Kata-kata Pepatah Leonardo da Vinci[1]
Setiap kali kamu keluar dengan berehat seketika, kemudian takala kamu kembali kamu akan lebih yakin dan lebih pasti akan penghakiman hasil kerja kamu.
Berdiri pula pada jarak yang lebih jauh dan ini akan membuat kerja itu tampak lebih kecil dan dapat dilihat dengan sekali imbas. Ini mampu menzahirkan segala kekurangan pada hasil kerja kamu.
Pengalaman tidak pernah silap. Hanya pertimbangan kita yang tersilap, bila mengharapkan pada pengalaman yang sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu.
Mereka yang suka beramal tanpa teori ilmu tak ubah seperti seorang kelasi yang menaiki kapal tanpa sebatang kemudi dan kompas serta tidak pernah mengetahui di manakah dia akan berlabuh.
Telah lama saya sedari bahawa mereka yang telah berjaya jarang duduk diam dan menanti satu-satu pekara itu berlaku di depan mata. Mereka akan keluar dan akan melakukan sesuatu agar ada pekara atau kejadian berlaku hasil dari usaha mereka.
Perkahwinan tak ubah seperti meletakkan tangan kamu ke dalam sebuah beg yang penuh dengan ular-ular dengan harapan menarik keluar seekor belut.
Sesiapa yang mengendalikan sebuah pertengkaran dengan merayu kepada pihak berkuasa sebenarnya bukanlah menggunakan kebijaksanaan, tetapi hanya menggunakan daya ingatannya.
Apabila kamu telah merasa sebuah penerbangan itu, kamu akan berjalan di muka bumi dengan mata sentiasa memandang ke langit kerana di situ kamu pernah berada dan sentiasa rindu ingin berada di sana lagi.
Sewaktu saya menyangka bahawa saya sedang mempelajari tentang kehidupan, tanpa disedari saya juga telah mempelajari tentang kematian.
Kamu sememangnya seorang yang kurang bijak kerana memuji tapi kamu lebih teruk kerana mengkritik sesuatu yang kamu tidak tahu.
Dia yang mengharap untuk kaya dalam sehari akan mati digantung dalam setahun.
Seseorang itu tidak akan lebih hebat atau kurang hebat tentang mengenali diri sendiri.
Seseorang yang menjauhkan diri dari segalanya sewaktu mengkaji sesuatu akan membuatkan hasil-hasil kerjanya juga turut lenyap bersama kematiannya.
Sebagaimana hari siang yang dijalani dengan baik membawa kepada tidur yang lena pada malam hari, begitulah juga kehidupan yang dijalani dengan sempurna akan membawa kepada kematian yang menyenangkan.
Sumber : Bahan pamiran Leonardo da Vinci yang berlangsung di Pusat Sains Negara
( 1 Oktober 2009 – 17 Januari 2010 )
[1] Leonardo da Vinci adalah pelukis Mona Lisa dari Itali. Ia seorang perekacipta, pelukis, ahli sains, pakar anatomi, jurutera dan seorang arkitek