Jadual Penanaman Padi

Jadual Penanaman Padi bagi Musim Kedua tahun 2009, seperti yang ditetapkan dalam MJBAPP Peringkat MADA pada 10 Ogos 2009 yang lalu adalah seperti berikut:

Fasa
Tarikh Mula Menabur
Tarikh Henti Bekalan Air
Keluasan (Hektar)
I
25 Ogos 2009
28 Disember 2009
36,028
II
08 September 2009
11 Januari 2010
35,638
III
22 September 2009
25 Januari 2010
24,892
JUMLAH
96,558

Kedudukan kawasan seperti prta di bawah :

Pelan Fasa Penanaman Padi Bagi Musim 2/2009

Rujukan : MADA

Kawalan Perosak Padi

KAWALAN MAKHLUK PEROSAK DAN PENYAKIT

“Rumpai dan makhluk perosak boleh mengurangkan hasil padi”

  1. Kawalan perosak perlulah mengikut konsep Pengurusan Perosak Secara Bersepadu (IPM) iaitu kawalan dijalankan setelah serangan mencapai tahap ambang tindakan. Tahap ambang tindakan beberapa jenis perosak dan penyakit utama dan syor kawalan adalah seperti berikut:
  2. Perosak / Penyakit

    Tahap Ambang
    Tindakan (ATL)

    Contoh (Bahan Aktif
    Racun)

    1. Tikus 5% serangan Chlorophacinone
    Brodifocoam
    2. Siput gondang emas 1 ekor bagi 1 meter persegi Saponin
    Niclosamide
    3. Ulat gulung daun 40% serangan Buprofezin + cartap
    hydrochloride
    4. Ulat batang 40% serangan atau 2 ekor
    Seperdu
    Fipronil
    Carbaryl
    5. Bena perang 20 ekor dewasa / 50 ekor
    Nimfa seperdu
    Buprofezin
    imidaclopid
    6. Bena belakang putih 20 ekor dewasa / 50 ekor
    Nimfa seperdu
    Carbaryl
    imidaclopid
    7. Hawar seludang 10% serangan Difenochonazole
    pencycuron
  3. Bagi kawalan tikus lakukan kerja berikut:
Buat pengumpanan sebelum dan semasa penyediaan tanah, semasa menabur benih, padi bunting dan padi berbuah.
Rujukan : MADA

Kawalan Rumpai Tanaman Padi

KAWALAN RUMPAI

“Rumpai dan makhluk perosak boleh mengurangkan hasil padi”

  1. Penyediaan tanah dan pengurusan air yang sempurna membantu dalam kawalan rumpai.
  2. Periksa 3 – 5 hari sekali selepas tabor benih dan kenalpasti rumpai yang terdapat di dalam petak sawah.
  3. Masa mengawal rumpai ialah:
  4. TERBAIK pada tempoh KURANG 15 HLT
    KRITIKAL pada 15 – 30 HLT
    KURANG BERKESAN pada LEBIH 30 HLT

  5. Pilih jenis racun rumpai yang sesuai dengan rumpai yang dikenalpasti di sawah. Antara jenis racun yang biasa digunakan ialah prethilachlor, thiobencarb + propanil dan 2,4-D butyl ester
  6. Dinasihatkan JANGAN guna racun jenama yang sama lebih dari 3 musim berturut-turut kerana ia boleh menyebabkan kerintangan (kebal).

Rujukan : MADA

Membaja Tanaman Padi

PEMBAJAAN

“Hasil yang tinggi diperolehi melalui pembekalan nutrien yang mencukupi dan tepat pada masa yang diperlukan”

Pembajaan penting untuk memastikan sasaran komponen hasil 10 tan sehektar dicapai:

Peringkat pertumbuhan

Sasaran Komponen hasil 10 tan / hektar

15 HLT (3 helai daun) 400 anak benih / m²
35 HLT (Mula beranak) 500 – 600 pokok / m²
50 – 65 HLT
(Pembentukan tangkai)
500 tangkai dengan
120 biji / tangkai
70 – 85 HLT
(Pengisian biji padi)
Lebih 75% bernas dengan berat 1,000 biji 27 gram atau 2.25 gram setangkai
Kadar baja dan masa pembajaan disyorkan mengikut variety adalah seperti berikut:

Membaja (HLT)
(HLT ialah Hari Lepas Tabur)

Peringkat
Tanaman

Jenis
Baja

Kadar
Baja
(kg/ha)

Varieti
matang 105
– 111 HLT
(contohnya
MR 219)

Varieti matang
120 HLT dan
lebih
(contohnya
MR 84)

15 – 20
15 – 20

Mula
beranak

Baja Cmpuran
(Bantuan
Kerajaan)

360 kg/hektar
(4 beg/relong)

35 – 40
35 – 40

Beranak
aktif

Urea (Bantuan
Kerajaan)

100 kg/hektar
(1 beg/relong)

50 – 55
60 – 65

Pembentukan
tangkai

Baja Sebatian
Tambahan
12:12:17:2MgO+TE

175 kg/hektar
(50 kg @
1 beg/relong)

70 – 75
80 – 85

Pengisian
biji

Baja Sebatian
Tambahan
12:12:17:2MgO+TE

175 kg/hektar
(50 kg @
1 beg/relong)

Baja foliar disyorkan untuk digunakan bagi menambah nutrien kepada tanaman pada peringkat 45 HLT dan 65 HLT.
Rujukan : MADA

Senarai Semakan Tanaman Padi

 

 

 

Senarai Semakan Tanaman Padi (Rice Check) adalah panduan untuk

menguruskan tanaman padi mengikut sasaran yang ditetapkan. Setiap Check Utama

mesti ditepati untuk pertumbuhan yang baik ke arah penghasilan yang tinggi.

Pemantauan dan pemerhatian pokok dan status ladang dari segi pertumbuhan,

pengurusan air, pembajaan, serangan rumpai dan perosak dan tuaian adalah

penting untuk mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan penyelesaian

masalah. Pertumbuhan tanaman perlu diperhati, diukur dan disimpan data untuk

panduan pengurusan musim selanjutnya. Kita perlu belajar dari pengalaman dan

mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertingkatkan pengurusan ladang

setiap musim.

 

Sila dapatkan maklumat lengkap dalam format PDF di sini :

http://www.mada.gov.my/v1/tek/pdf/rice_check.pdf

atau copy alamat di atas dan paste di URL atau  di http://www.mada.gov.my/v1/tek/padi.php