27 Rejab : Israk Dan Mikraj?

Hari ini 27 Rejab adalah Hari cuti umum bagi memperingati peristiwa besar Israk dan Mikraj Nabi s.a.w. Bagaimanapun tarikh sebenar bila peristiwa besar yang menjadi mukjizat kepada Nabi s.a.w ini menjadi pertikaian ulama sirah.

ImejSyeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy di dalam kitab Sirah Al-Raheeq al-Makhtum menulis:

Penentuan masa terjadinya peristiwa bersejarah ini berlaku sedikit ikhtilaf, di antara pendapatpendapat

ialah:

1. Al-Tabari menentukan berlakukannya di tahun Baginda dibangkitkan.

2. Al-Nawawi dan al-Qurtubi mentarjihkan di tahun kelima kebangkitan Baginda.

3. Al-‘Alamah al-Mansurfuri menetapkan pada malam dua puluh tujuh di bulan Rejab tahun

kesepuluh kebangkitan Baginda.

4. Pendapat lain mengatakan enam belas tahun sebelum hijrah iaitu di bulan Ramadhan tahun

dua belas kebangkitan Baginda.

5. Ada pendapat mengatakan setahun dua bulan sebelum hij rah iaitu di bulan Muharam tahun

ketiga belas kebangkitan Rasulullah.

6. Satu lagi pendapat menyebut berlakunya setahun sebelum hijrah iaitu di dalam bulan Rabiulawal tahun ketiga belas kebangkitan Baginda.

Ketiga pendapat yang pertama menyebut bahawa Khadijah (r.a) telah wafat di dalam bulan Ramadhan tahun ke sepuluh kebangkitan Baginda, kewafatan beliau adalah sebelum sembahyang lima waktu difardukan, dan tiada khilaf bahawa sembahyang itu memang difardukan di malam berlakunya Isra’ dan Mikraj itu, manakala tiga pendapat terakhir saya sendiri tidak dapat mentarjihkan mana-mana satu pun. Namun gaya bahasa surah al-Isra’ itu menunjukkan Isra’ itu berlaku di ketika masa-masa yang akhir sebelum hijrah.

Hafiz Firdaus Abdullah pula menulis:

Sebenarnya para ilmuan Islam, khasnya para ahli sejarah, juga tercari-cari tarikh sebenar berlakunya Isra’ dan Mi’raj. Secara pasti ia berlaku setelah lawatan dakwah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ke Ta‘if dan sebelum penghijrahan ke Madinah. Syaikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-‘Aziz al-Tuwaijiri telah menghimpun dua belas pandangan berkenaan tarikh Isra’ dan Mi’raj. Di antara dua belas pandangan tersebut, paling awal ia dikatakan berlaku lima tahun sebelum hijrah manakala paling lewat ia dikatakan berlaku enam bulan sebelum hijrah. [al-Bida’ al-Hauliyah (edisi terjemahan oleh Munirul Abidin atas judul Ritual Bid’ah Dalam Setahun; Darul Falah, Jakarta, 2003), ms. 291-292]

Adapun anggapan peristiwa Isra’ dan Mi’raj berlaku pada bulan Rejab, ia telah ditolak oleh al-Imam Abu Syamah rahimahullah (665H). Beliau menegaskan:

“Sebahagian ahli sejarah menjelaskan bahawa peristiwa Isra’ terjadi pada bulan Rejab. Akan tetapi mengikut sebahagian yang lain peristiwa Isra’ itu bukan terjadi pada bulan Rejab dan maklumat yang menjelaskan peristiwa itu terjadi pada bulan tersebut dianggap bohong.” [al-Baits ‘ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits(edisi terjemahan oleh Tazkiyatul Fikri & Kamaluddin Sa’diyatulharamain atas judul Bid’ah Yang Dibungkus Dengan Hadits Palsu; Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), ms. 174]

Justeru yang benar tidak ada penetapan tarikh bagi peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Tanpa adanya penetapan tersebut, bererti tiada juga apa-apa ibadah yang boleh dikaitkan dengan malam atau hari Isra’ dan Mi’raj

Baca tulisan lengkap Hafiz Firdaus Abdullah di SINI. Sila baca juga komen pembaca di bawahnya.

 

Meninjau perbahasan bilakah terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj di atas boleh dibuat kesimpulan, bahawa sebenarnya bagi Allah, tarikh sebenar peristiwa besar seperti itu tidak penting. Yang penting ialah iktibar disebalik peristiwa itu. Di antara peristiwa besar lain yang tidak diketahui dengan tepat ialah bilakah peristiwa Nuzul al Quran dan kisah  al Kahfi.

Tulisan lain yang berkaitan dengan Israk Dan Mikraj:

Mengingati Isra’ Mikraj Dan Masjidil Aqsa Yang Di Salah Kenali

Persediaan Bertemu Allah : 10 Perintah Jangan

Sakhrah Baitulmaqdis :Qubbatul Mikraj

Mengingati Isra’ Mikraj Dan Masjidil Aqsa Yang Di Salah Kenali

PETA MAKAH-BAITUL MAKDIS/JERUSALAM DARI GOOOGLE MAP

KEDUDUKAN MASJIDIL AQSA DAN KUBAH BATU

Hari ini 27 Rejab adalah cuti umum sempena Isra’ Mikraj. Lantaran fakta sahih mengenai tarikh sebenar berlaku mukjizat besar ini tidak ada, maka ulama berbedza pendapat mengenainya. KLIK untuk perbincangan mengenainya di SINI dan baca juga komen di bawahnya.

Sebagai memperingati Isra dan Mikraj nabi s.a.w , saya memetik tulisan Sami bin Abdullah al-Maghluts di dalam Atlas Perjalanan Hidup Nabi Muhammad seperti berikut, (DAN KEMUDIANYA DI SUSULI PENERANGAN  Masjidil Aqsa Yang Di Salah Kenali di dalam format PDF, DIIKUTI PULA link untuk mengenali lebih jauh Haram al Syarif melalui Virtual Walking Tour of the Haram Al-Sharif ):

Allah mengisra’kan Muhammad s.a.w  ke Baitul Maqdis dengan menaiki buroq dan ditemam Jibril. Beliau turun di sana dan menjadi imam shalat bagi para nabi. Rasulullah s.a.w menambatkan buroq di lingkaran pintu masjid.

Setelah itu, beliau s.a.w  naik ke langit dunia. Di sana beliau melihat Adam, dengan arwah orang-orang yang berbahagia berada di sebelah kanannya, sementara di sebelah kirinya terdapat orang-orang yang sengsara. Kemudian beliau naik ke langit kedua dan di sana beliau bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya.

Selanjutnya naik ke langit ketiga, di sana beliau melihat Nabi Yusuf. Lalu naik lagi ke langit keempat, di sana beliau bertemu dengan Nabi Idris. Lantas naik lagi ke langit kelima, di sana beliau bertemu dengan Nabi Harun. Setelah itu, beliau naik ke langit keenam, di sana beliau menjumpai Nabi Musa. Ketika beliau melewatinya, Musa menangis. Kemudian Musa ditanya, “Ара yang menyebabkanmu menangis?” Musa menjawab, “Aku menangis karena ada seorang pemuda yang diutus setelahku, di mana lebih banyak umatnya yang masuk surga dibandingkan umatku.”

Beliau kemudian naik lagi ke langit ketujuh. Di sana beliau bertemu Nabi Ibrahim. Lantas beliau naik lagi ke Sidratut Muntaha. Setelah itu, beliau diangkat ke Baitul Makmur. Di sana beliau melihat Jibril dalam wujudnya yang asli. Jibril memiliki tujuh ratus sayap, seperti yang difirmankan Allah dalam al-Qur‘an surah an-Najm ayat 13 sampai 14.     

Selanjutnya Allah berdialog langsung dengan beliau dan memberinya sesuatu. Allah juga menetapkan kewajiban shalat bagi beliau. Shalat itulah yang kemudian menjadi penenang dan penyenang hati beliau. Ketika pada paginya Rasulullah menyampaikan peristiwa tersebut kepada kaumnya. Bukannya percaya, tapi pendustaan mereka justru semakin parah.

Mereka lantas meminta beliau menggambarkan Baitul Maqdis. Allah pun menampakkannya di hadapan beliau. Nabi kemudian menjelaskan tentang gambaran Baitul Maqdis dan mereka pun tidak mampu membantahnya. Rasulullah juga menceritakan tentang kafilah mereka yang beliau lihat saat perjalanan beliau ke Sidratul Muntaha dan kepulangan beliau. Dan keadaan kafilah itu persis seperti yang beliau katakan. Akan tetapi, hal itu justru semakin menambah kekafiran mereka.

Pandangan Haram al Syarif  – Gambar Rosulusi Tinggi- klik Untuk Besarkan

Baca Rahsia Masjidil Aqsa  Format PDF di bawah – SILA KLIK

17280204-Masjid-AL-AQSA-Yang-Sebenarnya

4992871-Rahsia-Masjidil-Aqsa

Link lain berkaitan sangat menarik untuk mengenali Haram al Syarif:

http://www.saudiaramcoworld.com/issue/200901/al-haram/default.htm

Persediaan Bertemu Allah : 10 Perintah Jangan

USTAZ DR. MOHD.  NASIR BIN ABD. HAMID USTAZ DR. MOHD. NASIR BIN ABD. HAMID 

Masjid as Syakirin : 22 Julai 2009

Intisari Kuliah Magrib Bulanan : Ustaz Dr. Mohd. Nasir Abd. Hamid (Pensyarah UiTM Arau )

Dalam memperkatakan Israk dan Mikraj penceramah membacakan ayat pertama surah al Israa’ atau di panggil juga surah Bani Israil :

[Ayat : 1]

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

 

Menghuraikan peristiwa Israk Mikraj penceramah membaca dan menghuraikan hadis nabi berkaitan dengan pembedahan dada Rasullah untuk mensucikannya dan di masukkan hikmah kedalamnya serta hadis mengenai hidangan susu dan arak dan Rasullah memilih susu dan Jibrail as mengatakan Rasullah telah memilih hikmah. Sila baca maksud hadis tersebut dengan klik pada alamat http://masjidassyakirin.wordpress.com/2009/07/23/hadis-isra-mikraj/

Mengenai pembedahan dada Rasullah Ustaz Dr Mohd Nasir telah kaitkan dengan tokoh saintis terkenal iaitu Az Zahrawi  seorang Pelopor Pembedahan Moden. Saudara pembaca boleh membaca lebih lanjut dengan klik di sini 

http://masjidassyakirin.wordpress.com/2009/07/23/abu-al-qasim-al-zahrawi-pakar-bedah-terulung/

Jika Rasullah saw sebelum diangkat menemui Allah di bersihkan hatinya dan jiwanya dengan pembedahan oleh Jibril as di tepi telaga zam-zam dan dimasukan pula hikmah bagi kali ke dua, selepas kali pertama Baginda Rasullah juga di bersihkan denagn pembedahan sebelum menjadi Rasul, maka kita juga perlu membuat persediaan JIKA INGIN berisrak atau berjumpa Rab kita – demikian kata penceramah.

Penceramah mengutip 10 perintah JANGAN daripada Surah ke 17 Surah al Israa’. Saya catit 10 perintah tersebut dengan sedikit huraian:

SATU:

 [Ayat : 22]

Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah, kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan hina.

 Allah SWT melarang manusia, mengada-adakan tuhan yang lain selain Allah, seperti menyembah patung dan arwah nenek moyang dengan maksud supaya dapat mendekatkan diri kepada Nya. Termasuk yang dilarang itu ialah meyakini adanya tuhan selain Allah mengakui adanya kekuatan-kekuatan yang lain selain Allah yang dapat mempengaruhi dirinya, atau melakukan perbuatan nyata, seperti memuja benda-benda alam, ataupun kekuatan gaib yang lain, yang mereka anggap sebagai Tuhan, atau mereka angan-angankan. Larangan ini ditujukan kepada seluruh manusia, agar mereka tidak tersesat dan tidak menyesatkan karena melakukan sesuatu yang seharusnya dilakukan terhadap Penciptanya Pada hal mereka seharusnya mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka, tidak mengada-adakan tuhan yang lain, yang sebenarnya tidak berkuasa sedikitpun untuk memberikan pertolongan kepada mereka, dan tidak berdaya pula untuk memberikan mudarat

KEDUA :

[Ayat : 23]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

 Dua pekara di perintahkan dalam ayat ini :

Pertama:
Sekali lagi di ulangani agar mereka tidak menyembah tuhan-tuhan yang lain selain Dia. Termasuk pada pengertian menyembah Tuhan selain Allah, ialah mempercayai adanya kekuatan lain yang dapat mempengaruhi jiwa dan raga, selain kekuatan yang datang dari Allah. Semua benda yang ada, yang kelihatan ataupun yang tidak, adalah makhluk Allah.
Oleh sebab itu yang berhak mendapat penghormatan tertinggi, hanyalah yang menciptakan alam dan semua isinya. Dia lah yang memberikan kehidupan dan kenikmatan pada seluruh makhluk Nya. Maka apabila ada manusia yang memuja-muja benda-benda alam ataupun kekuatan gaib yang lain, berarti ia telah sesat, karena kesemua benda-benda itu adalah makhluk Allah, yang tak berkuasa memberikan manfaat dan tak berdaya untuk menolak kemudaratan, serta tak berhak disembah.
Kedua:
Agar mereka berbuat baik kepada kedua ibu-bapak mereka, dengan sikap yang sebaik-baiknya Allah SWT memerintahkan kepada manusia, agar berbuat baik kepada ibu bapak, sesudah memerintahkan kepada mereka beribadah hanya kepada-Nya, dengan maksud agar manusia memahami betapa pentingnya berbuat baik terhadap ibu-bapak itu dan agar mereka mensyukuri kebaikan mereka, seperti betapa beratnya penderitaan yang telah mereka rasakan pada saat melahirkan, betapa pula banyaknya kesulitan dalam mencari nafkah dan di dalam mengasuh serta mendidik putra-putra mereka dengan penuh kasih sayang. Maka pantaslah apabila berbuat baik kepada kedua ibu-bapak itu, dijadikan sebagai kewajiban yang paling penting di antara kewajiban-kewajiban yang lain, dan diletakkan Allah dalam urutan kedua sesudah kewajiban manusia beribadah hanya kepada Allan Yang Maha Kuasa.

 KETIGA :

 [Ayat : 26]

Dan berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros.

Di akhir ayat Allah SWT melarang kaum muslimin membelanjakan harta bendanya secara boros. Larangan ini bertujuan agar kaum muslimin mengatur perbelanjaannya dengan perhitungan yang secermat-cermatnya, agar apa yang dibelanjakannya sesuai dan tepat dengan keperluannya; tidak boleh membelanjakan harta kepada orang-orang yang tidak berhak menerimanya, atau memberikan harta melebihi dari yang seharusnya.

Mengenai boros Allah berfirman maksudnya :
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.” (Q.S. Al Furqan: 67) .

Dan Allah menyambung :

Ayat : 27]

Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Surah al Israk 27)

KEEMPAT:

[Ayat : 29]

Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkan dengan sehabis-habisnya, akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela dan menyesal.

Kemudian Allah SWT menjelaskan cara-cara yang baik dalam membelanjakan harta, yaitu Allah SWT melarang orang menjadikan tangannya terbelenggu pada leher. Ungkapan ini adalah lazim dipergunakan oleh orang-orang Arab, yang berarti larangan berlaku bakhil. Allah melarang orang-orang yang bakhil, sehingga enggan memberikan harta kepada orang lain, walaupun sedikit. Sebaliknya Allah juga melarang orang yang terlalu mengulurkan tangan, ungkapan serupa ini berarti melarang orang yang berlaku boros membelanjakan harta, sehingga belanja yang dihamburkannya melebihi kemampuan yang dimilikinya. Akibat orang yang semacam itu akan menjadi tercela, dan dicemoohkan oleh handai-tolan serta kerabatnya dan menjadi orang yang menyesal karena kebiasaannya itu akan mengakibatkan dia tidak mempunyai apa-apa.
Dari ayat ini dapat dipahami bahwa cara yang baik dalam membelanjakan harta ialah membelanjakannya dengan cara yang layak dan wajar, tidak terlalu bakhil dan tidak terlalu boros

KELIMA :

[Ayat : 31]

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.

Kemudian Allah SWT melarang kaum Muslimin membunuh anak-anak mereka, seperti yang telah dilakukan oleh beberapa suku dari suku-suku bangsa Arab Jahiliah. Mereka ini menguburkan anak-anak perempuan mereka hidup-hidup, karena anak-anak perempuan itu tidak mampu untuk berusaha mencari rezeki. Menurut anggapan mereka anak-anak perempuan itu hanyalah akan menjadi beban hidup saja. Mereka takut mengalami kepapaan dan kemiskinan karena mempunyai anak perempuan itu. Berbeda dengan anak laki-laki. Mereka menganggap bahwa anak laki-laki mempunyai kemampuan untuk mencari harta dengan jalan menyamun, merampas dan merampok.

Maka Allah SWT melarang kaum muslimin meniru kebiasaan Jahiliah itu, dengan memberikan alasan, bahwa rezeki itu berada dalam kekuasaan Allah. Allah yang memberikan rezekinya kepada mereka. Maka apabila Allah memberikan rezeki kepada anak laki-laki, Dia berkuasa pula untuk memberikan rezeki kepada anak perempuan mereka.

 

KEENAM :

[Ayat : 32]

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.

 Kemudian Allah SWT melarang para hamba Nya mendekati perbuatan zina. Yang dimaksud mendekati perbuatan zina ialah melakukan zina itu. Larangan melakukan zina diungkapkan dengan mendekati zina, tetapi termasuk pula semua tindakan yang merangsang seseorang melakukan zina itu. Ungkapan semacam ini untuk memberikan kesan yang tandas bagi seseorang, bahwa jika mendekati perbuatan zina itu saja sudah terlarang, apa lagi melakukannya. Dengan pengungkapan seperti ini, seseorang akan dapat memahami bahwa larangan melakukan zina adalah larangan yang keras, oleh karenanya zina itu benar-benar harus dijauhi.

 KETUJUH :

[Ayat : 33]

Dan janganlah kamu membunuh seseorang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Tetapi janganlah ia melampaui batas kerana sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat sepenuh-penuh pertolongan.

 

Sesudah itu Allah SWT melarang hamba Nya membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya. Maksud “membunuh jiwa” ialah menghilangkan jiwa manusia. Sedang yang dimaksud dengan “yang diharamkan Allah membunuhnya” ialah tidak dengan alasan yang sah.

KELAPAN :

[Ayat : 34]

Dan janganlah kamu menghampiri anak yatim melainkan secara yang baik, sehingga ia baligh; dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu akan ditanya.

 Kemudian Allah SWT melarang para hamba-Nya mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang baik. Yang dimaksud dengan “mendekati harta anak yatim” ialah mempergunakan harta anak-anak yatim tidak pada tempatnya. Larangan mempergunakan harta anak yatim dalam ayat ini mengandung arti bahwa tidak memberikan perlindungan kepada harta anak yatim itu, supaya jangan habis sia-sia. Allah SWT memberikan perlindungan pada harta itu, karena harta itu sangat diperlukan oleh manusia, dan manusia yang paling memerlukannya ialah anak yatim, karena keadaannya yang belum dapat mengurusi hartanya, dun belum dapat mencari nafkah sendiri.
Dalam pada itu Allah SWT memberikan pengecualian dari larangannya, yaitu apabila untuk pemeliharaan harta itu diperlukan biaya, atau dengan maksud untuk memperkembangkan harta anak yatim itu, maka dalam hal ini tidaklah termasuk larangan apabila mengambil sebagian harta anak yatim itu untuk kepentingan tersebut atau diperkembangkan sebagai modal dengan maksud agar harta itu bertambah.

KESEMBILAN :

[Ayat : 36]

Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan.

Allah SWT melarang kaum Muslimin mengikuti perkataan ataupun perbuatan yang mereka tidak mengetahui kebenarannya. Larangan ini mencakup seluruh kegiatan manusia itu sendiri dari perkataan dan perbuatan.

 

KESEPULUH :

[Ayat : 37]

Jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong, sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi, dan tidak akan sampai setinggi gunung.

 Sesudah itu Allah SWT melarang kaum muslimin berjalan di muka bumi dengan sombong. Orang yang berjalan dengan sombong di muka bumi bukanlah bersikap wajar, karena bagaimanapun juga kerasnya derap kaki yang ia hentakkan di atas bumi, tidak akan menembus permukaannya dan bagaimanapun juga tingginya ia mengangkat kepalanya, tidaklah ia dapat melampaui tinggi gunung. Bahkan kalau ditinjau dari segi ilmu jiwa, orang yang biasa berjalan dengan penuh kesombongan, di dalam jiwanya terdapat kelemahan. Ia merasa rendah, maka sebagai imbangannya, ia berjalan dengan sombong dan berlagak, dengan maksud menarik perhatian orang lain agar memperhatikannya.
Maka apabila Allah SWT menegaskan bahwa mereka sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan tidak akan setinggi gunung, bertujuan agar kaum Muslimin menyadari terhadap kelemahan-kelemahan yang terdapat pada diri mereka, dan supaya ia bersikap rendah hati, jangan bersikap takabur, karena sebagai manusia tidak akan sanggup mencapai sesuatu yang di luar kemampuan yang dimilikinya.

 Demikian 10 perintah JANGAN dan diikuti penjelasan 2 ayat berikutnya dari surah al Israa’ :

 [Ayat : 38]

Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.

 [Ayat : 39]

Perintah yang demikian itu adalah sebahagian dari hikmat yang telah diwahikan kepadamu oleh Tuhanmu. Dan janganlah engkau jadikan bersama Allah sesuatu yang lain yang disembah, akibatnya engkau akan dicampak ke dalam Neraka Jahanam dengan keadaan tercela dan tersingkir.

Sakhrah Baitulmaqdis :Qubbatul Mikraj

Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.

SOALAN:

Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:

Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan

Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

 

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

 

Meneliti Batu Terapung

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Batu Terapung

Batu Terapung

Batu Terapung dari sudut atas.

Mengapa Berubah..?

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.

Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

Sumber : http://qhazanah.wordpress.com/