Kuliah Subuh Pada 3 April 2011 Di Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis
Oleh Ustaz Ya ali bin Dahaman Iman Masjid al-Syakirin
Sambungan (Harus Bercita-cita dan Berdo’a Untuk Mati Jika Bimbang Hilang Pegangan Agamanya)
Adapun hadith yang menceritakan tetang keberatan yang berlaku ketika menerima musibah, kerana dibimbangkan terganggu amalan agamanya, dan dia lemah dan bimbang sekiranya hilang daya upaya dirinya ketika beramal dengan Islam, bukanlah kebimbingan dengan sakitnya dari sudut pizikal jasadnya dan seumpamanya, seperti bimbang akan hilang harta miliknya. Dalam kontek ini Rasul Allah s.a.w. pernah membimbing kita ketika berhadapan dengan musibah mati seperti do’a Baginda:
“اللهم انى أسالك فعل الخيرات ، وترك المنكرات ، وحب المساكبن ، واذا أردت – ويروى أدرت – فى الناس فتنة فاقبضنى اليك غير مفتون”.
Ertinya: “ Ya Allah, Ya Tuhan ku aku pohon kepadam Mu amalan yang baik, meninggal yang munkar, kasih terhadap orang miskin, jika sekirannya aku ditakdirkan berlaku fitnah dikalangan manusia ambillah nyawaku tanpa sebarang ujian yang berat”.
Riwayat Imam Malik.
Saidina Umar r.a pernah berdo’a; “Ya Allah sesungguhnya telah lemah kekuatanku, amat berat perjalanan hidupku, dan telah berlaku suasana yang buruk dilaklangan rakyatku, ambillah diriku kesisi Mu tanpa menghilangkan kebaikann dan tidak mengurankannya”. Lepas itu tidak sampai sebulan masanya. Baginda telah wafat. Khabar ini diriwayatkan oleh Imam Malik.
Umar bin Abdul Bar telah menulis dalam kitabnya “al-Tamhid wa-al-Istizkar” hadith dari Zaadan bin Umar, dari al-Kindi, katanya,” Ketika aku duduk bersama ‘Abis al-Ghifari diatas bumbung rumah tiba-tiba dia melihat orang ramai sedang mengurus jenazah yang mati disebabkan oleh ta’un lalu dia berkata; “ Hai ta’un amillah nyawaku, dia berkata sebanyak tiga kali, lalu Alim al-Kindi berkata kapadanya; kenapa kamu kata demikian? Apakah kamu tidak pernah mendengar Rasul Allah s.a.w. telah bersabda;
“لا يتمنين أحدكم الموت فانه عند ذلك انقطاع عمله ولا يرد فيستعتب”
Ertinya: “janganlah seorang daripada kamu bercita-cita untuk mati, maka sesungguhnya ketika itu (mati) terputus amalannya dan tidak ditolak sesuatu daripadanya maka semuga dia sempat untuk bertaubat”.
Ibnu Abas telah berkata; Aku pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda;
“بادروا بالموت ستا: امرة السفهاء ، وكثرة الشرط وبيع الحكم ، واستخفافا بالدم ، وقطيع الرحم ، ونشئا يتخذون القران مزامير ، يقدمون الرجل ليغنيهم بالقران وان كان أقلهم فقها”.
Ertinya; “Segeralah (lebih baik) kamu mati sebab enam perkara; ketika pemimpin dari orang yang bodoh, banyak syarat untuk beragama hingga menjual hukum-hakam, senanag berlaku pertumpahan darah, memutuskan silaturahim, al-Quran dibaca umpama seruling, al-Quran digunakan untuk mencari kekayaan walaupun mereka kurang kefahaman hukum-hakam”.
Bab Mengingati Mati, Kelebihan dan Persiapan Untuknya
Al-Nisaii meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah katanya; Sabda Rasul Allah s.a.w.
“اكثروا ذكر هادم اللذات”
Ertinya, “Perbanyakkan ingat terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup(mati)”.
baca selanjutnya di:
http://masjidassyakirin.wordpress.com/2011/04/27/mengingati-mati-kelebihan-dan-persiapan-untuknya/