Umno telah memasang perangkap Syiah dan Pas telah memasukinya.

PAS TERPERANGKAP ISU SYIAH

Aku  dah lama tak sedap hati melihat pengaruh Syiah dalam Pas. Jauh lebih lama sebelum Kedah terlepas kepada UMNOBN lagi. Sebelum PRU 13 aku seriyau benar Pas akan kalah teruk di Kedah. Tambahan sebelum PRU 13 Dato Mukhriz telah bangkitkan isu Syiah di Kedah.

Terbaru  aku terbaca tulisan Subki Latif : Syiah Jadi Isu Politik.  Di akhir tulisanya Subki menulis:

“Sasaran perangkap itu tidak banyak atas penyokong yang setia, tetapi adalah untuk menjauhkan  oleh Melayu dari mendekati PAS. Tidak mudah bagi PAS keluar dari perangkap itu. Sekalipun ia adalah ikhtiar Umno supaya kempen PAS ganti Umno tidak berhasil. Mungkin PAS boleh memberi penjelasan ilmiah yang layak dapat Phd, tetapi dari segi politiknya ia sudah dijerat.”

Ringkas katanya,  Pas di jerat dengan isu Syiah.

Ya betul, Umno telah memasang perangkap syiah dan pas telah memasukinya.

Maka aku mengesyurkan di sini, Pas hendaklah keluar dg penuh bergaya. Tinggalkan syiah. Pemimpin Pas  jangan tunjukan sokongan maupun simpati kepada  Syiah. Pas boleh berkawan  dengan PKR, DAP, Hindu, Budha, malah Kristian sekalipun, kerana org melayu tak akan masuk agama itu, tapi orang melayu mudah masuk Syiah. Jika pun habis terdesak atau serba salah  lebih baik diam. Bercakap banyak akan menampakkan sikap.

Sekarang masih tak ramai Syiah yg akan mengundi Pas, berbanding Melayu yang akan lari dari Pas. Kata Subki penyokong tegar Pas mungkin tak banyak kesan atas isu Syiah. Tapi aku  kata aku juga penyokong setia Pas, tetapi tetap menolak Calun PRU/K yang Syiah atau penyokong atau sekadar bersimpati kepada Syiah. Kalau aku boleh mengundi, aku akan pastikan calun itu kalah, sekalipun terpaksa mengundi UMNO. Berapa ramai orang seperti aku? Terutama di Sungai Limau?

Ya, betul Umno telah memasang perangkap Syiah dan Pas telah memasukinya.

Buktinya, perangkap yang dipasang melalui pembentangan Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013, yang tidak menyebut sepatah pun perkataan Syiah, telah memerangkap ADUN PAS-PR dengan jayanya. Keratan akhbar Sinar diatas, tanpa menyebut PAS, tetapi sebenarnya, Umno telah berjaya membantai PAS kerana PAS tidak bersungguh mengawal Syiah, semasa Pa memerintah.Tidak kira apa alasan pun, perangkap itu telah dimasuki Pas. Sekalipun PAS mempunyai seribu alasan untuk mentang Rang Undang-undang itu, PAS-PR pasti sukar menjawabnya di PRK Sungai Limau. Aku pasti Isu Syiah akan menjadi modal politik utama UMNO-BN. Nyata Dato Mukhriz lebih cekap mencatur politik Kedah. Mengapa ADUN PAS gagal menghidu perangkap Syiah  yang di pasang UMNO? Alasan ADUN PAS bahawa RUU itu tidak menyebut sepatah pun perkataan Syiah, menunjukkan mereka terlepas pandang atau tidak cermat.

Mengapa PAS Kedah terutamanya dan Malaysia amnya masih sayang pada Syiah. Sedang semua media telah  buat kempen Anti Syiah. Aku sebenarnya suka malah menyokong semua usaha kempen anti Syiah. Kesannya rupa Syiah telah menjadi huduh kepada orang Melayu! Kehuduhan Syiah telah terpalit pada PAS.

Ini di burukkan lagi dengan pengakuan Mat Sabu bahawa idolanya ialah Khomini dan Hassan Nasrullah. Ditambah lagi katanya Unit Amal Pas adaalah tiruan dari Iran. Lebih menyedihkan, lagu rasmi Unit Amal juga dari Iran.

SESUNGGUHNYA PAS TELAH MEMBELI SYIAH DENGAN MENJUAL NEGERI KEDAH DARUL AMAN KEPADA UMNOBN. 

Dato Dr Johari Mat menentang Syiah:

ARTIKAL BERKAITAAN

https://aburedza.wordpress.com/2013/10/03/sungai-limau-pas-jangan-dipalit-dengan-syiah/

https://aburedza.wordpress.com/2013/10/04/unit-amal-pas-bercalit-pengaruh-syiah/

SYIAH MASUK PAS: APA KOMEN TUAN GURU HAJI HADI AWANG

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semasa ucapan penangguhan Muktamar Pas ke 58 menyebut:

Timbul berbagai-bagai pandangan didalam PAS, kerana kita didatangi oleh ahli-ahli yang banyak , berbagai-bagai kalangan masuk Pas , namun Pas Istiqamah dengan akidah ahli sunah waljamaah , dalam perlembagaan kita menyebut Quran Hadis ijmak ulamak dan qias (adalah) hukum tertinggi dalam pas dalam masa yang sama Pas terbuka kepada semua orang , bukan sahaja mazahab syafie, mazahab hanafi masuk pas , walaupun Malaysia ini banyak syafie, Hambali masuk Pas, Wahabi pun masuk Pas, SYIAH NAK MASUK PAS  MASUK, khawarij nak masuk Pas, masuk. Tak kan UMNO tak masuk Pas , Umno pun masuk Pas juga, TAPI BILA MASUK PAS, BUAT CARA PAS LA……… KITA TERBUKA KEPADA SEMUA PIHAK.

…… PETIKAN DARI  http://www.youtube.com/watch?v=kE9EkNxGT7U PADA MINIT 38:50

MENILAI UMNO DAN PAS MELALUI PERLEMBAGAAN PARTI

PRU 13 akan menjelang pada bila-bila masa sahaja. Saingan sengit tentunya antara Pas dan Umno. Salah satu cara menilai yang mana nak pilih masa pilihanraya ini  ialah dengan menilai perlembagaan masing-masing. Perlembagaan merupakan hala tuju, matlamat dan gambaran kesungguhan perjuangan parti.

Berikut adalah sedutan Perlembagaan UMNO dan PAS :

 

Sedutan Ceraian Perlembagaan UMNO

FASAL 1 – Nama

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organisation)

FASAL 2 – Cogankata UMNO

BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT

FASAL 3 – Asas & Tujuan

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

http://umno-online.com/?page_id=2787

 

Sedutan Ceraian Perlembagaan PAS

Fasal 3: Dasar PAS ialah ISLAM

Fasal 5: Tujuan PAS ialah:-

1.Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah

2.Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara

Fasal 6. Usaha-Usaha:

(1) Menyeru umat manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

(6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura’an.

(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

(11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ‘ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, degan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

(2) Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan muktamar atau mesyuaratAgung PAS.

 

Rujuk: https://aburedza.files.wordpress.com/2011/07/perlembagaan-pas.pdf

WACANA PERDANA – PILIHANRAYA BEBAS, REALITI ATAU ILUSI?

Wacana Antara : Husam-Nazri-Mantan Pengerusi SPR

Penilaian apabila menonton Video ini: Nazri yang mewakli UMNO dan BN gagal dalam meyakinkan penonton dengan hujah yang benar. Tan Sri Rashid, nampak berdolak dalik tetapi akhirnya kembali menghentam kerajaan. Hujah Husam meyakinkan, kemas, tidak merapu, membuat persediaan “kerja rumah” yang baik. Husam  mewakili Pas mengambarkan bakal menteri Putra Jaya yang hebat dan cermelang.

Bila pula PM Najib akan bertemu dengan Anwar? Pastinya, kalau  dengan Husam pun cukup akan mendemamkan  PM Najib!

Mustapa, Hasan: Untuk Pas, cukuplah … tutuplah mulut…

Mustapa, Hasan Sudah Lenguh Mulut

Oleh Mohd Sayuti Omar

ALHAMDULILAH pertelagahan dan tembak menembak menerusi media massa di antara Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali dengan ExcoSelangor Hasan Ali sudah agak mengendur. Sudah ada tanda-tanda keduanya sedar bahawa ‘keterlanjuran’ mereka sehari dua ini yang memberi makanan lemak kepada media penjilat buntut merugikan parti.

Nampaknya awan hitam yang menebal yang menyelimuti bulan sudah pun berarak dan bulan akan kembali cerah bersinar esok lusa.

Inilah yang kita harapkan dari mereka berstatus pemimpin dapat menyelesaikan dengan baik apa juga perselisihan faham dan salah tafsir. Apa yang berlaku sehari dua ini anggaplah sebagai exercise mental untuk menghadapi pilihan raya umum. Secara peribadi saya bangga dengan kenyataan kedua pihak hari ini. Mustapa berkata game is over, manakala Hasan Ali pula kata, stop-short. Tetapi saya percaya kalau ada salah seorang ‘tercepelak’ mulut tidak mustahil mereka akan ‘berembah’ kembali.

Makanya lebih baik lagi kalau mereka cepat-cepat berjumpa di mana-mana restoran Korea atau Jepun, bersalaman dan berpelukan ala-ala Arab, cium pipi jamah janggut. Malangnya kedua tidak ada janggut!

Paling merujakan bila mana Hasan menarik balik kritikan beliau terhadap Negara Berkebajikan. Kita kena faham mengapa Hasan terlajak begitu. Bila duduk dalam studio atau di hadapan kamera kalau lemah minda kita akan terkata apa-apa yang tidak terfikir oleh kita.

Saya kira begitu apa yang berlaku terhadap Hasan. Dia memberi komen itu bukan dia sengaja mahu mengkritik dasar Negara Berkebajikan tetapi dia meluahkan pandangannya. Mungkin Hasan jujur kerana terlalu lebih menyayangi Pas. Salahnya dia terluah kepada media, kalau dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas masih kira okey lagi.

Selepas ini hendaknya tidak ada usik mengusik membawa porak peranda lagi. Baik Mustapa, Hasan Ali dan mana-mana pemimpin Pas hendaklah berhati-hati. Anggaplah khutbah nasihat Presiden panjang lebar itu dan juga teguran Nik Aziz agar tidak menggunakan media musuh itu sebagai sempadan dan dipatuhi oleh semua.

Kalau semua mendengar kata, prihatin dan sayang kepada perjuangan dan mengeratkan ukhwah Pas tidak ada masalah. Saya tenguk barisan kepimpinan yang ada dalam Pas kini baik yang memegang jawatan atau tidak memang layak, berkualiti dan mempunyai keterampilan tersendiri dan padan untuk berdepan dengan Umno.

Mengenang pergaduhan ini saya teringat kepada permohonoan seorang bekas eksekutif yang kini menjadi perunding kepada institusi kerajaan. Katanya; tuan tolonglah bagi tahu kepada pemimpin Pas jangan kuat sangat bergaduh. Saat ini rakyat termasuk saya yang menyokong Umno selama 35 tahun sudah meletak perhatian kepada Pas.

“Saya yakin Pas lebih baik daripada Umno terutamanya dalam menjaga khazanah negara. Saya bimbang kalau Pas dalam keadaan bergaduh sesama sendiri menyebabkan harapan ramai itu akan terjejas. Tolonglah!” begitulah rayu bekas eksekutif berumur 60 tahun itu bersungguh dan penuh mengharap.

Jangan risau kebimbangan eksekutif itu tidak akan berpanjangan. Perkembangan – kenyataan Mustapa dan Hasan Ali yang dilihat menjadi anchor kepada pergaduhan dan mengegerkan Pas kini sudah pun reda.

Sehubungan itu cadangan agar ketiga mereka ini dipanggil secara rasmi seperti mana disebut Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak perlu diteruskan. Kalau dipanggil nampak sangat ia serius. Dan pertemuan itu nanti akan menjadi kerumuni media massa. Masalahnya bila sesuatu itu diulas berbagai oleh media massa yang memang suka kepada perpecahan Pas.

Tunggulah mesyuarat jawatankuasa agung mereka boleh berjumpalah di situ. Bila berjumpa nanti jernihkan keadaan pulihkan semangat dan penuhkan keyakinan untuk bertempur dengan Umno.

Ingatlah harapan rakyat diluar bukan saja seorang seperti eksekutif tadi tetapi ramai. Rasanya sejak mereka bergaduh dan bergasak, ramai ahli dan penyokong Pas bermunajat dan bersolat hajat agar Tuhan satukan semula hati-hati mereka yang retak dan terguris itu. Dan saya rasa doa dan harapan yang kudus dan suci itu didengari telah dimakbulkan Allah kerana itu Mustapa dan Hasan Ali sudah sejuk.

Apakah Mustapa dan Hasan Ali masing-masing bertanya kepada isteri mengenai telatah mereka sehari dua ini? Mungkin… kerana kalau mereka merujuk kepada isteri yang solehah… isteri akan memberi pandangan, “bang kenapa sampai begitu sekali, tak bolehkah abang berbaik di antara satu sama lain? Kata-kata dan harapan isteri itu pasti akan lebih terasa lagi kalau mereka berbicara atas ranjang dengan kesejukan aircon bawah 18 celcius. Lalau jiwa Mat Maslan pun kembali serabut kembali.

http://msomelayu.blogspot.com

Pakar Motivasi Yang Gagal Dalam Berorganisasi

Pada satu ketika dahulu Dr Hasan sangat saya kagumi. Apabila beliau menyertai Pas bertambah kekaguman saya pada nya. Malah saya sangat gembira apabila beliau kemudianya menjadi exco kerajaan Selangor.

Satu ketika saya tergaman apabila ada khabar beliau adalah antara tokoh yang mengusahakan penyatuan Pas-Umno.

Umum  mengetahui orang Pas tidak mengemari usaha tersebut. Saya sendiri pada dasarnya suka jika berlaku penyatuan Umno-Pas. Tetapi suasana yang terjadi, dengan sikap Umno pada ketika ini, penyatuan ini adalah tidak mungkin.

Berbalik kepada sika Dr Hasan, sehari dua ini, saya rasa beliau tidak akan lama di dalam Pas. Kalau pun orang Pas tidak menolaknya, beliau sendiri akan berasa tidak selesa lagi. Kalau ia keluar ke mana ia akan pergi? Ke Umno?

Bersediakah beliau menjadi macam Naka’i?

Kalau beliau menyertai Umno. Dr Hasan mempunyai satu tugas yang sesuai untuknya. Bersihkan Umno. Baiki Umno. Betulkan Umno.Bayar Royalti kepada Kelantan. Hapuskan rasuah. Lunakkan Umno sehingga cantik Umno itu sehingga TG Nik Aziz pun berkenan.

TG Haji Abdul Hadi mengatakan:

Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.

Maksudnya: (Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia, laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

Maka saya berkesimpulan bahawa Dr Hasan adalah Pakar Motivasi Yang Gagal Dalam Berorganisasi.

Pas Terperangkap Lagi ….

Pas kembali bergegar… Dah dekat PRU 13 ni. Apa dah jadi …. Tuan Guru Nik Aziz dan Hj Hadi senyap pula… Buatlah sesuatu ….

Baru-baru ini Mustafa  berkata Nasharudin tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar lalu walaupun dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Mustafa juga berkata Dr. Hasan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah menghadiri mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Saya berandaian inilah puncanya. Mereka berdua mulai rengang dengan teman-teman perjuaang Pas mungkin kerana perbedzaan pendapat. Perbedzaan pendapat tidak sepatutnya menjadi alasan untuk tidak hadir mesyuarat. Bila tidak hadir mesyuarat bermakna bertindak sendiri… Bertindak sendiri bukan sifat pejuang di dalam satu satu jamaah.

Malam ni heboh sidang Akhbar Dr Hasan, diguna sepenuhnya oleh media UMNO. Malam esok tunggu sambungannya.

Bagaimanapun kita menunggu tindakan tindakan penyelsaian oleh Tuan Guru Hj Hadi …. dengan harapan Pas akan terus matang dan kukuh.