Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Perlis: Hukum Ajaran Atau Fahaman Syiah

Imej

Mesyuarat ke 5/2012 Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Perlis , pada 20/2/2012 mengambil perhatian bahawa terdapat keputusan majority dan minority  bagi pekara ini. Keputusan majoriti bersetuju dengan keputusan berikut:

“ Ajaran dan fahaman Syiah adalah suatu ajaran yang bercangah dan menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang.

Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedar filem, rakaman audio, pamphlet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran atau fahaman Syiah dengan ajaran Islam yang sebenar.”

Namun, mesyuarat juga bersetuju untuk memasukkan pandangan Yang Berbahagia Sahibul Fadhilah Dato Alim Setia Ustaz Ahmad Bin Jusoh dengan penambahan sighah pada perengan pertama, dicatat sebagai pandangan minority (pandangan kedua) seperti berikut:

“ Ajaran dan fahaman Syiah Rafidah adalah suatu ajaran yang bercangah dan menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.”

– Sumber: Irsyad Hukum, Jabatan Mufti Negeri Perlis Bil 10/2012

Jabatan Mufti Perlis: Garis Panduan Acara Persembahan, Konsert, Hiburan, Tarian, Pengiklanan Produk Dan Permainan Dalam Islam

Dipetik daripada Irsyad Hukum Bil 2 Mei 2011

Buletin Jabatan Mufti Negeri Perlis.

1.Senikata/skrip

i    Hendaklah dipastikan senikata/skrip mempunyai perkataan yang tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam seperti memburuk-burukkan Rasulullah SAW, memperlekehkan para sahabat, meragui hari kiamat, pemujaan selain daripada Allah SWT dan sesuatu yang mendorong kepada perlakuan zina atau seumpamanya.

ii    Hendaklah senikata/skrip yang disampaikan berdasarkan fakta-fakta yang benar, tidak berunsur maksiat, tidak berunsur khurafat dan tahyul serta “lagho” (sia-sia).

2.    Muzik/ lagu

i    Hendaklah muzik/lagu diiringi atau dialunkan dengan irama atau bunyian yang tidak lagho (sia-sia) dan melampau seperti irama rock, heavy metal, dangdut dan Iain-Iain.

ii    Hendaklah muzik/lagu mempunyai unsur-unsur yang tidak melagukan al-Quran dan zikir-zikir yang bertentangan dengan syariat Islam.

3.    Persembahan

i    Hendaklah tiada elemen minuman arak dan dadah, pertaruhan judi, tiada drama dan lakonan-lakonan yang bertentangan dengan syarak seperti “tasyabbuh” (penyerupaan) dengan orang kafir, “tasyabbuh” lelaki/wanita, mengandungi unsur-unsur khurafat (kepercayaan karut) dan tahyul.

ii    Hendaklah tidak bercanggah dengan syarak, tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh memecah-belahkan perpaduan umat dan tidak memudaratkan nyawa, akal, keturunan, tubuh badan serta harta benda individu atau awam.

iii    Hendaklah tidak melibatkan persembahan atau tarian yang wujud percampuran yang menyalahi syarak antara lelaki dan wanita di dalam persembahan atau tarian yang dilakukan.

iv    Hendaklah tidak mempunyai perkara yang membodohkan minda seperti jenaka melampau dan sebagainya.

v    Hendaklah tidak mempunyai elemen-elemen promosi barangan yang menyalahi syariat Islam

vi Hendaklah tidak menyerupai amalan ibadat agama selain Islam

4.    Masa dan tempat

i    Hendaklah menepati masa dan keadaan yang ditetapkan supaya hak-hak Allah seperti waktu solat dan kewajipan yang lain tidak terabai.

ii    – Hendaklah tidak berhampiran dengan:

■    Masjid/surau,

■    Sekolah/madrasah (bagi menghormati majlis ilmu),

• di tepi jalan yang akan mengganggu lalu lintas (dan kesesakan),

■    rumah kebajikan orang tua/hospital,

■    taman perumahan yang sesak dengan penduduk.

■    kawasan perkuburan,

■    rurnah/bangunan orang yang sedang sakit tenat.

5.    Artis dan penonton

i    Hendaklah menjemput artis yang berimej baik dan membawa mesej pendidikan kepada masyarakat.

ii    Hendaklah penyanyi sama ada lelaki atau wanita, pembuat persembahan dan penonton yang hadir menutup aurat mereka, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara dan senikata lucah yang menyebabkan rangsangan nafsu kotor dalam kalangan pendengar/penonton.

iii    Hendaklah penyanyi tersebut daripada kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita. Jika persembahan itu secara tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu daripada kalangan wanita.

iv    Hendaklah peribadi artis/penghibur itu tidak menyebabkan fitnah kepada Islam dan umatnya serta orang yang dihiburkan.

v    Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada persentuhan antara lelaki dan wanita “ajnabi” (asing).

Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 19 April 2011. Keputusan inijuga telah disembah maklum kepada DYMM Tuanku Raja Perlis.

Klik untuk salinan asal dalam format PDF di bawah:

IHukum ms2

Pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Berkaitan Pembinaan Tugu “1Malaysia”

Membina replika tugu ‘1Malaysia’ adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab sebagaimana yang ditegah di dalam surah al-Maidah ayat 90:

Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-Ansab (menyembah berhala) dan a-Azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara’i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, ini sebagaimana larangan Baginda SAW terhadap para sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul. (Hadith riwayat al-Tirmizi dan katanya: “Hadith ini Hasan Sahih”. Ia juga dinilai Sahih oleh al-Haithami, Ahmad Syakir dan al-Albani)

Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam.

——————————–

Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 19 April 2011. Keputusan ini juga telah disembah maklum kepada DYMM Tuanku Raja Perlis.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:  http://mufti.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=108:pandangan-jawatankuasa-fatwa-negeri-perlis-berkaitan-pembinaan-tugu-1malaysia&catid=45:fatwa-akidah&Itemid=122

Fatwa Kerajaan Negeri Perlis :Pertukaran Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Kepada Hari Ahad

ar65Menekuni senarai fatwa negeri Perlis saya tertarik dengan tajuk di atas. Walaupun masa berlalu,dan Melayu pun telah melupakannya, ada baiknya kita membelek semula. Bagaimana untuk membangkit semula isu ini ? Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis , cubalah ungkitkan balik – cuba peringatkan YAB Md Isa Sabu . Saya salin di bawah ini untuk bacaan saudara :

 

Dipetik dari :http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=955

jalanhutanPertukaran Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Kepada Hari Ahad

Islam tidak mewajibkan cuti pada mana-mana hari pun dalam seminggu, oleh kerana keadaan dan suasana masyarakat pada hari ini memerlukan cuti rehat dalam seminggu, maka bolehlah dipilih hari tertentu untuk dijadikan cuti mingguan, namun begitu, hari cuti tersebut tidak boleh mengikut kebiasaan masyarakat Kristian yang bercuti pada hari Ahad dan merupakan hari penganutnya pergi ke gereja.

Adalah wajar diteruskan cuti mingguan pada hari Jumaat seperti yang menjadi tradisi dan adat resam Melayu di Negeri Perlis.

Masyarakat Islam Perlis telah biasa dan sebati bercuti pada hari Jumaat dan menjadikannya sebagai hari bekerja menimbulkan banyak keburukan dan kesulitan seperti bagi pekerja kilang dan pelajar sekolah yang tidak dapat hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Sementara tindakan menjadikan Hari Ahad sebagai hari cuti mingguan adalah tindakan membesarkan hari tersebut sebagaimana penganut Kristian membesarkannya. Dengan berbuat demikian kita telahpun mengikut jalan dan jejak langkah mereka. Sedangkan rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai atau mencontohi cara hidup sesuatu kaum (bukan Islam) maka dia tergolong dari kalangan mereka.

Oleh itu, Jawatankuasa Syariah bersetuju sebulat suara bahawa cuti mingguan dikekalkan pada hari Jumaat, Jawatankuasa Syariah juga bersetuju sebulat suara mendesak Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan isu itu.