Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia

Keputusan:
I. Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukan, mesyuarat bersetuju menerima keputusan muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 3 Mei 1996 seperti berikut :

a) Memansuhkan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa pada 24 dan 25 September 1984 yang menyatakan ‘ bahawa hanya mazhab syiah dari golongan Al-Zaidiah dan Ja”fariah yang diterima untuk di “amalkan di Malaysia ‘,

b) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi “aqidah, syari”ah dan akhlaq.
c) Menyokong dan menerima cadangan pindaan perlembagaaan Persekutuan dan Pelembagaan negeri-negeri supaya memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri-negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama”ah dari segi “aqidah, syari”ah dan akhlaq.
d) Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubung dengan hukum syarak bagi menyelaraskan ta”rif “hukum syarak” atau “undang-undang” Islam seperti berikut :’ Hukum Syarak ‘ atau ‘Undang-Undang Islam ‘ ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama”ah dari segi aqidah, syari”ah dan akhlaq. 

e) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama”ah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama”ah adalah dilarang.

f) Menetapkan bahawa semua umat Islam warganegara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan Hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jama”ah sahaja.
g) Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama”ah adalah diharamkan.

II. Bersetuju supaya keputusan fatwa ini diwartakan segera.

Status Penwartaan:

Diwartakan

Nombor Rujukan:

JAWI/A/145; PN, (PU

Akta/Enakmen:

Seksyen 34

Negeri: 

  • WP Kuala Lumpur

Perkembangan Fahaman Syiah Di Selangor

Kategori Akidah
Huraian Tajuk/Isu:
Laporan ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) Negeri Selangor, untuk menimbang dan memutuskan mengenai perkembangan penyebaran fahaman Syiah di Selangor
Keputusan:
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan keputusannya adalah seperti berikut:’Jawatankuasa FATWA kali 1/98 memutuskan bahawa fahaman Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar’ 

Keterangan/Hujah:
Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara :
a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.
b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.
c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa tahun lalu : 

a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)

Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang.b) Syiah Ismailiah 

Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.c) Syiah Ja”fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah 

Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.3. Perkembangan Syiah Di Selangor 

Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :


a) Pusat Pengajian Tinggi
Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malay, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.

b) Orang Awam
Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.c) Menubuhkan Persatuan 

Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama “Darul Husaini” tetapi pendaftaran ditolak pada 19September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.4. Penyelewengan Syiah 

Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

a) Imam Adalah Maksum

Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72b) Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati 

Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83 

c) Berpura-Pura

Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hald) Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan 

Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197e) Menghalalkan Nikah Mut”ah 

Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut”ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu” 1 hal 358f) Menambah Syahadah 

Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu”1, hal 441g) Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir. 

Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita”, hal 149

h) Menolak Ijmak Ulama”

Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama” buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51i) Menolak Qias 

Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita”, hal 149:j) Menziarahi Kubur Saidina Husain Ganjarannya Syurga 

Syiah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kubur Saidina Husain akan memasuki syurga, perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Irsyad oleh as-Syeikh al-Mufid halaman 252, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.Wk) Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam 

Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira”, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu”, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:l) Menghina Isteri-Isteri Nabi. 

Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-
Status Penwartaan:

Tidak Diwartakan

Negeri: 

  • Selangor

Kelantan: Fatwa Mengenai Ajaran Syiah

Fatwa Mengenai Ajaran Syiah

Kategori Akidah      Negeri  Kelantan
Keputusan:
Setelah berbincang dengan terperinci, mesyuarat bersetuju membuat keputusan sebagaimana berikut :
(1) Bersetuju dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  yang diadakan pada 3 Mei 1996 supaya  keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas bil.2/8/84, perkara 4.2(2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut:
Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Zaidiah dan Ja’fariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia). ( dibatalkan )
(2). Menetapkan bahawa umat Islam di Kelantan hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ini adalah kerana ajaran Syiah jelas menyeleweng dari segi akidah, syariah dan akhlak.
(3) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri –negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan peganganAhli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
(4) Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubungan dengan hukum syarak bagi menyelaraskan takrif (hukum syarak) atau (undang-undang Islam) seperti berikut:
(Hukum syarak) atau ( undang-undang Islam) ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
(5) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan ahli-ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
(6) Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
(7) Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyiaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
Keterangan/Hujah:
  1. Penyelewengan akidah.
(ا )  Muhamad bin Ya’akob Al kulini meriwayatkan dalam Usul Kafi dari Abi Abdullah kata beliau, ))sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya dimana dikehendakinya dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ini adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya (Al Kafi, jilid1, halaman 409) bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, sedangkan Allah berfirman di dalam Al Quran:
( إن الارض لله يورثها من يشاء من عباده, الاعراف, اية 128)
Yang bermaksud: Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambanya.
Allah berfirman:
( الحديد, اية 2)   له ملك السموات والارض
Yang bermaksud: (kepunyaannyalah kerajaan langit dan bumi).
(ب) Imam adalah pangkat tertinggi bahkan menjadi salah satu rukun  iman;
(ج) Imam adalah maksum tidak melakukan sebarang dosa-dosa baik  dosa kecil atau dosa besar.
( د ) Imam masih mendapat wahyu dari Tuhan dan mewarisi pangkat nabi;
( ه ) Mempertikaikan kesempurnaan al-Quran.
(ii)        Penyelewengan Syariah

(ا)   Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Jaafar as-Sodik bahawa beliau berkata,(( Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan daripada orang yang tidak bersembahyang dari kalangan kita dengan orang yang bersembahyang daripada Syiah kita. Dan sesungguhnya Allah menghindarkan (azab dan seksaan) daripada Syiah yang tidak mengeluarkan zakat dengan Syiah kita yang mengeluarkan zakat, dan sesungguhnya Allah menolak azab dan seksaan daripada syiah kita yang tidak mengerjakannya.  (Tafsir  القمي, jilid satu halaman 83,84, tafsir العياشي, jilid 1, halaman 135). Mereka tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana dengan adanya segolongan daripada orang yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji dianggap sudah mencukupi.
(ب)Menghalalkan perkahwinan mutaah. Untuk menggalakkan amalan tersebut, golongan Syiah mereka hadis-hadis palsu yang disandarkan kepada Imam dua belas mereka.  Antara hadis tersebut, Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa keluar dari dunia ini dalam keadaan tidak pernah melakukan kahwin mutaah dia akan datang pada hari akhirat dalam keadaan rompong.  Dalam kitab Tahzib al-Ahkam, jilid 7, halaman 254 ada menyebut bahawa kahwin mutaah tidak memerlukan saksi,wali dan perisytiharan.
(iii)            Penyelewengan Akhlak

Golongan Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah bersifat biadab terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul dengan berpegang kepada riwayat daripada  ملا باقرالمجلسي dalam kitabnya Baharul Anwar (secara dusta) daripada nabi (SAW) bahawa nabi berkata kepada Ali (Wahai Ali, Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku.  Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri seumpamanya, sedangkan aku tmempunyai isteri yang seumpamanya, daripadanya engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak lelaki seumpamanya.  Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya.  Aku sendiri bapa mertuamu sedangkan aku sendiri tidak mempunyai bapa mertua yang penyayang seperti bapa mertuamu.Jaafar adalah saudaramu sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama Jaafar.  Fatimah al-Hashimah adalah ibumu dimana aku tidak mendapat ibu seumpamanya.)) Kitab Bihar al-Anwar, kitab al-Syahadah jilid 5, halaman 511).
الكليني  menyebutkan bahawa darjah Imamah adalah lebih tinggi dari darjah kenabian, kerasulan dan khilatullah (خلة الله).  Untuk maksud ini dia الكليني)) telah berdusta atas nama Jaafar al-Sodik bahawa beliau berkata sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai rasul, dan sesungguhnya Allah telah menjadikannya rasul sebelum menjadikan khalil dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam.(Kitab al-Hujjah Minal Khafi, jilid 1 halaman 175)
Status Penwartaan:

Tidak Diwartakan

Negeri: 

  • Kelantan