PERASAAN RAGU DAN YAKIN

Dari Abu Muhammad al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib cucu Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam dan kesayangannya radiyallahu ‘anhuma. katanya: Aku te1ah menghafaz dari Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam (sabdanya iaitu):

Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.

Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasi’i. Tirmizi berkata: Hadith ini hasan sahib.

Perunjuk Dari Hadith :

Menunjukkan kepada kewajipan melakukan suatu yang diyakini keadaannya dengan meninggalkan suatu yang diragu­kan atau yang disyaki, sama ada dalam perkara ibadat mahu pun dalam hukum-hukum yang lain. Mithalnya, seorang yang yakin sucinya (berwudhu) kemudian ia ragu atau syak tenang hadathnya adalah dikehendaki supaya ia tetap dalam kesucian­nya kerana ini yang menjadi keyakinannya sedang keraguannya adalah dalam perkara yang belum dipastikan. Selanjutnya kalau ia dalam sembahyang, diteruskanlah sembahyangnya dan di­tinggalkan keraguannya tentang hadathnya berdasarkan hadlth Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam riwayat Bukhairi dari ‘Ab­dullah itu Zaid al-Ansari katanya:

Bahawa telah mengadu kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam  seorang lelaki yang dikhayalkan kepadanya bahawasanya ia mendapat suatu (terasa keluar sesuatu yang membatalkan wudu’) dalam sem­bahyang, Rasulullah berkata: Jangan ia berpaling atau jangan ia pergi sehingga ia mendengar suara atau mendapati bau.

Lainlah halnya kalau ia yakinkan hadath dan ragukan tahirah (suci) maka hendaklah ia lakukan menurut keyakinan­nya.

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 11