Dr. Asri : Wang Judi Pulau Pinang – 2 Sisi Laporan

Malaysiakini melaporkan:

Sep 27, 10 2:34pm Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”

Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Utusan Malaysia  pula melaporkan:

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan di negeri itu sama ada untuk masyarakat bukan Islam dan Islam adalah tidak wajar.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) berkata, walaupun miskin, golongan tersebut mempunyai maruah dan seharusnya bantuan untuk membasmi kemiskinan itu diperoleh daripada sumber yang halal.

“Jangan kita menjadikan sumber kewangan daripada aktiviti judi sebagai amalan untuk membantu masyarakat miskin kerana dibimbangi ia menimbulkan suasana kebanggaan di kalangan syarikat judi kelak.

“Kita tidak mahu suatu hari nanti, masyarakat pun ‘terdidik’ dengan pandangan bahawa judi pun halal kerana sudah terbiasa mendapat bantuan daripada sumber judi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini

Dr. Asri : Isu Politik Berubah Menjadi Isu Akidah Lalu Ujudlah Syiah

DR ASRI, Pidato Perdana Bertajuk : Ketegasan Aqidah Keluasan Feqah, Masjid Wilayah 9 Jun 2009 – sebahagian pidato Dr Asri berkaitan dengan Syiah di himpunkan di bawah:

Umat Islam dan perpecahan politik

Perpecahan Umat Islam diZaman Khalifah

Perang Jamal ….

Perang Sifin …. Isu politik bertukar jadi isu akidah..

QS 4:58 : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, – keutamaan Khalid r.a

QS 28:26 : Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: “Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya” – ciri kepimpinan

Kubur tokoh ugama di Iran lebih besar dari berhala- kerana tokoh agama diberi keajaiban … Ali tau yang ghaib dan yang batin, ….

Puak Khawarij – keluar dari puak Ali – sesiapa berdosa besar adalah kafir – Ali , Muawiyah berdosa besar dan kafir ….

Lagi tentang Khawarij dan Ali …..

Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan) nya, فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ 6
maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan