Jom Puasa Asyura 10 Muharam (Khamis 16 Disember 2010)

Dalam bulan Muharram ini terdapat satu tarikh yang dianggap istimewa iaitu tarikh 10 Muharram yang juga dikenali sebagai hari ‘Asyura’.

 

Maksud hadis:

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai ke Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’. Kemudian Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari baik, Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka lalu (pada hari ini) Nabi Musa berpuasa.” Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku lebih berhak untuk menghormati Musa daripada kamu.” Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa hari ‘Asyura dan menyuruh para sahabat untuk berpuasa pada hari tersebut.” – (Hadis riwayat al-Bukhari)

“… Berpuasa pada hari ‘Asyura, aku mengira bahawa Allah akan menebus dosa tahun yang dahulunya (bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut).” –(Hadis riwayat Muslim)

 


Bagi orang yang hendak berpuasa sunat pada hari ‘Asyura’ sunat mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ iaitu pada 9 Muharram.  Apabila seseorang melaksanakan puasa hari ‘Asyura’, sunat juga menggandingkannya dengan berpuasa pada 11 Muharram, walaupun dia tidak melakukan puasa hari Tasu‘a’.

 

 

– Dipetik dari Risalah:  Ketahuilah Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram , Jabatan Mufti Burnai

Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai ke
Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’.
Kemudian Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa
ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari baik, Ini adalah hari di
mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh-musuh
mereka lalu (pada hari ini) Nabi Musa berpuasa.” Baginda
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku lebih berhak untuk
menghormati Musa daripada kamu.” Maka Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam berpuasa hari ‘Asyura dan menyuruh para
sahabat untuk berpuasa pada hari tersebut.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)