Selamat Berpuasa Arafah hari ini 14 Oktober

Selamat berpuasa Arafah hari ini. Puasa yang sabda Rasulullah saw dapat menghapuskan dosa setahun, tahun ini dan setahun lagi tahun hadapan. MasyaAllah maha pemurahnya dan maha pengampun Allah tuhanku.

Saya teringat kata-kata yang ditulis  Perwadah USIM seperti berikut:

Kata-kata Nabi Isa AS terhadap Bani Israil yang dinukilkan as-Sheikh al-Akbar Ibnu Arabi didalam kitabnya al-Mau’izah al-Hasanah yang berbunyi:

Maksudnya: “Puasalah terhadap dunia, jadikanlah berbukamu adalah hari kematianmu. Jadilah engkau seperti seorang yang mengubati lukanya dengan suatu ubat kerana ia khuatir akan binasa. Hendaklah kamu memperbanyak mengingat mati, kerana kematian akan datang kepada seorang Mukmin dengan kebaikan yang tidak ada keburukan sesudahnya. Serta kematian itu akan datang kepada pelaku maksiat dengan keburukan yang tidak ada kebaikan sesudahnya”  

Hari ini adalah hari kemuncak didalam melakukan ibadah haji. Para jamaah haji akan sibuk dengan zikir dan doa. Kita yang tidak berada di Padang Arafah mengantikannya dengan berpuasa Arafah. Semuga Allah swt menerima amalan puasa kita. Amin

Jom Puasa Arafah Isnin 14 Oktober

Jom kita pakat pakat puasa Arafah hari Isnin ini 14 Oktober.

 

Halaman 223 Kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin

Halaman 223 Kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin

Imam Nawawi meriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a, beliau berkata  Maksudnya:

” Rasullulah s.a.w  pernah ditanya  tentang (keutamaan) puasa hari Arafah. Baginda menjawab, ia daapat menghapuskan dosa tahun lalu dan tahun yang akan datang.”

– Di petik daripada halaman 223 Kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin, Imam Nawawi     karangan Syeikh Yusuf bin Ismail An Nabhani, Penerbit Telaga Biru.

– Imam Nawawi Lahir 631 H dan wafat 676 H

Arafah 9 Zulhijah : Selamat Berpuasa dan Selamat Berwukuf Di Padang Keampunan

Hari ini Sabtu, 9 Zuljijah 1432 adalah hari wukuf di Arafah.  Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji. Maksud wukuf ialah berada di Arafah walaupun seketika dalam sebarang keadaan seperti duduk, berbaring atau tidur, bermula dari tergelincir matahari ( masuk waktu zohor) 9 Zulhijjah sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu subuh) 10 Zulhijjah.

Jarak Makkah-Arafah

Kata tok guru Arafah adalah gambaran Padang Masshyar di bumi. Ia terletak 21.9 km ketimur Makkah. Di antara Makkah dan Arafah terletak Mina dan Mudzlifah.

Kata tok guru berwukuf di Arafah akan mengingat kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali! Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Maka, Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah mudah-mudahan  permintaan kita diterima.

Hari ini 9 Zulhijah akan mengenangkan kita kepada peristiwa Khutbah Wida’ oleh Nabi s.a.w pada tahun 10 Hijrah.

Dari Google Earth

Mengikut catitan sejarah, selepas khutbah tersebut azan dikemundangkan diikuti iqamah dan solat zohor. Kemudian bangun lagi iqamah lalu bersolat Asar. Kemudian Rasulullah s.a.w menunggang untanya sehingga ke tempat wukuf, lalu untanya Al-Qaswa’ diletakkan di batu-batu di bawab bukit Rahmah (iaitu bukit yang terletak di padang bumi ‘Arafah) dan orang ramai berkumpul di hadapannya dan menghadap kiblat.  Kemudian baginda terus berwukuf sehingga matahari terbenam dan hilang cahaya kuning.

Ketika Rasulullah s.a.w selesai bersolat baginda berdoa hingga terbenam matahari.  Di dalam doanya baginda menadah tangan ke dadanya dengan berkata:

Yа Allah, sesungguhnya Engkau mendengar perkataanku,

melihat tempatku,

mengetahui yang tersembunyi dan terang-terangan padaku,

tidak ada sesuatu yang tersembunyi daripada urusanku,

aku orang yang susah lagi fakir,

meminta pertolongan dan perlindungan,

bimbang dan takut,

yang mengakui dosa-dosanya,

aku meminta kepada-Mu seperti permintaan orang miskin

dan berdoa kepada- Mu

seperti doa orang yang berdosa lagi hina dan ketakutan,

tunduk kepada-Mu,

mengalir air matanya,

hina tubuhnya dan menyungkurkan hidungnya kepada-Mu.

Ya Allah s.w.t janganlah Engkau hampakan doaku

dan kasihanilah aku wahai Tuhan yang sebaik-baik tempat meminta

dan sebaik-baik pemberi.

Selesai berdoa, ketika itulah turun kepada baginda s.a.w Al Maidah ayat 3:

… pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.

Ketika turun ayat tersebut sebahagian sahabat menangis termasuk Umar r.a, kerana mereka memahami perpisahan dengan Rasullullah akan berlaku. Ketika Umar r.a di Tanya mengapa menangis, jawabnya:

“ Sesungguhnya tidak ada lagi setelah kesempurnaan melainkan kekurangan”

– Rujukan :

1. Dr Ali Muhamad As Salabi , Biografi Rasulullah s.a.w

2. Ibnu Hisham , Sirah Nabawiyah

3. Panduan Haji, Umrah  dan Ziarah

Ayuh! Jom bersahur malam ini untuk puasa Arafah besok….

Hari ini selepas Jumaat , jemaah haji mula bergerak ke Arafah untuk Ukuf Haji .

Kedudukan Mekah-Arafah

Dari Abu Qotadah al-Anshory Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam perna ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu beliau menjawab: “Ia menghapus dosa-dosa tahun lalu dan yang akan datang.” Beliau juga ditanya tentang puasa hari Asyura, lalu beliau menjawab: “Ia menghapus dosa-dosa tahun yang lalu.” Dan ketika ditanya tentang puasa hari Senin, beliau menjawab: “Ia adalah hari kelahiranku, hari aku diutus, dan hari diturunkan al-Qur’an padaku.” Riwayat Muslim

Perjalanan haji Rasullah s.a.w menuju ke Mina. Jika kita bersama Tabung Haji sebaliknya dibawa terus ke Arafah.

Di sini  ada kaitan : https://aburedza.wordpress.com/2010/11/15/jom-berpuasa-sunat-wukuf-arafah-besok-selasa-16-november-2010/

Jom Berpuasa Sunat Wukuf Arafah Besok Selasa 16 November 2010

Diterima dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda , maksudnya:

Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa selama dua tahun, iaitu tahun yang berlalu dan tahun yang akan datang. Dan puasa Asyura menghapuskan dosa tahun yang lalu. ( Diriwayat oleh jemah kecuali Bukhari dan Turmudzi – Dipetik dari Fikih Sunah Sayid Sabiq)

Puasa Arafah adalah puasa sunat bagi orang yang tidak mengerjakan haji.

Apakah Wukuf di Padang Arafah itu?

Wukuf ertinya berhenti atau berdiri. Tetapi maksudnya ialah menghadirkan diri di padang Arafah pada masa antara zohor hari 9 Zulhijjah hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah. Cukup wukuf walau sekejap atau lalu sahaja dengan syarat orangnya sedar – sempurna akal. Di mana-mana sahaja dari bumi Arafah itu boleh jadi tempat wukuf, asal sahaja ianya dalam kawasan bumi Arafah. Dan tidak pula disyaratkan orangnya itu mesti memijak bumi Arafah. Andainya ia hanya berada di dalam kereta atau bas dan tidak turun menjejakkan kakinya di bumi itu juga sah wukufnya. Hanya yang ada khilafnya pada udara Arafah – menurut pendapat yang lebih kuat bahawa udara Arafah itu dikira Arafah seperti udara yang bertentang Kaabah dikira Kaabah. Andainya seseorang itu tidak dapat wukuf tidaklah sah hajinya dan hendaklah meneruskan amalannya dan bertahallul dengan amalan umrah serta wajib membayar dam. Ia juga wajib mengqada haji pada tahun hadapannya.

Padang Arafah adalah tempat pertama di dunia ini Allah menerima taubat hambanya. Di Jabal Rahmah Adam dan Hawa kembali bertemu setelah dikeluarkan dari Syurga kerana kesilapan melangar perintah Allah. Setelah memohon ampun dan bertaubat di sini akhirnya  taubat kedua-duanya  diterima dan dosa diampunkan. Disinilah kemuncaknya ibadat haji.

Padang Arafah terletak 21.9 km dari Makkah. Kemudian Jamaah haji akan bertolak ke Mudzalifah sejauh 8 km. Selepas mengutip batu akan bertolak ke Mina sejauh 6.9 km lagi. Selesai melontar  di Mina akan kembali ke Makkah sejauh 7 km perjalanan.