IKTIKAF

IKTIKAF

Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda

 

Maksudnya:

“Aku pernah beriktikaf pada sepuluh hari pertama bulan Ramadan agar mendapatkan malam Lailatul Qadar. Kemudian aku beriktikaf pada sepuluh malam perte­ngahan. Tiba-tiba Jibril mendatangiku dan berkata, ‘Malam itu ada di sepuluh malam terakhir.’ Kerana itu, bagi orang yang ingin beriktikaf, hendaklah dia beriktikaf di malam-malam itu. “ [1]

Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim disebutkan bahawa Aisyah r.a berkata:

Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan sehingga Allah mewafatkannya. Kemudian isteri-isterinya membiasakan  diri beriktikaf pada hari-hari itu setelah baginda wafat.” [2]

Dalam hadith yang lain  menyebut Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam selalu beriktikaf pada bulan Ramadan selama sepuluh hari. Dan pada tahun wafatnya, baginda beriktikaf selama 20 hari. [3]

Kesimpulan:

Rasulullah s.a.w selalu melakukan iktikafpada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Yang dimaksud dengan iktikaf adalah berusaha untuk selalu berada di masjid dengan tujuan melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t dengan khusyuk. Iktikaf merupakan salah satu sunnah yang telah ditetapkan dalam Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya.

Iktikaf juga bermaksud memutuskan semua interaksi dengan orang lain agar seseorang dapat lebih tenang melaksanakan ibadah. Iktikaf dilakukan di dalam masjid dengan tujuan mengharapkan keutamaan serta menjumpai Lailatul Qadar. Oleh itu, orang yang sedang beriktikaf harus menyibukkan dirinya dengan berzikir, membaca al-Quran, solat, dan ibadah-ibadah lainnya, di samping menghindarkan diri dari urusan dunia yang tidak penting baginya.

Petikan : Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan Oleh Dr. ‘Aid Abdullah Al Qarni, Mukasurat  104-106


[1]Riwayat Muslim no 215 dalam kitab as Shiyam

[2] Diriwayat Bukhari no 2026 dan Muslim no 5 dalam kitab al iktikaf

[3] Diriwayat Bukhari no 2044

KEUTAMAAN 10 HARI TERAKHIR RAMADAN

KEUTAMAAN 10 HARI TERAKHIR RAMADAN

Dalam kitab Sahih Muslim disebutkan sebuah riwayat dari Aisyah r.a bahawa:

 

Maksudnya: “Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam bersungguh-sungguh dalam beribadah di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. “[1]

Dalam kitab Sahih Bukhari Muslim juga disebutkan bahawa Aisyah r.a berkata:

 

 

Maksudnya :“Ketika memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadan Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam mengetatkan kain sarungnya, menghabiskan waktu malamnya untuk beribadah, dan membangunkan keluarganya[2]

Dalam kitab Musnad Imam Ahmad, Aisyah r.a berkata:

 

Maksudnya: “Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam mengisi waktu dua puluh hari pertama bulan Ramadan dengan solat dan tidur, tetapi jika telah memasuki sepuluh hari terakhir, baginda bersungguh-sungguh beribadah dan mengetatkan kain sarungnya. “

Kesimpulan: Sepuluh hari terakhir bulan Ramadan sangat istimewa dibandingkan dengan hari-hari lainnya. Pada hari-hari tersebut, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam selalu bersungguh-sungguh dan memperbanyak ibadah: Solat,membaca Al Quran, berzikir, bersedekah,Qiamulail dan sebagainya. Nabi mengetatkan kain sarungnya, iaitu menjauhkan dirinya dari isteri-isterinya dan menghabiskan semua waktunya untuk solat dan berzikir. Semua itu baginda lakukan kerana kemuliaan malam-malam tersebut, selain terdapat malam Lailatul Qadar di dalamnya, iaitu suatu malam yang jika seseorang menjalankan ibadah dengan penuh keimanan dan harapan, maka Allah s.w.t akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

Petikan : Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan Oleh Dr. ‘Aid Abdullah Al Qarni, Mukasurat  102-103


[1]Riwayat Muslim no 1175

[2] Riwayat Muslim no 1174 dan Bukhari no 2024

HAWA NAFSU DIPIMPIN IMAN

Dari Abi Muhammad ‘Abdillah bin ‘Amru bin al-As radiyal­lahu ‘anhuma katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Tidak beriman seorang kamu sehingga adalah hawanya (kemahuannya atau kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku bawa dengan dia.

Hadith hasan lagi sahih, kami riwayatkannya dalam kitab “al­Hujjah”[1] dengan isnad yang sahih.

Maksud firman Allah :

Maka jika mereka tidak menjawab (tantanganmu), ketahuilah bahwa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun?

– AlQasas :50

Petunjuk  Hadith:

  1. Menunjukkan bahawa orang yang sempurna iman ialah orang yang hawa nafsu mengikuti apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam; dan bahawa orang yang tiada beriman (kafir) ialah orang yang menolak sama sekali apa yang dibawanya; dan bahawa orang yang fasiq ialah orang yang mengikuti iman yang dibawanya tetapi meninggalkan yang lainnya; dan bahawa orang yang munafiq ialah orang yang menempatkan amalan yang dibawa Rasulullah, tetapi batinnya atau hatinya tetap menolak iman itu pada keseluruhannya.
  2. Menunjukkan bahawa hawa nafsu adalah halangan yang terbesar sekali untuk mengikuti jalan yang benar, jalan yang ditunjukki Rasulullah, sehingga orang yang beriman tidak mungkin mencapai darjat kesempurnaan imannya selagi dia dipengaruhi oleh hawa nafsunya. Oleh yang demikian, maka wajiblah ia berusaha menunduk dan menguasainya, dan ini adalah satu perjuangan yang utama.

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 41

 


[1] Karangan seorang ahli fiqh yang zahid bernama Ab! al-Qasim Isma’il bin Muhamad bin al-Fadl al-Asfahani –  Kitab ini membahas i’tiqad ahl al-Sunnah.

 

KEAMPUNAN ALLAH

Maksudnya :

Dari Anas radiyallahu ‘anh katanya: Aku dengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Allah telah berfirman:  Hai Anak Adam! Sesungguhnya engkau, selama engkau berdoa dan berharap kepadaKu,  Aku ampuni bagi engkau di atas dosa yang ada pada engkau dan Aku tiada peduli.  Hai Anak Adam!  Kalau telah sampai sekelian dosa engkau ke awan langit kemudian itu engkau memohon keampunan Ku,  nescaya  Aku ampuni bagi engkau. Hai Anak Adam! Sesungguhnya kalau engkau datang kepada Ku dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi (ini) kemudian itu engkau menemui Aku pada hal tiada engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi. “ Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan ia berkata: Hadith ini hasan lagi sahih.

Petunjuk  Hadith:

  1. Menunjukkan bahawa Allah memberi kesempatan yang seluas-luasnya kepada manusia untuk mendapat keampun­anNya. Maka terserahlah kepadanya untuk menggunakan kesempatan itu dengan sebaik-baiknya demi kebahagian hidupnya yang abadi. Juga menunjukkan bahawa dosa yang walaubagaimana pun banyaknya, tidaklah menjadi rintangan mendapat keampun­an; asal seorang itu benar-benar insaf dan menyedari kesalahan­nya dan bersedia untuk membersihkannya dengan bertaubat dengan cara yang sesungguhnya.
  2. Menunjukkan bahawa dari kesimpulan hadith tersebut dapat ditetapkan, iaitu untuk memperolehi keampunan Allah memerlukan tiga syarat :
  • Doa serta harapan,
  • Istighfar atau me­mohon keampunan,
  • Tauhid pada i’tiqad atau keper­cayaan. Dan tauhid inilah syarat yang lebih utama dan penting dari yang lainnya. Kerana ketiadaannya tidaklah ada keampunan  sama sekali.

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 42

BERTAKWALAH KEPADA ALLAH

Dari Abu  DzarJundub bin Junadah dan Abu  ‘Abdul Rahman Mu’adz bin Jabal radiyallahu ‘anhuma  dari Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam sabdanya:

Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerja­kan kebaikan, nescaya menghapuskannya. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus.

Diriwayatkan oleh Al- Tirmizi. Dan katanya: Hadith ini hasan. Dan pada setengah naskhah dikatakan hadIth ini hasan sahih

Petunjuk Hadith :

 

  1. Bahawa hadith tersebut pada keseluruhannya mengan­dungi tiga hukum yang amat penting. Pertama: Hak Allah. Kedua: Hak mukallaf.  Ketiga: Hak hamba. Hak Allah ialah taqwa kepadaNya. Hak mukallaf ialah meng­hapuskan kejahatan yang telah dikerjakannya. Hak hamba ialah elok pergaulan di antara sesama manusia dalam masyarakat. Ketiga-tiga hak ini masuk ke dalam tuntutan dan pengertian taqwa.

 

  1. Bahawa kebaikan yang dikerjakan seseorang dapat meng­hapuskan kejahatannya, yang demikian lenyaplah dosa­nya. Para ‘ulama  telah banyak memperkatakan masalah penghapusan dosa dengan ketiadaan taubat. Mereka telah membahaskan, adakah amal kebaikan (amal saleh) dapat menghapuskan dosa kecil dan dosa besar atau dosa-dosa kecil saja? Di antara mereka banyak yang berpendapat bahawa amal kebaikan hanya dapat menghapuskan dosa kecil saja tidak dosa besar. Inilah yang diriwayatkan dari ‘Atha’ dan ‘ulama’ salaf pada hadith wudu’ yang menya­takan penghapusan dosa kecil.

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 18

PERASAAN RAGU DAN YAKIN

Dari Abu Muhammad al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib cucu Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam dan kesayangannya radiyallahu ‘anhuma. katanya: Aku te1ah menghafaz dari Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam (sabdanya iaitu):

Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.

Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasi’i. Tirmizi berkata: Hadith ini hasan sahib.

Perunjuk Dari Hadith :

Menunjukkan kepada kewajipan melakukan suatu yang diyakini keadaannya dengan meninggalkan suatu yang diragu­kan atau yang disyaki, sama ada dalam perkara ibadat mahu pun dalam hukum-hukum yang lain. Mithalnya, seorang yang yakin sucinya (berwudhu) kemudian ia ragu atau syak tenang hadathnya adalah dikehendaki supaya ia tetap dalam kesucian­nya kerana ini yang menjadi keyakinannya sedang keraguannya adalah dalam perkara yang belum dipastikan. Selanjutnya kalau ia dalam sembahyang, diteruskanlah sembahyangnya dan di­tinggalkan keraguannya tentang hadathnya berdasarkan hadlth Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam riwayat Bukhairi dari ‘Ab­dullah itu Zaid al-Ansari katanya:

Bahawa telah mengadu kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam  seorang lelaki yang dikhayalkan kepadanya bahawasanya ia mendapat suatu (terasa keluar sesuatu yang membatalkan wudu’) dalam sem­bahyang, Rasulullah berkata: Jangan ia berpaling atau jangan ia pergi sehingga ia mendengar suara atau mendapati bau.

Lainlah halnya kalau ia yakinkan hadath dan ragukan tahirah (suci) maka hendaklah ia lakukan menurut keyakinan­nya.

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 11

JAUHI NERAKA : BERPERASANGKA BAIK KEPADA ALLAH DAN WAFAT DALAM IMAN

Tazkirah Malam ke 12 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

JAUHI NERAKA : BERPERASANGKA BAIK KEPADA ALLAH DAN WAFAT DALAM IMAN

 Sabda nabi saw Maksudnya:

 Dari Jabir r.a. katanya:

“Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda, tiga hari sebelum beliau wafat .’ “Janganlah salah seorang di antara kamu meninggaldunia, melainkan dia bersangka baik terhadap Allah ”

 Maksudnya:

Dari Jabir r.a. katanya :

“Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap hamba (manu­sia) dibangkitkan (dihari kiamat) menurut keadaan ketika wafatnya”  

Maksudnya:

Dari Samurah bin Jundab r.a. katanya :

“Rasulullah s.a w. bersabda : “Di antara isi neraka ada yang dibakar api neraka hingga dua mata kakinya. Di antaranya ada yang dibakar neraka hingga kedua lututnya. Di antaranya ada yang dibakar api neraka hingga pinggangnya. Di antaranya ada yang dibakar api neraka hingga kerongkongannya. ”

 

Petikan : Terjemahan Hadits Sahih Muslim – Fachruddin HS – Penerbit Bulan Bintang

KEHIDUPAN DI SYURGA

Tazkirah Malam ke 11 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

KEHIDUPAN DI SYURGA

 Dari Abu Hurairah r.a. katanya:

Rasulullah s.a. w. bersabda : Allah ‘Azza Wajalla berfirman : Aku telah menyediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah tergambar dalam hati manusia. Hal itu dibenarkan dalam firman Tuhan :

“Seorangpun tiada mengetahui apa yang telah disiapkan dengan rahasia untuk mereka, yaitu yang menenangkan hati, sebagai ba­lasan dari apa yang pernah mereka kerjakan.” (Quran surah As­ Sajadah ayat 17).

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :

“Rasulullah s.a.w. bersabda : “Ada orang menyerukan (dalam surga):

“Sesungguhnya kamu tetap sehat dan tidak akan sakit untuk selama­nya. Sesungguhnya kamu tetap hidup dan tidak akan mati untuk selamanya. Sesungguhnya kamu tetap muda dan tidak akan tua untuk selamanya. Sesungguhnya kamu tetap senang dan tidak akan susah untuk selamanya. ltulah yang dimaksudkan dengan firman Tuhan:

”Dan mereka diseru bahwa itulah surga yang dipusakakan kepada kamu, disebabkan apa yang pernah kamu kerjakan.” (Quran surat Al A’raf  ayat 43).

 

Petikan : Terjemahan Hadits Sahih Muslim – Fachruddin HS – Penerbit Bulan Bintang

SYURGA DAN NERAKA

Tazkirah Malam ke 10 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

 SYURGA DAN NERAKA

 Dari Anas Bin Malik r.a  katanya Rasullah s.a.w bersabda :

“Syurga dikelilingi oleh yang tidak disukai nafsu, sedang neraka dikelilingi oleh yang diingini nafsu”

 Dari Abu Hurairah r.a katanya  “Rasulullah s.a.w . bersabda :

“Neraka dan surga berbantah. Neraka mengatakan : “Saya di istimewakan menjadi tempat orang-orang yang membesarkan diri dan penguasa yang berbuat sewenang-wenang.” Surga mengatakan : “Mengapa yang masuk ke dalamku orang-orang yang tiada berkuasa, hina dan tiada berdaya!” Tuhan berfirman kepada surga.: “Engkau adalah rahmatKu! Aku memberi rahmat dengan engkau siapa yang Aku kehendaki di antara hamba-hambaKu.” Dan Tuhan berfirman kepada neraka: “Engkau adalah siksaanKu, Aku siksa dengan engkau siapa yang Aku kehendaki, di antara hamba­-hambaKu. Masing-masing kamu akan memperoleh penghuni sampai penuh.” Adapun neraka belum penuh isinya, lalu Tuhan menekan­kan kuasaNya kepada neraka, sampai neraka itu mengucapkan : “Cu­kup cukup!” Maka ketika itu neraka terasa penuh dan ditutup rapat. ”

Petikan : Terjemahan Hadits Sahih Muslim – Fachruddin HS – Penerbit Bulan Bintang

AMPUNAN , RAHMAT DAN KEREDZAAN ALLAH SWT

Tazkirah Malam ke 9  Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

AMPUNAN , RAHMAT DAN KEREDZAAN ALLAH SWT

 Dari Abu Hurairah r.a. katanya :  “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang amalanya dapat  memasukkannya  ke dalam surga.  Ada orang bertanya : Engkau juga tidak , Ya Rasullah? 

Jawab Nabi : Aku juga tidak, kecuali kalau Tuhan melimpahkan rahmatNya kepada ku  ”  

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Rassullah s.a.w. bersabda : Tiada seorangpun di antara kamu yang dapat diselamatkan oleh amalannya. Mereka bertanya : Engkau juga tidak, ya Rasullah? Nabi s.a.w menjawab : Aku juga tidak, kecuali kalau Allah melimpahkan ampunan dan rahmatnya kepada ku” 

Dari Abu Sa’id AI Khudri r.a. katanya :  “Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman kepada orang yang mendiami surga : “Hai orang-orang yang mendiami surga” Mereka menjawab : “Kami menyahut panggilanMu, wahai Tuhan kami dan menyambut kebahagiaanMu! Kebaikan ditanganMu!” Tu­han bertanya : “Sudahkah kamu merasa senang (puas)?” Mereka menjawab :”Mengapa kami belum merasa senang, wahai Tuhan, pada hal telah Engkau berikan kepada kami, apa yang belum pernah engkau berikan kepada siapapun dari makhluk Engkau” Tuhan bertanya : ”Apakah tidak lebih baik, kalau Aku berikan kepada kamu, yang lebih utama dari itu?” Mereka menjawab : “Wahai Tuhan, apakah gerangan sesuatu yang lebih utama dari itu?” Tuhan menjawab: “Aku limpahkan kepada kamu keredaanKu. Maka tiadalah sesudah ini, Aku akan marah kepada kamu buat selamanya.”

Petikan : Terjemahan Hadits Sahih Muslim – Fachruddin HS – Penerbit Bulan Bintang