RAMADAN BULAN QIAMULAIL

RAMADAN BULAN QIAMULAIL[i]

Allah berfirman Maksudnya:

1. Wahai orang Yang berselimut!. 2. bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), 3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, 4. ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan “Tartil“. – (QS 73 :1-4)

Ketika ayat ini turun Rasullah s.a.w segera melaksanakan perintah Allah untuk melaksanakan solat malam. Dalam soalt ini baginda menangis dalam jangka yang lama. Solat itu dilakukan dengan hati yang khusyuk.

Allah berfirman  Maksudnya:

79. dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. – (QS 17:79)

Maksud sabda nabi s.a.w ;

Orang-orang yang mengerjakan solat malam dengan penuh keimanan dan harapan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosa yang telah lalu.[ii]

Baginda s.a.w juga bersabda maksudnya:

Wahai Abdullah, janganlah kamu seperti si fulan yang melakukan solat malam kemudian meninggalkannya.[iii]


[i] Dipetik dari Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan oleh Dr. Aid Abdullah Al Qarni ms 308-311

[ii] Riwayat Bukhari  37-2009 dan Muslim 759

[iii] Riwayat Bukhari  1152 dan Muslim 185