Harumanis : Rahmat Allah Untuk Warga Perlis

Gambar 17 jan 2015

Gambar 17 jan 2015

Harumanis berbunga lagi.

Perlis akan diingati apabila Harumanis akan mulai masak sekitar 3 bulan lagi. Demikian Allah melimpahkan rahmatnya kepada warga Perlis. Perlis dan sedikit di bahagian Kedah Utara hanya tempat sesuai dengan klon mempelam jenis Harumanis.

Warga Perlis sepatutnya mengambil kesempatan dari Rahmat yang dianugrahkan Allah ini, dan bersyukur kerananya.

Allah berfirman:

SURAT 16. AN NAHL AYAT 11

يُنْبِتُ لَكُمْ بِهِ الزَّرْعَ وَالزَّيْتُونَ وَالنَّخِيلَ وَالأعْنَابَ وَمِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya

Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Allahlagi  berfirman maksudnya :

“Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.”

Demikian kelebihan Harumanis tentang rasanya yang disebut di dalam ayat berikut:

SURAT 13. AR RA’D AYAT 4

وَفِي الأرْضِ قِطَعٌ مُتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الأكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Maksudnya

Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.

Bagaimanapun kita yang mengusakan tanaman Harumanis secara Kormesil jangan lupa peringatan Allah dalam firmanya, bermaksud: ” Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya”

SURAT 6. AL AN’AAM AYAT 141

وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَ جَنَّاتٍ مَعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ كُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Maksudnya

Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

Menurut buku Panduan Mengeluarkan Zakat oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Cetakan 2001:

Nisab zakat pertanian bagi negeri perlis ialah RM 542.69.

Kadarnya antara 5%-10%.

Sila hubungi Pejabat Zakat Negeri Perlis untuk keterangan selengkapnya.

Jom Masih Belum Lambat Membuat Rawatan Pengalak Bunga Harumanis

Hari ini 2 Nov 2013, masih belum terlambat untuk membuat rawatan pengalak bunga memeplam Harumanis. Di jangka Harumanis akan mula berbunga disekitar Awal Januari 2014 jika musim kemarau datang seperti biasa. Jika musim kemarau lambat, Mempelam Harumanis juga akan menunda musim bunganya. Allah swt maha mengetahui.

Bagi saya yang agak kalut/sebuk hanya hari ini baru boleh membuat rawatan tersebut. Sebanyak 60 pokok telah siap dirawat cuma berbaki 20 pokok lebih lagi yang belum.

Bahan dan Peralatan

PERALATAN DAN BAHAN

PERALATAN DAN BAHAN

FLOW STAR, BOTOL KECIL, PACAGARI, SARUNG TANGAN, TIMBA

FLOW STAR, BOTOL KECIL, PACAGARI, SARUNG TANGAN, TIMBA

KADAR PENGUNAAN

KADAR PENGUNAAN

Bahan dan peralatan ialah seperti berikut:

1. Pengalak bunga, saya mengunakan Jenama Flow Star 250. bahan aktifnya ialah  Paclobutrazol 25%. Harga untuk 1000 ml ialah RM190.00  . Tahun sudah lebih murah RM180.00 . Ini bermakna 1ml =  19 sen. Kalau satu pokok guna 5ml = 5X0.19= RM0.95

2. Timba air – ikut saiz dan kemampuan mengangkut

3. Picagari 10 ml – untuk sukatan yang tepat dan cepat dan mengelak tumpah jika guna jenis penyukat yang lain.

4. Botol air minuman 500 ml – guna untuk menyukat air  +- 500 ml air  +  beberapa ml bahan pengalak

5. Sarung tangan

6. Botol kecil bersaiz 250 ml –  botol ini untuk memindah flow star supaya senang dibawa dari pokok ke pokok, jika tidak kita kena bawa botol sebesar 1000 ml, ini agak sukar dan mengangu.

Panduan Menguna

Lihat ganbar di atas untuk sukatan yang betul. Awas jika anda terlebih mengunakan pengalak bunga ini akan menyebabkan pertumbuhan pokok tergangu. Tanda lebih berlaku ialah jika dilihat pada susunan daun, jarak susunan daun lebih dekat macam bonsai.

Panduan pada botol mengunakan umur pokok sebagai panduan. Satu cara lagi ialah mengikut kanopi pokok. Maksudnya, berapa meter jarak dari perdu ke hujung daun. Kataakan 4 meter bagi pokok berumur 6 tahun. Kalikan dengan dua untuk dapatkan jarak hujung daun ke hujung daun = 8 meter. Jadi gunakan 8 ml pengalak disukat dan bancuhkan dengan lebih kurang 500 ml air dan tuang pada pangkal pokok dekat tanah. Bancuhan akan mengena bahagian pangkal dan meresap kedalam tanah.

Mudah kerjanya bukan.

Pengalak bunga diguna untuk merangsang pengeluaran bunga, supaya dapat keluar dengan serentak dan banyak.

Pembaca mungkin bertanya, apa guna racun lipas Baigon pada gambar pertama. Begini, kalau kita ke pejabat, kita misti bawa pen. Kalau kita ke sawah kita mistii bawa cangkul. Kalau kita ke kebun mempelam, pastikan anda membawa:

1. Golok/parang  2. Gunting pangkas   3. Gergaji Pangkas  4. Dawai sepanjang 10 inci dan   5. Racun serangga – saya agak malas unuk membancuh racun serangga maka saya mengantikan dengan Baigon. Baigon dia ada paip yang boleh masukkankedalam lubang ulat batang.

Ulat batang adalah musuh utama penanam mempelam. Jika tidak dikawal, pokok akan mati. Oleh itu bahan diatas adalah untuk tujuan buang ulat batang. Pastikan kurang dari sebulan sekali anda perlu memeriksa semua pokok memelam anda dari serangan ulat batang.

ok nati lain kali cerita hal ulat batang….

 

 

Pembajaan Mempelam Harumanis

PEMBAJAAN

“Pokok yang sihat memerlukan zat nutrien yang mencukupi dan pada masa
yang tepat”

Pembajaan penting bagi memastikan pertumbuhan pokok mempelam yang baik dan sihat.
Kadar baja dan masa pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :-

Umur
Pokok
(Tahun)
Fasa
Pertumbuhan
Kekerapan
pembajaan
Jenis Baja
Kadar
pembajaan
(kg/pk/th)
1
Pertumbuhan 3 bulan sekali Sebatian inorganik 15:15:15
Sebatian organik 9:9:9
0.5
2
Pertumbuhan 3 bulan sekali Sebatian inorganik 15:15:15
Sebatian organik 9:9:9
0.8
3
Pembuahan 3 bulan sekali Sebatian inorganik 15:15:15
Sebatian organik 9:9:9
1.2
Sebelum berbunga Sebatian inorganik 12:12:17:2
Sebatian organik 10:5:20:2

Rujukan : MADA

Download Manual Tanaman Mangga ( Mempelam ) di sini :

Click to access Manual%20Tanaman%20Mangga.pdf

Sariqah : Apa sudah jadi HARUMANIS dikebas orang

Seorang sahabat mengeluh, harumanis di kebunnya di kebas orang. Bukan dia seorang yang terlibat. Banyak lagi yang terima nasib macam dia. Malah harumanis Jabatan Pertanian Juga dicuri. Itu Jabatan Kerajaan yang ada jaga. Berita ini ada dalam akhbar sebelum ini. Seorang sahabat yang lain pula terpaksa meronda di kebunya beberapa kali bagi setiap malam bagi memastikan harumaninya tidak dicuri orang. Malah penulis sendiri yang  ada beberapa pokok untuk makan keluarga telah dua musim dikebas orang. Mengapa ini terjadi ? Kerana harumanis mahal ! Sebiji harumanis boleh bernilai RM3.00 atau lebih !

Apa sudah jadi masyarakat kita ?

Dulu getah mahal – getah sekerap dicuri. Besi mahal – habis besi buruk dicuri. Lambat lepa, besi penutup longkang masjid pun dicuri, malah segala-galanya bahan besi terpakai dan sedang dipakai juga dicuri. Apa sudah jadi ?

Mengapa begitu rosak masyarakat kita?  Saya kira jawapannya ada di bawah ini.

Allah berfirman , maksudnya :

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ( Al Maidah  38 )

(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar. Dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.

( An Nissa 13-14)

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. memotong tangan pencuri dalam (pencurian) sebanyak seperempat dinar ke atas. (Shahih Muslim No.3189)

 

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Pada zaman Rasulullah saw. tangan seorang pencuri tidak dipotong pada (pencurian) yang kurang dari harga sebuah perisai kulit atau besi (seperempat dinar) yang keduanya berharga. (Shahih Muslim No.3193)

 

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. pernah memotong tangan seorang yang mencuri sebuah perisai yang berharga tiga dirham. (Shahih Muslim No.3194)

 

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah melaknat seorang pencuri yang mencuri sebuah topi baja lalu dipotong tangannya dan yang mencuri seutas tali lalu dipotong tangannya. (Shahih Muslim No.3195)

 

Allah berfirman , maksudnya :

Kemudian Kami jadikan kamu (wahai Muhammad )menjalankan satu  syariat (peraturan)yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama) , maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui . ( al Jasiyah 18 )

Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barang siapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim. ( Al Baqarah 229 )

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong  ( agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. ( Muhammad 7 )

Penulis yakin kita telah tidak di tolong oleh Allah swt kerana hukum Allah telah diabaikan…

Ya Allah kepadamu kami memohon ampun.

* Sariqah = mencuri

Anda boleh lawati laman ini  http://alkhatab.tripod.com/bah1bab2hududfasal4sariqahper6568/  untuk  mengetahui hukum mengenai sariqah. Atau anda boleh merujuk  Kitab Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis

Harumanis Mahal ?

Buah Harumanis

Buah Harumanis

Musim Harumanis datang lagi. Demikian berita akhbar hari ini. Gah betul , harga  Harumanis mencecah dari RM 5.00 hingga RM 9.00 di pasaran runcit. Di kalangan buah-buahan tempatan rasanya tidak ada buah yang setanding Harumanis dari segi harga pasaran. Harga Harumanis tidak pernah jatuh sejak bertahun-tahun. Masalahnya ialah pengeluaran yang sedikit berbanding permintaan.

Harumanis adalah satu variati mempelam yang hanya sesuai di tanam dan berbuah di Utara Semenanjung , ia itu di Perlis dan Kedah Utara. Keadaan cuaca panas dan kemarau pada bulan Januari – Mac , sesuai  untuk musim Harumanis berbunga. Di Perlis Harumanis sesuai di tanam di kebanyakan jenis tanah, dari kawasan sawah, di perkampungan , di taman perumahan, di dusun  dan malahan di bukit , sesuai dengan Harumanis.

Kenyataannyan di Perlis  Harumanis dikenali kerana ianya di tanam di Pusat Pertanian Bukit Bintang. Petani di kampung tidak banyak menanamnya secara komersil. Harumanis adalah tanaman yang cerewet penjagaannya  bagi petani yang kurang pengetahuan atau malas ( maaf jika kasar ). Oleh itu tidak hairanlah harganya mahal.

Kegagalan pertama penanaman Harumanis ialah pengawalan ulat batang , sedangkan ulat batang bukan menjadi masalah utama jika penanam adalah rajin dan berpengetahuan. Saya akan sentuh hal ini lain kali.

Selepas pokok berbuah ,kerja membalut perlu dibuat apabila buah sebesar telor ayam atau lilitan buah 16 cm ukur lilit.

Sediakan pembalut daripada akhbar terpakai dengan di kelip mengguna stepler no. 10 . Jika pembaca menanam secara komersil, penandaan warna pembalut adalah perlu untuk memudah mengenali buah matang untuk di tunai. Buah boleh di tuai selepas 8 minggu di balut. Buah jika tidak di balut biasanya akan diserang lalat buah dan buah akan berulat.

Apabila buah dituai , pembalut dibuang dan perlu dibasuh. Jika anda penanam komersil atau penanam untuk makan sendiri, anda perlu membasunya. Kecuali jika anda menjual kepada pemborong , pemborong lah yang patut membasuhnya.

Selepas membasuh , saya sebagai penanam penguna sendiri, menanam untuk makan keluarga , saya membuat rawatan air panas. Saya panaskan air menguna periuk besar, sekira-kira 52 darjah celsias atau sekira-kira kalau kita memasukkan tangan kedalam air panas tersebut kita boleh rendam sebentar. Jika anda penanam dan penjual runcit anda boleh masukkan racun kulat kedalam air panas tersebut. Jika ini anda hendak lakukan sila dapatkan nasihat Jabatan Pertanian.

Buruk tampuk tangkai cepat berlaku jika tanpa rawatan air panas

Buruk tampuk tangkai cepat berlaku jika tanpa rawatan air panas

Rawatan Air Panas Selama 5 minit

Rawatan Air Panas Selama 5 minit

Mengapa dibuat rawatan air panas ? Apabila buah diperam, kemudian masak dan dalam masa yang singkat buah akan rosak atau buruk  di bahagian tampuk tangkai.

Rawatan air panas atau rendaman air panas dibuat selama 5 minit. Selepas diangkat , keringkan pada suhu bilik dan peram. Untuk pemasakan seragam dan cepat gunakan aruhan karbide. Bungkus sedikit karbide dan letakkan di dasar kotak kertas pemeraman dan masukkan buah. Tutup dengan akhbar terpakat dengan rapat.

Selepas 3-4 hari diperam, Harumanis sedia untuk di hidang.

Demikian cerewetnya proses pengeluaran Harumanis. Oleh itu janganlah persoalkan harganya yang tinggi.

Sesungguhnya Perlis mempunyai potensi untuk pengeluaran Harumanis secara komersil, tetapi siapakah yang akan merebutnya  sedangkan banyak tanah masih kosong.

Sedia Untuk Hidangan

Sedia Untuk Hidangan