Siapa Paracletos selepas Nabi Isa

Siapa Paracletos selepas Nabi Isa

Di dalam buku John (Yohanes) bab 16 ayat 7 disebutkan mengenai perkataan Nabi Isa mengikut terjemahan Al-Kitab ;

Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu. – Yohanes 16:7

Manakala di dalam buku John (Yohanes) bab 14 ayat 16 dan 17 disebutkan;

Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikankepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, yaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab dunia tidak melihat Dia dan tidak mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, sebab Ia menyertai kamu dan akan diam di dalam kamu.– Yohanes 14:16-17

Di dalam Injil Yohanes sahaja kita akan menemui perkataan Paracletos. Kadang-kadang perkataan Paracletos ditulis juga Paraclete. Namun kedua-dua perkataan ini mempunyai tujuan dan maksud yang sama. Apa yang jelas perkataan ini disebut oleh Nabi Isa yang menyatakan bahawa akan datang seorang nabi selepas beliau dan dia hidup bersama-sama dengan umat manusia selama-lamanya.

Di dalam Bible terjemahan bahasa Inggeris menggantikan perkataan Paracletos ini dalam ayat diatas dengan Comforter dan Consoler. Terdapat juga tokoh-tokoh Kristian menafsirkan Paracletos ini sebagai Holy Spirit atau Roh Suci.

Di dalam Al-Kitab (2002) menterjemahkan perkataan Paracletos kepada dua perkataan yang berlainan iaitu Penghibur dan Penolong tetapi ayat ini menjelaskan tujuan yang sama iaitu akan datang seseorang selepas Nabi Isa yang akan menyampaikan risalah kebenaran.

Perlu diketahui bahawa penafsiran Paracletos sebagai Roh Suci jelas bertentangan dengan doktrin agama Kristian yang menetapkan Roh Suci sudah sedia ada kerana dia adalah Tuhan dalam konsep Tritunggal atau Trinity. Justeru, mustahil Roh Suci yang sedia ada akan datang hanya selepas pemergian Nabi Isa. Di dalam buku agama Kristian bertajuk Anchor Bible di halaman 1135 disebutkan;

“Perkataan Paracletos hanya dapat ditemui di dalam tulisan-tulisan St. John sahaja. Secara tradisinya pula, Paracletos dikaitkan dengan Roh Suci tetapi tokoh-tokoh seperti Spitta, Delafosse, Windisch, Sasse, Bultman dan Betz  mempertikaikan pandangan ini. Mereka mengatakan Paracletos pada asalnya adalah seorang manusia penyelamat yang kemudiannya disalah tafsir sebagai Roh Suci”

Perkataan Paracletos sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani Kuno iaitu bahasa bagi Gospel of John dan kalimah yang lebih tepat dalam Yunani Kuno adalah Periclytos. Kamus Alexandre’s Dictionnaire Grec-Francais menjelaskan, perkataan Periclytos berasal daripada suku kata peri dan cleotis. Apabila dicantumkan ia membawa maksud “yang terpuji”.

Semua ini selari dengan nama Ahmad dan Muhammad. Justeru, dalam sesetengah versi Perjanjian Baru yang ditulis dalam bahasa Arab, perkataan Paracletos digantikan dengan perkataan Ahmad.

Terdapat juga tokoh-tokoh Krsitian mengatakan paracletos akhir zaman adalah Nabi Isa dan bukannya Nabi Muhammad. Pendapat ini tidak boleh diterima pakai kerana:

1. Di dalam buku John (Yohanes) bab 4 ayat 16 dengan jelas menyebut

Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selamalamanya”.

Ayat ini menjelaskan, paracletos yang akan datang selepas Nabi Isa adalah “penolong yang lain” dan bukan beliau sendiri.

2. Paracletos menjadi saksi mengenai Nabi Isa dan hal ini disebut dalam buku John (Yohanes) bab 16 ayat 13 hingga 15 yang bermaksud;

“Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya.Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang. Ia akan memuliakan Aku, sebab Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku. Segala sesuatu yang Bapa punya, adalah Aku punya; sebab itu Aku berkata: Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku.”

Begitu juga disebut dalam John ayat 26 bermaksud

Sekiranya Penghibur yang akan aku utus daripada Bapa datang…Ia akan

bersaksi mengenai aku”.

Justeru, dia adalah identiti berlainan yang menjadi saksi mengenai Nabi Isa.

3. Paracletos ini mengingatkan manusia mengenai perkara yang pernah disebut oleh Nabi Isa berpandukan buku John (Yohanes) ayat 26 bermaksud;

“Dia bakal mengingatkan kamu semua yang aku katakana kepadamu”.

Sekali lagi ayat inimenjelaskan mengenai orang yang lain daripada Nabi Isa mengingatkan manusia kepada ajaran sebenar beliau.

4. Paracletos ini membawa ajaran baru daripada Tuhan. Perkara ini disebutkan dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 9 hingga 12 terjemahan Al-Kitab Malaysia (1996) bermaksud:

“….Sekarang aku akan memberitahu kamu hal-hal baru sebelum semua itu berlaku. Nyanyikanlah lagu baru bagi TUHAN; pujilah Dia, hai seluruh bumi! Pujilah Dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah; hendaklah orang Kedar memuji Dia…”

Al-Quran adalah “nyanyian baru” daripada Allah. Ia wajib dibaca dengan cara bacaan dan sebutan yang betul dan  bahasa ia diturunkan iaitu bahasa Arab. Isi-isinya mengandungi syariat dan peraturan yang baru dan bersesuaian hingga akhir zaman. Bahasanya adalah baru dan berseni tinggi tanpa tandingan bahkan manusia dan jin tidak dapat mencipta seindah bahasa Al-Quran.

“Daripada tulisan-tulisan saya ini, saya ingin menunjukkan, ajaran Islam yang berkaitan aspek-aspek ketuhanan dan rasul akhir zaman adalah benar. Saya kasihkan Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sebagaimana saya mengasihi Nabi Muhammad dan semua rasul-rasul yang lain”

Sumber :

Muhammad in the Bible

Reverend David Benjamin Keldani,

Bekas paderi Roman Katholik:

Advertisements

Muhammad SAW Di Dalam Bible Mengenai Ummi – 2

bungapagiPenganut agama Kristian hari ini tidak mengakui selepas Nabi Isa akan lahir seorang lagi nabi dan nabi itu bernama Muhammad. Perkara ini sebenarnya sudah dinyatakan oleh Bible berdasarkan bukti-bukti yangnyata. Reverend David Benjamin Keldani, Bekas paderi Roman Katholik menulis didalam : Muhammad in the Bible

Saya petik tulisannya  mengenai : Nabi Yang Ummi

Di dalam Holy Bible pada buku Isaiah (Yesaya) bab 29 ayat 12 disebut;

Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: “Baiklah baca ini,” maka ia akan menjawab: “Aku tidak dapat membaca.” Yesaya 29:12

Nabi Muhammad adalah seorang ummi. Ummi bermaksud tidak tahu membaca dan menulis. Semasa berumur 40 tahun, beliau telah bermunajat di Gua Hira. Di situlah beliau disuruh oleh malaikat Jibril supaya membaca.

Beliau menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Selepas itu turun wahyu pertama dari surah al-‘Alaq yang bermaksud “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”.

Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah : “Tiba saat turunnya Jibril di Gua Hira’, Jibril menemui baginda dan memerintahkan baginda membaca dengan berkata: Bacalah!. Jawab baginda: Aku tidak tahu membaca”. Hadis ini amat bertepatan dengan ayat dari buku Isaiah tersebut.

Justeru, ayat-ayat yang dipaparkan selari dengan apa yang terjadi keatas diri Nabi Muhammad semasa di Gua Hira ketika kali pertama menerima wahyu. Maka, Nabi Isa bukanlah orang yang disebut di dalam ayat tersebut kerana beliau bukan nabi yang digelar sebagai ummi.

Catitan hujung :

Terdapat pelbagai tafsiran ulamak mengenai erti Ummi. Satu perbincangan yang panjang mengenai tafsiran ini boleh di rujuk di dalam buku tulisan Dr Khidhir Syaib bertajuk Benarkah Muhammad Seorang Ummi? Penerbit Jasmin. Satu lagi rujukan ialah tulisan Prof Madya Dr. Wan Zailan Kamaruddin bertajuk Siapa Itu Nabi-nabi , oleh penerbit PTS Publications.

Perkataan yang jelas di dalam Al Quran ialah Nabi SAW adalah seorang yang Ummi . Satu kelainan di dalam perbincangan pada 2 buku rujukan i atas ialah Nabi SAW sebenarnya boleh menulis dan membaca.

Bagaimanapun di bawah ini saya titipkan beberapa pandangan bukan dari rujukan di atas.

Mengenai Umminya Nabi SAW lihat al Q S Al Araf 7 157 – 158

الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأغْلالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ أُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

157 – (Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung.

158 – Katakanlah: “Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk”.

Dalam Terjemahan Al Q  RI mencatit Ummi bermaksud :

  1. Ummi artinya ialah orang yang tidak tahu tulis baca.( terjemahan JPM juga begitu).
  2. Menurut sebagian ahli tafsir yang dimaksud dengan ummi ialah orang musyrik Arab yang tidak tahu tulis baca.( ini boleh dirujuk QS Ali Imran ayat 20 ) .
  3.  Menurut sebagian yang lain ialah orang-orang yang tidak diberi Al Kitab.

Hamka dalam tafsir al Azhar mengenai surah AL ‘ALAQ 96 mencatitakan :

Imam Ahmad bin Hanbal merawkan: Mengatakan kepada kami Abdurrazzaq, Abdurrazzaq berkata, mengatakan kepada kami Ma’mar dan dia menerima dari az-Zuhri dan dia menerima dari ‘Urwah, dan ‘Urwah menerima dari Aisyah. Berkata Aisyah: “Mulanya wahyu datang kepada Nabi s.a.w. ialah suatu mimpi yang benar di dalam tidur, maka tidaklah beliau bermimpi suatu mimpi melainkan dia datang sebagai cuaca Subuh. Kemudian itu timbullah pada beliau keinginan hendak ersepisepi, lalu pergilah beliau ke gua Hira’ bertahannuts, artinya berta’abbud menyembah Allah, beberapa malam yang dapat dihitung. Untuk beliau disediakan perbekalan. Kalau telah selesai beribadat demikian, beliau pun pulang kepada Khadijah. Beliau sediakan lagi perbekalan dan beliau naik lagi ke gua itu. Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskannya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!”

Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku. Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.”

Hamka menambah lagi : Nabi bukanlah seorang yang pandai membaca. Beliau adalah ummi, yang boleh diartikan buta huruf, tidak pandai menulis dan tidak pula pandai membaca yang tertulis. Tetapi Jibril mendesaknya juga sampai tiga kali supaya dia membaca. Meskipun dia tidak pandai menulis, namun ayat-ayat itu akan dibawa langsung oleh Jibril kepadanya, diajarkan, sehingga dia dapat menghapalnya di luar kepala, dengan sebab itu akan dapatlah dia membacanya. Tuhan Allah yang menciptakan semuanya.

Rasul yang tak pandai menulis dan membaca itu akan pandai kelak membaca ayatayat yang diturunkan kepadanya. Sehingga bilamana wahyu-wahyu itu telah turun kelak, dia akan diberi nama al-Quran. Dan al-Quran itu pun artinya ialah bacaan. Seakan-akan Tuhan berfirman: “Bacalah, atas qudratKu dan iradatKu.”

 Hamka menabah lagi :

 Syaikh Muhammad Abduh di dalam Tafsir Juzu” Ammanya menerangkan; `Yaitu Allah yang Maha Kuasa menjadikan manusia daripada air mani, menjelma jadi darah segumpal, kemudian jadi manusia penuh, niscaya kuasa pula menimbulkan kesanggupan membaca pada seorang yang selama ini dikenal ummi, tak pandai membaca dan menulis. Maka jika kita selidiki isi Hadis yang menerangkan bahwa tiga kali Nabi disuruh membaca, tiga kali pula beliau menjawab secara jujur bahwa beliau tidak pandai membaca, tiga kali pula Jibril memeluknya keras-keras, buat meyakinkan baginya bahwa sejak saat itu kesanggupan membaca itu sudah ada padanya, apatah lagi dia adalah aI-Insan al-Kamil, manusia sempurna. Banyak lagi yang akan dibacanya di belakang hari. Yang penting harus diketahuinya ialah bahwa dasar segala yang akan dibacanya itu kelak tidak lain ialah dengan nama Allah jua.

Muhammad SAW di dalam Bible – 1

MuhammadPenganut agama Kristian hari ini tidak mengakui selepas Nabi Isa akan lahir seorang lagi nabi dan nabi itu bernama Muhammad. Perkara ini sebenarnya sudah dinyatakan oleh Bible berdasarkan bukti-bukti yangnyata. Reverend David Benjamin Keldani, Bekas paderi Roman Katholik menulis didalam : Muhammad in the Bible .

 Saya petik beberapa tulisannya :

 Perkataan Mahamuddim di dalam Bible

 Di dalam Holy Bible pada buku Song of Solomon (Kidung Agung) bab 5 ayat 16 disebut:

 His voice and speech are exceedingly sweet; yes,

he is altogether lovely.

This is my beloved, and this is my friend,

O daughters of Jerusalem!

 Terjemahannya mengikut Bible Indonesia; Al-Kitab (2002) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia adalah:

 Kata-katanya manis semata-mata,

segala sesuatu padanya menarik.

Demikianlah kekasihku, demikianlah temanku,

hai puteri-puteri Yerusalem!

–       Kidung Agung 5:16

Perkataan “he is altogether lovely” yang terdapat di dalam Bible merupakan terjemahan daripada perkataan Mahamuddim dalam bahasa Hebrew, iaitu bahasa Yahudi. Perkataan asalnya; “Hikko mamittakim kami kullo mahamuddim zehdodeh wa zahrae bayna Yurusalem”. Perkataan “im” dalam bahasa Yahudi melambangkan kemuliaan dan penghormatan. Contohnya, perkataan Elohim, Eloh yang membawa erti “Tuhan” manakala im bererti “Yang Maha Mulia”.

Justeru, Elohim bererti Tuhan Yang Maha Mulia. Apabila kaedah yang sama digunakan terhadap perkataan Mahamuddim, ia membawa erti “Mahamadd yang mulia” atau “Mahamadd yang terpuji”. Maksud ini selari dengan nama Muhammad kerana perkataan Muhammad bermaksud “dia yang terpuji”.