ROH ORANG-ORANG YANG BERIMAN DISISI ALLAH

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis

Oleh

Ustaz Yaali Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis

ROH ORANG-ORANG YANG BERIMAN DISISI ALLAH

Pendapat yang mengatakan, roh orang yang beriman berada disisi Allah dan tidak menukuk tambah pandangan mereka, adalah pendapat yang beradab dengan Kalam Allah iaitu al-Quran, dimana firman Allah yang bermaksud: “Bahkan mereka hidup disisi Tuhan Mereka dan mendapat rezeki dari Nya”. Ali Imran: 169.

Golongan ulamak ini berpandangan demikian berdalilkan;

Antaranya; Hadis dari Abu Hurairah r.a. bererti; “Apabila keluar roh sesaorang yang meninggal dunia lalu dibawa naik    sehingga sampai ke langit di sisi Allah a.w.j. , jika roh itu dari seorang yang   buruk amalannya tidak akan   dibuka pintu langit lalu dihantar semula kekuburnya”. Riwayat Amad, Ibnu Majah dan al-Baihaqi.

Kata Abu Dardak al-Tayalisi dari Abu Musa al-Shaari,  beliau berkata; “Roh orang yang beriman berbau harum selepas keluar dari   badanya,   kemudian dibawa oleh malaikat yang menguruskanya hingga bertemu dengan malaikat-malaikat di langit lalu mereka bertanya;   bau apa ini?  Maka dijawab; ini adalah pulan bin pulan yang beramal begini dan begini dimasa hidupnya iaitu amalan yang baik, mereka berkata; selamat datang kamu dan dia, mereaka menyambutnya lalu dibawa naik ke atas menerusi pintu-pintu yang dibawa naik amalannya,   bila  sampai di langit teratas teranglah langit seperti cahaya matahari hinggalah sampai ka Arasy”.

Adapun roh orang kafir, bila dicabut dari badan  dan dibawa naik ke atas lalu bertanya malaikat di langit,  bau apa ini? Lalu dijawab; ini pulan bin pulan yang beramal  begini dan begini kerana amalannya buruk, seterusnya malaikat berkata, jangan bawa kemari dan kembalikan kedalam kuburnya”.

Kata al-Makki bin Ibrahim ketika menceritakan  kata-kata Khuzaifah bin al-Yaman; “Semua roh berdiri di hadapan al-Rahman menunggu janjinya hingga ditiupkan sangka-kala”.

Kata Sifian bin Uyainah; Sebaik sahaja al-Zubair dibunuh dan disula, ibnu Umar datang untuk mengucap ta’ziah kepada ibunya Asmak lalu berkata; hendaklah puan bertaqwa kepada Allah dan bersabar, sesungguhnya mayatnya tidak berguna apa-apa, roh yang telah mati berada disisi Allah, lalu beliau menjawab; yang menghalangi aku bersabar kerana telah sampai kepada aku berita bahawa kepala Yahya bin Zakaria telah dihadiahkan kepada pelampau-pelampau Bani Israil”.

Jarir telah menceritakan dari Hilal bin Yasaf berkata; “Ketika kami duduk bersama Ka’ab, Rabi’ bin Khasim dan Khalid bin ‘Ar’arah bersama orang ramai., lalu datang Ibnu Abbas dan diberitahu kepada kami, ini Ibnu Abas anak bapa saudara Nabi kamu, kami diminta memberi tempat duduk kepadanya, kemudian Ibnu Abas bertanya kepada Ka’ab; semua yang ada dalam al-Quran  saya telah menegetahuinya melainkan empat perkara, minta terangkan kepada saya, antaranya; apa dia Sijjin? Apa dia Illiyun? Apa dia Sidratul Muntaha? Dan apa maksud firman Allah kepada Nabi Idris;  bermaksud; “Dan Kami angkatkan dia ketempat yang tinggi”. Maryam:57.

Bahan bacaan Kitab al-Roh karangan Ibnu Qaiyim, hal:273.

Sumber : http://masjidassyakirin.wordpress.com/

Siksa Kubur

Catitan Kuliah Subuh Pagi Ahad di Masjid As Syakirin ,Oleh Ustaz Ya Ali Bin Dahaman Mengenai Roh Dengan merujuk kepada kitab Roh oleh Ibnul Qayyim.

Semasa Malaikat mencabut nyawa manusia, ia akan berkata-kata dengan manusia tetapi kita yang berada berdekatan tidak melihat dan mendengarnya, kerana Malaikat tidak diciptakan untuk dilihat manusia di dunia ini. Apabila nyawa dicabut maka keluarlah bersamanya seperti cahaya.

Selepas  itu, roh itu akan kembali semula kerumahnya untuk melihat pemandian jenazahnya, perkafanannya serta perpisahan dengan ahli keluarganya. Kalau amalannya baik ia akan berkata :  Bawalah aku pergi segera ! Sebaliknya jika amalanya buruk ia akan berkata : Kemana kalian akan bawa aku pergi ?

Selepas dikuburkan, ditimbus, ditutupi oleh tanah ,oleh batu atau konkrit sekalipun, Malaikat akan datang kepadanya. Malahan Rohnya juga akan kembali ke jasadnya tanpa halangan. Allah menjadikan udara kepada burung dan air kepada ikan untuk terbang dan berenang,  demikian pula Allah menjadikan Malaikat dan roh  boleh merentasi tanah, batu atau besi sekalipun.

Kita melihat liang kubur yang sempit tetapi kekuasan Allah boleh menjadikan ia ruang kubur yang luas atau sebaliknya. Jika disebut api di dalam kubur ketahuilah ia bukan seperti api di dunia. Begitu pula jika disebut kehijauan taman di kubur, ia buka seperti keindahan taman buga di bumi. Sebaliknya api itu adalah api akhirat dan taman itu adalah taman surga. Padahal kita yang berda di atas kubur tidak merasa apa-apa.

Maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :

Rasullah s.a.w bersabda:

” Kalaulah tidak kerana kamu sekelian akan dikuburkan di dalam tanah nescaya aku akan berdoa kepada Allah supaya Dia mendengarkan kamu dari siksa kubur sebagaimana aku mendengarnya”


Lantaran Allah tidak mengenakan azab siksa kubur itu kepada binatang, maka Allah pekenan binatang boleh mendengar siksa kubur. Bagaimana jika kita boleh mendengar siksa kubur?

Ibnu Abid-Dunia di dalam kitabnya ” Kitabul Kubur” ada menyebut  daripada As-Sya’bi, bahawa dia telah menceritakan seorang yang berkata kepada Nabi s.a.w. : sekali peristiwa semasa aku melalui padang Badar, aku terlihat seorang keluar dari dalam bumi, lalu dia dikejar dan dipukul oleh seorang yang lain dengan sebatang besi hingga ia terbenam ke dalam bumi. Kemudian dia keluar semula, lalu dikejar dan dipukul lagi, maka berkata Rasullah s.a.w. Itu lah Abu Jahal bin Hisyam sedang di siksa hingga hari kiamat.

Kuliah Subuh Ustaz Ya Ali Dahaman : Menghadapi sakaratul maut.

Catitan ringkas kuliah Subuh pagi Ahad di Masjid As Syakirin :

Allah s. w. t. telah menjadikan perihal akhirat dan segala sesuatu yang berkait  dengannya sebagai suatu hal yang ghaib, dan Dia te1ah menghijabkannya dari pengetahuan orang-orang yang mukallaf di dalam dunia ini, dan yang demikian itu adalah dari kesempurnaan kebijaksanaanNya, dan supaya berbeza orang-orang yang beriman dengan ghaib dari yang lain-lainnya.

Di antara pekara yang ghaib itu ialah Malaikat akan turun ke atas orang yang sedang sakarat, lalu duduk berdekatan dengannya. Orang yang di dalam sakarat itu dapat melihat para Malaikat itu dengan penglihatannya, dan boleh pula mereka berbicara dengan malaikat tersebut. Di dalam tangan malaikat ada kain kafan yang dibawanya sama ada dari syurga ataupun dari neraka.

Para Malaikat itu juga mengaminkan doa orang-orang yang berada di sisi mayit itu, sama ada yang baik mahupun yang buruk. Ada kalanya para Malaikat itu akan memberi salam kepada orang yang sedang sakarat itu, dan dia dapat menjawab salam mereka, sama ada dengan mengucapkan jawapannya, ataupun dengan isyarat, ataupun dengan hati apabila dia sudah tidak dapat menjawab dengan lisan ataupun dengan isyarat. Biasa terdengar daripada orang-orang yang sedang sakarat itu mengata­kan: Ahlan wasahlan wamarhaban! (selamat datang) kepada malaikat yang datang.

Berkata Maslamah bin Abdul Malik: Apabila Umar bin Aziz r.a. sedang menghadapi maut, kami sekalian berada di sisinya. Tiba-tiba dia telah mmeminta kepada kami supaya keluar dari bilik itu. Maka kami pun keluar menunggu di luar dekat pintu. Orang yang tinggal bersamanya hanya seorang khadam­nya saja. Kami mendengar dia membaca firm an berikut:

تِلْكَ الدَّارُ الآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الأرْضِ وَلا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

Negeri akhirat itu, Kami jadikan bagi orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa. (Al-Qashash: 83)

Kemudian terdengar kata-katanya: Kamu semua bukanlah dari golongan manusia ataupun jin!

Sekejap lagi, khadamnya pun keluar, lalu menjemput kepada kami untuk segera masuk. Maka kami pun masuk, dan mendapatinya telah meninggal dunia.

Berkata Fadhalah bin Dinar: Saya te1ah menghadiri Muhammad bin Wasi’, dan dia sedang menghadapi maut, katanya: Se1amat datang dengan para Malaikat T uhanku! Laa Hawla Walaa Quwata Illaa Billaah! (Tiada daya dan tiada kuasa me1ainkan dengan izin Allah!). Ketika itu aku mencium bau-bauan yang paling harum sekali, yang be1um pemah aku tercium bauan seperti itu sebe1umnya. Kemudian Muhammad bin Wasi’ pun mengangkat pandangannya ke atas, lalu dia pun meninggal dunia.

Cerita-cerita serupa ini memang banyak diceritakan, untuk menguatkan hujjah itu semua, lihatlah firman Allah Ta’ala yang berikut ini:

فَلَوْلا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ.وَأَنْتُمْ حِينَئِذٍ تَنْظُرُونَ.وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلَكِنْ لا تُبْصِرُونَ.

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya. Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat. (AI-Waqi’ah: 83-85)

Yakni, kami lebih dekat kepada orang yang akan mati itu dengan para Malaikat Kami, dan utusan-utusan Kami, akan tetapi kamu sekalian tiada dapat melihat mereka, sebab para Malaikat itu tidak diciptakan untuk dapat dilihat oleh manusia di dunia ini. Kemudian Malaikat itu pun menghulurkan tangannya untuk mencabut nyawa manusia itu sambil mengambilnya ia berkata-kata kepadanya, padahal semua orang yang berada di sisinya tiada dapat me1ihat dan mendengar semua perlakuan itu. Apabila nyawa itu keluar dari tubuh, akan ke1uarlah bersamanya semacam cahaya seperti pancaran matahari, dan akan terciumlah daripadanya suatu bau-bauan yang harum seperti bau-bauan misk, padahal semua orang yang hadir di situ tiada dapat menyaksikannya atau mencium bau-bauan itu. Kemudian roh itu pun meningkat ke atas di antara dua barisan panjang dari para Malaikat, sedang semua orang yang di situ tiada dapat melihat para Malaikat itu.

Demikian yang di ceritakan oleh Ibnul Qayyim seperti dikuliah subuh oleh Ustaz Ya Ali Dahaman