Ramadan: Bulan Kewafatan Khadijah, Kaitan Usia Kewafatan Dengan Usia Ketika Berkahwin Dengan Rasullah s.a.w

Ahli sejarah menyebut Siti Khadijah r.a wafat pada bulan Ramadan pada tahun kesepuluh kerasulan. Syiah menyebut beliau wafat pada 10 Ramadan, pada usia 65 tahun. Bagaimanapun Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.”

Siti Khadijah Binti Khuwailid r.a  adalah isteri Rasulullah s.a.w, wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Kepada kita umat Islam beliau adalah Ummul Mu’minin pertama. Nama penuhnya ialah Siti Khadijah binti khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, dari golongan pembesar Mekah. Dijuluki ath-Thahirah yakni yang bersih dan suci.

Pada mulanya beliau dinikahi oleh Abu Halah bin Zurarah at-Tamimi yang melahirkankan dua orang anak yang bernama Halah dan Hindun ( ada menyebut sebagai Hind) . Selepas Abu Halah wafat, beliau dinikahi oleh Atiq bin ‘A’id bin Abdullah al-Makhzumi dan mendapat dua orang anak,  hingga akhirnya mereka bercerai.

Ibnu Ishak berkata, semua anak Rasullah s.a.w  dilahirkan oleh Khadijah kecuali Ibrahim al Qasim. Anak-anak baginda dengan Khadijah  adalah Abdullah at Tahir, at Tayyib, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kulthum dan Fatimah. Ibnu Ishak juga berkata semua putera baginda wafat zaman jahiliah sementara putrid-putri baginda hidup sehingga zaman Islam, masuk islam dan ikut berhijrah.

Berapakah umur Rasullah s.a.w dan umur Khadijah r.a semasa perkhwinan terjadi? Apakah Khadijah yang dikatakan berumur 40 tahun ketika berkahwin mampu melahirkan ramai anak kepada Rasullah s.a.w? Bagaimana alasan Syiah tidak mengiktiraf , Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kulthum sebagai putri-putri nabi s.a.w dari Khadijah? Sila ikuti perbincangan berikut, yang dipetik dari  http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=669

Perbahasan Tentang Usia Sebenar Khadijah R.A. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah S.A.W.

 

 (Adaptasi dari terjemahan Bahasa Inggeris kertas kerja hasil kajian oleh Maulana Habibur Rahman Siddiqui Kandhalawi. Beberapa pindaan dari teks asal dibuat untuk tujuan menjelaskan fakta.)

Dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang yang tidak berasas tetapi telah disebarkan sebegitu rupa dan digarap seolah-olah sebahagian daripada ugama. Ini adalah percubaan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua. Dalam usia lanjut, beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a. telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir.

Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat kunniyah sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi, Jilid II, m/s 402).

Di sini, timbul satu persoalan, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal. Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?

Pihak Orientalis dan musuh-musuh Islam telah memberi perhatian khusus terhadap riwayat ini, kerana peristiwa ini jelas bertentangan dengan akal. Dengan mendedahkan peristiwa seperti ini, mereka mengambil kesempatan untuk mencemuh Islam.

Namun begitu, ulama kita sebaliknya menganggap kejadian ini sebagai ‘satu mukjizat’ Rasulullah s.a.w. Tambahan lagi mereka menganggap inilah keistimewaan nabi s.a.w. kerana sanggup mengahwini wanita yang tua sedangkan baginda s.a.w. sendiri muda belia.

Di pihak yang lain golongan Syiah mendakwa adalah tidak mungkin melahirkan sebegitu ramai anak di usia tua. Oleh itu, Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak diiktiraf sebagai anak nabi s.a.w.

Golongan Syiah mengatakan bahawa umur Khadijah r.a. ialah 40 tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Meskipun mereka amat mahir bermain dengan angka, mereka telah melakukan kesilapan bodoh bila mendakwa bahawa Fatimah r.a. dilahirkan lima tahun selepas kenabian. Dalam hal ini, Khadijah sudah berumur 60 tahun semasa melahirkan Fatimah r.a.. Dengan ini tidak mungkin Ruqayyah dan Kalthum adalah anak kepada Khadijah kerana mereka adalah lebih muda dari Fatimah.

Kita akan membuktikan bahawa empat orang anak perempuan ini adalah dilahirkan oleh Saidatina Khadijah r.a. dari Rasulullah s.a.w. Tetapi sebelum itu orang Syiah perlu membuktikan bahawa seorang wanita yang berusia 60 tahun boleh melahirkan anak. Dan apabila mereka membuktikannya, mereka mesti juga membuktikan bahawa Fatimah r.a. adalah anak kepada Khadijah r.a.

Sebenarnya terdapat perbezaan pendapat tentang usia sebenar Khadijah r.a bila berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ada yang berkata umurnya 40 tahun. Ada yang berpendapat usianya 35 tahun. Yang lain pula mengatakan 30 tahun, dan sesetengah pula mengatakan 27 tahun, manakala ada pula yang menyatakan bahawa usianya 25 tahun. Ahli-ahli sejarah Syiah sependapat mengatakan umurnya 40 tahun, dan mereka menolak pendapat lain. Dan mereka riuh rendah menyebarkan pendapat ‘40 tahun’ ini seolah-olah pandangan lain tidak pernah wujud. Ulama kita dan ahli-ahli sejarah yang terkemudian juga terpengaruh dengan daayah ini dan menyangkakan bahawa pendapat golongan Syiah inilah yang ‘tepat’.

Hafiz Ibn Kathir menulis:

“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)

Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun.

Di tempat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)

Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun. Dan juga, Hafiz Ibn Kathir juga telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.) adalah salah dan tidak benar sama sekali..

Meskipun dengan fakta yang sebegini jelas, kita masih mempercayai (dan terperangkap) dalam berita yang lebih merupakan khabar angin semata-mata.

Apabila kami mengkaji ‘Al-Bidayah wan-Nihayah’ yang ditulis oleh Ibn Kathir, barulah kami menyedari akan kesilapan kami. Semoga Allah yang Maha Kuasa mengampuni kami, kerana kami adalah mangsa kepada suatu salah faham yang besar. Moga Allah yang Berkuasa mengurniakan kepada kita semua kefahaman akan Kebenaran.

 

Wallahua’lam

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=669

Melayu Proto nenek moyang populasi Manusia

INIKAH BENUA SUNDA YANG HILANG?

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Kajian dalam bidang Arkeologi dan Genetik hari ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu-Proto yang mendiami Benua Sunda merupakan nenek moyang kepada populasi manusia hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi Persidangan Asal Usul Melayu : Induknya Di Alam Melayu, Zaharah Sulaiman yang menjelaskan di dalam tayangan video bagaimana penduduk di Benua Sunda terselamat daripada letusan gunung berapi Toba, kira-kira 75,000 tahun lalu.

Menurut Zaharah, sekumpulan 10,000 yang terselamat daripada letusan terbabit berpindah dari Afrika ke Benua Sunda (Asia Tenggara)

“Mereka terselamat kerana berlindung di kawasan yang Benua Sunda yang tidak dicemari debu radioktif gunung berapi.

“Mereka merupakan asal-usul kepada perjalanan manusia moden hari ini,” menurut video tersebut.

Kumpulan itu bagaimanapun, terpaksa berpindah daripada India, China, Jepun, dan Amerika Syarikat ekoran daripada pemanasan global pada 25,000 tahun lalu yang menyebabkan banjir besar yang merubah Benua Sunda menjadi kepulauan-kepualau, kecil.

Kenyataan tersebut menolak teori sebelum ini yang menyatakan Melayu berasal daripada Yunan atau “express train” yang menyatakan mereka berasal dari Taiwan yang melakukan penghijrahan.

Menyokong teori tersebut adalah Pakar Genetik daripada Oxford Genetic Anthropology, Stephen Oppenheimer yang menyatakan bukti genetik yang menunjukkan orang Melayu dan Orang Asli merupakan penduduk asal Asia Tenggara.

Ia sama ada daripada Kepulauan Indonesia mahupun Filipina, atau tanah besar Asia seperti Vietnam, Kemboja, Thailand, dan wilayah IndoChina.

Menurut kajiannya, termasuk ujian DNA terhadap masyarakat Semang, Senoi, dan kumpulan  Orang Asli lain termasuk Melayu, ia menunjukkan 44 peratus mempunyai moyang yang hidup di kawasan ini sejak sebelum 25,000 tahun lagi.

Sementara 36 peratus lagi menunjukkan moyang mereka menetap di kawasan tersebut sejak 5,000 ke 25,000 tahun, manakala hanya sejumlah 6 peratus mempunyai susur galur Taiwan yang berpindah ke sini sejak  5,000 tahun lalu.

Tambahnya, terdapat juga bukti arkeologi yang menyaksikan industry peleburan besi antara 6,500 ke 8,000 tahun lalu yang disebarkan dari Indonesia ke seluruh dunia.

Kenyataan berkenaan turut disokong oleh kajian yang dibuat oleh Saintis Universiti Sains Malaysia, Zafarina Zainuddin.

Menurut Zafarina, kajiannya menunjukkan DNA yang diambil daripada kumpulan yang hidup di kawasan yang sama mempunyai keturunan Melayu asli sekurang-kurangnya untuk tiga generasi.

“Sekiranya dia seorang lelaki daripada Machang, Kelantan dia boleh mengesan keturunannya untuk tiga generasi, dan sekiranya dia berasa was-was, kita asingkan,” katanya.

Tambahnya, dia berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana mengeluarkan geran sebanyak RM1.4 juta untuk tujuan kajian tersebut, yang membuktikan masyarakat Melayu merupakan kominiti tertua di rantau ini.

Menurutnya, pencarian “Melayu berasal daripada Tanah Melayu” akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan seterusnya orang Melayu akan berasa bangga menjadi Melayu.

Persidangan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

CATITAN: GAMBAR HIASAN BUKAN DARI ARTIKAL ASAL

Perang Tok Janggut 1915 : Sarjan Che Wan Sulaiman, Talibarut British Dibunuh

Perang Tok Janggut adalah detik awal penentangan terhadap sistem pentadbiran British di Kelantan. Perang ini tercetus pada 29 Mei 1915 apabila berlaku perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che Wan Sulaiman seorang anggota polis British yang membawa kepada kematian Sarjan Che Wan Sulaiman.

Walaubagaimanapun,punca sebenar penentangan ini tidak jelas. Para pengkaji telah menyimpulkan punca penentangan ini seperti berikut:-

  1. Penentangan langsung terhadap pentadbiran British
  2. Penentangan tidak langsung terhadap Sultan Muhammad IV kerana menerima perlindungan British dan satu cubaan untuk mengulingkan Baginda
  3. Hasil sentimen sokongan terhadap tokoh tempatan iaitu Engku Besar dan sikap anti orang luar iaitu pegawai daerah Pasir Putih, Abdul Latif, yang dilihat merampas kuasa Engku Besar
  4. Penentangan golongan ksum tsni terhadap sistem cukai tanah baru dan cara kutipan dijalankan
  5. Perang jihad terhadap British berikutan bermulanya Perang Dunia Pertama (1914) dimana British adalah sebahagian negara Eropah yang menentang Turki yang bersekutu dengan Jerman dan Austria – (baca catitan pondok buku berikut: Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Kelantan berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan sokongan mereka kepada British dalam peperangan itu. Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam perang dunia pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.- Tambahan Abu Redza)

Latar belakang

Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Kelantan telah jatuh di bawah naungan kerajaan Inggeris. Kelantan pada masa itu dibawah pemerintahan Tuan Long Senik atau Sultan Muhammad IV. Pada 22 Oktober 1910, kerajaan Inggeris telah membuat perjanjian dengan kerajaan Kelantan. Semenjak itu mulalah campur tangan kerajaan Inggeris di Kelantan. Pihak kerajaan Inggeris juga memperkenalkan institusi pentadbiran baru seperti balai polis dan mahkamah di peringkat daerah termasuk juga di daerah Pasir Putih yang sebelumnya dikenali sebagai Pangkalan Limbungan. Sebelum kedatangan Inggeris, daerah tersebut ditadbir oleh seorang pembesar kerajaan Kelantan yang dikenali dengan gelaran Seri Maharaja Tua.

Pada masa itu, di Jeram yang terletak di dalam daerah Pasir Putih, tinggal seorang hulubalang Seri Maharaja Tua yang bernama Munas. Munas mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Tahir dan Hassan yang dikenali sebagai Tok Janggut.

Punca konflik

Lebih kurang pada tahun 1914, Abdul Latif seorang yang berasal dari Singapura telah dilantik menjadi Ketua Daerah di Daerah Pasir Putih. Abdul Latif telah menguatkuasakan semua undang-undang cukai kerajaan Kelantan termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala $1.00 setahun, pokok buah-buahan 12 1/2 sen sepokok, pokok kelapa 3 sen sepokok, sirih 5 sen sejunjung, kerbau dan lembu 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen seekor, pokok kayu keras seperti tembusu, medang dan lain-lain yang boleh dijadikan bahan binaan rumah $1.00 sepokok, hasil tanah 60 sen seekar. Penduduk yang enggan membayar cukai dikenakan hukuman denda atau penjara.

Pungutan cukai dijalankan di Pejabat Daerah Pasir Putih dan dilaksanakan oleh seorang pekerja. Disebabkan tenaga kerja yang terhad, ada pembayar cukai yang terpaksa menunggu selama tiga hari tetapi masih tidak dapat membayar cukai. Ketika Tok Janggut dan pengikutnya hendak menjelaskan cukai, mereka terpaksa menunggu lebih kurang seminggu dan menyebabkan mereka mengambil keputusan meninggalkan pejabat tersebut dan balik ke kampung masing-masing dan enggan membayar cukai yang ditetapkan.

Kengganan membayar cukai tersebut menyebabkan Tok Janggut dan pengikutnya disaman oleh pemerintah Pasir Putih dan dikehendaki hadir ke mahkamah di Pasir Putih. Tetapi Tok Janggut dan pengikutnya enggan hadir ke mahkamah.

Disamping itu, Tok Janggut bersama rakan-rakannya iaitu Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam telah meminta penduduk di daerah Pasir Putih untuk turut tidak membayar cukai. Di dalam suatu perhimpunan penduduk Pasir Putih yang diadakan di Kampung Merbul, penduduk telah membuat ketetapan untuk tidak mahu membayar cukai kepada Ketua Daerah Pasir Putih walau apa pun terjadi. Berita ini akhirnya sampai kepada pengetahuan Ketua Daerah Abdul Latif yang telah menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman untuk menangkap Tok Janggut.

Perang bermula

Pada 29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi oleh enam orang anggota polis telah menemui Tok Janggut di Kampung Merbul. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Sarjan Sulaiman telah menerangkan maksud kedatangannya dan telah menjemput Tok Janggut datang ke Pasir Putih untuk berjumpa Ketua Daerah. Tok Janggut telah bersetuju dengan permintaan tersebut, walau bagaimanapun telah berlaku pertengkaran semasa hendak meninggalkan tempat tersebut kerana Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan dengan diiringi oleh polis dibelakangnya seperti orang salah. Semasa pertengkaran tersebut, Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan kerisnya menyebabkn beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang mereka.

Tok Janggut bersama rakan-rakanya dan pengikut-pengikut mereka seramai lebih kurang dua ribu orang telah menyerang dan menawan pekan Pasir Putih. Ketua Daerah telah lari menyelamatkan diri ke Kota Bahru menghadap Sultan Muhammad Shah IV.

Setelah menawan Pasir Putih, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menubuhkan kerajaan sendiri. Engku Besar Tun Ahmad diangkat menjadi Raja Pasir Putih, Tok Janggut menjadi Perdana Menteri, Haji Said menjadi Timbalan Perdana Menteri, Penghulu Adam menjadi Syahbandar dan Ishak menjadi Ketua Daerah.

Konflik berlarutan

Pihak Inggeris telah melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut dan rakan-rakannya telah memberontak dan sedang menuju ke istana bagi merampas takhta. Pihak Inggeris turut menghalang Tok Janggut daripada menghantar utusan bagi menerangkan perkara sebenar kepada Sultan. Sultan Muhammad IV sangat murka terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya. Baginda menggangap mereka sebagai penderhaka. Baginda telah mengeluarkan titah sesiapa yang dapat menangkap salah seorang daripada Engku Besar Tun Ahmad, Tok Janggut, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam akan diberi wang hadiah sebanyak RM500. Harta benda Tok Janggut dan rakan-rakannya telah dirampas dan rumah mereka akan dibakar.

Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menetapkan tidak mahu menyerah diri dan telah bersiap sedia dengan membuat sebuah kubu di Kampung Saring yang dikenali sebagai Batas Besar Kubu Tok Janggut.

Peranan Inggeris

Apabila Sultan Muhammad IV mendengar persiapan perang Tok Janggut, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar negeri termasuk juga Penasihat British dan mesyuarat telah mengambil keputusan untuk meminta bantuan kerajaan Inggeris untuk menghadapi ancaman Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya.

Gabenor Sir Arthur Henderson Young di Singapura telah menghantar sebuah kapal perang dengan seramai 150 orang askar ke Kelantan untuk memenuhi permintaan kerajaan Kelantan. Pada 10 Mei 1915, askar tersebut telah sampai ke Kota Bahru dan sampai di Pasir Putih tiga hari kemudian. Walaubagaimanapun, mereka gagal untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakanya yang telah menyembunyikan diri dan tidak mahu melawan askar tersebut secara berhadapan. Pada 17 Jun 1915 askar tersebut kembali ke Kota Bahru dan menunggu seminggu di sana sebelum kembali ke Singapura.

Pada bulan yang sama, sepasukan askar Inggeris seramai 100 orang yang terdiri daripada askar Sikh dan sukarelawan Melayu telah dihantar ke Pasir Putih. Setelah gagal sekali lagi untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakannya, askar tersebut telah mengambil tindakan merampas harta benda, membinasakan sawah padi serta membakar rumah penduduk di Jeram, Pasir Putih termasuk rumah Tok Janggut, Haji Said dan Ishak.

Pertempuran Kampung Saring

Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500 orang pengikutnya telah menyerang askar Sikh yang berada di pekan Pasir Putih. Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke kubunya di Kampung Saring. Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan pasukan Tok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul Rahman Anak Kerbau.

Walaubagaimanapun, akhirnaya askar Inggeris yang lebih terlatih dan berpengalaman serta lengkap dengan peralatan perang yang moden, berjaya menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok Janggut sendiri telah gugur manakala Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said dan Ishak telah melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.

( Maklumat lain menyebut Tok  Janggut dibunuh dikampung Pupuh , lihat gambar – aburedza : Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan )

Sumber: wikipedia.org

20 Ramadan Tahun 8 Hijrah : Pembukaan Kota Mekah

Pembukaan Kota Mekah adalah lanjutan dari Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6 Hijrah. Apabila perjanjian tersebut di mungkiri, maka serangan keatas Kota Makah perlu di buat.

Ibn al-Qaiyim telah menyebut[1]:

“lanya satu pembukaan teragung yang dengannya Allah memuliakan agamanya, RasulNya, tenteraNya dan partiNya yang beramanah, dengannya juga Allah telah menyelamatkan negeri-negeriNya dan rumahNya yang telahpun ditetapkan sebagai tempat hidayah untuk seluruh alam, menyelamatkan dari tangan-tangan kafir dan musyrikin, ianya pembukaan yang turut bergembira olehnya penghuni-penghuni langit, lanjutan kemuliaannya melimpah ke angkasa cakerawala hingga dengannya maka berduyun-duyunlah manusia menganut agamaNya, hingga denganNya wajah bumi terukir seribu senyuman mekar”.

Nabi s.a.w melantik Abu Dzar  al-Ghifari[2]  atau Kultsum ibn Husain[3]  atau Abu Rahm al-Ghaffari[4]  atau lebih lengkapnya Abu Rahm, Kultsum bin Husain bin ‘Utbah bin Khalaf Al-Ghifari[5]   sebagai pengantinya di Madinah.

Jumlah tentera kaum muslimin : 10,000 orang

Pemimpin kaum musyrikin Mekah ialah Abu Sufian Bin Harb.

Rasullullah s.a.w memasuki kota Mekah dengan berpecah kepada 5 pasukan tentera yang dipimpin oleh Baginda s.a.w sendiri, Khalid bin Walid, Qais bin Saad bin Ubadah, Zubair bin al Awam dan Abu Ubadah bin Al Jarah.

Rasullullah s.a.w memasuki Kota Mekah dan Masjidil Haram, lalu menuju ke Hajar Aswad dan tawaf di kelililing kaabah. Di kaabah terdapat 360 berhala dan Baginda menghancurkannya.

Maksud Firman Allah:

Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.” Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap – QS al Isra 17:81

Katakanlah: “Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak (pula) akan mengulangi[6] – QS Saba 34:49

Baginda s.a.w kemundian mengambil kunci Kabah daripada Utsman bin Thalhah dan memasukinya, membersihkan lalu sembahyang di dalamnya.

Selanjutnya kaum Muslimin pun membersikan seluruh Masjidil Haram, dan kaum Muslimin menguasai sepenuhnya …. dan berbondong-bondong pula penduduk Makah mengucapkan sahadah.

Maksud firman Allah:

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,

dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,

maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.[7]  – QS an-Nashr 110:1-3

Rasullullah menetap selama 15 hari di Makah sebelum berangkat pulang ke Madinah.

 

Rujukan dan Nota Kaki:


[1] Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy – al Raheeq al Makhtum

[2]  Atlas Perjalanan Hidup Rasullah – Sami Abdullah al Maghluts

[3]  Fiqh al Sirah –Ramadan al Buti

[4]  Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy – al Raheeq al Makhtum

[5]  Biografi Rasullah S.A.W – Dr. Ali Muhamad As-Salabi

[6]  Maksudnya ialah apabila kebenaran sudah datang maka kebatilan akan hancur binasa dan tidak dapat berbuat sesuatu untuk melawan dan meruntuhkan kebenaran itu.

[7]  Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa ketika Rasulullah saw. masuk kota Makkah pada waktu Fathu Makkah, Khalid bin Walid diperintahkan memasuki Makkah dari jurusan dataran rendah untuk meggempur pasukan Quraisy (yang menyerangnya) serta merampas senjatanya. Setelah memperoleh kemenangan maka berbondong-bondonglah kaum Quraisy masuk Islam. Ayat ini (S.110:1-3) turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai perintah untuk memuji syukur dengan me-Maha Sucikan Allah atas kemenangannya dan meminta ampunan atas segala kesalahan.
Diriwayatkan oleh Abdurrazzaq di dalam kitab al-Mushanaf dari Ma’mar yang bersumber dari az-Zuhri.)

8. Terjemahan al Quran Depag RI

Kufah, 17 Ramadan Tahun 40 Hijrah

Kufah, 17 Ramadan Tahun 40 Hijrah: Kufah menjadi gempar dengan berita Khalifah Ali r.a dibunuh oleh seorang puak Khawarij bernama Ab. Rahman bin Muljam, selepas sembahyang Subuh di Masjid Kufah.

Khawarij memandang Ali r.a, Mu’awiyah r.a, Amr bin Ash r.a  dan Abu Musa al-Asy’ari r.a adalah kafir. Karena itu mereka berpakat untuk membunuh keempat sahabat tersebut. Bagaimanapun rancangan mereka hanya berjaya ke atas Ali.

Bagaimanapun ada pendapat mengatakan Ali r.a di tikam pada 19 Ramadan dan gugur syahid padatanggal 21 Ramadhan atau dua hari setelah peristiwa tikaman itu terjadi. Ada juga pendapat mengatakan beliau sahid pada 18 atau 19 Ramadan.  Sesungguhnya Allah yang maha tahu.

Dimanakah makam Ali bin Abi Thalib r.a  ?

Wikipidia melaporkan : Ia meninggal di usia 63 tahun karena pembunuhan oleh Abdrrahman bin Muljam, seseorang yang berasal dari golongan Khawarij (pembangkang) saat mengimami salat subuh di masjid Kufah, pada tanggal 19 Ramadhan, dan Ali menghembuskan napas terakhirnya pada tanggal 21 Ramadhan tahun 40 Hijriyah. Ali dikuburkan secara rahasia di Najaf, bahkan ada beberapa riwayat yang menyatakan bahwa ia dikubur di tempat lain.

Pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib r.a. berlangsung kira-kira lima tahun sahaja  iaitu pada 35H – 40H. Perlantikan Ali r.a  menjadi khalifah keempat dari khulafa’ ar-rasyidin  iaitu selepas  wafatnya khalifah ketiga Utsman bin Affanr.a, yang dibunuh oleh sekelompok pemberontak dari Mesir. Ada pendapat mengatakan Usman r.a sahid pada 8 atau 12 Zulhijah 35 Hijriah.

Al Imam Al Qodhi Abi Ya’la : “Meluruskan Sejarah Tragedi Terbunuhnya Utsman bin Affan”

Penulis kitab ini adalah Al Imam Al Qodhi Abi Ya’la Muhammad bin Husain Al Fara’ yang diriwayatkan oleh anaknya Abil Husain Muhammad darinya, kemudian diteliti (tahqiq) oleh Syaikh Abdul Hamid bin Ali Al Faqihi .

e-BOOK setebal 54 halaman ini, adalah Muqoddimah (pendahuluan) dari kitab beliau – Rahimahullah- yang berjudul “Tanzihu Kholil Mu’minin Mu’awiyah bin Abi Sufyan min Dzulmi wal Fisqi fii Mutholabatihi bi Da mi Amiril Mu’minin Utsman bin Affan ” kemudian diterbitkan dalam edisi Bahasa Indonesia dengan judul “Meluruskan Sejarah Tragedi Terbunuhnya Utsman bin Affan”

Kandungan  e-book ini yang diusahakan oleh Kampungsunah adalah seperti berikut:

Daftar Isi

Dari Penerbit………………………………………………………………………Ms 3

Fitnah Pada Masa Dzun Nurain Utsman Bin ‘Affan    ……………………..……….. 5

Pergerakan Ahlul Fitnah Dan Sikap Utsman Terhadap Mereka…………………… 14

Pengepungan Dan Syahidnya Utsman……………………………………………… 19

Usaha-Usaha Utsman Untuk Menghentikan Pengepungan………………………… 22

Detik-Detik Syahidnya Utsman…………………………….………………………. 25

Khilafah Ali Bin Abi Thalib……………………………….……………………….. 28

Sikap Penduduk Daerah Lain Terhadap Baiat Ali Bin Abi Thalib…………………. 34

Sikap Ali Bin Abi Thalib Terhadap Para Pemberontak………………….………….. 35

Sikap Muawiyah Bin Abi Sufyan Terhadap Baiat Ali Bin Abi Thalib…………….. 42

Penutup……………………………………………………………………………… 53

SILA KLIK LINK BERIKUT UNTUK MEMBACA  ON LINE ATAU SAVE UNTUK MEMBACA DILUAR TALIAN:

https://aburedza.files.wordpress.com/2011/07/meluruskan-sejarah-tragedi-terbunuhnya-utsman-bin-affan-abuyaala.pdf

Keluarga Nabi Yaakub Bin Ishak Bin Ibrahim a.s

Nabi Ibrahim a.s mendapat khabar gembira bahawa baginda akan mendapat anak dan cucu, maksud firman Allah:

71. dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), Bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub.    – Hud 71

Nabi Ya’akub a.s adalah putera dari Nabi Ishaq a.s. bin Nabi Ibrahim a.s. Ibunya bernama Rifqah binti Batueil bin Nahur bin Azar (Tarah). Beliau dilahirkan di Kan’an (Palestin), iaitu lebih kurang 30 batu ke utara Jerusalem. Daripada Yaakub dinasabkan keturunan Bani Israil. Justeru, Yaakub dinamakan juga Israil. Saudara abang kembar kepada Yaakub bernama al-‘Ish.  Al-Ish digelar sebagai bapa bangsa Romawi.

Yaakub dibesarkan di sisi ibu bapanya, Ishak dan Rifqah (juga disebut Rabekah atau Rivkah dalam versi Yahudi dan Injil Kristian). Kemudian beliau disuruh ibunya berpindah ke rumah bapa saudaranya bernama Laban Bin Batueil (Sudara ibunya) di Fidan Aram, berhampiran Babilon di Iraq.

Ini kerana ibunya khuatir beliau dianiayakan abangnya, ‘Ish yang sebelum ini mengugut untuk membunuhnya.

Kemudian Yaakub pergi mencari bapa saudaranya dan tiba di satu tempat, beliau tertidur kerana keletihan bermusafir sepanjang hari. Dalam tidurnya, beliau bermimpi melihat malaikat naik ke langit dan turun ke bumi.

Bangun daripada tidur, beliau berasa senang dengan mimpi itu dan bernazar mahu membangunkan tempat ibadah di situ kerana Allah. Beliau mengambil batu dan mencelupkannya ke dalam minyak, supaya tempat itu diketahui orang. Tempat itu dinamakan Bait Eel, iaitu Baitullah. Kawasannya kini dikenali sebagai Baitulmaqdis.

Selepas itu, Yaakub meneruskan perjalanan menuju ke rumah bapa saudaranya di Iraq. Di sana, beliau melihat dua anak bapa saudaranya, iaitu Layya dan Rahil. Tetapi beliau berkenan dan ingin meminang anak bapa saudaranya yang bongsu, iaitu Rahil, kerana wajahnya cantik dibandingkan Layya, yang matanya kurang menarik.

Bapa saudaraya memberikan syarat supaya Yaakub mengabdikan diri selama tujuh tahun dengan mengembala kambing sebelum dapat berkahwin dengan Rahil. Yaakub bersetuju dengan syarat itu.

Apabila habis tempoh itu, bapa saudaranya mengadakan majlis perkahwinan pada waktu malam, tetapi dibawakannya Layya untuk dikahwinkan.

Keesokan paginya, Yaakub menyedari yang dikahwininya itu bukan Rahil, tetapi Layya. Yaakub berkata kepada bapa saudaranya: “Kenapa pakcik mengkhianati saya, sedangkan saya meminang Rahil.”

Bapa saudaranya berkata: “Bukanlah adat kita untuk mengahwinkan adik terlebih dulu, sebelum kakaknya. Seandainya kamu mencintai adiknya, kamu harus mengembala lagi kambingku selama tujuh tahun, selepas itu baru aku nikahkan kamu dengan Rahil.”

Yaakub menyahut syarat yang diberikan bapa saudaranya. Apabila cukup tujuh tahun, dikahwinkan Rahil dengan Yaakub. Dengan perkahwinan itu, beliau mempunyai dua isteri bersaudara. Tetapi perkahwinan dua isteri bersaudara kandung waktu itu tidak dilarang.

Layya dan Rahil mempunyai dua hamba sahaya, iaitu Zulfah dan Balhah. Kemudian kedua-duanya dikahwini Yaakub.

Beliau dikurniakan 12 anak lelaki. Melalui Layya, lahirnya Rabin, Syam’un, Lawi, Yahuza, Yakasir dan Zebulon, manakala dengan Rahil melahirkan Nabi Yusuf dan Bunyamin.  Mengikut Ibn Katsir didalam  Kisah Para Nabi, Rahil wafat selepas melahirkan Bunyamin.

Sementara perkahwinannya dengan Zulfah melahirkan Jaad dan Asyir. Manakala melalui isterinya Balhah, melahirkan Daan dan Nafrali. Semua ahli keluarga Yaakub kemudian disebut al-Asbath, bermakna kabilah Bani Israil, kerana mereka mempunyai banyak keturunan. Anak Yaakub masing-masing menjadi ketua suku daripada kaum Bani Israil.

Secara ringkas Nabi Ya’qub telah dianugerahkan oleh Allah sebanyak 12 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan, mereka adalah penama-penama seperti berikut:

  1. Ruben atau Rawabil(anak sulong Nabi Ya’qub)(juga disebut RU’BEM,REUVEN dan RAOBIN dalam beberapa versi Kristian Bible) – Ibn Katsir menyebut dalam Kisah Para nabi, beliau lah yang membuang Yusof kedalam perigi. Maulana Abdullah Yusof Ali menulis Ruben yang menyebut didalam dailog ayat 80 surah Yusof: “Tidakkah kamu ketahui bahwa sesungguhnya ayahmu telah mengambil janji dari kamu dengan nama Allah dan sebelum itu kamu telah menyia-nyiakan Yusuf. Sebab itu aku tidak akan meninggalkan negeri Mesir, sampai ayahku mengizinkan kepadaku (untuk kembali), atau Allah memberi keputusan terhadapku. Dan Dia adalah Hakim yang sebaik-baiknya.” Maksudnya beliau tidak pulang ke Kanaan bersama saudaranya yang lain kerana Bunyamin telah ditahan oleh Nabi Yusof a.s. Maulana Abdullah Yusof Ali juga merujuk Bible menyebutkan bukan Ruben tetapi Yahuza yang tidak pulang ke Kanaan.
  2. Simon (atau SYAHMUN dalam kebanyakan frasa sebutan bahasa Aram, Ibrani dan Arab).(Mempunyai anak lelaki yang bernama Thalut @ Saul, dimana kisah Thalut ada disebutkan dalam Al-Quran). Semasa rombongan abang-abang Yusof datang ke Mesir untuk mendapat bekalan makanan, Simon ditahan Yusof  a.s  untuk memastikan kedatangan berikutnya Bunyamin dapat dibawa bersama.
  3. Levi  @ Lewi @ Lawee, menjadi keturunan nenek moyang Nabi Isa. Ada pendapat mengatakan nabi Syuib a.s  dari Lawee. Dikatakan juga nasab nabi Musa ialah Musa bin Imran bin Qahats bin ‘Aazar bin Laawi bin Yakob bin ishak bin Ibrahim.
  4. Yahudza (bapa kepada Bares)(keturunan nenek moyang Nabi Daud,Nabi Sulaiman dan kebawah).Perkataan Yahudi juga diambil daripada namanya. Beliau dikatakan membawa balik baju gamis Yusof yang berlumuran darah untuk ditunjukkan kepada Yaakub selepas Yusuf dibuang kedalam perigi. Ustaz Ya Ali Dahaman dalam kuliah tafsir pada mentafsir ayat 96 surah Yusuf memetik tafsir Qurtubi menyebut Yahudza juga lah membawa balik baju gamis Yusof dari Mesir dan meletakkan dimuka Yakub lalu sembuhlah matanya dari buta. Qurtubi menyebut baju gamis Yusuf tersebut adalah berasal dari Syurga. Allah melalui malaikatnya memakaikan kepada nabi Ibrahim a.s semasa nabi Ibrahim dibakar oleh Namrud. Baju yang sama diwarisi kepada Ishak a.s, kepada Yakub a.s dan kepada Yusof a.s.
  5. Daan
  6. Natthali (Naftalv)
  7. Gad (Yad)
  8. Asyer (Asvir)
  9. Isakhar (Yassakir)
  10. Zebulon (Zabanun)
  11. Yusuf (Nabi Yusuf a.s.). Ibn Katsir menyebut anak Yusof bernama Afrayam dan Mansa. Ada pendapat nasab nabi Yusya a.s  seperti berikut: Yusya bin Nun bin Ifrahim bin Yusof bin Yakob bin Ishak bin Ibrahim.
  12. Bunyamen @ Benjamen (merupakan moyang kepada Nabi Yunus a.s.)
  13. Dinah (anak perempuan tunggal Nabi Yaa’qub)- ibn-katsir dalam Kisah Para Nabi menyebut ia anak dari Layya

Catitan: Terdapat perbedzaan ejaan nama bergantung kepada sumber yang berbedza

Sebelum Nabi Yaakub bertemu kembali dengan anaknya Nabi Yusof a.s  baginda berpesan kepada anak-anaknya:

“ …… jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” – Surah Yusof ayat 87

Ibn Katsir memetik pendapat ahli kitab  umur Yaakob a.s semasa memasuki Mesir ialah 130 tahun. Baginda tinggal di Mesir selama 17 tahun lalu wafat pada umur 147 tahun. As-Suda mengatakan jenazahnya di awit dan dibawa ke Syam untuk di makam di sana.

Sebelum wafat Yaakob a.s berwasiat kepada anak-anaknya, sepertimana  Ibrahim a.s juga berwasiat:

132. dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu Dalam keadaan Islam”.

133. (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, Iaitu Tuhan Yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”. – al Baqarah 132-133

Rujukan:

Al-Quran

Tafsir ibn-Katsir Surah Yusof ayat 96

http://klikkhas.bharian.com.my/

Wikipidia

Ibn Katsir –Kisah Para Nabi

Abdullah Yusof Ali – Terjemahan Surah Yusof

Kuliah Magrib Ustaz Ya Ali Dahaman

Dosa Menyelewengkan Hakikat Sejarah Dan Fakta

Oleh Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin

SUMBER : Disiarkan pada Oct 28, 2007 dalam   http://drmaza.com/

Dalam sejarah manusia, ramai yang teraniaya hanya disebabkan oleh berita palsu yang direka terhadap seseorang. Penderitaan atau kezaliman cerita bohong atau penyelewengan fakta terhadap seseorang, bukan sahaja dirasai kesannya oleh individu berkenaan, sebaliknya juga orang ramai.

Lihat sahaja apabila diselewengkan hakikat Nabi Isa a.s. daripada seorang insan yang diutuskan menjadi rasul telah diselewengkan kepada anak Tuhan. Hasilnya, satu umat merubah menjadi syirik dan tersasar jauh dari agama yang sebenar. Adapun Nabi Isa a.s, baginda tetap mulia di sisi Allah. Namun yang menjadi mangsa ialah golongan jahil yang menelan penyelewengan fakta yang dibuat oleh sesetengah pihak. Demikian Saidina Ali r.a., hakikat dirinya telah diselewengkan, sehingga lahirnya aliran Syiah telah memuja-mujanya melebihi yang sepatutnya melebihi kedudukan seorang nabi lalu tersasarlah satu mazhab di kalangan umat ini.
Sebab itu dosa para penyeleweng fakta dan hakikat sejarah bukan sedikit. Mereka akan turut menanggung dosa kesesatan mereka yang terseleweng disebabkan fakta yang direka atau hakikat yang diubah. Firman Allah: (maksudnya) Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab (Taurat) dengan tangan mereka (mengubah perkataan Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini datang dari sisi Allah”, supaya mereka dapat membelinya dengan harga yang murah (keuntungan dunia yang sedikit). Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa Yang mereka usahakan itu. (Surah al-Baqarah: 79).

Dosa penyelewengan akan terus ditanggung selama mana pembohongan beredar di kalangan manusia. Justeru itu, kita sentiasa disuruh berhati-hati dalam menerima berita buruk mengenai orang lain. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 6: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum (dengan perkara yang tidak diingini) dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. Bukan sedikit dalam sejarah manusia yang menjadi mangsa hasil dari penyelewengan fakta. Bermula daripada para nabi, para sahabah Nabi s.a.w., tokoh-tokoh ilmu, para pemerintah sehingga kepada insan biasa. Semua kerana berita golongan yang hasad, atau menyimpan dendam kebencian, atau orang yang hobinya membuat cerita. Atas apa pun alasan, mereka yang terlibat menyelewengkan fakta memakai pingat kurniaan bergelar ‘fasiq’ atau secara mudahnya ‘orang jahat’ atau ‘ahli dosa’.

Umpamanya, entah berapa banyak kisah dusta yang direka oleh golongan syiah untuk memburuk Mu’awiyah bin Abi Sufyan, sahabah Nabi s.a.w hanya kerana dendam politik. Seorang tokoh sejarah , Munir al-Ghadban menyebut: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi –di dalam sejarah Islam- yang terdiri daripada kalangan para sahabah yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah s.a.w. dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Mu`awiyah bin Abi Sufyan r.a. Sesungguhnya kebanyakan maklumat yang terlekat di pemikiran orang ramai telah diterima sebagai sesuatu yang tidak diragui lagi dan tidak boleh untuk dipertikaikan. Maklumat itu tidak bersesuaian sama sekali dengan darjat yang sepatutnya bagi seorang sahabah Nabi. Gambaran Mu`awiyah pada pemikiran orang ramai ialah seorang yang menuntut kuasa, ahli politik yang cekap, seorang yang mencari kesempatan, dia tidak pernah menghiraukan apa pun dalam usahanya untuk sampai kepada kekuasaan dan seorang yang bertarung kerana inginkan kuasa serta bertindak membunuh berpuluh-puluh ribu orang lain semata-mata untuk menjadi khalifah. Inilah gambarannya yang bertentangan dengan perasaan dan fitrah setiap muslim, namun tiada ganti baginya kerana buku-buku sejarah menyebut demikian. (Munir al-Ghadban, Mu`awiyah bin Abi Sufyan, m.s. 5 Syria, Dar al-Qalam).

Demikian riwayat-riwayat bohong yang telah menggambarkan Khlaifah Harun al-Rasyid sebagai seorang yang suka berfoya-foya. Bahkan masyhur di kalangan sesetengah masyarakat bahawa dia sering ditipu oleh seorang ‘kaki belit’ yang bernama Abu Nawas. Ramai yang membaca kisah bohong Nawas dan tersengeh melihat bagaimana dia berjaya mempersendakan Khalifah Harun al-Rasyid. Sedangkan kata Ibn Khaldun (meninggal 808H): “Adapun apa yang dipalsukan oleh hikayat mengenai Harun al-Rasyid yang selalu meminum arak dan mabuk seperti mabuknya seorang kaki arak, Allah memelihara daripada itu semua!. Kita tidak pernah tahu dia seorang yang berbuat jahat. Mana mungkin ini semua dengan keadaannya yang melaksanakan tanggungjawab agama dan keadilan bagi kedudukannya sebagai khalifah. Seorang yang mendampingi ulama dan auliya. Selalu berbincang dengan al-Fudail bin `Iyad, Ibn al-Sammak dan al-`Umari. Selalu berutusan surat dengan Sufyan al-Thauri, menangis mendengar nasihat mereka, berdo`a di Mekah ketika tawaf, kuat beribadah, menjaga waktu solat dan hadir solat subuh pada awal waktunya” (Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, m.s. 17, Beirut: Dar al-Fikr).

Kadangkala kebencian dan dendam membawa sesetengah pihak menghalalkan diri mereka mencipta kisah dusta memfitnah orang lain. Kemudian orang ramai pula menelankan tanpa menyedari bahawa jika itu satu fitnah pembohongan, mereka akan dihukum oleh Allah pada hari kiamat kelak kerana menyebarkan fitnah terhadap muslim yang lain. Apatah lagi jika muslim itu sahabah Nabi s.a.w, atau orang soleh atau tokoh ilmuwan Islam. Sekalipun jika individu itu bukan terkenal sebagai orang soleh dan baragama, kita tidak boleh menzaliminya dengan membuat cerita bohong terhadapnya. Lihatlah apa yang dilakukan oleh penyelewengan sejarah terhadap Yazid bin Muawiyah dengan menuduh dia membunuh cucu Nabi s.a.w. Saidina Husain bin Ali. Sehingga dia dilaknat dan ditohmah dengan berbagai tohmahan. Padahal tiada bukti pun yang menunjukkan demikian.Kata Ibn Taimiyyah (meninggal 728H): “Yazid bin Mu`awiyah lahir pada zaman khalifah `Uthman bin `Affan r.a. Beliau tidak bertemu dengan Nabi S.A.W. dan tidak termasuk dalam kalangan sahabah dengan sepakat ulama. Dia juga tidak termasuk di kalangan yang terkenal dengan agama dan kesolehan. Dia adalah salah seorang pemuda kaum muslimin. Dia tidak kafir atau zindik. Memegang jawatan selepas ayahnya dengan kebencian sebahagian kaum muslimin dan redha sebahagian yang lain. Dia adalah seorang yang berani dan bermurah hati. Dia bukan seorang yang menzahirkan perkara-perkara keji (maksiat) seperti yang dituduh oleh musuh-musuhnya” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 2/253, Riyad: Maktab al-`Abikan)

Adapun peristiwa pembunuhan cucu Nabi s.a.w. Husain bin `Ali r.ahuma tidak ada bukti dia menyuruhnya atau terlibat dengannya. Bahkan ahli sejarah yang adil telah meriwayatkan bahawa beliau telah menangis atas kematian Husain dan melaknat pembunuhnya. Penduduk Syam yang hadir turut menangis bersamanya. Bahkan hubungan baik Yazid dan anak Saiyyidina Husain iaitu `Ali bin Husain berterusan selepas itu. Mereka sering mengutus surat menyurat antara mereka. Bahkan `Ali bin Husain menganggap yang membunuh ayahnya adalah Syi`ah di Kufah yang menjemput ayahnya datang dan menipunya. Cumanya Yazid dipertikaikan kerana tidak membunuh balas terhadap pembunuh Husain. Kata Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak sahih di sisi kami bahawa Yazid memerintahkan agar dibunuh Husain r.a. Riwayat mereka yang dipercayai menyetakan perintah membunuh al-Husain datang dari orang yang mengepalai pembunuhannya iaitu `Ubaid Allah bin Ziyad, gabenor Iraq ketika itu” (Ibn Tulun, Qaid al-Syarid min Akhbar Yazid m.s. 57, Kaherah: Dar al-Sahwah).

Maka, kita tidak dapat menerima sesetengah pihak yang memudah-mudahkan menerima kisah buruk hanya kerana yang dikaitkan itu seorang artis atau orang politik atau seorang yang tidak dipandang tinggi dalam agama. Dosa tetap dosa. Setiap insan ada haknya yang akan dibela di sisi Allah. Para wartawan hendaklah sedar hakikat ini. Jangan dalam keghairahan mengejar berita sensasi, mereka melanggar hak-hak insan yang dipelihara oleh agama. Sabda Nabi s.a.w. ketika haji terakhir baginda: “Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Para ulama juga bukan sedikit yang menjadi mangsa penyelewengan fakta. Cumanya fitnah terhadap tokoh-tokoh ilmuwan agama ini kebanyakannya lahir dari sentimen ketaksuban sesama golongan agama itu sendiri. Apabila adanya kelompok agama yang terlalu taksub terhadap sesuatu aliran atau tokoh, maka mereka akan memfitnah tokoh-tokoh yang dianggap tidak sealiran dengan aliran taksub mereka. Hal ini telah mengenai berbagai tokoh termasuk al-Imam al-Syafi’I, al-Bukhari, Ibn Taimiyyah, Muhammad bin Abdul Wahhab dan ramai yang lain. Contohnya, di sana ada kitab yang dusta mengenai al-Rihlah ila al-Rasyid (Kembara Menuju Harun al-Rasyid) yang disandarkan secara palsu kepada al-Imam al-Syafi’i r.h. Dalam kitab tersebut banyak riwayat-riwayat yang bohong dan karut. Antara ianya mencerita bahawa Al-Imam al-Syafi’i bertemu dengan al-Qadi Abu Yusuf (w 182H), tokoh utama mazhab Abi Hanifah di Baghdad, sedangkan al-Qadi Abu Yusuf telah meninggal sebelum al-Imam al-Syafi’`I masuk ke Baghdad. Lebih buruk lagi ia menceritakan tokoh terkenal ulama Islam al-Imam Muhammad bin Hasan al-Syaibani (w 189H) dan juga al-Qadi Abu Yusuf merancang agar al-Imam al-Syafi’i dibunuh dengan membuat dakwaan terhadapnya di hadapan khalifah. Ini adalah fitnah yang besar terhadap kedua imam yang agung tersebut. Kedudukan kedua-dua imam yang agung itu memustahilkan mereka melakukan perkara yang seperti itu. Kisah ini semata-mata untuk memperlihatkan ketaksuban kepada imam al-Syafi’i. Semuanya datang daripada ‘Abd Allah bin Muhammad al-Balawi, seorang pendusta. Malangnya beberapa tokoh telah memetik apa yang diriwayatkannya tanpa menjelaskan pembohongan isi kandungannya. Sedangkan menurut kajian al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) al-Imam al-Syafi’i datang ke Bahgdad pada tahun 184H. Beliau telah berdialog dengan al-Imam Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani di hadapan khalifah Harun al-Rasyid. Muhammad bin al-Hasan memuji al-Imam al-Syafi’i disebabkan kebijaksanaannya. Sehingga beliau memuliakan al-Imam al-Syafi’i dan mengambilnya sebagai tetamu. Adapun Al-Qadi Abu Yusuf telah meninggal setahun, atau dua tahun sebelum itu. (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 10/263, cetakan Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah, Beirut.).

Demikian fitnah yang dikenakan kepada Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h. Hanya kerana hasad dan taksub. Di Malaysia ini pun ada ‘tukang penyebar fitnah terhadap Ibn Taimiyyah’. Tujuannya agar cubaan membawa Islam dengan lebih terbuka dan ilmiah dapat dihalang, kerana Ibn Taimiyyah tokoh pembaharuan yang menjadi sumber inspirasi banyak pihak. Maka seperti biasa Ibn Taimiyyah dituduh sebagai wahhabi, padahal dia meninggal pada tahun 728H dan al-Imam Muhammad Abdul Wahhab lahir pada 1115H, iaitu hampir empat ratus sebelum kelahiran Muhammad bin Abdul Wahhab. Ilmu Ibn Taimiyyah r.h juga jauh mengatasi keilmuwan Muhammad bin Abdul Wahhab. Ibn Taimiyyah r.h telah membayar harga yang mahal untuk perjuangan pembaharuan yang dilakukan pada zamannya. Setiap kali gerakan perbaharuan berlaku, sejarah akan mengenangnya. Musuh-musuh pembaharuan pula akan membangkitkan semula fitnah terhadapnya. Pada zamannya musuh-musuh beliau dari kalangan ahli-ahli khurafat, syi`ah dan tarikat yang melampau telah menabur fitnah yang begitu dahsyat terhadap beliau. Dengan harapan, jatuhnya Ibn Taimiyyah, dapatlah mereka bermaharajalela. Tokoh dakwah terkenal Maulana Abu al-Hasan `Ali al-Nadwi, dalam bukunya “Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah” telah menceritakan bagaimana golongan yang sesat berusaha agar Ibn Taimiyyah dipenjarakan. Apabila beliau dipenjarakan, maka mereka kembali berani untuk menyebarkan kesesatan mereka. Maka, para ulama pada zaman tersebut mulai sedar betapa besar dan pentingnya peranan Ibn Taimiyyah. Mereka mula menulis surat, merayu dan membelanya di hadapan pemerintah, sehingga al-Nadwi menyebut: “Ahli bid`ah dan hawa nafsu yang cuba untuk menonjolkan diri sebagai bermazhab Ahli sunnah, untuk menipu para pemerintah dan hakim (agar menangkap Ibn Taimiyah). Sebaik sahaja berjaya penipuan mereka, maka orang ramai pun nampaklah kejahatan mereka, dan golongan tersebut mulalah menonjol dan tidak bersembunyi lagi”.( Abu Hasan `Ali al-Nadwi, Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah, m.s. 93-94, Kuwait: Dar al-Qalam) Jika kita perhatikan tokoh-tokoh umat pada zaman lalu dan kini, mereka banyak mengambil manfaat daripada khazanah Ibn Taimiyyah. Lihat al-Nadwi yang saya sebutkan di atas. Demikian juga al-Syeikh Yusuf al-Qaradawi pernah menyebut “Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku” (Al-Qaradawi, Kaif Nata‘amul ma‘a al-Sunnah, m.s. 170, Mesir: Dar al-Wafa).

Justeru, kita hendaklah berhati-hati dengan fitnah dan khabar buruk yang disebarkan oleh manusia yang bermusuhan atau berkepentingan. Orang yang difitnah sebenarnya tidak rugi di sisi Allah selagi dia ikhlas dan lurus dengan Allah. Bahkan dia akan diberi pahala yang besar. Namun yang menfitnah dan menyebarkan fitnah, akan menanggung bebanan dosa itu di dunia dan akan dibicarakan pada hari kiamat kelak. Janganlah kita jadi seperti masyarakat lalat hijau yang gemarkan bahan busuk, dan akan mati jika disiram air wangi. Cumanya, deria lalat selalu benar dan tidak menipu, maka ia benar-benar akan singgap pada yang busuk. Malangnya deria kita banyak yang tidak benar, lalu kita membusukkan yang tidak busuk. Lantas kita menanggung dosa sehingga kiamat. Dengari firman Allah (maksudnya): Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita dusta itu segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan mendapat hukuman sepadan yengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di Akhirat). Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri (sesama mukmin). dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”. (Surah al-Nur 11-12).

Empayar Kerajaan Osmaniyah : Sultan Ourkhan I – Siri 3

Ourkhan I

Oleh : Dr. H. Abdul Malik Karim Amrullah ( Dr. HAMKA )

( Dipetik dari Sejarah Umat Islam – ditulis oleh Allahyarham Dr HAMKA sejak 1939 -1961 selama 22 tahun – Semuga rahmat Allah keatasnya)

Sultan Ourkhan 1

Setelah Osman mangkat pada tahun 726 H — 1326 M., maka naik takhtalah putera­nya Sultan Ourkhan I. Dia adalah seorang yang gagah perkasa dan telah terdidik baik di masa ayah dan neneknya, dan telah memimpin peperangan yang besar-besar. Mula- mulanya pusat pemerintahannya ialah Iskishihar, kemudian dipindahkannya ke Brossa.

Lalu diangkatnya adiknya ‘Ala ed-Din menjadi Perdana Menteri (Wazir Besar), В permulaan kerajaan Osmani memakai Wazir-Besar, dengan SebutaN “Sadr ‘Azam”. Dan di waktu itu pula baginda melantik tentera baru yang lebih teratur, diberi nama Jikichari (Tentera baru), lebih terkenal dengan sebutan “Inkishariah”.

Setahun setelah baginda naik takhta (728) baginda taklukkan kota Izmid (Nicomidia), dan di tahun 731H — 1330M  baginda taklukkan Nikia, iaitu kota terbsar yang kedua sesudah Konstantinople. Dengan demikian maka seluruh pantai Marmora telah jatuh ke bawah kuasanya, dan itulah permulaan pertarungan-pertarungan yang selanjutnya dengan Kerajaan Byzantium. Di tahun 756 H. — 1356 M. mulailah tentera Turki di bawah pimpinan Sulaiman, putera Ourkhan, menyeberang dan menakJukkan Calipoli. Itulah permulaan tentera Turki menginjak pantai Eropah dari Asia kecil. Dan tetaplah hingga saat sekarang ini Calipoli menjadi benteng pertahanan yang strategis bagi bangsa Turki.

Sayang sekali kepala perang yang gagah berani itu, Sulaiman putera Ourkhan, mati teijatuh dari atas kudanya seketika pergi berburu (759 H, — 1358 M). Itulah yang menyebabkan kedukaan ayahnya Qurkhan, sehingga mangkat pula baginda dalam kesedihan setahun di belakang (761 H. — 1359 M).