Ya Allah, aku mendambakan syurgaMu

As Suyuthi, menulis dalam Ziarah ke Alam Barzakh:

Al Qasim, pelayan Muawiyyah, meriwayatkan bahawa Sa’a ibn Abu Waqash pernah berdoa mengharapkan kematian, sementara saad itu Rasullullah mendengarnya. Beliau lalu bersabda:

“Janganlah engkau mengharapkan kematian, sebab seandainya engkau termasuk penghuni syurga, tetap hidup adalah lebih baik bagi mu, sementara jika engkau termasuk penghuni neraka, lalu apa yang mendorongmu ingin segera ke sana?”

Hadis riwayat Al Mawarzi.


  • Jalaluddin as-Suyuthi wafat 911H.
  • Hadis Imam Ahmad no 25640:
    Telah menceritakan kepada kami Abu Salamah Al Khuza’i berkata, telah mengabarkan kepada kami Laits dan Yunus berkata, telah menceritakan kepada kami Laits -yakni Ibnu Sa’d- dari Yazid bin Al Hadi dari Hindun binti Al Harits dari Ummi Fadll, bahwa Nabi ﷺ menjenguk Al Abbas yang sedang sakit dan berharap untuk mati, beliau lantas bersabda,

“Wahai Abbas, wahai paman Rasulullah, janganlah kamu mengharapkan kematian, jika kamu berbuat baik lalu engkau menambah kebaikan pada amal baikmu adalah lebih baik bagimu, dan jika kamu berbuat buruk, lalu umurmu diperpanjang dan kamu ridha maka itu lebih baik, maka janganlah kamu mengharap kematian.”

Allah Mengangkat Martabat Nabi Luth, Bible Memfitnah Baginda Dengan Sumbang Mahram

Nabi Luth a.s hidup sezaman dengan nabi Ibrahim a.s. Allah berfirman:

Binatang Ternak (Al-‘An`ām):86 – dan Ismail, Alyasa’, Yunus dan Luth. Masing-masing Kami lebihkan derajatnya di atas umat (di masanya),

Nabi-Nabi (Al-‘Anbyā’):74 – dan kepada Luth, Kami telah berikan hikmah dan ilmu, dan telah Kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik,

Barisan-barisan (Aş-Şāffāt):133 – Sesungguhnya Luth benar-benar salah seorang rasul.

Demikian Allah Mengangkat derajat nabi Allah Luth. Sebaliknya  sila perhatikan betapa jijik fitnah Bible ke atas baginda. Baginda difitnah berzina dengan putri sendiri. APAKAH INI AJARAN KRISTIAN KEPADA PENGANUTNYA?

PERJANJIAN LAMA: Kejadian 19:30-38 
Pergilah Lot dari Zoar dan ia menetap bersama-sama dengan kedua anaknya perempuan di pegunungan, sebab ia tidak berani tinggal di Zoar, maka diamlah ia dalam suatu gua beserta kedua anaknya.
Kata kakaknya kepada adiknya: “Ayah kita telah tua, dan tidak ada laki-laki di negeri ini yang dapat menghampiri kita, seperti kebiasaan seluruh bumi.
Marilah kita beri ayah kita minum anggur, lalu kita tidur dengan dia, supaya kita menyambung keturunan dari ayah kita.”
Pada malam itu mereka memberi ayah mereka minum anggur, lalu masuklah yang lebih tua untuk tidur dengan ayahnya; dan ayahnya itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia bangun.
Keesokan harinya berkatalah kakaknya kepada adiknya: “Tadi malam aku telah tidur dengan ayah; baiklah malam ini juga kita beri dia minum anggur; masuklah engkau untuk tidur dengan dia, supaya kita menyambung keturunan dari ayah kita.”
Demikianlah juga pada malam itu mereka memberi ayah mereka minum anggur, lalu bangunlah yang lebih muda untuk tidur dengan ayahnya; dan ayahnya itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia bangun.
Lalu mengandunglah kedua anak Lot itu dari ayah mereka.
Yang lebih tua melahirkan seorang anak laki-laki, dan menamainya Moab; dialah bapa orang Moab yang sekarang.
Yang lebih muda pun melahirkan seorang anak laki-laki, dan menamainya Ben-Ami; dialah bapa bani Amon yang sekarang.

Munajat hambamu

Ya Allah, ya tuhanku,
Tiada indah suatu malam kecuali dengan bermunajat kepada Mu.
Tiada indah suatu sinar, kecuali berbuat taat kepada Mu.
Tiada indah suatu siang, kecuali berbuat taat kepada Mu.
Tiada indah dunia ini, kecuali dengan berzikir kepada Mu.
Tiada indah negeri akhirat, kecuali ampunan Mu.
Dan tiada syurga, melainkan dengan melihat wajah Mu.

Ya Allah, ya tuhanku,
Ampuni aku
Rahmatilah aku
Sesungguhnya Engkaulah pemberi  rahmat dan maha pegampun.

Surah Maryam: Nabi Yahya a.s Putra Nabi Zakaria a.s

Nabi Yahya a.s Putra Nabi Zakaria a.s

Ketika mengikuti kuliah Muktasar Tafsir Ibn Katsir surah Maryam, oleh Ustaz Ya Ali Bin Dahaman, saya tertarik kepada ayat 1 hingga ayat 15.

maryam

Kepada nabi Yahya a.s Allah  kurniakan hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak, dan ia seorang yang bertakwa, dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, juga tidak pula sombong dan derhaka. Pada surah Maryam ayat ke 15, Allah berfirman , maksudnya:

“ Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula ( pada hari kiamat).”

Ibn  Katsir di dalam Kitab Kisah Para Nabi menghurai ayat di atas:

[Masa-masa yang tiga ini merupakan masa yang paling berat bagi manusia  sebab pada setiap manusia waktu tersebut ialah masa perpindahan dari satu alam ke satu alam yang lain. Dia kehilangan alam yang pertama setelah ia terbiasa dengan nya dan telah mengenalnya, lalu berpindah kea lam yang lain, dan dia tidak tahu apa yang akan di alaminya. Oleh itu dia menangis dan menjerit ketika ia keluar dari antara isi perut dan meninggalkan kelembutan dan keramahannya, dan berpindah ke alam dunia ini untuk bersusah payah menahan kesedihan dan kesusahannya.

Demikian juga ketika berpisah meninggalkan alam dunia ini dan berpindah ke alam barzakh, iaitu alam pemisah antara dunia yang fana dan alam akhirat. Dari tempat keramaian penuh dengan bangunan dan lukisan ke kampung halaman orang-orang mati, penghuni kubur. Di sana dia menunggu tiupan sangkakala untuk hari kebangkitan hidup kembali.  Maka ada yang bergembira dan bersuka hati dan ada pula  bersedih hati dan binasa. Ada yang terhibur dan ada pula yang hancur. Satu kelompok di dalam syurga dan sekelompok yang lain di dalam neraka.

…..  Oleh kerana tiga masa ini merupakan masa yang paling berat bagi manusia anak cucu adam, maka Allah memberikan kesejahteraan kepada Yahya pada setiap masanya.]

kisah para nabi

Demikian hebatnya janji dan tawaran Allah terhandap hambanya Yahya a.s.

Nabi Yahya a.s  adalah anak kepada Nabi Zakaria a.s. Ibn Katsir menyebut nasab nabi Zakaria a.s. sampai kepada Nabi Sulaiman bin Daud. Ini bermaakna Zakaria a.s dan anaknya Yahya a.s adalah nabi-nabi bagi bani Israil. Nabi Yahya a.s  adalah anak nabi Zakaria yang di lahirkan diketika umurnya telah tua dan begitu juga dengan isteri baginda ( Zakaria a.s). Apabila Zakaria a.s melihat Mariam, ibu Nabi Isa a.s, yang didalam peliharaanya, sering dihidangkan rezki ( oleh Allah) buah-buahan yang bukan pada musimnya, maka ia teringin untuk mendapat seorang anak. Maka berdoalah Zakaria a.s kepada Allah. Lalu Allah mengurnikan Yahya a.s kepadanya.

Nabi Yahya a.s dan nabi Isa a.s adalah nabi bagi bani Israil pada zaman yang sama.

Ibn Katsir menyebut ada riwayat mengatakan ibu Yahya a.s ( Isteri Nabi Zakaria a.s) bernama Asyia binti Imran adalah saudara perempuan Maryam binti Imran. Ibn Katsir juga berkata ada riwayat menyebut ibu Yahya a.s,  Asyia  adalah saudara perempuan Hanah isteri kepada Imran, iaitu ibu Maryam. Jadi Yahya a.s adalah anak saudara Maryam atau mungkin juga  mereka berdua sepupu.

Mengikut Ibn Katsir, nasab Maryam binti Imran sampai kepada nabi Daud a.s  dan demikian juga nasab Nabi Zakaria a.s.

Mengikut  Maulana Abdullah Yusof Ali dalam tafsirnya mengatakan emak Yahya a.s, Asyia  dikenali juga sebagai Elisabeth.  Kata  Maulana Abdullah Yusof Ali,  Elisabeth adalah ketrurunan Nabi Harun  Bin Imran saudara Musa a.s. (Bukan Imran bapa Maryam). Hujah beliau bersandar kepada Perjanjian baru, Lukas 1:5 

” Pada zaman Herodes, raja Yudea, adalah seorang imam yang bernama Zakaria dari rombongan Abia. Isterinya juga berasal dari keturunan Harun, namanya Elisabet.”  – Lukas 1:5

Ini bermakna Jika ibu Yahya   dan Maryam dua beradik, mereka adalah dari keturunan Harun bin Imran, abang kepada Nabi Musa. Jika demikian bertepatan pula dengan firman Allah surah Maryam ayat 28:

” Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat”

Nabi Yahya a.s akhirnya mati dibunuh oleh raja pemerintah dari bani Israil. Demikian juga ayahndanya Nabi Zakaria a.s.

 

Rujukan:

1. Ibnu Katsir, Kisah Para Nabi Teladan Bagi Orang Berakal, Darul Fajar, Sdn. Bhd.

Cetakan 2003

2. Maulana Abdullah Yusof Ali, Al Quran ,Terjemahan Dan Huraian Maksud, DBP, Cetekan 1992

Syiah: Hakikat & Sejarah (Siri 1)

Nota berikut saya petik dari FB teman saya: https://www.facebook.com/dcromok/posts/535097806558302?notif_t=tagged_with_story   , semuga bertambah bahan rujukan.

fb hakikat n sejarah syiahSyiah: Hakikat & Sejarah (Siri 1)

Oleh: Muhammad Assiddiq Fauzan, Tahun 2, Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar (Kaherah)
Artikel ini adalah hasil terjemahan daripada buku ‘Syiah: Perjuangan atau Kesesatan’ yang dikarang oleh Dr Raghib Sarjani. Tujuan saya menterjemah beberapa petikan daripada buku ini adalah untuk mendedahkan isu Syiah yang sedang menyerang negara kita. Kefahaman kepada sesuatu masalah adalah langkah pertama dalam merawatnya. Diharapkan usaha kerdil ini dapat membantu para pendakwah di luar sana dalam usaha membanteras fahaman Syiah yang sedang menular ditengah masyarakat.Dr Raghib Sarjani adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah. Beliau lahir pada tahun 1964 di Mesir. Merupakan graduasi kuliah perubatan dari Cairo University pada 1988 dengan pangkat Mumtaz. Beliau tamat menghafal quran pada tahun 1991. Berjaya menyiapkan Masters di universiti yang sama dengan pangkat Mumtaz pada tahun 1992. Kemudian berjaya mendapat Ph.D dengan pantauan kerjasama antara Mesir dan Amerika ( Surgery of Urinary Track and Kidney ) pada tahun 1998.Walaupun mempunyai Ph.D dalam bidang perubatan dan menjadi pensyarah di Cairo University dalam bidang tersebut, beliau sangat minat mendalami ilmu sejarah dan telah menghasilkan puluhan buku seperti Kisah Andalus, Kisah Tunis, Kisah Tartar, Kisah Perang Salib, Kewajipan Umat Terhadap Palestin, Antara Sejarah dan Realiti, Kisah Erdogan, dan lain-lain. Beliau merupakan salah seorang tokoh dakwah Ikhwan Muslimin dan menghoskan laman web sendiri di www.islamstory.com.

Dasar-dasar Syiah

Para Sejarawan berbeza pendapat tentang asal-usul permulaan Syiah. Pendapat pertama dan yang paling terkenal adalah kemunculan mereka bermula apabila berlaku khilaf antara Ali RA dan Muawiyah RA ketika Perang Siffin. Jika mengikut pendapat ini, maka pengikut Ali RA diiktibarkan sebagai Syiah dan pengikut Muawiyah RA diiktibarkan sebagai Sunnah wal Jamaah. Tetapi, pada hakikatnya ia bukan seperti itu.

Pendapat Ahli Sunnah mengatakan kebenaran antara perselisihan antara dua sahabat mulia ini berada di pihak Ali RA dan Ahli Sunnah berpendapat bahawa Muawiyah telah berijtihad dalam hal ini tetapi ijtihad itu didapati tidak benar. Maka kecenderungan Ahli Sunnah kepada pihak Ali RA sangat jelas.

Tambahan pula, yang dikatakan dengan fahaman, prinsip, dan aqidah yang dilaung-laungkan oleh Syiah, semua itu jauh dari fahaman, prinsip dan aqidah yang diimani oleh Ali RA. Maka dengan itu jelas bahawa pendapat yang mengatakan Syiah bermula sebagai pengikut Ali pada peristiwa ini adalah salah sama sekali.

Pendapat kedua pula mengatakan Syiah muncul setelah kematian Husain bin Ali RA yang mana beliau telah keluar dari pemerintahan Yazid bin Muawiyah. Dalam peristiwa ini, penduduk Iraq memanggil Husain RA untuk menyertai mereka di Iraq dan menjanjikan sokongan dan pertolongan kepada beliau. Tetapi pada saat akhir mereka mengkhianati beliau dan akhirnya beliau dibunuh di Karbala.

Maka bangkitlah sekelompok Muslimin menyeru agar pembunuhan ini dituntut bela. Tetapi di pihak satu lagi menghukum kelompok ini kafir kerana telah keluar dari pemerintahan Bani Umayyah. Maka berlakulah pergaduhan, dan terbunuhlah beberapa orang dari kalangan penyokong Husain dan mereka digelar sebagai Syiah.

Ini dapat menjelaskan kepada kita hubungan yang kuat antara Syiah dan Husain RA, malah lebih kuat daripada Ali RA sendiri. Sepertimana yang dapat dilihat, mereka merayakan hari kematian Husain tetapi tidak merayakan hari kematian Ali.

Kesan daripada peristiwa ini, wujud kelompok yang menentang pemerintahan Umayyah dari segi politik sahaja, sedangkan aqidah, dan mazhab fiqh tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah. Dan kita dapat perhatikan sendiri, mereka yang digelar sebagai pemimpin awal Syiah adalah mereka yang bermazhab Sunni.

Setelah berlalunya masa dan keadaan menjadi stabil, muncul seorang tokoh bernama Ali Zainal Abidin bin Husain, iaitu anak kepada Husain RA. Beliau adalah seorang lelaki yang soleh, ulama yang zuhud, dan langsung tidak membawa ajaran aqidah atau fiqh yang bertentangan dengan para sahabat dan tabi’en.

Ali Zainal Abidin mempunyai dua orang anak lelaki yang soleh dan tinggi darjat wara’ dan taqwa. Mereka bernama Muhammad Baqir dan Zaid. Keduanya mempunyai pandangan yang bertepatan dengan Ahli Sunnah yakni dengan para sahabat dan tabi’en kecuali pandangan Zaid bin Ali Zainal Abidin yang mempunyai padangan yang berbeza. Beliau berpendapat bahawa Ali Abi Talib RA lebih layak menjadi khalifah berbanding Abu Bakar As-Siddiq RA.

Walaupun pendapat ini bertentangan dengan ijma’ seluruh umat, dan bertentangan dengan hadith-hadith yang menceritakan kelebihan-kelebihan Abu Bakar, Umar dan Uthman berbanding Ali, namun ia bukanlah permasalahan aqidah. Dan beliau mengakui keutamaan Abu Bakar, Umar dan Uthman, cuma berpendapat Ali RA lebih layak. Malah beliau mengakui keharusan imamah mafdhul , iaitu mengiktiraf imamah (kepimpinan) Abu Bakar, Umar dan Uthman.

Hanya pada satu titik ini beliau berselisih dengan pendapat Ahli Sunnah, tetapi pada semua titik yang lain beliau sependapat dengan mazhab Ahli Sunnah.

Maka dengan itu, keluarlah Zaid dari pemerintahan Umayyah, mengulangi sejarah datuknya, Hussain RA pada zaman Hisyam bin Abdul Malik. Dan berakhirlah perkara ini dengan terbunuhnya Zaid pada tahun 122 H. Lalu bangkitlah para pengikut beliau dan mengasaskan mazhab di atas pendirian Zaid ini dan dikenali oleh sejarah dengan nama Zaidiyyah bersempena dengan nama beliau.

Mazhab ini, walaupun dikira sebagai Syiah, ia bertepatan dengan mazhab Ahli Sunnah dalam semua perkara, kecuali dalam bab mengutamakan Ali RA berbanding tiga khalifah sebelumnya. Pengikut mazhab ini banyak tersebar di Yaman, dan inilah mazhab Syiah yang paling dekat dengan Ahli Sunnah dan hampir tidak berpecah dengan Ahli Sunnah dalam kebanyakan perkara.

Satu peristiwa yang perlu disebut di sini bahawa pada suatu hari terdapat segolongan dari pengikut Zaid bin Ali Zainal Abidin ini yang pernah bertanya pada Zaid tentang pendapat beliau terhadap Abu Bakar dan Umar. Zaid menyatakan bahawa beliau menghormati mereka berdua. Tetapi golongan ini bukan sahaja tidak setuju dengan beliau, malah menolak kepimpinan beliau dan keluar dari kumpulan Zaid. Golongan ini dikenali oleh sejarah sebagai ‘golongan Rafidah’(penolak), kerana mereka menolak imamah (kepimpinan) dua khalifah yang awal dan menolak pendapat Zaid tentang mereka berdua. Golongan Rafidah inilah yang menjadi pengasas ‘Syiah 12’ yang menjadi mazhab Syiah yang terbesar sekarang.

Setelah Muhammad Baqir meninggal dunia pada tahun 114 H (adiknya Zaid meninggal lapan tahun selepas itu), beliau meninggalkan seorang anak lelaki yang alim dan wara’ bernama Ja’far Sodiq. Beliau adalah seorang ulama yang terulung pada masa beliau dan menguasai ilmu fiqh dengan sebenar-benar penguasaan, dan beliau menyelusuri aqidah sahabat, tabi’en dan ulama muslimin yang lain.

Pada penghujung era pemerintahan Khilafah Umayyah, wujud satu gerakan dari keluarga Abbas (yakni dari keturunan pakcik Rasulullah yang bernama Abbas bin Abdul Mutalib) yang mengajak manusia membuat revolusi terhadap kerajaan Umayyah. Maka gerakan Abbasiah ini saling bekerjasama dengan pengikut Zaid bin Ali Zainal Abidin.

Akhirnya pada tahun 132 H, tumbanglah kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiah dibentuk dengan Abu Abbas As-Saffah sebagai pemimpinnya. Maka pengikut Zaid kecewa kerana tidak dilantik menjadi pimpinan walaupun mereka merupakan cucu cicit kepada Ali bin Abi Talib, anak saudara kepada Abbas bin Abdul Mutalib. Lalu mereka merancang untuk mengadakan revolusi terhadap kerajaan Abbasiah pula. Golongan ini dikenali sebagai Tolibiyyun (yang dinasabkan kepada Ali bin Abi Talib) yakni bertentangan dengan Abbasiyyun (nasab kepada Abbas bin Abu Mutalib)

Dan sehingga ketika ini, masih tiada penyelewengan dari sudut aqidah mahupun fiqh, kecuali dalam isu Abu Bakar dan Umar. Ini adalahkerana pecahan dari pengikut Zaid yang menolak imamah (kepimpinan) mereka berdua, malah tidak malu untuk mengkritik secara terang- terangan.

Ja’far Sodiq meninggal pada tahun 148 H. Beliau meninggalkan seorang anak bernama Musa Kazim, yang juga seorang ulama, tetapi tidak mencapai tahap ayahnya, dan beliau meninggal pada tahun 183 H. Beliau meninggalkan beberapa orang dan di antara mereka ada yang bernama Ali bin Musa Ar-Redha.

Artikel ini akan bersambung pada siri-siri yang seterusnya.

Oleh: Muhammad Assiddiq Fauzan, Tahun 2, Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar (Kaherah) — bersama Gozali Nasution dan 4 yang lain.

Syurga dikelilingi oleh hal-hal yang berat dirasakan manusia untuk mengerjakannya.

Dalam kuliah subuh pagi tadi Ustaz Ya Ali Dahaman menghuraikan sebuah hadis, yang dipetik dari Kitab Muktasar Tazkirah Al Qurtabi:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Ketika Allah s.w.t. menciptakan syurga, iapun mengirim malaikat Jibril ke syurga, dan berkata kepadanya:

“Lihatlah syurgaitu dan ара yang telah Aku persiapkan untuk penghuninya.”

(Rasulullah s.a.w. melanjutkan) Lalu malaikat Jibril pun pergi ke sana untuk melihatnya dan melihat ара yang telah Allah s.w.t. sediakan untuk penghuninya.

(Rasulullah s.a.w. pun melanjutkan) Lalu Jibril pun datang kembali menghadap Allah s.w.t dan berkata:

“Demi kemuliaan-Mu, tidak akan ada orang yang mendengarnya kecuali mereka ingin masuk ke dalamnya.”

Мака Allah s.w.t  pun memerintahkan syurga agar dikelilingi oleh hal-hal yang berat dirasakan manusia untuk mengerjakannya. Lalu Allah s.w.t. berkata kepada malaikat Jibril:

“Pergilah ke syurga dan lihat ара yang telah Aku sediakan untuk penghuninya.”

(Lalu Rasulullah s.a.w. melanjutkan) lalu malaikat Jibril pun kembali ke syurga, dan ternyata Syurga telah dikelilingi oleh hal-hal yang berat dirasakan manusia untuk mengerjakannya. Lalu malaikat Jibril pun kembali kepada Allah s.w.t. dan berkata:

“Demi keagungan-Mu, sesungguhnya aku takut tidak akan ada orang yang masuk ke dalamnya.”

Kemudian Allah s.w. t. berkata kepadanya:

“Pergilah ke neraka, lihatlah neraka dan ара yang telah aku sediakan bagi penghuninya.”

Lalu malaikat Jibril pun melihatnya, ternyata neraka itu bertingkat. Jibril pun kembali kepada Allah s.w.t. dan berkata:

“Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku takut tidak akan ada orang yang mahu mendengarnya tetapi mereka memasukinya.”

Lalu Allah s.w.t. memerintahkan neraka agar dikelilingi dengan hal-hal yang disenangi oleh manusia untuk mengerjakannya. Lalu Allah s.w.t. kembali memerintahkan Jibril untuk melihatnya. Pada saat Jibril kembali kepada Allah s.w.t., iapun berkata:

“Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku takut tidak akan ada yang selamat darinya, tetapi mereka akan memasukinya. “

Hadis di atas dipetik oleh Al Qurtubi dari Riwayat Tirmizi Kitab Sifat Syurga Hadis no 2560

RON95 naik 20sen : Kesukaan Rakyat Malaysia!

BERITA INI MENJADI KEBANGAAN PENYOKONG UMNO BN!

Malaysiakini melaporkan: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

fuel hike chart 020913Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,

Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010.

As SiSi adalah Firaun

As SiSi  adalah Firaun di zaman moden dan Morsi  pemimpin orang-orang beriman dizaman ini

Justru Firman Allah berikut ini bagai berbicara untuk rakyat Mesir sekarang:
َ

Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: “Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?” Firaun menjawab: “Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka”. QS 7:127
َ

(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: “Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”. QS 7:128
َ

Mereka berkata: “Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami”. Nabi Musa menjawab: “Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?”
QS 7:129

Ya Allah, selamatkanlah pemimpin kami Mursi dan selamatkanlah bumi Mesir dan penduduknya dari kekejaman as Sisi si Firaun.