Wajib Haji
Wajib haji ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji. Jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya, haji tersebut sah tetapi dikenakan dam dengan syarat-syaratnya. Dia juga menanggong dosa jika meninggalkan pekara tersebut dengan sengaja.
Sebaliknya Rukun Haji mesti ditunaikan, jika tidak ditunaikan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja maka tidak sah hajinya. Rukun haji ialah Niat, Wukuf di Arafah, Tawaf, Saei, bercukur atau bergunting dan Tertib pada kebanyakan rukun ( Lihat Rajah di sebelah).
1. Berniat Ihram di Miqat
2. Meninggalkan Larangan dalam Ihram
3. Mabit Di Muzdalifah
4. Mabit di Mina – Maksudnya berada di Mina pada malam –malam hari 11,12, dan 13 Zulhijjah. Bagi Nafar Awal boleh sahaja pada 11 dan 12 sahaja dan bagi nafar thani 11,12, dan 13.
(11,12 dan 13 Zulhijjah bersamaan 7 ,8 dan 9 November)
Orang Yang Dikecualikan Daripada Mabit di Mina Tanpa Dikenakan Dam dan Tidak Berdosa
Tidak mabit di Mina tanpa uzur syarii adalah berdosa dan dikenakan dam (Tertib dan Taqdir).
Terdapat golongan yang dikecualikan daripada mabit di Mina tanpa dikenakan dam dan tidak berdosa.
Secara umumnya boleh dikatakan mereka yang terlibat dalam keadaan ini ialah “sesiapa yang dihalang oleh sesuatu perkara atau keadaan daripada mabit di Mina bukan dengan kehendaknya”. Contohnya seperti berikut:
i) Seseorang yang takut dirinya mendapat bahaya.
ii) Seseorang yang takut kehilangan atau kebinasaan harta bendanya atau harta benda orang lain yang diamanahkan kepadanya walaupun sedikit.
iii) Seseorang yang mencari orang yang sesat atau hilang.
iv) Seseorang yang sakit dan sukar baginya untuk mabit.
v) Seseorang yang menjaga atau menemani orang yang sakit.
vi) Seseorang yang tidak mendapat tempat untuk mabit kerana kawasan Mina telah penuh sesak
dan padat dengan jemaah haji.
vii) Petugas-petugas yang diarahkan menguruskan kebajikan jemaah haji.
5. Melontar 7 biji anak batu di Jamrah Kubra – masa untuk melontar 7 biji anak batu bermula selepas selepas separuh malam 10 Zulhijjah dan berakhir apabila matahari terbenam (masuk magrib) pada 13 zulhijjah.
6. Melontar Anak Batu di 3 Jamrah – Jemaah haji boleh membuat pilihan sama ada untuk melontar pada 11 dan 12 Zulhijjah sahaja bagi Nafar Awwal atau 11, 12 dan 13 bagi Nafar Thani. Maksud nafar awal ialah keluar dari Mina pada 12 Zulhijjah sebelum terbenam matahari (masuk waktu magrib). Nafar awal dibenarkan kepada semua jemaah haji yang uzur atau sihat, dengan syarat tertentu iaitu a. telah selesai melontar ke 3 jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah. b . telah mabit 2 malam diMina mpada 11 dan 12 Zulhijjah c. Berniat nafar awal sebelum keluar dari Mina dan d. tidak beaazam kembali ke Mina.
Rujukan: Panduan Haji, Umrah Dan Ziarah, Keluaran LUTH. Boleh Download di SINI