Selepas dijajah Israil bumi Palestin dibahagi kepada dua kawasan utama iaitu:
- Tebing Barat
- Semenanjung Gaza (غزة)
Tebing Barat
Merupakan sebuah daerah tanpa pantai di Timur Tengah yang merangkumi kawasan di barat Sungai Jordan yang dikuasai oleh Jordan di akhir perang Arab-Israel pada 1948. Kemudian pada 1967, ia ditawan oleh Israel ketika Perang Enam Hari.
Kini, sebahagian daerah ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin, manakala sebahagian lain masih dikawal Israel. Bersama-sama Genting Gaza, ia membentuk daerah Palestin yang menjadi rebutan antara dua pihak tersebut.
Di sinilah letaknya bandar Baitulmuqaddis (Jerusalem), tempat letaknya Al Haram Al Sharif yang menjadi punca utama pertelingkahan orang Islam dan Yahudi.
Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Mandat British Palestin.
Pada 1948, Negeri Israel diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah di bekas Mandat British yang dibahagikan kepada “negara Yahudi” di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Berikutan perang itu, Jaluran Gaza diilhakkan oleh Mesir, manakala Tebing Barat diilhakkan oleh Jordan. Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Jaluran Gaza dan Tebing Barat.
Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Jaluran Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan dalam satu operasi ketenteraan. Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Banyak petempatan Yahudi juga dibina sejak pengiilhakan tersebut.
Genting Gaza
Juga dikenali sebagai Semenanjung Gaza adalah sebuah genting berpantai di sepanjang Laut Medditeranean yang ditadbir oleh Hamas. Ia bersempadankan Mesir di sebelah tenggara dan Israel di sebelah timur dan utara. Panjangnya kira-kira 41 kilometer (25 batu), dan di antara 6 dan 12 kilometer (4–7.5 mi) lebar, dengan satu keluasan berjumlah 360 kilometer persegi (139 batu persegi). Kawasan ini tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada negara berdaulat tetapi ia dituntut oleh Pihak Berkuasa Palestin sebagai sebahagian dari Wilayah Palestin. Semenjak Jun 2007 selepas pertempuran Gaza, kawasan ini sebenarnya dikuasai oleh kerajaan de facto Hamas.
Wilayah ini mengambil nama sempena nama bandaraya utamanya iaitu Gaza. Ia mempunyai kira-kira 1.4 juta penduduk berketurunan Arab Palestin (atau orang Gaza).
Kebangkitan Hamas
Pada Ogos tentera Israel telah berundur dari jajahan persisiran dan perdana Menteri Israil ketika itu, Ariel Sharon menjanjikan Israel yang lebih selamat.
Pihak Hamas kemudiannya muncul sebagai kuasa politik dalam kekosongan politik yang terhasil itu, bagaimanapun Israel masih mengekalkan cengkaman pada jalur Gaza, mengawal laluan darat utama ke Israel, ruang udara Gaza dan perairan ke pantai Mediterraneannya.
Pada Januari 2006, pihak Palestin, dengan sokongan pentakbiran Bush, mengadakan pilihan raya legislaf. Pihak Hamas menang majoriti akibat apa yang dikatakan kelemahan dan korupsi pihak Fatah di bawah pimpinan Abbas.
Pentakbiran Bush yang tidak senang dengan kejayaan pihak Hamas menentang usaha pihak Arab bagi membentuk kerajaan bersama Palestin dan mula menekan Abbas untuk menyingkir pihak Hamas.
Abbas kemudiannya mengistihar Hamas sebagai pergerakan haram dan pada Jun 2007, pihak Hamas bertindak balas dan merampas Gaza, menyingkir pasukan Fatah keselamatan yang dilatih pihak Amerika keluar. Pihak Amerika Syarikat dan Israel memberi sokongan kepada Abbas dan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Gaza.
Dengan tamatnya perdamaian yang di anjur oleh pihak Mesir pada Disember 2008 dan akibat sekatan ekonomi oleh pihak Israel, pihak Hamas mula melancarkan serangan roket dari Gaza terhadap Israel.
Pihak Israel kemudian bertindak balas dan mula menyerang Gaza pada 2008. Mereka bagaimanapun berundur tanpa mencapai objektif mereka bagi memusnahkan keupayaan Hamas melancarkan serangan roket terhadap Israel.