Palestin: Tebing Barat dan Gaza

Selepas dijajah Israil bumi Palestin dibahagi kepada dua kawasan utama iaitu:

  • Tebing Barat
  • Semenanjung Gaza (غزة)

Palestin

Sejarah Penjajahan Israil Ke Bumi Palestin

Tebingan Barat Dan Gaza

Tebing Barat

Merupakan sebuah daerah tanpa pantai di Timur Tengah yang merangkumi kawasan di barat Sungai Jordan yang dikuasai oleh Jordan di akhir perang Arab-Israel pada 1948. Kemudian pada 1967, ia ditawan oleh Israel ketika Perang Enam Hari.

Kini, sebahagian daerah ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin, manakala sebahagian lain masih dikawal Israel. Bersama-sama Genting Gaza, ia membentuk daerah Palestin yang menjadi rebutan antara dua pihak tersebut.

Di sinilah letaknya bandar Baitulmuqaddis (Jerusalem), tempat letaknya Al Haram Al Sharif yang menjadi punca utama pertelingkahan orang Islam dan Yahudi.

Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Mandat British Palestin.

Pada 1948, Negeri Israel diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah di bekas Mandat British yang dibahagikan kepada “negara Yahudi” di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Berikutan perang itu, Jaluran Gaza diilhakkan oleh Mesir, manakala Tebing Barat diilhakkan oleh Jordan. Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Jaluran Gaza dan Tebing Barat.

Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Jaluran Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan dalam satu operasi ketenteraan. Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Banyak petempatan Yahudi juga dibina sejak pengiilhakan tersebut.

Genting Gaza

Juga dikenali sebagai Semenanjung Gaza adalah sebuah genting berpantai di sepanjang Laut Medditeranean yang ditadbir oleh Hamas. Ia bersempadankan Mesir di sebelah tenggara dan Israel di sebelah timur dan utara. Panjangnya kira-kira 41 kilometer (25 batu), dan di antara 6 dan 12 kilometer (4–7.5 mi) lebar, dengan satu keluasan berjumlah 360 kilometer persegi (139 batu persegi). Kawasan ini tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada negara berdaulat tetapi ia dituntut oleh Pihak Berkuasa Palestin sebagai sebahagian dari Wilayah Palestin. Semenjak Jun 2007 selepas pertempuran Gaza, kawasan ini sebenarnya dikuasai oleh kerajaan de facto Hamas.

Gaza

Wilayah ini mengambil nama sempena nama bandaraya utamanya iaitu Gaza. Ia mempunyai kira-kira 1.4 juta penduduk berketurunan Arab Palestin (atau orang Gaza).

Kebangkitan Hamas

Pada Ogos tentera Israel telah berundur dari jajahan persisiran dan perdana Menteri Israil ketika itu, Ariel Sharon menjanjikan Israel yang lebih selamat.

Pihak Hamas kemudiannya muncul sebagai kuasa politik dalam kekosongan politik yang terhasil itu, bagaimanapun Israel masih mengekalkan cengkaman pada jalur Gaza, mengawal laluan darat utama ke Israel, ruang udara Gaza dan perairan ke pantai Mediterraneannya.

Logo HAMAS

Pada Januari 2006, pihak Palestin, dengan sokongan pentakbiran Bush, mengadakan pilihan raya legislaf. Pihak Hamas menang majoriti akibat apa yang dikatakan kelemahan dan korupsi pihak Fatah di bawah pimpinan Abbas.

Pentakbiran Bush yang tidak senang dengan kejayaan pihak Hamas menentang usaha pihak Arab bagi membentuk kerajaan bersama Palestin dan mula menekan Abbas untuk menyingkir pihak Hamas.

Abbas kemudiannya mengistihar Hamas sebagai pergerakan haram dan pada Jun 2007, pihak Hamas bertindak balas dan merampas Gaza, menyingkir pasukan Fatah keselamatan yang dilatih pihak Amerika keluar. Pihak Amerika Syarikat dan Israel memberi sokongan kepada Abbas dan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Gaza.

Dengan tamatnya perdamaian yang di anjur oleh pihak Mesir pada Disember 2008 dan akibat sekatan ekonomi oleh pihak Israel, pihak Hamas mula melancarkan serangan roket dari Gaza terhadap Israel.

Pihak Israel kemudian bertindak balas dan mula menyerang Gaza pada 2008.  Mereka bagaimanapun berundur tanpa mencapai objektif mereka bagi memusnahkan keupayaan Hamas melancarkan serangan roket terhadap Israel.

Advertisements

Mengingati Rachel Corrie : Pembela Rakyat Palestin

Rachel Corrie – 6 Jun 2010 : SEPANG: Enam sukarelawan Malaysia yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan kapal MV Rachel Corrie yang ditawan tentera Israel semalam akan dibebas dan dihantar ke Jordan jam 6 petang ini.

Perkara ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.

“Kementerian Luar Jordan sudah memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia bahawa mereka akan di hantar ke King Hussein Bridge pada 12 tengah hari (6 petang waktu malaysia),” katanya.

Rachel Corrie – 5 Jun 2010 : MV Rachel Corrie, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza yang dikepong Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Rakyat Malaysia yang berada di kapal tersebut terdiri daripada anggota Parlimen Mohd Nizar Zakaria, anggota Perdana Global Shamsul Akmar, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta dua anggota akhbar, Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin dari TV3.

Mereka disertai di atas kapal oleh bekas Penolong Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa Bersatu Dennis Halliday, Pemenang Hadiah Nobel Mairead Maguire, Derek dan Jenny Graham dari Free Gaza Movement dan pembikin filem dokumentari Fiona Thompson.

Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel.

MV Rachel Corrie

MV Rachel Corrie adalah kapal laut yang dimiliki dan dikendalikan oleh Gerakan Pembebasan Gaza untuk rakyat Palestin. Awalnya disebut MV Linda .

Sejarah

Kapal laut 1,800 tan ini dibina di Jerman pada 1968. Ia digunakan oleh syarikat Guinness untuk mengeksport arak jenama Guinness ke Britain sebelum diubahsuai untuk digunakan sebagai sebuah kapal barang.

Pada 2009, kapal ini telah membawa kayu ke pelabuhan Dundalk dari Laut Baltik . Mulanya didaftarkan di Kemboja. Kapal ini ditinggalkan begitu sahaja di Riga akibat bangkrap. Tunggakan hutang mencapai € 42,000. Bantuan daripada Perketuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa (ITF), sekutu dari Persatuan Ireland SIPTU , kru kapal kembali ke negara asal pada bulan November 2009.

Kapal ini disita oleh Mahkamah Tinggi dan dilelong di Dundalk untuk € 70.000. Kemudian menjadi milik Gerakan Bebas Gaza pada 30 Mac 2010. Dengan itu Ken Fleming boleh membayar tunggakan gaji kru mereka. Namanya ditukar kepada MV Rachel Corrie dan dilancarkan semula pada 12 Mei 2010. Misi ini bertujuan membantuk penduduk Palestin di Gaza yang terkepung oleh tentera Israel tanpa menerima bekalan asas. Penumpang kapal ini termasuklah Sinn Fein,ahli politik , wartawan dan aktivis. Kementerian Luar Negeri Israel menuduh mereka hanya untuk mencipta provokasi dan untuk berkolaborasi dengan propaganda Hamas

Berikut adalah sedikit data sejarah MV Rachel Corrie:

Nama:
Carsten (1967-93)
Norasia Attika (1993-2000)
Manya (2000-03)
Linda (2003-2010)
Rachel Corrie (dari tahun 2010)

Pemilik:
P Buck (1993-94)
Ariadna Shipping Ltd (1994-2003)
LSA Hansa Bunkering Ltd (2003-05)
Lackner Ventures Ltd (2005-10)
Gerakan Pembebasan Free Gaza (sejak dari tahun 2010)
Pengguna: H Moller (1994-2004)
Hanza Bunkering Ltd (2004-05)
Forestry Shipping Ltd (2005)
Eestinva (2005-10)
Gerakan Pembebasan Free Gaza (dari 2010)

– sumber wikipidia

Siapakah Rachel Corrie:

Rachel Corrie adalah seorang relawan perempuan asal Amerika yang peduli pada tragedi kemanusiaan di Palestina. Rachel Corrie (April 10, 1979-16 Maret 2003) adalah seorang anggota Gerakan Solidaritas Internasional (ISM) yang bepergian sebagai aktivis ke Jalur Gaza selama Intifadah Al-Aqsa.

Dari perjalanannya di Palestina, Corrie berkabar pada orang tuanya bagaimana kekejaman zionis Israel yang dia saksikan.Yang membuatnya sedih dan malu terutama karena pemerintahan negaranya Amerika Serikat turut mendukung semua kekejaman di Palestina.Di Catatan hariannya, Corrie menulis “Amerika tak mempesonaku lagi. Ia tak mampu memikatku lagi. Ia pudar dan terlipat di pinggiran pikiranku….” Menurutnya, Rachel Corrie juga ingin menegaskan bahwa masalah Palestina bukan hanya masalah dan beban bangsa Palestina semata tetapi juga tanggung jawab dan empati dunia manapun.

sumber – http://www.sembarang1klik.co.cc/

Rachel Corrie

Mahkamah:

Isnin , 15/03/2010 – Saat-saat terakhir kematian Rachel Corrie yang dilanggar dan dihimpit hingga hancur oleh jentolak berat Israel, aktivitis keamanan dari Amerika Syarikat, diceritakan oleh rakan beliau sebagai saksi di Mahkamah Israel pada hari Rabu.

Ibu bapa Rachel Corrie yang menyaman kerajaan Israel akibat pembunuhan anak mereka, hadir pada sidang mahkamah tersebut dan mendengar sendiri bagaimana anak mereka dibunuh dengan kejamnya dimana kerajaan Israel langsung tidak mengutuk pembunuhan tersebut.

Richard Purssell, aktivitis keamanan Britain daripada kumpulan International Solidarity Movement (ISM) menceritakan bagaimana beliau melihat Rachel dilanggar dan diheret sejauh 4 meter oleh jentolak Israel dengan kelajuan pejalan kaki yang berjalan cepat.

Rachel Corrie

Richard memberitahu bagaimana Rachel terbenam ke dalam tanah semasa diheret semasa mereka sedang menghalang jentolak tersebut daripada merobohkan rumah orang Palestin disitu. Richard dan beberapa aktivitis lain semasa kejadian sedang membantu aktivitis lain dalam proses tersebut termasuk Rachel.

Semasa kejadian, Rachel berdiri di atas sekelompok tanah yang ditarah oleh jentolak itu lalu menghalang jentolak itu daripada memusnahkan rumah Dr. Samir Nasrallah seorang ahli farmasi. Walau pemandu jentolak tersebut tahu Rachel berada di situ namun tidak diendah dan terus mara ke depan dan seterusnya Rachel hilang dari pandangan.

Orang yang berada disekitar situ mula menjerit ke arah jentolak supaya berhenti tetapi kekejaman itu diulangi dengan jentolak itu berundur ke belakang sekali lagi menggilis tubuh Rachel yang tidak bermaya.

Selepas itu 3 akitivis ISM yang berada disitu terus memapah Rachel dan memegang kepala dan tengkuk Rachel yang masih bernafas dengan berhati-hati dan cuba memberikan bantuan awal sedaya mungkin untuk menyelamatkan Rachel tetapi akhirnya Rachel meninggal dunia akibat kecederaan tersebut.

Rachel Corrie

Ditanya oleh peguam bela Israel kenapa Rachel bertindak demikian dengan berdiri di laluan jentolak tersebut Richard mengatakan beliau tidak tahu tetapi kemungkinan Rachel mahu menyelamatkan rumah Dr. Samir daripada dimusnahkan.

Ibu bapa Rachel, Craig dan Cindy, dari Washington, sedang mendakwa kerajaan Israel di dalam mahkamah atas kematian anak mereka. Israel mendakwa tenteranya tidak boleh dipersalahkan kerana pemandunya tidak nampak Rachel dan kenyataan Israel ini disangkal oleh para saksi yang menyaksikan sendiri kekejaman tersebut.

Selang beberapa minggu kejadian tersebut Tentera Israel menuduh mendiang Rachel serta rakan-rakannya dari ISM melakukan aktiviti yang tidak bertanggungjawab dan merbahaya. Pada tahun 2004 pembantu kepada Colin Powell Setiausaha Amerika, Lawrence Wilkerson melaporkan Israel gagal dalam menjalankan siasatan yang telus dan menyeluruh ke atas kematian Rachel seperti yang dijanjikan oleh Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel masa itu.

Peguam Corrie, Hussein Abu Hussein, memberitahu sebelum persidangan mahkamah bahawa tentera Israel telah menlanggar etika perundangan antarabangsa yang menghalang serangan ke atas orang awam.

Craig Corrie berkata mereka telah berjuang untuk keadilan Rachel selama 7 tahun dan ini adalah bukannya untuk menghukum Israel tetapi untuk mengubat luka mereka dan untuk memberitahu Rachel bahawa mereka bersama Rachel dan mahu Rachel berbangga dengan apa yang dilakukan untuk beliau.

sumber : The Palestine Telegraph – http://palestinkini.info/