Doa Abu Darda’ Dari Nabi s.a.w

Sekali peristiwa datang seorang lelaki kepada Abu Darda’ seraya berkata: Wahai Abu Darda’, rumahmu telah terbakar! Jawab Abu Darda’: Tidak mungkin rumahku terbakar, mustahil Allah Ta’ala akan melakukan begitu sesudah mendengar beberapa kalimat (doa) daripada Rasulullah s.a.w. yang mengatakan: Barangsiapa membacanya pada awal siangnya tidak akan ditimpa musibah hingga ke petangnya, dan barangsiapa membacanya pada akhir siangnya (di waktu petang) tidak akan ditimpa musibah hingga ke paginya, iaitu doa ini:

abudarda3

Maksudnya:

Ya Allah, ya Tuhanku! Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau, kepadaMu aku menyerah diri, dan Engkau Tuhan yang memiliki arasy (singgahsana) yang besar. Ара yang dikehendaki Allah pasti akan berlaku, dan ара yang tidak dikehendakiNya pasti tidak akan berlaku, tiada daya dan tenaga melaikan dengan Allah Yang Maha Tinggi Maha Besar, aku mengetahui bahawasanya Allah itu berkuasa di atas segala sesuatu, dan bahawasanya Allah telah meliputi ilmuNya kepada segala sesuatu. Ya allah, ya Tuhanku , sesungguhnya aku  berlindung diri dengan Mu daripada kejahatan diriku dan daripada kejahatan semua makhluk melata yang Engkau memiliki kuasa ke atasnya, sesungguhnya Tuhanku berdiri di atas jalan yang lurus.

 

– Petikan: Imam Nawawi, Al Adzkar, bab Apa yang di baca pada waktu pagi dan petang.

Doa ketika menyaksikan sembelihan korban

Di petik dari Buku 101 Doa Para Nabi Dan Rasul Dalam Al Quran pada muka surat 59, Karangan Ust Hj Zahazan Mohamed , Terbitan Telaga Biru, Buku setebal 200 halaman ini baik dan menarik untuk di baca. Di dalamnya termasuk diceritakan Khasiat dan Kaifiat beramal dengan doa doa tersebut. DAPATKAN BUKU INI DARI TOKO BUKU BERHAMPIRAN. Terima kasih Ustaz Zahazan Mohamed .

Halaman 59

 

ARTIKAL LAIN YANG BERKAITAN KORBAN

1. https://aburedza.wordpress.com/2011/08/02/bible-pertentangan-fakta-siapa-anak-sulung-yang-akan-dikorban-ibrahim-a-s-ishak-atau-ismail/

2. https://aburedza.wordpress.com/2011/12/17/bible-antara-sulung-dan-tunggal-yang-mana-nak-di-korbankan/

Semuanya Bertasbih Kepada Allah

QS 57 al Hadid 1-6

Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih[1] kepada Allah.

Dan Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Kepunyaan-Nya lah kerajaan langit dan bumi,

Dia menghidupkan dan mematikan,

dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir,

Yang Lahir dan Yang Batin;

dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Dialah yang menciptakan langit dan bumi

dalam enam masa;

Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy

Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi

dan apa yang keluar daripadanya

dan apa yang turun dari langit

dan apa yang naik kepadanya.

Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada.

Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi.

Dan kepada Allah-lah dikembalikan segala urusan.

Dialah yang memasukkan malam ke dalam siang

dan memasukkan siang ke dalam malam.

Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati.

-QS 57 al Hadid 1-6

_______________________________

Ustaz Hj Zahazan Mohamed di dalam Bukunya 101 Doa dari Al Quran memetik dari kitab al Darrul Manthur  tafsir ayat 1-6  surah al Hadid menulis:

Menurut Ibn Najjar dalam kitab Tarikh Baghdad dengan sanad yang dhaif, daripada al Barra’ bin ‘Azib berkata bahawa  beliau telah bertanya kepada Ali r.a. Saidina Ali memberitahu kepadaku  tentang pekara yang paling hebat yang diberitahu oleh nabi s.a.w. Beliau berkata maksudnya:

” Bacalah 6 ayat pertama daripada surah al Hadid dan 4 ayat terakhir surah al Hasyr.  Kemudian angkatlah kedua tanganmu, berdoa dengan nama-namaNya yang mulai dan dengan berselawat ke atas nabi s.a.w.. InsyaAllah akan diterima oleh Allah”

 


[1] menyatakan kebesaran Allah

Doa Kepada Bayi Yang Baru Di Lahirkan

Ustaz Hj Zahzan Mohammad didalam bukunya 101 Doa  dari Al Quran[1] menyebut emak Maryam ketika ia melihat seekor burung memberi makan kepada anaknya ia bernazar kepada Allah jika ia mendapat anak akan disuruh berkhidmat kepada Baitul Makdis.[2]

Emak kepada Maryam adalah Istri Imran[3] bernama Hannah[4] Binti Faqud bernazar dengan berkata:

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitulmakdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.[5]

Maka selepas Hannah melahirkan anaknya, dia pun berkata:

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan

إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada setan yang terkutuk.”[6]

Ustaz Haron Din di dalam Bukunya  Ikhtiar penyembuhan Penyakit, menulis doa tahnik seperti berikut:

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah  Allah yang sempurna daripada syaitan-syaitan serta dijauhkan daripada penyakit-penyakit yang menyerang manusia.


[1] 101 Doa Para Nabi & Rasul dalam al-Quran, Penulis :  Ustaz Haji Zahazan Mohamed , HARGA     :  RM 19.90

[2] Kisah ini juga diriwayatkan oleh Ibn Katsir didalam Kisah Para Nabi dengan merujuk kepada Ibnu Ishak dan lain-lain  sumber.

[3] Menurut Ibnu Katsir , ulama sepakat mengatakan Imran  adalah keturunan Nabi Daud a.s.

[4] Ada pendapat Hanah adalah saudara perempuan kepada isteri nabi Zakaria. Isteri Nabi Zakaria bernama Elisabeth. Mengikut pendapat ini maka Maryam  adalah anak saudara Zakaria a.s  yang mengasuhnya.(Rujuk Ibnu Katsir : Kisah para Nabi)

Pendapat lain mengatakan Elisabeth adalah sepupu Maryam. ( Maulana Abdullah Yusof Ali memetik daripada Luke. i.36.)

Nama lain bagi Hannah ialah Anna (bahasa Latin) dan Anne ( bahasa Inggeris)

[5] QS Ali Imran  35

[6] QS Ali Imran 36 – penulis memaparkan teks al Quran hanya pada bahagian doa berkaitan. Teks doa tersebut diulas oleh Ustaz Zahazan, elok diamalkan membaca doa ini kepada bayi yang baru di lahirkan untuk mendapat perlindungan Allah. Beliau merujuk kepada Tafsir al-Khazin ayat 36 surah Ali Imran.

Ya Allah Berikanlah Aku Hikmah

Ya Allah Berikanlah aku Hikmah[1]

(Allah) Yang telah menciptakan aku,

maka Dialah yang menunjuki aku.

Dan Tuhanku,

Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku.

Dan apabila aku sakit,

Dialah Yang menyembuhkan aku.

Dan Yang akan mematikan aku,

kemudian akan menghidupkan aku (kembali).

Dan Yang amat kuinginkan

akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat.


Ya Tuhanku,

berikanlah kepadaku hikmah

dan masukkanlah aku

ke dalam golongan orang-orang yang saleh.

dan jadikanlah aku

buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian.

dan jadikanlah aku

termasuk orang-orang yang mempusakai surga yang penuh keni’matan.

Dan ampunilah bapakku,

karena sesungguhnya ia adalah termasuk golongan orang-orang yang sesat.

dan janganlah Engkau hinakan aku

pada hari mereka dibangkitkan,

(yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,

kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.

Dan (di hari itu) didekatkanlah surga kepada orang-orang yang bertakwa,

dan diperlihatkan dengan jelas

neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat.


[1] Surah As Shura  77- 91

Setelah nabi Ibrahim a.s  menemui kebenaran di dalam mencari Maha Pencipta, baginda a.s mengungkapkan doa tersebut. Maulana Abdullah Yusof Ali  didalam  terjemahan dan huraian Maksud Al Quran ( Edisi Terjemahan DBP) menulis mengenai doa ini:

a.        Ia mahu supaya ruh dan jiwanya di cahayai dengan hikmah kebijaksanaan daripada sisi tuhan.

b.       Hatinya dan hayatnya dipenuhi dengan kebajikan.

c.        Ia tidak akan merasa puas dengan berkerja dan berusaha untuk dirinya sendiri sahaja, ataupun untuk orang pada keturunannya sahaja, pandangannya mencakupi semua keturunan manusia yang akan datang.

d.       Sudah tentu  baginda berhasrat untuk mencapai tujuan tertinggi hidup orang yang saleh, iaitu taman syurga penuh kebahagian, dengan dikurnia Wajah Tuhan, tetapi ia belum merasa puas dengan ini sahaja

e.       Kerana ia mahu supaya ayahndanya dan kerabatnya bersama-sama mengalami kebahagiaan rohaniahnya, supaya dengan itu ia dengan rasa bangganya melihat semua mereka yang boleh dicapai olehnya, dalam kedudukan yang mulia pada hari Pengadilan.

Sumber asal:  http://masjidassyakirin.wordpress.com/