Polimik zikir beramai-ramai di Perlis adalah perkara biasa. Ada kumpulan menyokong dan ada juga tidak. Itu biasalah selagi manusia ada fikiran, meraka akan condong kepada sesuatu aliran mengikut hujah yang di terima atau yang terhidang. Yang penting kita mendengar hujah dan menilainya. Berikut satu hujah untuk direnung :
Al-Faqir Al-Haqir ila Rabbihi Al-Jalil Al-Qadir Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin menulis dalam blog beliau :
Sheikh Allamah Musnid Prof. Dr. Ali Jum’ah (Mufti Mesir) mengatakan (dalam buku beliau “Al-Bayan”) bahawa: “
Berhimpun untuk melakukan zikir secara berjemaah dalam satu halaqah (perhimpunan) merupakan suatu amalan yang sunnah, yang bersandarkan dalil syarak yang mulia.
“Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Bersabarlah kamu (tekunlah kamu) takkala bersama dengan orang-orang yang yang menyeru kepada Tuhan mereka (berdoa dan berzikir), samada petang ataupun pagi, dalam mengharapkanNya…” (Al-Kahfi: 28)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya, bagi malaikat itu, sekumpulan malaikat yang berlegar-legar dalam mencari ahli zikir. Maka, apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah s.w.t., mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain): “marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)” Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayapsayap mereka sehingga ke langit dunia…” Al-Hadis. (riwayat Al-Bukhari).
Dari Mu’awiyah r.a. telah berkata, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar menuju ke halaqah para sahabat Baginda s.a.w.. Lalu, Baginda s.a.w. bertanya (kepada para sahabat yang berhimpun tersebut):
“Apa yang menyebabkan kamu semua duduk berhimpun ini?” Mereka menjawab: “Kami duduk untuk berzikir kepada Allah s.w.t., memujiNya terhadap nikmatNya takkala Dia memberi hidayah kepada kami dalam memeluk Islam…” sehinggalah sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t. berbangga terhadap kamu di hadapan mara malaikat” (hadis riwayat Muslim)
Dari Abi Hurairah r.a. telah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah duduk sesuatu kaum, akan suatu majils untuk berzikir kepada Allah, melaikan para malaikat akan menaungi mereka, akan terlimpah rahmat ke atas mereka, dan Allah s.w.t. juga akan memperingati mereka…” (hadis riwayat Muslim)
Imam An-Nawawi dalam syarah beliau mengatakan bahawa:
“hadis ini menunjukkan tentang kelebihan majlis-majlis zikir dan kelebihan orang-orang yang berzikir, serta kelebihan berhimpun untuk berzikir beramai-ramai. “
-Demikianlah ringkasan daripada fatwa guru kami, Dr. Ali Jum’ah, yang merupakan Mufti Negara Mesir sekarang. Semoga Allah s.w.t. memberi manfaat dengan ilmu beliau kepada seluruh umat Islam. Wallahu a’lam…
Disediakan oleh:
Al-Faqir Al-Haqir ila Rabbihi Al-Jalil Al-Qadir Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin
Lawati laman beliau : http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/137/Fatwa_Dr._Ali_Jumah_Berzikir_Secara_Berjemaah
Imam Nawawi dalam Az Azkar pada bab Ikhlas dan Niat Baik Dalam Segala Amalan ada menyentuh tetang pekara ini , juga mengenai hadis yang sama . Dihujung perbincangan beliau menambah :
Zikir itu sebaik-baiknya dengan hati, dan boleh juga dengan lisan. Tetapi yang lebih utama ialah berzikir dengan hati dan lisan sekaligus. Kalau hendak memilih salah satu di antara keduanya, maka berzikir dengan hati adalah lebih utama.
Lalu tidak wajar meninggalkan zikir dengan lisan yang disertai hati kerana khuatir disangkakan adanya riya’, bahkan dibuatkan kedua-duanya sekaligus dan diniatkan semua itu untuk mencari keridhaan AllahTa’ala. Sebelum ini telah kita mengemukakan katakata AI-Fudhail rahimahullah “bahwa meninggalkan amal kerana manusia adalah riya”‘. Memang sebenamya jika manusia membuka pintu kebimbangan dari hal pemerhatian orang terhadap amal kita, atau memelihara diri dari menarik sangkaan-sangkaan yang batil niscaya akan tertutup kebanyakan pintu-pintu kebajikan, dan akan tersia-sia pada orang itu banyak hal-hal yang penting dari urusan agama, dan tentulah ini bukan jalannya para arifin, yakni orangorang arif.
Ketahuilah keutamaan zikir bukan saja terbatas pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan sebagainya, bahkan semua amalan yang merupakan ketaatan kepada Allah dikira juga berzikir kepadaNya sesuai sebagaimana yang dikatakan Said bin Jubair r.a. dan selainnya daripada para ulama.
Memimjam kata-kata Syed Ahmad Semait mengenai riya’ beliau berkata :
Meskipun kita disuruh beramal tanpa riya’ kepada manusia, namun ini bukan berarti kita mesti meninggalkan beramal bila berhadapan dengan manusia, kerana perbuatan meninggalkan amal kerana manusia itulah pokok riya’, yang betul hendaklah kita terus beramal tidak mengira ada orang atau tidak ada, dan amalan kita itu kita tujukan kepada Allah dengan setulus ikhlas.
Catitan hujung :
Demikian beberapa ramuan untuk dicerna oleh akal kita, sekurang-kurang nya kita mengetahui hujah dari pihak mana sekalipun, yang penting kita tidak berbalah.