Nasihat al Harith al Muhasibi Kepada Penuntut Ilmu

Seorang sufi terkenal al Harith al Muhasibi telah memberi nasihat kepada penuntut ilmu:

“Hendaklah kamu wahai murid, memilih jalan yang beradab terhadap para imam yang lalu, dan jangan kamu melihat kepada perkataan ( komen negatif) mereka ke atas (imam) yang lain melainkan dengan dalil yang nyata. Kemudian sekiranya kamu mampu mentakwilkannya dan bersangka baik dengannya maka hendahlah berbuat demikian, sekiranya tidak maka tinggalkan apa yang berlaku di kalangan mereka, sesungguhnya kamu tidak dijadikan untuk ini ( menghukum mereka), maka sibukkan diri dengan apa yang berfaedah kepada kamu dan tinggalkan apa yang tidak berfaedah kepada kamu”

Rujukan :   Jurnal Penyelidikan JAKIM : Pandangan JAKIM Terhadap Wahabi memetik daripada al-Jarh Wa al-Ta’dil ms 73