Imam Bukhari: Hadis Aisyah r.a Akil Baligh Petunjuk Umur Semasa Berkahwin

Imam Bukhari: Aisyah r.a Akil Baligh Sejak Abu Bakar r.a  Memeluk Islam.

Scan Halaman 173

Scan Halaman 173

Semasa menekuni kitab  Terjemahan Hadis Sahih Bukhari Jilid 1 , Penerbit Klang Book Center, Halaman 173, ada sesuatu yang menarik pada hadis nombor 283, terjemahannya seperti berikut:

283. ‘Aisyah r.a, isteri Nabi saw. berkata:

“Semenjak aku tahu kedua orang tuaku telah memeluk Islam, semenjak aku mulai akil balightiada satu hari pun kami lewati, melainkan Rasulullah saw. datang mengunjungi kami di kedua tepi siang, maupun petang. Kemudian ayahku, Abu Bakar, teringat hendak mendirikan sebuah mesjid, maka dibuatnya di halaman rumah kami. Ayahku shalat dan membaca Qur’an di mesjid itu. Мака para wanita musyrik dan anak-anak mereka berdiri di sekitarnya, mereka tercengang melihat ayahku dan memperhatikannya. Abu Bakar, ayahku, seorang laki-laki yang mudah mcnangis dan tidak dapat menguasai air matanya apabila beliau membaca A1 Quran. Hal itu menyebabkan para bangsawan musyrikin Quraisy gempar karenanya.”

 Berapakah umur Ibunda kita Aisyah r.a. ketika itu? Tahun berapakah berlaku kisah itu?

Kamus Pelajar DBP menyebut akil baligh sebagai:

 “cukup umur atau dewasa (mengikut pandangan Islam, biasanya apabila mencapai umur antara 9 – 12 tahun bagi perempuan dan 12 – 15 tahun bagi lelaki)”.

Tahun berapakah ketika itu?

Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w berada 13 tahun di Makkah selepas kerasulan, lalu berhijrah ke Madinah. Baginda berada di Madinah selama 10 tahun sebelum wafat pada umur 63 tahun.

Abu Bakar r.a adalah diantara sahabat rapat paling awal memeluk Islam. Ini bermakna Abu Bakar r.a masuk Islam pada tahun pertama kerasulan atau pada tahun 13 Sebelum Hijrah.

Berapakah umur Ibunda Aisyah r.a  ketika berkahwin dan tinggal bersama serumah dengan Nabi s.a.w? Riwayat sejarah menyebut mereka tinggal serumah selepas hijrah. Ada menyebut pada bulan Syawal tahun pertama Hijrah dan ada menyebut bulan Syawal tahun kedua Hijraah. Jika riwayat mereka mula tinggal serumah selepas berkahwin pada tahun pertama Hijrah, bermakna umar Ibunda Aishah r.a ialah 9 + 13 = 22 tahun, dengan mengambil kira umur paling rendah pada masa akil baligh.

Daripada hadis di atas saya yakin  dan berkesimpulan Ibunda Aisyah tidak berkahwin dengan Nabi s.a.w pada umurnya 6 atau 8 atau 9  tahun tetapi pada umur lebih 20 tahun,

Ikuti  polimik pemurnian usia Ibunda Aisyah r.a  ketika berkahwin dengan nabi  s.a.w di link berikut:

https://aburedza.wordpress.com/2011/07/16/mohammad-habibur-rahman-kandhalwi-umur-saidatina-%E2%80%98aishah-sewaktu-bernikah-dengan-rasulullah-s-a-w/

12 Rabiulawwal : Tarikh Lahir Dan Wafat Nabi s.a.w, Betulkah?

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi

Besok adalah 9hb Rabiul Awwal. Kemudian 12 hb menjelang……

Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ) . Fakta ini perlu di kaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan sains. Baca selanjutnya DI SINI

Kepalsuan Kisah Hindun Memamah Hati Hamzah

(Hindun binti ‘Utbah  adalah seorang wanita Arab yang hidup pada lewat kurun ke-6 dan awal kurun ke-7 M; dia adalah isterinya Abu Sufyan ibni Harb, seorang lelaki yang berkuasa di Makkah. Abu Sufyan dan Hindun terdahulunya penentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Dia adalah ibu kepada Muawiyah , pengasasnya dinasti Umayyah, dan Ramlah binti Abi Sufyan, salah seorang isteri Nabi Muhammad. Lalu Hindun adalah ibu mertua Nabi s.a.w.  Kedudukannya sebagai seorang sahabat Nabi sering dipertikai oleh Syiah melalui riwayat sejarah yang mendakwa Hindun r.a memamah hati Hamzah r.a – Artikal ini adalah penjelasan bagi pemurnian periwayatan sejarah tersebut)

 

Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari buku ‘IBNU ISHAK – Peranannya Dalam Penyebaran Fahaman Syi’ah Di Kalangan Ummah’ karangan Maulana Muhammad Asri Yusoff. (http://www.darulkautsar.net/)
 

Kepalsuan Kisah Hindun Memamah Hati Hamzah 

Sebuah kisah yang boleh dikatakan tiada sebuah buku sirah pun yang ditulis kemudian tidak menyebutkannya ialah kisah Hindun memamah, mengunyah atau memakan hati Sayyidina Hamzah semasa atau selepas peperangan Uhud.

Kisah ini adalah ciptaan dan rekaan Ibnu Ishaq. Dialah orang yang mula-mula sekali di dalam dunia ini yang mengemukakan kisah tersebut. Kemudian at-Thabari menyebarkannya tetapi melalui jalan riwayat Ibnu Ishaq. Ringkasnya Ibnu Ishaqlah merupakan satu-satunya paksi dalam meriwayatkan kisah ini.

Ibnu Ishaq berkata, “Mengikut cerita yang sampai kepada saya menerusi Saleh bin Kaisan, Hindun Binti Utbah dan perempuan-perempuan lain bersamanya melakukan ‘mutslah’ terhadap sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang terbunuh.

 
Mereka memotong telinga-telinga dan hidung-hidung (sahabat-sahabat yang terbunuh itu) sehingga Hindun menyucuk telinga-telinga dan hidung-hidung orang-orang yang terbunuh itu untuk dijadikan sebagai gelang kaki dan kalung-kalung. Dia memberikan gelang kaki, kalung dan subangnya (anting-anting) kepada Wahsyi, hamba Jubair Bin Muth’im. Dia membelah perut Hamzah dan mengambil hatinya lalu dikunyahnya tetapi tidak dapat ditelannya kerana itu dia memuntahkannya keluar.” (Lihat Sirah Ibnu Ishak m.s. 385, Sirah Ibn Hisyam jilid 3 m.s. 36)

 

Ibnu Jarir at-Thabari pula meriwayatkan dari Muhammad Bin Humaid, dia mengambil cerita ini dari Salamah Al Abrasy. Salamah pula mengambil dari Ibnu Ishaq. Ibnu Ishaq mengatakan,“Saleh Bin Kaisan menceritakan kepadanya…” (Lihat Tarikh al-Umam Wa al-Muluk-at-Thabari jilid 2 m.s. 204)
Salah seorang yang tersebut dalam isnad ini ialah Muhammad Bin Humaid ar-Razi. Beliau ialah penduduk Ray. Dia selalu menukilkan riwayat dari Ya’kub al-Qummi (seorang penulis kitab-kitab Syiah dan selainnya).

 

Ya’kub bin Syaibah berkata, “Dia selalu mengemukakan riwayat-riwayat yang sangat mungkar.” Imam Bukhari berkata, “Kedudukannya dipertikaikan.” Abu Zura’ah ar-Razi seorang alim senegeri dengannya berkata, “Dia seorang pendusta besar.” Fadlak ar-Razi juga seorang alim senegeri dengannya berkata, “Saya mempunyai 50,000 riwayat Muhammad bin Hummaid ar-Razi tetapi satupun darinya tidak saya kemukakan kepada orang ramai.”

 

Pernah Ibnu Kharasy mengemukakan riwayat Muhammad bin Humaid lantas dia berkata, “Demi Allah! Dia berbohong.” Ulama’ hadis yang lain berkata bahawa dia selalu mengambil hadis-hadis orang-orang tertentu kemudian menisbahkannya kepada orang lain. Imam Nasa’i berkata, “Dia seorang yang lemah.” Saleh Jazarah berkata, “Tidak pernah saya lihat dalam hidup saya seorang yang lebih mahir berbohong dari dua orang iaitu pertama, Muhammad bin Humaid (ahli sejarah) dan kedua, Sulaiman as-Syazkumi.”

 

Imam Fadhlak ar-Razi pernah menceritakan bahawa, “Saya pernah pergi kepada Muhammad bin Humaid. Ketika itu dia sedang mereka sanad-sanad cerita-cerita palsu.” Imam Zahabi berkata, “Muridnya Muarrikh (sejarawan) at-Thabari telah menulis dengan penuh yakin bahawa Muhammad bin Humaid tidak ingat al-Quran.” Di akhir hayatnya hanya dua orang yang menerima riwayat-riwayat darinya iaitu:

 

1)   Abul Qasim Baghawi

 

2)   Muhammad bin Jarir at-Thabari

 

Ibnu Humaid meninggal dunia pada tahun 248 H – (Lihat Mizanu al-I’tidal jilid 3 halaman 530, Tahzibu al-Kamal jilid 6 m.s. 286-287).

 

Seorang lagi yang ada dalam isnad Ibnu Ishak ini ialah Salamah al-Abrasy yang nama penuhnya Salamah bin Fadhl. Dia terkenal dengan gelaran al-Abrasy. Pernah menjadi qadhi di Ray kerana itulah dia dinisbahkan dengan ar-Razi. Kuniahnya ialah Abu Abdillah. Dia terkenal sebagai sejarawan di zamannya selain dianggap sebagai salah seorang perawi penting Maghazi Ibnu Ishaq. Pandangan ulama’ hadis dan rijal terhadapnya dapat dilihat melalui nukilan Imam Zahabi. Beliau menulis, “………Ishaq bin Rahawaih berkata, “Dia seorang dhaif.” Bukhari berkata, “Sesetengah hadisnya mungkar.” Imam Nasa’i berkata, “Dia seorang dhaif.” Ali Ibnu Madini menceritakan, “Setelah kami pulang dari Ray, riwayat-riwayat yang pernah kami dengar dari Salamah kami buangkan dengan anggapan ia adalah karut dan dusta.”

 

Yahya bin Ma’in berkata, “Salamah al-Abrasy ar-Razi adalah seorang Syiah.” Abu Hatim ar-Razi berkata, “Dia tidak boleh dijadikan hujjah.” Abu Zur’ah ar-Razi berkata, “Penduduk Ray sama sekali tidak suka kepadanya, lantaran fahamannya yang salah. Sebagai seorang qadhi, beliau selalu berlaku zalim terhadap orang ramai meskipun dia bersembahyang dengan khusyuk’. Sebelum menjadi qadhi beliau mengajar kanak-kanak dan beliau meningggal dunia pada tahun 191 H.” (Mizanu al-I’tidal jilid 2 m.s. 12, Tahzibu al-Kamal jilid 3 m.s. 252-253)

 

Ibnu Ishaq mendakwa riwayat ini diambilnya dari Saleh Bin Kaisan. Siapakah Saleh Bin Kaisan itu? Beliau ialah seorang tabi’i kecil dan tsiqah (perawi yang boleh dipercayai) tetapi beliau lahir selepas 70H dan meninggal dunia pada tahun 140H. Dia lebih tua sedikit dari Muhammad Bin Ishaq sedangkan peristiwa peperangan Uhud telah berlaku 70 tahun sebelum kelahirannya. Siapakah pula yang menceritakannya kepada Saleh? Tentu sekali beliau bukan merupakan penyaksi peristiwa itu dengan mata kepala sendiri. Sudah tentu sekurang-kurangnya seorang yang ‘ghaib’ dalam isnad ini menjadikannya riwayat munqati’. Sepertimana dimaklumi riwayat munqati’ tidak boleh diterima (sebagai hujah).

 

Sebenarnya Saleh Bin Kaisan tidak pun meriwayatkan kisah ini. Ibnu Ishaq sahaja yang mengaitkannya dengan Saleh. Selain dari Ibnu Ishaq, tidak ada sesiapapun mengambil cerita ini baik dari Saleh Bin Kaisan atau orang lain sepanjang pengetahuan sejarah. Di antara sekian ramai anak murid Ibnu Ishaq pula, tidak ada yang meriwayatkan cerita ini darinya selain Salamah al-Abrasy. Kemudian tidak ada seorang pun yang meriwayatkan dari Salamah al-Abrasy selain Muhammad Bin Humaid ar-Razi. Seterusnya tidak ada seorang pun yang meriwayatkan dari Muhammad bin Humaid ar-Razi selain dari Ibnu Jarir at-Thabari.

 

Thabari meninggal dunia pada tahun 310H. Ini bermakna dari tahun 70H hingga tahun 310H, di setiap peringkat hanya ada seorang sahaja yang meriwayatkan kisah ini, seolah-olah ia suatu perkara yang sulit dan perlu dirahsiakan. Ia hanya boleh diterima dari setiap generasi, seorang sahaja!

 

Sekiranya peristiwa ini benar-benar berlaku dan ia mempunyai saksi yang melihatnya dengan mata kepala, tentu sekali ia tersebar lebih awal dari itu dan sepatutnya perawi-perawi cerita ini semakin ramai dari satu generasi ke generasi selepas itu. Terbuktilah bahawa kisah ini tidak popular kecuali setelah masyarakat Islam menerima apa sahaja riwayat yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq dan at-Thabari dengan membuta tuli. Kisah ini sebetulnya tidak diketahui oleh sesiapa pun sebelum tahun 70H.
PENILAIAN LOGIK

 

Dari segi Logiknya, bagaimana Ibnu Ishak hanya nampak Hindun sahaja melakukan perbuatan keji ini dan menuding jari kepadanya sedangkan ramai lagi perempuan-perempuan lain yang turut serta dalam peperangan Uhud selain Hindun seperti Ummu Hakim binti al-Harits Bin Hisyam, Barzah (isteri kepada Safwan bin Umayyah), Barrah binti Mas’ud bin Amar bin Umair as-Saqafiyyah (ibu kepada Abdullah Bin Safwan), Buraithah binti Munabbih bin al-Hajjaj (isteri kepada Amar bin al-’As dan ibu kepada Abdullah bin Amar bin al-As). Sulafah binti Saad, Khunas binti Malik dan Amrah binti Alqamah dan lain-lain lagi. Dalam kesibukan perang dan hingar bingar kedua-dua pasukan yang berperang itu, bagaimana kelihatan kepada Ibnu Ishaq Hindun sedang memakan hati Hamzah dan menjadikan telinga, hidung dan lain-lain anggota Hamzah sebagai gelang kakinya di samping menghadiahkan pula kalung dan subangnya kepada Wahsyi yang telah mensyahidkan Hamzah.

 

Untuk mengetahui semua tindakan Hindun dengan sah dan tepat, seolah-olahnya Ibnu Ishaq telah mengutus wartawan-wartawan dan juru-juru kamera yang tidak terbabit langsung dalam peperangan, tugas mereka hanyalah menyaksikan dan merakamkan apa yang berlaku dalam peperangan itu lalu melaporkannya kepada Ibnu Ishaq dan menyerahkan pula gambar-gambar sebagai bukti sokongan kepada apa-apa yang disampaikan oleh mereka itu. Untuk mendapat kepastian sedemikian rupa semestinya Ibnu Ishaq dibantu oleh orang-orang tadi. Ini kerana tidak pula orang-orang yang ikut serta secara langsung sama ada dari kalangan orang-orang Islam atau mereka yang ada di pihak orang-orang kafir tetapi kemudiannya memeluk Islam menceritakan sepertimana yang diceritakan oleh Ibnu Ishaq.

 

Perempuan-perempuan yang dikatakan oleh Ibnu Ishaq telah bersama-sama dengan Hindun melakukan mutslah (memotong-motong anggota orang yang telah mati dengan maksud melepaskan geram dan dendam) juga tidak menceritakan seperti mana yang diceritakan oleh Ibnu Ishaq itu. Maka bagaimana kita akan menerima riwayat yang melaporkan kisah tersebut menerusi Saleh Bin Kaisan yang lahir setelah lebih 70 tahun berlakunya peristiwa ini dan mengenepikan pula saksi-saksi mata kepala yang turut serta dalam peperangan ini sama ada dari kalangan orang-orang Islam atau dari kalangan orang-orang kafir.

 

Wahsyi yang diketahui dan diterima oleh semua sebagai pembunuh Sayyidina Hamzah kemudiannya telah memeluk agama Islam. Jubair bin Muth’im tuan kepada Wahsyi kemudiannya juga memeluk agama Islam. Hindun binti Utbah, isteri Abu Suffian, ibu kepada Sayyidina Muawiyah yang dikatakan oleh Ibnu Ishaq telah memakan hati Hamzah, kemudiannya juga telah memeluk agama Islam. Semua mereka ini tidak ada pun menceritakan apa yang diceritakan oleh Ibnu Ishaq pada hal merekalah orang-orang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa ini dan paling patut dirujuk dan diselidiki penjelasan mereka.
SIKAP IMAM BUKHARI

 

Imam Bukhari jauh berbeza dari Ibnu Ishaq kerana meriwayatkan kisah pembunuhan Sayyidina Hamzah melalui pembunuhnya sendiri bukan melalui orang yang lahir 70 tahun selepas peristiwa itu berlaku. Menurut metod ilmu riwayat, riwayat yang dikemukakan oleh Imam Bukhari lebih wajar diterima kerana beliau mengambil dari orang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa itu. Mari kita perhatikan riwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya berhubung peristiwa itu.
RIWAYAT IMAM BUKHARI

 

Imam Bukhari menukilkan dari Ja’far bin Amar bin Umaiyyah ad-Dhamri dia berkata, “Saya telah berangkat untuk satu perjalanan dengan Ubaidullah bin Adiy bin al-Khiyar. Bila kami sampai di Hims, Ubaidullah bin Adi bertanya kepada saya, “Mahukah engkau berjumpa dengan Wahsyi? Boleh kita tanya kepadanya tentang pembunuhan Sayyidina Hamzah.” Saya berkata, “Tentu sekali.”

 

Pada hari-hari itu Wahsyi menetap di Hims. Kami bertanya seseorang, “Di mana rumah Wahsyi?” Orang itu menceritakan, “Itu dia Wahsyi sedang duduk di bawah naungan (bayang) rumahnya. Bila kami ternampak dia dalam rupanya yang gemuk dan tidak berambut itu tak ubah seperti sebuah gereba. Kami berdiri sejenak setelah sampai di hadapannya lalu kami memberi salam kepadanya. Beliau menjawab salam kami. Perawi berkata, “Ketika itu Ubaidullah bin Adi bin al-Khiyar menutup muka dan kepalanya dengan serban. Wahsyi tidak nampak apa-apa darinya melainkan dua mata dan kakinya sahaja.”

 

Ubaidullah pun bertanya Wahsyi, “Kamu kenalkah siapa saya?” Wahsyi mengangkat pandangannya ke arah Ubaiullah, kemudian dia berkata, “Demi Allah! Tidak! Ya, Cuma saya tahu bahawa Adi bin al-Khiyar telah berkahwin dengan seorang perempuan dipanggil Ummul Qital binti Abi al-‘Is. Dengannya Adi bin al-Khiyar telah mendapat seorang anak lelaki. Sayalah yang telah mencari seorang pengasuh untuk anaknya itu dan saya dengan ibunya membawakan anak itu untuk diserahkan kepada pengasuh tersebut. Sekarang saya sedang memerhatikan kaki awak. Saya rasa engkaulah anak itu.” Ubaidullah pun mengalihkan kain dari mukanya. Dia bertanya Wahsyi, “Bolehkah kamu ceritakan kepada kami tentang pembunuhan Hamzah?” Wahsyi menjawab, “Ya, tentu boleh. Ceritanya begini: Hamzah telah membunuh Thu’aimah bin Adi bin al-Khiyar dalam peperangan Badar. Tuan saya Jubair bin Mut’im berkata kepada saya, “Kalau engkau dapat membunuh Hamzah, engkau merdeka.”

 

Bila saya keluar untuk berperang pada tahun ‘Ainain’ (Ainain ialah salah satu bukit di Uhud, di hadapannya terletak Wadi Uhud), saya juga keluar bersama orang lain untuk berperang. Bila masing-masing pasukan telah membetulkan saf, maka Siba’ bin Abdul Uzza pun tampil kehadapan seraya berkata, “Adakah sesiapa yang akan berlawan?” Wahsyi menceritakan, “Dari kalangan pihak lawan, Hamzah bin Abdul Muthalib tampil ke hadapan seraya berkata, “Oh Siba’! Oh anak Ummu Anmar! Mudim anak-anak perempuan, adakah engkau memerangi Allah dan Rasulnya?” Kemudian dengan pantas Hamzah menyerang lalu dia (Siba’) menjadi seperti kelmarin yang telah berlalu (terus mati). Wahsyi berkata, “Saya ketika itu bersembunyi di sebalik satu batu besar sambil mengintai-intai Hamzah. Bila dia lalu dekat saya, terus saya membaling lembing saya ke arahnya. Lembing itu mengenai bahagian pusatnya lalu menembusi belakangnya. Itulah pertemuan saya yang terakhir dengannya. Bila semua orang pulang dari medan perang, saya juga pulang bersama mereka dan terus menetap di Mekah (selepas merdeka) sehingga Islam tersebar di sana, kemudian saya pun keluar ke Ta’if.”

 

Bila orang Ta’if menghantarkan utusan-utusan kepada Rasulullah s.a.w. maka ada orang berkata kepada saya, “Nabi tidak mengganggu utusan,” kerana itu saya pun menyertai golongan utusan itu untuk mengadap Nabi s.a.w. Bila Nabi s.a.w. melihat saya, Baginda pun bertanya, “Adakah engkau Wahsyi?” Saya menjawab, “Ya.” Baginda s.a.w. bertanya lagi, “Engkaukah yang telah membunuh Hamzah?” Saya menjawab, “Berita yang sampai kepada tuan itu adalah benar.” Nabi s.a.w. pun bersabda, “Bolehkah engkau sembunyikan mukamu dari pandanganku?” Wahsyi berkata, “Aku pun pergi dari situ.”

 

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., Musailamah al-Kazzab memberontak. Saya berfikir dalam hati saya bahawa seharusnya saya keluar untuk menentang Musailamah. Boleh jadi saya akan dapat membunuhnya dengan itu terbalaslah (terbayarlah) pembunuhan Hamzah oleh saya. Setelah terfikir begitu saya pun keluar bersama orang ramai untuk berperang. Tiba-tiba (dalam peperangan) saya ternampak seorang sedang berdiri di celah tembok. Dia kelihatan seperti unta yang kehitaman warnanya. Rambutnya berselerak. Saya lepaskan lembing saya ke arahnya dan tepat mengenai dadanya sehingga menembusi belakangnya. Selepas itu tampil seorang Ansar Madinah lalu menetak kepalanya. Abdullah Bin al-Fadhl menceritakan bahawa Sulaiman bin Yasr menceritakan kepada saya bahawa beliau mendengar Ibnu Umar berkata, “Seorang perempuan yang ketika itu berdiri di atas bumbung rumah lantas berteriak mengatakan, “Demi Amirul Mukminin (Musailamah al-Kazzab)! Dia telah dibunuh oleh budak Habsyi.” (Lihat Sahih Bukhari jilid 2 m.s. 583)

 

Demikianlah kedudukan sebenar kisah ini mengikut cerita dari mulut pembunuh Sayyidina Hamzah sendiri. Dari riwayat ini dapat disimpulkan beberapa perkara seperti berikut;

 

1. Wahsyi adalah hamba kepada Jubair bin Muth’im. Jubair bin Muth’imlah yang mendorongnya membunuh Hamzah dengan janji akan memerdekakannya jika dia berjaya membunuh Hamzah. Di dalam riwayat ini tidak ada isyarat pun tentang campurtangan Hindun dalam pembunuhan Hamzah. Bukan Hindun yang mendorong Wahsyi supaya membunuh Hamzah, bukan juga Hindun yang dapat memerdekakan Wahsyi kerana Wahsyi bukan hambanya, malah dalam riwayat Ibnu Ishaq sendiri pun Wahsyi adalah hamba Jubair bin Muth’im.

 

2. Di dalam riwayat ini juga tidak tersebut Hindun memberikan gelang kaki, kalung dan subangnya kepada Wahsyi kerana kejayaannya membunuh Hamzah. Bahkan Wahsyi tidak mendapat apa-apa hadiah dari sesiapa pun selain dari hadiah kemerdekaan yang dijanjikan tuannya Jubair bin Muth’im. Sekiranya ada, maka tidak ada sebab kenapa Wahsyi menyembunyikannya.

 

3. Wahsyi ikut serta dalam peperangan Uhud dari awal hingga akhir di pihak orang-orang kafir Quraisy dan akhir sekali beliau pulang ke rumah bersama orang-orang lain. Di dalam riwayat Bukhari ini beliau tidak menyebutkan cerita perempuan-perempuan membuat kalung dari anggota orang-orang Islam yang syahid yang telah dipotong oleh mereka. Tidak ada juga beliau menyebutkan kisah sesiapa memakan hati sesiapa. Jika diandaikan beliau tidak melihat apa yang dilakukan oleh perempuan-perempuan Quraisy terhadap orang-orang Islam yang mati syahid dalam peperangan Uhud itu terutamanya Hindun sekalipun tetap berkemungkinan juga beliau mendengar cerita itu di Mekah setelah pulang tetapi tiadanya cerita Wahsyi ini daripada perbuatan-perbuatan perempuan tersebut menunjukkan bahawa semua itu tidak benar.

 

4. Kerana Wahsyi telah membunuh Hamzah yang begitu disayangi oleh Rasulullah s.a.w., Nabi s.a.w. meminta beliau supaya tidak bersemuka dengannya. Tetapi Jubair bin Muth’im, pada ketika pembukaan Mekah tidak pula diminta oleh Rasulullah s.a.w. supaya tidak bersemuka dengannya seperti Wahsyi. Apa yang dilakukan oleh Hindun, jika benar seperti yang didakwa oleh Ibnu Ishaq, bahawa Hindun telah membelah perut Hamzah dan mengunyah hatinya – maka kelakuan itu lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Wahsyi terhadap Hamzah, kerana sudah lumrah dalam peperangan seseorang membunuh pihak lawannya. Tetapi adalah sesuatu yang luar biasa seseorang membelah perut orang yang telah mati dalam peperangan lalu memotong hatinya untuk dikunyah atau dimakan. Sepatutnya Rasulullah s.a.w. juga tidak sanggup bersemuka dengan Hindun sama seperti Wahsyi tetapi sebaliknya apabila Nabi s.a.w. menakluk Mekah, di samping Baginda s.a.w. mengisytiharkan damai, Baginda s.a.w. juga telah mengisytiharkan nama-nama orang yang perlu dihukum bunuh.

 

Pada ketika itu Hindun tidak tersenarai dalam orang-orang yang perlu dihukum bunuh. Tidak juga Nabi s.a.w. menyatakan kebencian dan dendamnya kepada Hindun malah sebaliknya mengisytiharkan kepada umum bahawa sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abi Sufyan (juga merupakan rumah Hindun) untuk menyelamatkan dirinya, dia terselamat dan mendapat keamanan. Pengisytiharan seperti ini membuktikan dengan sejelas-jelasnya bahawa Hindun atau Abu Sufyan tidak terlibat sama sekali dalam pembunuhan Sayidina Hamzah apa lagi untuk dikatakan beliau telah membelah perut Hamzah lalu memakan hatinya. Hindun seperti juga ramai orang-orang Quraisy yang lain telah memeluk agama Islam, selepas berbai’ah dengan Nabi s.a.w. dalam keadaan bersemuka dengan Nabi s.a.w., beliau secara terbuka menyatakan perasaannya setelah memeluk Islam terhadap Nabi s.a.w. Kata beliau, “Wahai Rasulullah! Dulu tidak ada manusia yang berkhemah di atas muka bumi ini lebih dipandang hina olehku darimu tetapi hari ini tidak ada orang yang berkhemah di muka bumi ini lebih ku kasihi darimu.”

 

Lihatlah bagaimana beliau menyatakan isihatinya terhadap Nabi s.a.w. dengan bersemuka dan lihatlah pula apa jawapan Nabi s.a.w. dan bagaimana Nabi s.a.w. menyambut kata-katanya itu. Dari kata-kata Nabi s.a.w. itu kiranya sirnalah segala tuduhan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam terhadap Hindun, ibu mertua Nabi s.a.w., ibu kepada Ummu Habibah dan juga ibu kepada Sayyidina Mu’awiyah. Baginda s.a.w. lantas bersabda, “Ya, demikian juga aku. Demi Tuhan yang nyawaku berada ditanganNya.” (Lihat Sahih Bukhari jilid 1 m.s. 539)

 

Ini bermakna Nabi s.a.w. juga kasih kepada Hindun seperti mana Hindun mengasihinya. Malah untuk menyatakan kasihnya yang sungguh-sungguh itu, Baginda s.a.w. bersumpah dengan Tuhan yang nyawanya berada ditanganNya.

 

5. Daripada dua riwayat berlainan kandungannya yang dikemukakan oleh dua orang tokoh, Ibnu Ishaq dan Imam Bukhari, tergambar dengan jelas aliran pemikiran dan aqidah masing-masing. Yang pertama berfahaman Syi’ah yang sememangnya membenci para sahabat dan memusuhi mereka sementara yang kedua pula mengasihi sahabat seperti Rasulullah s.a.w. sendiri mengasihi mereka.

 

6. Ibnu Ishaq mendakwa mendapat cerita yang dikemukakannya dari Saleh bin Kaisan yang lahir 70 tahun selepas peristiwa peperangan Uhud itu berlaku. Imam Bukhari pula menerima riwayat yang dikemukakannya dengan sanad yang bersambung-sambung dan tidak terputus. Perawi-perawinya terdiri dari orang-orang yang kuat dengan isnad yang kuat dan tidak terputus-putus. Imam Bukhari mengambil riwayat tentang pembunuhan Hamzah dari pembunuhnya sendiri iaitu Wahsyi. Siapakah yang lebih boleh dipercayai? Seorang yang mengambil riwayat dari orang yang lahir 70 tahun selepas kejadian atau orang yang meriwayatkan sesuatu peristiwa dari orang yang menyaksikan sendiri peristiwa itu malah terlibat secara langsung dalam peristiwa itu?

 

7. Ibnu Ishaq dan kuncu-kuncunya sebenarnya mahu menanam rasa benci di dalam hati ummah terhadap Sayyidina Muawiyyah yang telah memusnahkan pergerakan musuh Islam selama pemerintahannya 20 tahun sebagai Gabenor dan 20 tahun sebagai Khalifah. Dia seolah-olahnya menghujah para pembaca riwayatnya dengan cerita yang dikemukakan itu, iaitu Sayyidina Muawiyah adalah seseorang yang jahat, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kejahatan dan kekejaman itu bukanlah suatu yang baru bahkan ia adalah suatu yang turun temurun diwarisinya dari ibunya yang telah sanggup membelah perut Hamzah dan mengunyah hatinya, juga diwarisi dari ayahnya yang merupakan kepala kafir Quraisy dalam peperangan Uhud itu. Inilah sebenarnya motif yang telah melahirkan cerita ini ke alam nyata.

 

8. Ibnu Ishaq sebetulnya mahu mencabar fikiran ummah dengan suatu alasan di sebalik cerita yang dipersembahkan itu. Bahawa jika Wahsyi yang telah melakukan suatu perkara yang lumrah berlaku dalam sesuatu peperangan pun diminta oleh Nabi s.a.w. supaya tidak menunjukkan mukanya kepada Baginda s.a.w., bagaimanakah pula dengan orang yang telah membelah perut Sayyidina Hamzah lalu mengunyah hatinya? Adakah mungkin Rasulullah s.a.w. dapat menerima orang seperti itu? Kalau pun orang itu kemudiannya memeluk agama Islam dan berbai’ah dengan Nabi s.a.w., tetap juga ada kemungkinan bahawa Nabi s.a.w. menerima keislamannya secara taqiyyah!

 

Imam Bukhari mengemukakan hadis, “Hindun menyatakan isihatinya kepada Rasulullah s.a.w. secara terbuka dan bersemuka dengan Rasulullah s.a.w. seperti disebutkan tadi di bawah bab ‘Kelebihan Hindun Binti Utbah’. Apa yang Imam Bukhari mahu abadikan melalui bab ini ialah Hindun bukan sahaja telah diterima keislamannya, bahkan beliau mempunyai kelebihan dan keistimewaannya tersendiri. Apa yang dapat difahami secara mudah ialah sekurang-kurangnya beliau merupakan mertua kepada Nabi s.a.w. dan ibu kepada Amirul Mukminin Sayyidina Mu’awiyah bin Abu Sufyan. Itu sahaja pun bagi umat Islam bukan alang kepalang keistimewaannya.         

PAS: Fakta sejarah perlu dikaji semula, tak timbul isu sokong komunis

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-54 dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula dikritik sesetengah pihak berhubung satu ceramah baru-baru ini, parti Islam itu menegaskan, negara perlu mentafsir semula fakta sejarah agar semua hero diberi penghormatan sewajarnya.

Sehubungan itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, soal menyokong komunis tidak timbul jika “kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.”

“Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit,” kata Tuan Ibrahim (gambar).

Mohamad atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, dilaporkan berkata, pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Mohamad dan menegaskan akan mengambil tindakan saman ke atas Utusan Malaysia atas alasan telah memutarbelitkan kandungan ceramahnya.

Polis pula berkata mahu menyiasat Mohamad kerana mengeluarkan kenyataan mengemparkan rakyat.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas iaitu “apakah British dan kuncunya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah ditafsirkan.”

Kata beliau, kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.

“Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya.

“Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Hari ini, genap 54 tahun negara mencapai kemerdekaan. Bagaimanapun sambutan akan diadakan pada 16 September ini sempena Hari Malaysia.

Tuan Ibrahim menambah, disebabkan pada zaman British menjajah negara, mereka telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka.

“Namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan, maka kini timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah.

“Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang – ada yang menyertai PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), PKM (Parti Komunis Malaya) dan lain-lain – semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British,” katanya lagi.

Justeru kata Tuan Ibrahim, atas penilaian itu, “kita menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero.”

“Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?” tambah beliau.

Beliau seterusya menyoal, jika kedua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya?

“Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya,” kata Tuan Ibrahim.

Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.

Bagaimanapun katanya, yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero.

Pada masa yang sama kata Tuan Ibrahim, kedudukan dan jasa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.

“Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat?

“Secara menafsir sejarah secara jujur, semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun,” katanya lagi.

Namun demikian, tambah beliau, “kita tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya menghalau penjajah.”

“Namun apa yang pasti, menghalau penjajah merupakan ‘common goal’ yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain,” katanya lagi.

Tuan Ibrahim seterusnya bertanya, “pada 1950 adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara?”

“Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu,” jelas beliau.

“Selepas merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan.

“Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.

“Inilah tafsiran sejarah secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi satu-satu peristiwa adalah berlainan daripada satu era ke satu era. Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri selepas menghalau penjajah,” katanya sambil menambah, sejarah yang paling kritikal juga berlaku di zaman peralihan antara Jepun dan British.

“Di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British,” kata beliau lagi.

“Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.

“Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi kesilapan lalu. Profesor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini,” kata beliau lagi.

Bilakah KeIslaman Muawiyah bin Abi Sufian.


Muawiyah Bin Abi Sufian r.a di lahirkan   pada 20 Sebelum H (603M) dan Wafar 60H ( 680M). Beliau adalah pengasas Kekhalifahan Bani Umaiyah (661M-750M)

Riwayat hidupnya penuh dengan kontroversi, berpunca daripada perbedzaan pendapat dengan Khalifah  Ali r.a., mengenai perlaksanaan hukum keatas pembunuhan Khalifah Usman r.a. Kerana itu rekod baiknya ditutupi dengan pelbagai keburukan. Antaranya beliau digambarkan sebagai sahabat yang lewat masuk Islam. Ada riwayat menyebut beliau masuk Islam ketika atau era pembukaan Makah pada tahun  8 Hijrah.

Prof. Dr.Ibrahim Ali Sya’wat, seorang Profesor Sejarah Islam Universiti al Azhar di dalam bukunya,  Kesalahan-kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Di Betulkan Semula, menulis mengenai Bilakah KeIslaman Muawiyah Bin Abi Sufian, seperti berikut:

Dari sudut tuduhan beliau lewat masuk Islam sehinggalah pada hari berlakunya pembukaan Mekah, kita dapati al-Allamah Ibn Asakir telah menjawab tuduhan ini. Beliau meriwayatkan dengan sanadnya yang sampai kepada Muawiyah yang berkata:

“Saya sebenarnya telah masuk Islam terlebih dahulu dari itu (dari hari pembukaan kota Mekah) tetapi saya menyembunyikan Islam saya… Demi Allah ketika Rasulullah meninggalkan bumi Hudaibiyah, pada ketika itulah saya beriman dengan baginda”.[1]

Berdasarkan laporan ini jelas sekali Muawiyah sebenarnya telah memeluk Islam pada hari Hudaibiyah lagi iaitu pada tahun ke enam hijrah dan beliau membersihkan diri beliau dari termasuk ke dalam golongan orang-orang yang dibebaskan oleh nabi pada hari pembukaan kota Mekah. Inilah kemungkinan menjadi faktor yang membuatkan nabi memilihnya menjadi penulis wahyu baginda.

 

 


[1] Rujuk Tarikh Dimasyq, jil. 19, him.. 344.

Majmu Fatawa: Kedudukan Muawiyah dan Amr Bin Ash

Majmu Fatawa: Kedudukan Muawiyah dan Amr Bin Ash

Sumber: http://syaikhulislam.wordpress.com/2010/03/09/majmu-fatawa-kedudukan-muawiyah-dan-amr-bin-ash/

Muawiyah dan Amr Bin Ash termasuk orang-orang beriman. Tidak ada satupun salaf yang menuduh mereka sebagai orang munafik. Bahkan telah Tsabit dalam kitab sohih bahwasanya Amr bin Ash ketika membaiat Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam ia berkata :”Agar Allah mengampuni dosa-dosaku yang telah lalu”. Maka Rasulullah bersabda: “ tidakkah engkau tahu bahwasanya Islam akan Memusnahkan apa yang telah lalu?”[1].

Dan diketahui bahwa yang Islam yang memusnahkan (dosa,red) merupakan Islamnya orang-orang beriman, bukan Islamnya Orang-orang Munafik.

Amr Bin Ash juga termasuk orang yang berhijrah setelah Hudaibiyah secara sukarela bukan paksaan. Sedangkan orang-orang Muhajirin bukanlah orang Munafik, tetapi yang munafik adalah sebagian orang yang telah ada didalam kaum Anshar yang merupakan Penduduk Madinah. Ketika para pemuka dan kebanyakan penduduknya Masuk Islam, sebagian orang-orang Munafik tersebut berpura-pura sebagai pemeluk Islam. Berbeda dengan  Penduduk Mekkah yang Para pemuka dan kebanyakan Penduduknya adalah kafir, tidak ada yang menunjukkan Keimanannya kecuali orang-orang yang sungguh-sungguh beriman baik lahir maupun batin.

Diantara mereka ada yang disiksa dan diboikot, berbeda dengan orang Munafik yang berpura-pura Muanfik demi kepentingan dunianya.

Adapun yang yang menunjukkan keislamannya di Mekkah akan diganggu kepentingan dunianya. Kemudian sebagian besar orang-orang beriman ikut serta Hijrah Ke Madinah Ketika Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam Hijrah kesana.

Sebagian dari mereka dihalang-halangi, seperti contohnya sekelompok laki-laki dari Bani Makhzum, semisal Walid bin Mughirah Saudaranya kholid dan Saudara abu Jahal dari Ibunya. Oleh karena itu Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam berqunut untuk mereka dan bertutur dalam qunutnya : ‘Ya Allah, selamatkanlah Al Walid bin Walid, Salamah bin Hisyam, dan orang-orang yang lemah dari kaum mukminin. Ya Allah, keraskanlah tindakan-Mu atas suku Mudhar, dan timpakan atas mereka tahun-tahun seperti tahun-tahun Yusuf (paceklik, red).[2]

Kaum Muhajirin dari awal hingga Akhir  tak satupun yang dituduh nifak. Bahkan semuanya termasuk orang-orang beriman yang disaksikan keimanan mereka, sedangkan melaknat Mukmin sama dengan membunuhnya.[3]

Adapun Muawiyah bi Abu Sofyan dan yang semisalnya dari kalangan ath-Thulaqaa` -yang masuk Islam setelah era Fath Makkah-, Seperti Ikrimah bin abu Jahal, Harits bi Hisyam, suhail bin Amr, Sofwan bin Umayyah, dan Abu Sufyan bin Harist bin Abdul Mutthalib. Merek termasuk yang baik Islamnya dengan kesepakatan Kaum Muslimin. Tidak seorangpun menuduh mereka setelah Hijrah sebagai Munafik. Adapun Muawiyah, Rasulullah telah memintanya untuk menjadi penulis Rasulullah dan beliau bersanda “Ya Allah ajarkanlah Ia Kitab dan Hisab, dan peliharalah dia dari Adzab[4]

Saudaranya Yang bernama Yazid bin Abi Sufyan lebih baik dan lebih utama darinya, dia adalah salah seorang amir yang diutus oleh Abu Bakar Siddiq Rodiyallahu anhu ketika penaklukkan Syam. Abu Bakar memberinya Wasiyat yang terkenal. Abu Bakar berjalan kaki sedang ia berkendaraan. Maka ia berkata kepada Abu Bakar: “Wahai khalifah Rasulullah, naiklah! (ke atas kendaraan) atau aku yang akan turun.”
Maka berkatalah Abu Bakar: “Aku tidak akan naik dan engkau jangan turun, sesungguhnya aku mengharapkan hisab dengan langkah-langkahku ini di jalan Allah. Amr bin Ash adalah amir yang selanjutnya, dan amir yang ketiga adalah Syarajil bin Hasanah, dan keempat adalah kholid Bin walid. Mereka adalah Amir secara  Mutlak. Kemudian diganti oleh Umar, kemudian Ia menyerahkan Pimpinan kepada Abu Ubaidah bin Jarrah yang telah ditetapkan dalam As Sohih sebagai orang kepercayaan Ummat ini[5]

Penaklukkan Syam adalah dibawah pimpinan Abu Ubaidah dan penaklukkan Iraq dibawah Pimpinan Saad Bin Abi Waqqash.

Kemudian ketika Yazid bin Abu Sufyan Wafat Pada saat kekhilafahan Umar, digantikan oleh Saudaranya Muawiyah.

Umar termasuk orang yang paling agung firasatnya, lelaki paling berpengetahuan, pemimpin kebenaran, Paling bertanggung jawab dalam kebenaran, dan paling tahu tentang kebenaran tersebut.

Hingga Ali bin Abu Thalib berkata Radiyallahu anhu berkata: “kami menganggap ketenangan itu disampaikan lewat lisan Umar.

Bersabda nabi Shallallahu Alaihi Wasallam: “ Sesungguhnya Allah menjadikan kebaikan lewat lisan umar dan hatinya”[6].

Beliau juga bersabda:”kalaulah aku tidak diutus kepada kalian, niscaya akan diutus Umar kepada Kalian”[7],

Ibnu Umar berkata:” aku tidak pernah mendengar umar berkata sesungguhnya aku telah meyakini sesuatu, kecuali hal itu terjadi sesuai dengan apa yang ia Yakini.”.

Sungguh Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda kepadanya: “ tidaklah setan berpapasan denganmu pada satu jalan niscaya ia pasti memilih jalan lain dari jalan yang engkau lalui.”[8]

Umar dan Abu Bakar tidak pernah sekalipun mengangkat pimpinan munafik untuk kaum Muslimin, keduanya juga tidak mengangkat kerabat mereka, dan tidak terpengaruh dengan celaan orang-orang yang mencela. Bahkan ketika keduanya memerangi orang-orang murtad dan mengembalikan mereka kedalam Islam, keduanya melarang mereka mengendarai kuda dan membawa pedang sampai terlihat jelas taubat mereka.

Umar pernah Berkata kepada Saad Bin Abi Waqqash-amir iraq ketika itu-: “ jangan angkat satupun dari mereka dan jangan bermusyawarah dengan mereka dalam peperangan. Sesungguhnya mereka pernah menjadi pemimpin besar. Seperti Tholihah As Asadi, Aqra bin habis, Uyainah bin Hison, dan Asy’ats bi Qaisy al Kindi dan yang semisal mereka. Ketika Umar dan Abu Bakar Takut ada unsur kenifakan dalam diri mereka, keduanya tidak mengangkat mereka sebagai pemimpin kaum Muslimin.

Kalaulah Amr bin Ash dan Muawiyah bin Abu sufyan dan yang semisal keduanya termasuk orang yang ditakuti kenifakannya, niscaya mereka tidak akan diangkat memimpin kaum Muslimin. Bahkan Amr bin Ash telah diperintahkan Oleh Rasulullah pada perang Dzatussalaasil, dan Nabi tidak mengangkat orang munafik sebagai pemimpin kaum Muslimin.

Sungguh Rasulullah telah mengangkat Abu Sufyan bin harb ayahnya Muawiyah sebagai Gubernur di Najran. Rasulullah wafat sedangkan Abu Sufyan masih menjadi wakilnya di Najran.

Sungguh kaum Muslimin telah sepakat bahwa keislaman Muawiyah lebih baik dari keislaman ayahnya Abu Sufyan, Bagaimana Mungkin mereka dianggap munafik sedangkan nabi shallallahu Alaihi Wasallam mengamanahkan urusan kaum Muslimin kepada mereka pada masalah ilmu dan amal?!

Sungguh telah diketahui bahwasanya pernah terjadi fitnah yang melibatkan Muawiyah dan Amr Bin Ash, dan selain keduanya. Tidak satupun penolong dan yang memerangi dan yang tidak memerangi mereka menuduh mereka berdusta Kepada Nabi Shallallahu alihi Wasallam, Bahkan seluruh ulama dan Sahabat setelah mereka telah bersepakat bahwa mereka berkata jujur kepada Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam dan dipercaya riwayatnya, sedangkan orang munafik tidak dipercaya oleh nabi Shallallahu alaihi Wasallam, Bahkan berdusta kepada Nabi dan didustakan oleh nabi.

Semoga Bermanfaat


[1]Hadits Riwayat Muslim dalam Kitab Iman dari Abu Syumasah Al Mahri

[2] Hadits Riwayat Bukhari dalam Kitab Adzan dan Muslim dalam Kitab Masajid

[3] Hadits Riwayat Bukhari dalam Kitab Iman dan Nadzar dari Tsabit bin Ad Dhohak.

[4] Hadit Riwayat Ahmad  4/127 dari Irbad bin Sariyyah As Sulami, Al Haitsami berkata dikitab Al Majma 9/359 : (didalamnya ada Harits bin Ziyad dan tidak aku dapati ada yang mentsiqahkannya… rijal-rijal lainnya tsiqah dan sebagian ada yang diperselisihkan

[5] Hadits Riwayat Bukhari, Bab Fadhoilus Sahabah 3744 dari Anas

[6] Hadits Riwayat Turmudzi daam Kitab Manaqib no.3682 dan ia berkata : hasan gharib, dan riwayat Ibnu majah dalam  Muqaddimah

[7] Hadits Riwayat Turmudzi daam Kitab Manaqib no.3686 dan ia berkata : hasan gharib

[8] Hadits Riwayat Bukhari bab Fadhailus Sahabah no.3683, Dan riwayat Muslim bab Fadhoilus Sahabah (22/4396)

MAJMU FATAWA Jilid 35

Al Imam Al Qodhi Abi Ya’la : “Meluruskan Sejarah Tragedi Terbunuhnya Utsman bin Affan”

Penulis kitab ini adalah Al Imam Al Qodhi Abi Ya’la Muhammad bin Husain Al Fara’ yang diriwayatkan oleh anaknya Abil Husain Muhammad darinya, kemudian diteliti (tahqiq) oleh Syaikh Abdul Hamid bin Ali Al Faqihi .

e-BOOK setebal 54 halaman ini, adalah Muqoddimah (pendahuluan) dari kitab beliau – Rahimahullah- yang berjudul “Tanzihu Kholil Mu’minin Mu’awiyah bin Abi Sufyan min Dzulmi wal Fisqi fii Mutholabatihi bi Da mi Amiril Mu’minin Utsman bin Affan ” kemudian diterbitkan dalam edisi Bahasa Indonesia dengan judul “Meluruskan Sejarah Tragedi Terbunuhnya Utsman bin Affan”

Kandungan  e-book ini yang diusahakan oleh Kampungsunah adalah seperti berikut:

Daftar Isi

Dari Penerbit………………………………………………………………………Ms 3

Fitnah Pada Masa Dzun Nurain Utsman Bin ‘Affan    ……………………..……….. 5

Pergerakan Ahlul Fitnah Dan Sikap Utsman Terhadap Mereka…………………… 14

Pengepungan Dan Syahidnya Utsman……………………………………………… 19

Usaha-Usaha Utsman Untuk Menghentikan Pengepungan………………………… 22

Detik-Detik Syahidnya Utsman…………………………….………………………. 25

Khilafah Ali Bin Abi Thalib……………………………….……………………….. 28

Sikap Penduduk Daerah Lain Terhadap Baiat Ali Bin Abi Thalib…………………. 34

Sikap Ali Bin Abi Thalib Terhadap Para Pemberontak………………….………….. 35

Sikap Muawiyah Bin Abi Sufyan Terhadap Baiat Ali Bin Abi Thalib…………….. 42

Penutup……………………………………………………………………………… 53

SILA KLIK LINK BERIKUT UNTUK MEMBACA  ON LINE ATAU SAVE UNTUK MEMBACA DILUAR TALIAN:

https://aburedza.files.wordpress.com/2011/07/meluruskan-sejarah-tragedi-terbunuhnya-utsman-bin-affan-abuyaala.pdf

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi

Oleh : Maulana Asri Yusof

Maulana Asri Yusof

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya.

Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ) . Fakta ini perlu di kaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan sains.

Disamping itu, sekiranya diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul Awwal, (sebagaimana dipercayai umum), ia akan menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi s.a.w. dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi saw. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida’ah).

Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi saw berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah.
(Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jilid 2, halaman 144).

Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibmu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya. Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang Syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya.

Imam Nasa’i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, “Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu’tazilah.”

Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Said Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, “Dia seorang dajjal”
(Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468 – 475).

Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.
Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini
(Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261)

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari 2 of 3 Isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

  • Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia 63 tahun.
  • Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.
  • Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb.Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.
  • Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas. Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori
    Bik di dalam “Nurul Yaqin” (hal. 6), Safiyyuul Rahman Al Mubarakpuri di dalam “Ar Rahiqul Makhtum” (halaman 54), `Allamah Sibli Nu’mani di dalam “Siratun Nabi” (jilid 1 hal. 176), Maulana Abdul Kalam Azad di dalam “Rasul Rahmat” (hal. 37) dan lain-lain.Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad s.a.w. pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulamak hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:
  • Tahun kewafatan Baginda s.a.w. ialah 11H
  • Dalam bulan Rabiul Awwal
  • Antara 1hb. Hingga 12hb.
  • Hari Isnin (Sahih Muslim, jld. 8 hal. 51-52)
  • Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).
  • Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j.11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda s.a.w. seperti berikut:
  • 1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.
  • 2. Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2, 9 atau 16hb. Rabiul Awwal.Selain daripada dua andaian tersebut itu, terdapat enam andaian lagi seperti yang terdapat dalam jadual berikut:Jumlah hari bagi bulan______________Tarikh Hari Isnin dalam bulan Rabiul Awwal
    Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (29)______________1 8 15
    Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (29)______________1 8 15
    Zulhijjah (29) Muharram (29) Safar (30)______________1 8 15
    Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (30)______________7 14 21
    Zulhijjah (30) Muharram (30) Safar (29)______________7 14 21
    Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (30)______________7 14 21

    Daripada tarikh-tarikh yang diandaikan tadi; 6, 7, 8, 9, 13, 14, 15 dan 16hb. Rabiul Awwal tidak dapat diterima kerana selain daripada alasan-alasan yang tersebut tadi, tidak ada satupun riwayat yang menyokongnya. Berkenaan dengan 2hb. pula , selain daripada tidak mungkin terjadinya ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar terdiri daripada 30 hari di dalam kesemuanya, tidak ada juga riwayat yang sahih mengenainya. Apa yang ada hanyalah riwayat Hisyam bin Muhammad Al Kalbi dan
    Abu Mikhnaf yang dianggap sebagai pendusta oleh ulama-ulama hadis. Berhubung dengan 1hb. pula, ia adalah daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua’im Fadhal bin Dukain dan lain-lain.

    Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi.
    (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, “Ar Raudhul Unuf,” jilid 7, hal. 579).

    Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M. Berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kami kemukakan pihak kami berharap agar masyarakat menilai semula tarikh sebenar kelahiran nabi s.a.w. dan tidak merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi s.a.w. padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.

  • sumber : http://al-qayyim.net/
  • Syiah Berdusta: Bilakah Sayyidina Hasan Dilahirkan

    Bilakah Sayyidina Hasan Dilahirkan

    Oleh: Allamah Habibur Rahman al-Kandahlawi

    (Terjemahan dan saringan: Muhammad Hanief Awang Yahaya)

    Pengenalan: Adalah amat penting tarikh sebenar kelahiran Sayyidina Hasan dipastikan dengan tepat kerana ada banyak hadis yang berlegar di dalam masyarakat dan di dalam kitab-kitab besar merujuk kepada Sayyidina Hasan yang sudah besar ketika hayat Rasulullah s.a.w. Kami akan menganalisa kesahihan hadis-hadis tersebut di dalam siri-siri akan datang, insyaAllah, berdasarkan fakta umur sebenar Sayyidina Hassan ini.

    Peperangan Uhud berlaku bulan Syawwal pada tahun ketiga hijrah. Selepas peristiwa yang besar ini, Rasulullah s.a.w. mengahwinkan Sayyidiana Ali dengan Fatimah.(Hasyiah al-Bukhari, jil. 1, hal. 532). Dalam hal ini kemungkinan perkahwinan tersebut berlangsung pada akhir tahun ke 3H atau awal 4H. Ahli sejarah Syiah, Mulla Baqir al-Majlisi menyebutkan perkahwian itu pada bulan Muharram. (Jila’ al-`Uyun, jil. 1 hal. 166)

    Jika dilihat kepada kenyataan di atas, bagaimana mungkin ahli sejarah mendakwa bahawa Hasan dilahirkan pada tahun ke 3H sedangkan ibubapanya berkahwin pada akhir tahun ke 3H atau awal 4H.

    Fatimah r.ha. mempunyai lima orang cahaya mata, Hasan, Husin, Muhsin, Ummu Kulthum dan Zainab. Ahli sejarah sepakat mengatakan Muhsin meninggal dunia ketika masih kecil. Begitu juga mereka sependapat bahawa Husin lebih muda daripada Hasan.

    Persoalannya siapakah yang mula-mula dilahirkan oleh Fatimah. Syiah Rafidhah dan ahli sejarah mendakwa Hasanlah yang sulung. Dengan huraian di atas, dakwaan ini dengan sendirinya tertolak.

    Dalam hal ini Mulla Baqir menulis: ” Mendengarkan perkara itu, Fatimah berada dalam keadaan sedih dan sugul. Beginilah keadaan sehingga ke malam. Apabila malam menjelang beliau meletakkan Hasan di bahu kanan dan Husain di bahu kiri sementara memimpin tangan Ummu Kulthum….. Dalam perjalanan pulang Rasulullah s.a.w. mengangkat Hasan dan Fatimah pula mengangkat Husain dan memegang tangan Ummu Kultum menuju ke masjid.” (Jila’ al-`Uyun, jil. 1 hal. 217,218)

    Perhatikan adakah Hasan dan Husain yang berada di atas dukung lebih besar atau Ummu Kulthum yang dipimpin itu lebih besar? Peristiwa ini sendiri membuktikan bahawa Ummu Kulthum lebih tua daripada Hasan dan Husain. Ketika Sayyidina Ali berkahwin pada tahun 4H maka anak yang pertama dilahirkan itu adalah Ummu Kulthum. Nampaknya seolah-olah tidak mungkin Hasan dilahirkan sebelum tahun 5H. Ummu Kulthum ini kemudiannya diperisterikan oleh Sayyidina Umar yang melahirkan dua orang cahaya mata untuk beliau iaitu Zaid dan Ruqayyah.

    Segala bunga-bunga indah ini ditaburkan oleh Syiah Rafidhah untuk menyatakan bahawa Umar berkahwin dengan Ummu Kulthum ketika beliau masih kanak-kanak berumur 5 tahun. Kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan Rafidhah menyebabkan ulama yang besar sekalipun terkena fitnah. Sebagai contoh Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isabah dan Ibn Hajar al-Hathami dalam al-Sawa`iq al-Muhriqah telah menukilkan kisah perkahwinan Ummu Kulthum ketika berusia 5 tahun.

    Walhal keadaan begitu jelas sekali bahawa Ummu Kulthum dilahirkan pada tahun 4H dan berkahwin dengan Umar pada tahun 17H ketika berusia lebih darpada 13 tahun.

    Semua ahli sejarah bersetuju bahawa ketika Hasan dilahirkan, orang yang menyambut beliau ialah Asma’ binti `Umais. Ini satu fakta penting dan tidak dapat dipertikaikan lagi. Asma’ pada mulanya berkahwin dengan Ja`far bin Abi Talib, iaitu abang kepada Sayyidina Ali. Setelah Ja`far syahid di dalam pertempuran Mu’tah, Abu Bakar mengahwini Asma’. Setelah Abu Bakar meninggal dunia Ali pula berkahwin dengannya.

    Di awal zaman Islam, Asma’ dan suaminya Ja`far telah berhijrah dengan membawa iman masing-masing ke Habsyah kerana gangguan yang dilakukan oleh musyrikin Mekah. Hijrah ini berlaku pada tahun 5 kenabian. Mereka menyampaikan dakwah Islamiah kepada Raja Habsyah yang bernama Najasyi sehingga beliau memeluk Islam bersama-sama dengan beberapa orang lain. Persoalannya sehingga bilakah Ja`far dan isterinya berada di sana dan bilakah mereka kembali ke Hijaz? Jawapan kepada persoalan ini akan merungkai segala kekeliruan.

    Semua ulama Ahli Sunnah, ulama hadis dan ahli sejarah serta golongan Rafidhah sepakat bahawa para sahabat yang berhijrah ke Habsyah tiba di Madinah setelah selesai peperangan Khaibar.

    Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis yang panjang daripada Abu Musa al-Asy`ari, kata beliau: “Apabila kami mendapat tahu Rasulullah s.a.w. hendak berhijrah lalu kami bersedia untuk berangkat untuk hijrah bersama. Bersama saya dua orang saudara iaitu Abu Burdah dan Abu Ruhm. Sayalah yang paling muda pada ketika itu. Kami bersama kaum kami seramai 53 orang atau 52 orang menaiki kapal. Tetapi kapal kami membawa kami kepada al-Najasyi di Habsyah. Di sana kami bertemu dengan Ja`far bin Abi Talib dan kami tinggal di sana bersamanya sehinggalah kami datang menemui Rasulullah s.a.w. ketika Khaibar telah ditawan. Ada beberapa orang yang berkata kepada kami yakni yang berhijrah dengan kapal: “Kami mendahului kamu dalam hijrah. Asma’ datang menziarahi Hafsah, isteri Rasulullah s.a.w..” Abu Musa berkata lagi: Beliau antara wanita yang datang bersama kami dan termasuk dari kalangan orang Islam yang berhijrah ke negeri al-Najasyi. Kemudian Umar bin al-Khattab masuk menemui Hafsah pada ketika itu Asma’ berada dekat dengan Hafsah. Lalu Umar bertanya sambil memandang kepada Asma’: “Siapa ini? Dia menjawab: “Asma’ binti `Umais. Umar bertanya lagi: Orang Habsyah atau orang Bahriyyah (orang laut) Asma’ menjawab: “Ya”. Umar berkata lagi: Kami mendahului kamu berhijrah maka kami lebih berhak dengan Rasulullah s.a.w. daripada kamu. Lalu Asma’ binti ‘Umais marah seraya berkata: “Tidak sekali-kali. Demi Allah kamu berada bersama Rasulullah s.a.w. Dia memberi makan kepada orang lapar di kalangan kamu dan memberi peringatan kepada orang jahil di kalangan kamu sedangkan kami berada di negeri yang sangat jauh, dibenci orang. Itu semua kerana Allah dan kerana Rasul-Nya. Demi Allah, saya tidak akan menjamah sebarang makanan dan tidak akan minum sedikit airpun kecuali saya akan beritahu kepada Rasulullah s.a.w. tentang apa yang kamu ucapkan tadi. Kami sering diseksa dan mengalami ketakutan. Saya akan sebutkan kepada Rasulullah s.a.w. dan saya akan tanyakan baginda. Demi Allah, saya tidak akan berdusta, tersilap dan tambah apa-apa”. Tatkala Rasulullah s.a.w. datang Asma’ berkata kepada baginda: “Sesungguhnya Umar telah berkata begini dan begini…” Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Asma’: “Apa jawapan kamu kepadanya? Asma’ menjawab: Saya kata begini dan begini… Rasulullah s.a.w. bersabda: “Umar tidaklah lebih berhak dengan diriku daripada kamu. Dia dan sahabat-sahabatnya itu hanya memiliki satu hijrah sahaja. Sedangkan kamu, wahai ahli kapal, memiliki dua hijrah. Asma’ menceritakan bahawa Abu Musa al-Asy`ari dan ahli kapal yang lain datang menemui saya secara kumpulan demi kumpulan untuk menyebut-nyebutkan hadis ini. Tidak ada sesuatupun di dunia yang lebih mengembirakan mereka dan sangat besar di dalam diri mereka selain daripada hadis ini yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. Abu Burdah berkata bahawa Asma’ berkata: “Saya sering dapati Abu Musa meminta saya mengulang-ngulang hadis ini”.

    Abu Burdah berkata daripada Abu Musa berkata: “Kami menemui Rasulullah s.a.w. selepas pembukaan Khaibar lalu baginda membahagikan untuk kami harta ghanimah dan tidak memberikan kepada orang lain selain kami yang tidak menyertai pembukaan itu” (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Ghazwah Khaibar).

    Sekarang terpulanglah kepada anda sendiri, wahai Ahli Sunnah untuk berfikir dan membuat keputusan bilakah sebenarnya Hasan dilahirkan. Ini kerana peperangan Khaibar disepakati berlaku pada tahun 7 H.

    Bagi menguatkan lagi hujah, kami akan mengemukakan lagi sebuah riwayat al-Bukhari yang menceritakan peristiwa semasa Abu Bakar menjadi khalifah:

    “Abu Bakar bersembahyang asar kemudian keluar berjalan-jalan lalu terlihat Hasan sedang bermain dengan kanak-kanak lalu mendukungnya ke atas bahunya sambil berkata: Ku tebus ayah dan ibuku, kamu ini mirip Rasulullah s.a.w. dan tidak mirip Ali. Dan Sayyidina Ali pada ketika itu senyum ketawa.” (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, Bab Sifat al-Nabi s.a.w.)

    Hasan masih lagi kecil ketika Abu Bakar menjadi khalifah sehingga dalam keadaan usia beliau yang sudah tua itu sanggup mendukung Hasan. Biasanya, paling tua kanak-kanak itu didukung dalam usia empat atau lima tahun. Perawi yang menukilkan kisah ini menyebutkan bahawa Hasan sedang bermain dengan kanak-kanak. Ini membuktikan Hasan masih lagi kecil ketika Abu Bakar dilantik menjadi khalifah.

    Segala perbincangan di atas membawa kepada kesimpulan yang jelas iaitu Hasan tidak dilahirkan pada tahun 3 H tetapi pada 7 H. Beliau bukanlah anak sulung Fatimah dan mengikut kepada kaedah ulama hadis, beliau tidak berpeluang untuk mendapat kemuliaan menerima gelaran sahabat.

    Sumber; http://www.darulkautsar.net/