Nakhaie, masalah ketidak seimbangan itu disebabkan kurangnya penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan, terutamanya dalam menangani masalah rumah ibadat yang dibina secara haram.

Tambahnya, masalah ketidak seimbangn ini jika dibiarkan berlarutan, pasti akan mengancam keamanan dan keharmonian negara ini.

“Kajian yang ditunjukkan YADIM juga menunjukkan masyarakat Islam cukup bertolerasi dalam hubungan antara agama. 91 peratus daripada responden yang dikaji mereka tidak menghadapi masalah keagamaan di kawasan masing-masing dan 92 peratus mengatakan mereka menghormati hak penganut agama lain,” katanya.

Pada masa yang sama, Mohd Nakhaie juga berharap agar pihak-pihak terbabit tidak mengambil kesempatan dan mempolitikkan perkara ini kerana ianya akan mengeruhkan keadaan.

 

Sumber : http://www.yadim.com.my/berita/BeritaPenuh.asp?newsId=4559

FAKTA RUMAH IBADAT DI SELANGOR

Dr. Mohd Ridhuan Tee  menulis dalam http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm     saya petik sebahagian tulisan beliau :

Helen Ang juga mempertikaikan fakta yang saya tulis akan bilangan rumah ibadat bukan Islam seperti kuil Hindu, tokong Cina dan gereja Kristian melebihi bilangan surau dan masjid. Di sini saya pamerkan statistik tersebut untuk pengetahuan beliau akan nasib Melayu di bumi Melayu.

Contohnya di Selangor mempunyai penduduk berjumlah 4.8 juta.

Daripada jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau.

orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong,

orang India berjumlah 647,000 dengan 810 kuil berdaftar (bilangan ini belum dicampurkan dengan tokong dan kuil yang tidak berdaftar).

Manakala, bilangan gereja Kristian biarlah Helen Ang yang cari untuk menampung jumlah 50,000 penganut Kristian.

Statistik

Berdasarkan kepada statistik ini, jelas kepada kita, setelah dicampur semua rumah ibadat bukan Islam, kedudukan masjid surau sebenarnya jauh ketinggalan. Ini baru perbandingan satu negeri, bayangkan negeri- negeri lain. Adakah nisbah antara bilangan penduduk dengan bilangan rumah ibadat itu adil? Begitu besar bezanya. Sila rujuk Wikipedia, walaupun ia bukanlah sumber yang outentik dalam akademik. Tetapi saya yakin statistik ini tidak jauh bezanya.

Jangan kita bercakap kosong tanpa melakukan penyelidikan. Helen Ang mungkin terkejut bila saya paparkan statistik seluruh negara. Kenapa dalam sebuah negara majoriti Melayu boleh berlaku demikian? Inilah tolak ansur orang Melayu. Hormatilah tolak ansur ini. Jangan terlalu kiasu.