Munajat Abu Sulaiman al-Darani r.a
Imam Nawawi dalam Kitabnya Nashaihul ‘Ibad menitipkan munajat Abu Sulaiman al-Darani r.a[1] seperti berikut:
Wahai tuhanku
Apabila Engkau menuntutku kerana dosaku
Tentu aku pun akan mohon keampunan-Mu.
Apabila Engkau menuntutku kerana kebakhilanku,
Tentu aku akan memohon kedermawan-Mu.
Dan apabila Engkau memasukkan aku ke neraka
Tentu aku pun akan menberitakan kepada ahli neraka
Bahawa sesunggunya aku mencintai-Mu.[2]
[1] Abu Sulaiman al-Derani wafat tahun 215H. Daran adalah nama sebuah kota di Damsyik. Imam Nawawi mengutip munajat ini melalui riwayat Abdurrahman bin Athiyah. Rujuk muka surat 47 terjemahan Nashaihul Ibad – Nasihat-nasihat Agama Kepada Calon Penghuni Syurga , tetbitan Jahabersa cetakan ke 3 2010.
[2] Imam Nawawi menghuraikan : Aku menuntut-Mu dengan ampunan, kerana ampunan-Mu pasti lebih luas berbanding dosaku. Kata kebakhilan di sini, dimaksudkan dengan kekikiran member sedekah dan kebakhilan mengabdikan diri untuk mennunaikan perintah Allah.