Antara Al-Siddiq Dan Al-Sadiq: Hubungan Sebenar Keluarga Abu Bakar Dan Ali R.A.

Ramai orang tidak mengetahui tentang hubungan kekerabatan di antara sahabat-sahabat Rasulullah  s.a.w. terutamanya di antara Abu Bakar dan Ali.
Setelah Abu Bakar meninggal dunia, Ali telah mengahwini isteri beliau Asma binti ‘Umais bin Ma’d bin al-Harith. Sebelum berkahwin dengan Abu Bakar, beliau menjadi isteri Ja’far bin Abi Talib, iaitu saudara kandung Ali. Hasil daripada perkahwinan dengan Ali, Asma memperolehi anak lelaki bernama Yahya.[i][1] Asma sentiasa mendampingi Fatimah sehingga di saat hampir kewafatannya[ii][2] dan beliau turut mengambil bahagian dalam memandikan jenazah Fatimah.[iii][3]
Hasil perkahwinan Abu Bakar dan Asma, Muhammad bin Abu Bakar dilahirkan. Sewaktu kewafatan Abu Bakar beliau masih lagi kecil. Oleh itu, dengan perkahwinan Ali dan Asma, Muhammad menjadi anak tiri beliau. Ali mendidik Muhammad bersama-sama dengan dua anak lelakinya Hasan dan Husin, ketika itu Umar menjadi khalifah.
Setelah pembukaan Madain, dua orang puteri Kisra, Yazdejrad telah ditawan dan dibawa ke Madinah. Sebelum memasuki Madinah mereka berdua telah diajak mengucap dua kalimah syahadah. Setelah berlaku pemesyuaratan antara Umar, Ali dan sahabat besar yang lain, kedua-dua puteri itu dikahwin dengan anak-anak sahabat. Seorang berkahwin dengan anak Ali, Husain dan yang kedua dikahwinkan dengan Muhammad bin Abu Bakar, anak tiri Ali. Melalui perkahwinan-perkahwinan ini, Husain memperolehi Ali Zainul Abidin manakala Muhammad memperolehi al-Qasim. Dengan ini, Ali Zainul Abidin dan al-Qasim merupakan sepupu di sebelah ibu. Kemudian berlaku persemendaan antara Husain dan Muhammad di mana cucu Husain, Muhammad al-Baqir berkahwin dengan cucu Muhammad, Ummu Farwah yang melahir Ja’far al-Sadiq.[iv][4] Nama Ummu Farwah ialah Asam binti Abdul Rahman bin Abu Bakar. Dengan ini, di sebelah bapanya silsilah keturunan Ja’far al-Sadiq adalah dari Bani Hasyim manakala sebelah ibunya dari keluarga Abu Bakar.
Perlu diberi perhatian, ‘Aisyah, anak perempuan Abu Bakar dan juga isteri Rasulullah s.a.w. adalah adik beradik kepada datuk Ja’far al-Sadiq, Muhammad bin Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Abu Bakar. Dengan ini, ‘Aisyah mempunyai pertalian darah dengan Ja’far al-Sadiq. Beliau (Ja’far al-Sadiq) merupakan tokoh ilmu yang unggul dan memperolehi ilmu daripada tokoh-tokoh besar seperti al-Qasim, al-Zuhri dan ‘Ata’. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik pernah menjadi murid beliau. Beliau juga mewarisi ilmu daripada nenek beliau ‘Aisyah melalui ‘Urwah bin al-Zubair yang mendapat didikan dari ‘Aisyah sendiri.
Di zamannya, Ja’far menjadi tempat rujukan bagi ulama dan beliau adalah seorang yang benar sehingga tidak pernah diketahui bahawa beliau pernah berdusta. Oleh kerana itu, beliau digelar al-Sadiq. Jika datuk di sebelah ibunya, Abu Bakar terkenal dengan sifat benar dan amanah bersama-sama Rasulullah s.a.w., maka tidak hairanlah cucu beliau, Ja’far al-Sadiq terkenal juga dengan sifat benar.
Ini kerana ibunya adalah Farwah binti al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar dan ibunya Farwah, Asma binti Abdul Rahman bin Abu Bakar.
Ja’far al-Sadiq diriwayatkan pernah berkata: Abu Bakar telah melahirkanku dua kali.[v][5]
Carta 1 di bawah berikut dapat menjelaskan maksud  kata-kata Ja’far al-Sadiq itu.
carta 1
Hubungan persemendaan yang rapat di antara mereka ini boleh dilihat dengan lebih jelas lagi melalui carta 2 sebagaimana berikut.
carta 2
 carta 3
1.
        Rasulullah s.a.w. mengahwini ‘Aisyah binti Abu Bakar. (1-a dan 1-b)
2.     Hasan bin Ali, cucu Rasulullah s.a.w. mengahwini Hafsah binti Abdul Rahman bin Abu Bakar.[vi][6] (2-a dan 2-b)
3.     Ishaq bin Ja’far bin Abi Talib, berkahwin dengan Ummu Hakim binti al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al-Siddiq. (3-a dan 3-b)
4.     Muhammad al-Baqir bin Ali Zainul Abidin bin al-Husain bin Ali bin Abi Talib berkahwin dengan Ummu Farwah binti al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al-Siddiq. (4-a dan 4-b)
5.     Musa al-Jawn bin Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Muthanna bin al-Hasan al-Sabt bin Ali bin Abi Talib mengahwini Ummu Salamah binti Muhammad bin Talhah bin Abdullah bin Abdul Rahman bin Abu Bakar al-Siddiq. (5-a dan 5-b)
Keakraban mereka dapat dilihat dengan jelas lagi apabila Ahli Bait menamakan anak-anak mereka dengan nama Abu Bakar.
1.     Ali bin Talib menamakan  anaknya dengan Muhammad yang dikunyahkan dengan Abu Bakar.[vii][7] Ibu Abu Bakar bernama Laila binti Mas’ud dari Bani Taym yang juga merupakan keluarga /keturunan Abu Bakar al-Siddiq.
2.     Abu Bakar bin al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Beliau telah syahid di Karbala’bersama dengan bapa saudaranya, al-Husain.[viii][8]
3.     Abu Bakar Ali Zainul ‘Abidin bin al-Husain. Ini merupakan kunyah bagi Ali Zainul ‘Abidin, imam yang keempat menurut Syiah. Hal ini disebutkan oleh ramai penulis Syiah.[ix][9]
4.     Abu Bakar Ali bin Musa al-Kazim bin Ja’far al-Sadiq. Kunyah Ali al-Ridha ini disebutkan oleh Nur al-Din al-Tabarasi di dalam al-Najm al-Thaqib fi Alqab wa Asma’ al-Hujjah al-Ghaib.
5.     Abu Bakar bin Abdullah bin Ja’far bin Abi Talib. Ini disebutkan di dalam Ansab al-Asyraf dan Tarikh Khalifah al-Khayyat.
Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, adalah tidak wajar bagi golongan Syiah yang mendakwa mereka menyintai Ahli Bait sedangkan dalam masa yang sama mereka memaki hamun Abu Bakar dan keluarganya. Mereka itu tidak lain adalah nenek moyang imam-imam dua belas yang didakwakan. Seringkali Syiah menggambarkan layanan yang buruk yang telah diberikan oleh Abu Bakar terhadap ahli keluarga Ali. Walhal sebenarnya tidak begitu. Keakraban dan kemesraan antara dua keluarga yang mulia ini disaksikan oleh sejarah dengan adanya hubungan persemendaan antara mereka. Apatah lagi Ali dan keluarganya menamakan anak-anak mereka dengan nama Abu Bakar. Kebencian Syiah terhadap para sahabat tidak lain adalah sebagai bukti, bahawa Syiah adalah satu agenda musuh Islam yang memutarbelitkan istilah dan konsep cinta kepada Ahli Bait untuk mencipta agama baru yang menghancurkan kemurnian dan rahmat Islam.
Daripada perbincangan di atas jelas menunjukkan hubungan kekeluarga Abu Bakar dengan keluarga Rasulullah s.a.w. Apakah mungkin asal gelaran kepada Ja’far itu al-Siddiq seperti datuknya Abu Bakar al-Siddiq tetapi telah ditenggelamkan supaya tidak terlintas bahawa beliau dari keturunan Abu Bakar? Atau mungkin gelaran al-Sadiq sebagai isyarat bahawa beliau cucu Abu Bakar yang mempunyai persamaan sifat benar tetapi kita cuai dari memikir hubungan sebenar mereka berdua.
.

[i][1] Syaikh Mufid, al-Irsyad, hal.354
[ii][2] al-Arbali, Kasyf al-Ghummah, jld.1 hal.503, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jld.43 hal.213 dan al-Tusi, Tahzib al-Ahkam, jld.1 hal. 469, al-Tusi, al-Amali, jil.1 hal.107
[iii][3] Silsilah A’lam al-Hidayah, jld.3 hal.188, Bihar al-Anwar, jld.43 hal.192
[iv][4] al-Kulayni, Kitab al-Hujjah min al-Usul fi al-Kafi, jil.1 hal.472. Biografi Ja’far al-Sadiq boleh dilihat dalam tulisan al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala’ dan Tarikh al-Islam.
[v][5] Ibn ‘Unbah, ‘Umdah Talib, hal.195
[vi][6] Muhammad al-A’lami al-Hairi, Tarajim A’lam al-Nisa’, hal.260, 273 dan 278, Abu Nasr al-Bukhari, Sirr Silsilah al-‘Alawiyyah, hal.20
[vii][7] al-Irsyad, hal.186, al-Ya’qubi, Tarikh al-Ya’qubi, jil.2 hal.213, al-Asfahani, Maqatil al-Talibiyyin, hal.142
[viii][8] al-Irsyad, hal.248, al-Qummi, Muntaha al-amal, jil.1 hal.544
[ix][9] Sila rujuk al-Jazairi, al-Anwar al-Nu’maniyyah.

Sumber: http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4638

Apakah Nabi s.a.w Mencela Abu Bakar?

Seorang pelawat blog saya menulis email seperti berikut:

atukblues ygblues  kepada saya

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah di atas kewujudan blog saudara yang menentang puak2 Syiah ni…Alhamdulillah…saya belum lagi berkesempatan kerana masih kurang ilmu untuk `bertekak` dengan mereka…saya ada mengikuti shoutbox   …Di Sebuah Laman SYIAH … di situ mereka membawa hadis2 seperti : Yahya menyampaikan kepadaku (hadis) dari Malik dari Abu’n Nadr mawla Umar bin Ubaidillah bahwa Rasulullah SAW berkata mengenai para Syuhada Uhud “Aku bersaksi untuk mereka”. Abu Bakar As Shiddiq berkata “Wahai Rasulullah, Apakah kami bukan saudara-saudara mereka? Kami masuk Islam sebagaimana mereka masuk islam dan kami berjihad sebagaimana mereka berjihad”. Rasulullah SAW berkata “Ya, tapi Aku tidak tahu Apa yang akan kamu lakukan sepeninggalKu”. Abu Bakar menangis sejadi-jadinya dan berkata ”Apakah kami akan benar-benar hidup lebih lama daripada Engkau!”. (Hadis Dalam Al Muwatta Imam Malik Kitab Jihad Bab Para Syuhada di Jalan Allah hadis no 987)

dalam hujah mereka…itu suatu bukti penolakan Rasulullah SAW terhadap Saidina Abu Bakr …sedangkan apa yg saya pelajari Saidina Abu Bakr merupakan salah seorang sahabat yg dijamin syurga…

dalam satu blog lagi..(rasanya dari syiah indonesia) penulis mengeluarkan beberapa hujah yg menolak hadis 10 orang sahabat yg dijamin syurga…kerna berbeza individu yg disebut dalam 10 orang tu…aduh…pening la saya…

boleh tak tolong saya…
Semoga ALLAH memberi pertolongan kepada kita untuk melawan fahaman sesat Syiah..

 

Dan berikut respon balas saya:

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1.       Terima kasih respon saudara

2.       Pertama sekali saya sendiri tidak berilmu – apatahlagi tidak pula terdidik dalam displin ilmu hadis, sehingga tidak dapat menilai taraf sesuatu hadis, sahih atau tidak – kecuali kalau diriwayat oleh Bukhari dan Muslim.

3.       Begitu juga saya tidak tahu apakah taraf  kesahihahan hadis di atas. Bagaimanapun hadis diatas tidak nampak maksudnya Nabi s.a.w mencela  Abu Bakar r.a . Kata-kata “Rasulullah SAW berkata “Ya, tapi Aku tidak tahu Apa yang akan kamu lakukan sepeninggalKu”. Abu Bakar menangis sejadi-jadinya …… tidak bermakna mencela, sekadar Nabi tidak tahu apa akan berlaku …… dan Abu Bakar menangis tidak pula kerana celaan nabi, mungkin juga kerana mengenang nasib umat islam di kemudian hari , mungkin salah satunya fitnah Syiah!

 

4.       Saya apabila menilai berita sejarah, sama ada melalui penulisan sejarah (sejarah ada yang benar ada yang dusta) atau hadis sendiri (hadis ada yang soheh dan ada yang tidak) maka saya akan membandingkan dengan pengesahan al Quran. Jika hadis betentangan dengan al Quran bermakna hadis itu tidak sahih. Dalam hal ini pengakuan Allah s.w.t adalah lebih utama, kerana sesiapa yang Allah redzai tidak mungkin akan mati di dalam kekufuran. Apabila Allah meredzai sesesorang, pasti Allah mengetahui ia akan mati didalam Islam.

 

 

5.       Surah al Fath 18:

 

Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang Yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa Yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) Yang ada Dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka Dengan kemenangan Yang dekat masa datangnya;

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim pula :

Bersabda Rasullah s.a.w  kepada kami pada hari Hudaibiyah ( ketika bait al Ridwan): Kamu semua adalah sebaik- baik penghuni bumi” . Ketika itu kami berjumlah 1400 orang.

Di dalam peristiwa itu 1400 sahabat  adalah termasuk Abu Bakar r.a . Apakah Allah tersilap mengungkapkan keredaannya?

 

6.       Surah at Taubah 100:

 

Dan orang-orang Yang terdahulu – Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka Dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan Yang besar.

Ibn. Katsir dalam tafsirnya berkata termasuk didalam maksud Muhajirin tersebut adalah sebaik-baik sahabat iaitu Abu Bakar r.a

 

7.       Ahli-ahli tafsir menyebut ayat-ayat al Quran yang turun berhubung dengan Abu Bakar r.a antaranya ialah:

 

Surah al Lail ayat 5-7:

 

5. Jelasnya: adapun orang Yang memberikan apa Yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan Segala laranganNya), –

6. serta ia mengakui Dengan yakin akan perkara Yang baik,

7. maka Sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).

 

Surah al lail 17-21

 

17. dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang Yang sungguh bertaqwa, 18. Yang mendermakan hartanya Dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,

19. sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, Yang patut di balas,

20. hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha tinggi;

21. dan Demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, Dengan mendapat Segala Yang diharapkannya).

 

Surah Fusilat 30:

30. Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu.

 

Surah at Taubah 40:

 

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di Dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita”. maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya Dengan bantuan tentera (malaikat) Yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah Yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 

8.       Demikian beberapa firman Allah berhubung sahabat besar Abu Bakar r.a . Rujuklah sebab-sebab turunnya ayat-ayat tersebut-nyata ia adalah berhubung dengan Abu Bakar r.a. Apakah kita masih ragu firman Allah tersebut? Tidak kah hujah Syiah sangat lemah untuk menyankal firman Allah?

9.       Mengapakah Syiah berkata para Sahabat Murtad selepas wafat baginda? Walaupun sebelumnya Allah meredzainya? Ini kerana mereka percaya Allah itu bersifat Al Bada!

Sebagai contoh kepada pengertian al-Bada’, An-Naubakhti menyebut bahawa Ja’far bin Muhammad Al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam secara nas semasa hidupnya lagi. Tetapi ternyata kemudiannya Ismail meninggal dunia, sedangkan bapanya Ja’far bin Muhammad al-Baqir masih hidup, katanya:

Terjemahannya:

“An-Naubakti menyebut bahawa Jafar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam semasa beliau masih hidup. Tiba-tiba Ismail mati Iebih dahulu daripadanya, maka Jafar berkata, “Tidak ternyata kepada Allah mengenai sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi kepada-Nya mengenaiperistiwa anakku Ismail”.

(Kenyataan ini dipetik daripada kitab Fatawa Min Aqaid al-Syiah oleh Muhamad Umar Ba Abdillah hal. 15)

Pendapat yang mengatakan ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia adalah bertentangan dengan al-Quran al-Karim yang menyebut bahawa Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh sepertimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut yang bermaksud:

“Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang. Serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.”

(Surah al-Mukmin ayat 19)

Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatupun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit”.

(Surah A-li Imran ayat 3)

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daunpun melainkan In mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.”

(Surah al-An’am ayat 59)

“Demi TuhanKu yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu. Tidak tersembunyi datipengetahuan-Nya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil day! itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata. “

(Surah Saba’ayat 3)

“Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat”

(Surah al-Ikhlas ayat 2)

 

 

10.   Baca juga di sini  https://aburedza.wordpress.com/2010/09/12/al-quran-memuliakan-sahabat-sahabt-nabi-s-a-w-sedang-syiah-mencelanya/

https://aburedza.wordpress.com/2010/12/17/periwayatan-sejarah-at-tabari/

https://aburedza.wordpress.com/2010/01/09/kalimah-allah-syiah-mengangap-allah-bersifat-al-bada/

https://aburedza.wordpress.com/2009/11/18/lima-strategi-asas-syi%E2%80%98ah-dalam-berhujah-dan-jawapan-ahl-al-sunnah-ke-atasnya-pertama/

 

Terima kasih.

 

 

 

Abu Bakar r.a : Keluarga, Isteri dan Anak-anak

Disebutkan bahwa namanya Abdullah bin Abi Quhafah, dan Abu Quhafah ini pun nama sebenarnya Usman bin Amir, dan ibunya, Ummul-Khair, sebenarnya bernama Salma bint Sakhr bin Amir. Disebutkan juga, bahwa sebelum Islam ia bernama Abdul Ka’bah. Setelah masuk Islam oleh Rasulullah ia dipanggil Abdullah.

Lepas masa anak-anak ke masa usia remaja ia bekerja sebagai pedagang pakaian. Usahanya ini mendapat sukses. Dalam usia muda itu ia kawin dengan Qutailah bint Abdul Uzza. Dari perkawinan ini lahir Abdullah dan Asma’. Asma’ inilah yang kemudian dijuluki Zatun-Nitaqain.

Sesudah dengan Qutailah ia kawin lagi dengan Umm Rauman bint Amir bin Uwaimir. Dari perkawinan ini lahir pula Abdur-Rahman dan Aisyah.

Kemudian di Medinah ia kawin dengan Habibah bint Kharijah, setelah itu dengan Asma’ bint Umais yang melahirkan Muhammad. Asma’ Binti Umais ini adalah sahabat karib Fatimah r.a putri Rasullah s.a.w

Selepas Abu Bakar r.a wafat Asma’ Binti Umais berkahwin dengan Ali bin Abi Talib r.a

Rujukan : Dr. Muhammad Husain Haekal – Abu Bakar As Sidik r.a