Kulani: Imam Syiah Mempunyai Sifat Tuhan

( Artikal ini lanjutan Seorang Teaman FB menafikan Imam Syiah bersifat tuhan)

Saya tegaskan Syiah mengatakan Imam mempunyai sifat tuhan  atau  maknanya macam tuhan, lihat petikan ini:

Bab 48 Sesungguhnya Para Imam A.S Mengetahui Ilmu Yang Telah Berlaku Dan Ilmu Yang Akan Berlaku Dan Sesungguhnya Tiada Sesuatu Yang Tersembuny…i Daripada Mereka S.A (anna al-Aimmata a.s ya‘lamuun ‘ilma ma kana wa-ma yakun wa-anna-hu la yukhfa ‘alai-him al-Sya’i salawatu llahi ‘alai-him)

Berikut hadisnya:
(249)-2. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada al-Harith bin al-Mughirah dan beberapa orang sahabat kami di antaranya ‘Abd al-A‘la, Abu ‘Ubaidah dan Abdullah bin Bisyar al-Khasy‘mi telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, aku lebih mengetahui apa yang ada di syurga, aku lebih mengetahui apa yang ada di neraka, aku lebih mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Beliau (perawi) telah berkata: Beliau a.s telah berhenti seketika, melihat kata-katanya itu menjadi besar atau berat kepada orang yang mendengarnya, lalu beliau a.s telah berkata: Aku telah mengetahui semua itu daripada Kitab Allah a.w, sesungguhnya Allah a.w telah berfirman: “Di dalamnya menerangkan setiap sesuatu”

Dipetik dari :
Diterjemahkan dari buku aslinya Usul al-Kafi- Kitab al-Hujjah
Karya Thiqat al-Islam Abu Ja‘far Muhammad bin Ya‘qub al-Kulaini
Tahqiq oleh Ali Akbar al-Ghifari
Cetakan Bahasa Arab: Maktabah al-Saduq
Tehran 1380 H

Dakwaan tersebut bercangahan dengan maksud firman Allah:

Katakanlah lagi: tiada sesiapapun di langit dan di bumi Yang mengetahui perkara Yang ghaib melainkan Allah!” dan tiadalah mereka menyedari Bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (Sesudah mati)- An Naml 65

dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang nyata.- Al An Am 59

Tuhanlah sahaja Yang mengetahui Segala Yang ghaib, maka ia tidak memberitahu perkara ghaib Yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, – alJin 26

KATAKAN TIDAK PADA SYIAH YANG MENYELEWENG AL QURAN. ATAU BETULLAH QURAN ITU TIDAK ASLI KATA MEREKA.

Hadis Syiah: Hadis Mengenai Fatimah A.S Semasa Ali A.S Dipaksa keluar Dari Rumahnya.

Satu ketika dahulu ada satu NGO mengertak satu pihak untuk berdemonstrasi dengan berbogel. Maka riuhlah dunia, sehingga akhirnya demonstrasi tersebut di batal. Apakah mereka itu tidak tahu bahawa perbuatan itu satu kejahatan dan tidak bermaruah.

Bagaimana pula jika (JIKA = sekadar andaian) isteri ulama teringgi PAS pula mengertak akan menguraikan rambutnya di tengah Bandar Kota Baharu, negeri Serambi Mekah? Beliau tentulah faham perbuatan itu satu kejahatan! Tentu akan riuh lah negara.

Sebaliknya bagaimana dengan hadis Syiah berikut ini, yang terus digunakan Syiah, terus dijaja disepanjang zaman dengan tujuan memburukan para sahabat Rasullah s.a.w :

Hadis Mengenai Fatimah A.S Semasa Ali A.S Dipaksa keluar Dari Rumahnya.

320. Daripadanya, daripada al-Mu‘alla, daripada al-Hasan, daripada Abban, daripada Abu Hasyim berkata: Apabila Ali a.s dikeluarkan, Fatimah a.s keluar di dalam keadaan meletakkan baju Rasulullah s.a.w di atas kepalanya, memegang dua tangan dua anak lelakinya sambil berkata: Apakah kaitan aku dan anda, wahai Abu Bakr, anda mahu menjadikan dua anak lelakiku yatim dan aku seorang janda, demi Allah, jika ia bukan suatu kejahatan, nescaya aku menguraikan rambutku dan aku melaung kepada Tuhanku. Maka seorang lelaki daripada mereka berkata: Anda tidak mahu ke tahap ini, kemudian aku memegang tangannya, lalu aku pergi dengannya.

Dipetik dari Raudhat al-Kaafi

Komentar :

Ini adalah hadis yang aneh yang menjatuhkan maruah Fatimah r.a anaknda Nabi s.a.w yang didakwa maksum! Ini tentu hadis rekaan.

Hadis Syiah : Wafatnya al Hasan r.a Kerana Di Racun

(823)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami berkata: Sesungguhnya Ja‘dah[1][335] binti As ‘ath bin Qais al-Kindi telah meracuni al-Hasan bin Ali a.s dan seorang hamba perempuannya (al-Hasan a.s). Hamba perempuannya telah terhidu racun, sementara al-Hasan a.s telah termakan racun dan ia telah meresap kedalam perutnya, lalu beliau mati.

– al Kafi

Saudara pembaca perhatikan pula:

Kitab Usul Kafi  – Kitabul Hujah Oleh Kulani – Bab 48

Bab : Sesungguhnya Para Imam A.S Mengetahui Ilmu Yang Telah Berlaku Dan Ilmu Yang Akan Berlaku Dan Sesungguhnya Tiada Sesuatu Yang Tersembunyi Daripada Mereka S.A (anna al-Aimmata a.s ya‘lamuun ‘ilma ma kana wa-ma yakun wa-anna-hu la yukhfa ‘alai-him al-Sya’i salawatu llahi ‘alai-him)

(249)-2. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada al-Harith bin al-Mughirah dan beberapa orang sahabat kami di antaranya ‘Abd al-A‘la, Abu ‘Ubaidah dan Abdullah bin Bisyar al-Khasy‘mi telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, aku lebih mengetahui apa yang ada di syurga, aku lebih mengetahui apa yang ada di neraka, aku lebih mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Beliau (perawi) telah berkata: Beliau a.s telah berhenti seketika, melihat kata-katanya itu menjadi besar atau berat kepada orang yang mendengarnya, lalu beliau a.s telah berkata: Aku telah mengetahui semua itu daripada Kitab Allah a.w, sesungguhnya Allah a.w telah berfirman: “Di dalamnya menerangkan setiap sesuatu

Jadi bagaimana dengan kewafatan al Hasan r.a  – jika ia mengetahui racun mengapa ia makan juga racun itu? itu bunuh diri namanya. Ini bererti ulama Syiah telah mendustakan Abu Abdillah a.s dengan menyebut para Imam mengetahu segalanya lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi.


[1][335] Isteri al-Hasan a.s

Keanehan Hadis Syiah: Nabi Mengelar Seorang bayi Dengan Cicak Dan Membencinya

Hadis Syiah :

Hadis ‘Aisyah Bersama Rasulullah S.A.W Mengenai Marwan.

324. Abban, daripada Zararah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Manakala Marwan dilahirkan, maka mereka membentangkannya kepada Rasulullah s.a.w supaya berdoa untuknya. Lalu mereka mengirimkannya kepada ‘Aisyah supaya baginda s.a.w berdoakan untuknya. Manakala beliau mendekatkannya kepada baginda s.a.w, maka baginda s.a.w bersabda: Kamu keluarkan dariku cicak anak lelaki cicak, Zararah berkata: Aku tidak mengetahui selain dari beliau a.s berkata: La‘ana-hu llahu.

– Raudhat al-Kaafi

Maksud firman Allah:

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

– Al Qalam 4

Dan maksud sabda Nabi s.a.w :

Sabda Rasulullah saw “Barangsiapa mendustakan diriku (yakni mengatakan sesuatu dariku sedangkan aku tidak mengatakannya) maka bersiap-siaplah ia masuk neraka” (Ahmad)

Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (HR. Al Bazzaar)

Dan kata Aishah:

Ketika Aisyah Ra ditanya tentang akhlak Rasulullah Saw, maka dia menjawab, “Akhlaknya adalah Al Qur’an.” (HR. Abu Dawud dan Muslim)

Pada hadis Bukhari :

Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah-Islami). Ayah dan ibunya lah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala). (HR. Bukhari)