Mengenali Taqwin Hijrah

Al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w adalah sumber utama dalam pembentukan Sistem Kalendar Hijrah.

Namun perbezaan tafsiran feqah terhadap sumber asal menghasilkan dasar DAN pelaksanaan kalendar (taqwim) yang berbeza, natijahnya  sistem kalendar Hijrah mengalami proses reformasi

Dalam konteks Malaysia, terdapat EMPAT jenis taqwim:

1. Kalendar (Takwim) Istilahi

Sistem takwim yang disusun berdasarkan penentuan awal bulan secara kiraan sistematik dimana bilangan hari dalam bulan-bulan  untuk setahun ditetapkan secara selang seli 29 hari dan 30 hari

Bagi tempoh setahun ( 12 bulan), bilangan hari untuk tahun biasa adalah 354 hari manakala untuk tahun lompat 355 hari.

Susunan bulan dan bilangan hari dalam Sistem Kalendar Hijrah Istilahi:

Anjakan Taqwim Istilahi

•         Kalendar Istilahi =  354 hari setahun.

Mengikut Bulan ijtimak = 354.367068 hari.

•         Perbezaan hari =  0.367068 hari dalam setahun hijrah.
Dalam masa 30 tahun hijrah, anjakan sebanyak 11.01204 hari.
Untuk minima anjakan, sistem ini menetapkan satu kitaran 30 tahun, dimana 11 tahun sebagai tahun lompat hijrah dan 19 tahun sebagai tahun biasa hijrah.
Bagi satu kitaran 30 tahun ini, jumlah hari ditetapkan sebanyak 10631 hari
Sebenarnya = 10631.01204 hari.  Ini bermakna masih terdapat  selisih 0.01204 hari dalam 30 tahun hijrah ataupun anjakan 1 hari       dalam 2491 tahun hijrah.

Di Malaysia, sepertimana di negara-negara lain, kalendar Istilahi cuma dirujuk untuk  urusan pentadbiran sahaja sehingga tahun masehi 1985 dan tidak untuk perlaksanaan  ibadah khusus seperti untuk ketetapan Puasa Ramadan dan Idul-Fitri

 

2.Takwim Ijtimak HakikiPenetapan awal bulan Hijrah merujuk kepada berlaku peristiwa ijtimak bulan-matahari.

sekiranya ijtimak bulan-matahari berlaku sebelum matahari terbenam pada petang hari ke-29 bulan sebelumnya, maka bulan baru bermula sejak matahari terbenam.

Sebaliknya, jika kiraan mendapati ijtimak berlaku selepas matahari terbenam, maka bulan berkenaan dicukupkan 30 hari.

 

3. Takwim Wujudul-Hilal

 

Penetapan awal bulan merujuk kepada dua syarat:

 

  • peristiwa ijtimak bulan-matahari berlaku sebelum matahari terbenam petang hari ke-29 bulan sebelumnya
  • hilal (anak bulan) berada di atas ufuk buat seketika selepas matahari terbenam pada hari berkenaan.

4. Takwim Imkanur-rukyah

Penetapan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah berdasarkan Kaedah Rukyah dan Hisab berdasarkan kriteria imkanur-rukyah ( juga disebut sebagai imkan-al-rukyah)

Imkanur-rukyah adalah jangkaan kenampakan hilal merujuk kepada kriteria yang diperolehi dari rukyah terdahulu.

Awal bulan-bulan lain berdasarkan  hisab berdasarkan kriteria imkanur-rukyah (tanpa melaksanakan rukyah)

Taqwim Imkanur-rukyah adalah lebih terperinci berbanding tiga taqwim lain  kerana disamping perlu memenuhi dua syarat iaitu ijtimak berlaku sebelum matahari terbenam dan bulan berada di atas ufuk, SATU syarat lagi adalah hilal dithabitkan kelihatan bila berada pada kedudukan yang memenuhi kriteria imkanur-rukyah.

Hilal berada pada altitud (ketinggian) tidak kurang 2° dari ufuk dan jarak lengkung hilal-matahari tidak kurang 3° ketika matahari terbenam

ATAU

Umur hilal sekurang-kurangnya LAPAN (8) jam ketika matahari terbenam.

Dipetik dari nota kursus Falak di Masjid As Syakirin oleh

NORSHAHRIZAN MOHD HASHIM

JABATAN SAINS UKUR & GEOMATIK

UiTM PERLIS

 

Maklumat berkaitan tahun hijrah di sini: https://aburedza.wordpress.com/2009/12/25/ali-bin-abi-thalib-r-a-mencadangkan-peristiwa-hijrah-nabi-sebagai-asas-tahun-islam/