Siapakah Imam Nawawi al-Jawi?

Membelek-belek mencari buku untuk dibaca terjumpalah  sebuah buku yang menarik kandungannya , Nashaihul Ibad-Nasihat-nasihat Agama Kepada Calon Penghuni Syurga dan di bawah tajuk tersebut tertera nama Imam Nawawi. Sepintas lalu melihat kandungannya cukup menarik. Buku setebal 480 halaman itu terus dibeli.

Selepas beberapa halaman saya membacanya  , saya pun menitipkan satu rangkap munajat  Munajat Abu Sulaiman al-Darani r.a  pada blog saya  seperti di https://aburedza.wordpress.com/2010/05/18/munajat-abu-sulaiman-al-darani-r-a/ selepas itu  baru teringat untuk membaca kata pengantar – rupa-rupanya pengarangnya ialah Imam Nawawi al-Jawi. Di kulit buku tidak pula dinyatakan demikian. Kerana itu saya menulis email kepada penerbit bertanyakan hal tersebut seperti di  bawah:

Kepada

Penerbit Jahabersa

jahabersa@tm.net.my

Salam,

Saya membeli buku terbitan tuan bertajuk

Nashaihul Ibad

Imam Nawawi

Nasihat-nasihat Agama

Kepada Calon Penghuni Syurga

Cetakan ke 3  2010.

Sebab saya membelinya ialah kerana tertera nama Imam Nawawi. Seperti biasa saya akan terus meneliti kandungannya, Alhamdulilah cukup menarik dan memang sesuai sebagai nasihat dari kata-kata hukama dan hadis.

Kemudian apabila saya meneliti Pengantar Penterjemah, kemudian Pengantar Penulis, saya menjadi ragu, siapakah penulis Kitab ini?

Pada Pengantar Penulis, penulisnya dicatit sebagai Imam Nawawi al-Jawi. Penulis mensyarahkan kitab tulisan Ibn Hajar al-Asqalani ( 773-852 H). Bermakna Imam Nawawi al-Jawi bukan lah Imam Nawawi atau nama penuhnya Al Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf bin Murri bin Hasan bin Hussain bin Jumu’ah bin Hizam Al Hizamy An Nawawi Asy Syafi’i ( 631-676 H)

Pada pengantar penterjemah pula di catit kitab ini adalah terjemahan  dari kitab “Nashaih al-Ibad fi Bayan Alfaz Munabbihat ‘Ala al-Isti’dad liyawn al-Maad” karya salah seorang  ulama terbilang dari Nusantara yang telah menjadi mufti tanah suci Mekkah tempoh dahulu. Pada pengantar penterjemah juga disebut kitab ini adalah satu syarah atau ulasan-ulasan keatas kitab karangan Ibn Hajar al-Asqalani ( sama seperti para di atas)

Soalan saya siapakah Imam Nawawi al-Jawi, ulama terbilang dari Nusantara itu? Mengapakah penterjemah  Abu Mazaya Al-Hafiz atau Masruhan Kyai Choteb al-Hafiz tidak perjelaskan?

Saya juga keliru  dimana pula kaitan dengan kata-kata Terjemahan,ulasan dan tambahan oleh Imam al Ghazali? Imam al-Ghazali yang mana pula? Pastinya bukan Al Ghazali atau nama penuhnya Muĥammad ibn Muĥammad ibn Muĥammad ibn Aĥmad, dan nama gelaran nisbahnya al-Ghazālī aţ-Ţūsī ( 450-505H)

Pada tajuk kitab pada kulit hadapan dicatit Imam Nawawi, mengapa tidak dicatit Imam Nawawi al-Jawi?

Sekali lagi saya katakana kandungan kitab ini cukup baik, cukup menarik membacanya.

Mohon penjelasan tuan.

Aburedza.