Isu Sunni – Syiah Di Syria: Pandangan Sebahagian Pimpinan parti Islam Dibidas!

Pandangan Ustaz Nasim
Informasi Berkenaan Video/Audio:
Sebahagian pimpinan Islam di Malaysia ada yang cuba mempertahankan Iran dan Hizbullah yang membantu Basyar al-Asad di Syria. Untuk menutup kekejaman gandingan Basyar-Iran-Hizbullah, mereka mengatakan apa yang berlaku adalah masalah rebut kekuasaan.
Mereka juga menuduh mujahidin yang berjuang menentang kezaliman Basyar sebagai pengganas.
– al-ahkam.net

Jakim: Semua ajaran Syiah di M’sia menyeleweng

  • Nurrul Huda Ahmad Lutfi, Bernama

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata sehubungan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Beliau berkata berdasarkan kajian Jakim, dakyah Syiah sebagai sebuah Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.

“Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas ini yang bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Othman berkata antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:

  • Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.
  • Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
  • Tidak ada Solat Jumaat.
  • Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
  • Menghalalkan nikah muta’ah.
  • Menolak Ijmak Ulama.
  • Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan dengan Rasulullah SAW.
  • Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad SAW.

Dengan memberi contoh nikah Muta’ah, Othman berkata ia bukan satu pernikahan dalam Islam malah merupakan amalan jahiliah yang amat jelas bertentangan dengan Al-Quran, hadis Rasulullah SAW dan Ijmak Ulama.

Katanya nikah Muta’ah telah diharamkan Nabi Muhammad SAW buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadis-hadis sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadis itu ialah Saidina Ali sendiri.

“Ini menunjukkan dengan jelas bahawa ajaran mahupun fahaman Syiah ini bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak sebagaimana yang digariskan dalam undang-undang Islam,” katanya.

Beliau berkata merujuk kembali kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2 dan 3 Mei 1996 bersetuju bahawa memperakukan ajaran Islam yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

“Pada 24 Julai lepas, KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah pun mengisytihar Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

“Bukan sebagai ajaran sesat sahaja daripada aspek agama iaitu sekiranya melanggar fatwa akan dikenakan tindakan mengikut Akta/Enakmen Jenayah Syariah Negeri, malah aspek keselamatan negara pun turut diambil kira pihak oleh KDN yang mana pertubuhan Syiah ini tidak boleh bergerak aktif dalam negara ini kerana salah daripada sudut undang-undang,” katanya.

Mengulas lanjut, Othman berkata pengaruh ajaran mahupun fahaman kumpulan Imam Dua Belas itu menular ke negara ini menerusi bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir pensyarah universiti tempatan memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman itu secara serius kepada golongan pelajar di institusi pengajian tinggi.

“Selain itu, daripada segi ideologi juga, umat Islam negara ini mungkin nak jalan yang mudah dalam agama dan tertarik dengan tawaran serta ganjaran yang ditawarkan Syiah.

“Faktor-faktor menarik masyarakat Islam ialah dengan tawaran beberapa kemudahan seperti Solat Jumaat tidak ada, boleh solat tiga waktu sahaja dan nikah muta’ah…boleh kahwin dengan isteri orang, mahar terlalu remeh, dengan selipar pun ada kita dapat maklumat, benda-benda macam itu, mereka hendak ambil mudah dalam soal beragama,” katanya.

Apabila ditanya mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia yang dikatakan menjangkau ratusan ribu, Othman berkata hasil dapatan Jakim menerusi sumber risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati setakat ini bilangan sebenar pengikut Syiah yang terdiri daripada rakyat Malaysia ialah kira-kira 2,000 orang.

“Ini angka kita (Jakim) dengan berasaskan laporan polis, kalau kata 10 orang, maka lengkap dengan namanya, alamatnya…saya cuba pertikai dengan pembentangan angka ini yang dibuat pegawai saya kerana dalam majlis pembentangan yang besar, majlis tidak setuju dengan angka yang Jakim bagi ini.

“Kemudian saya suruh pegawai itu semak semula dengan pihak polis, adakah kita boleh ubah angka ini, tetapi pihak polis kata ‘tidak boleh’ ubah angka ini, kekal…jadi masih kuat angka kira-kira 2,000 orang ini. Bukan seperti yang digembar-gemburkan sehingga 250,000 pengikut Syiah,” katanya.

Othman menegaskan jumlah besar yang sengaja digembar-gemburkan itu adalah permainan pengikut Syiah yang mahu menunjukkan mereka ramai dan kuat serta kukuh bertapak di Malaysia.

Beliau berkata hakikatnya bilangan yang pernah dimaklumkan sebelum ini mencecah ratusan ribu itu adalah mengambil kira pelancong Iran dan pelajar luar negara yang belajar di Malaysia.

“Justeru, saya ingin mengingatkan pihak media dan masyarakat Malaysia supaya jangan mudah melatah dengan angka berkenaan. Daripada segi jumlah pengikut Syiah ini, pihak Jakim masih lagi berterusan menjalankan kajian bersama-sama pihak berkuasa keselamatan.

“Mereka dilihat ramai dalam aktiviti mereka contohnya apabila berkumpul dari seluruh negara dalam menjayakan aktiviti pengajian mereka sehingga menjadikan jumlah mereka mencecah 500 orang,” katanya.

Bagaimanapun, Othman berkata penyebaran ajaran Syiah dalam kalangan umat Islam di Malaysia berada di tahap membimbangkan namun masih terkawal.

Beliau menegaskan penyebaran Syiah boleh diumpamakan sebagai ‘barah’ di negara ini dan perlu dibanteras sebaik mungkin sebelum merebak dengan lebih teruk sehingga menjadi ancaman kepada perpaduan ummah dan keutuhan agama sekaligus memecahkanbelahkan perpaduan umat Islam negara ini.

“Sebab itu kita minta agensi yang berkaitan mengambil berat daripada segi penyebaran ajaran Syiah ini. Pengikut Syiah di Malaysia tidak ramai, ada lebih kurang 2,000 sahaja tetapi mereka ini seolah-olah semakin berani…macam barah,” katanya.

Sehubungan itu, Othman berkata pelbagai pendekatan dan usaha yang telah dilakukan Jakim untuk menangani isu Syiah di negara ini supaya tidak terus berkembang meluas dalam kalangan umat Islam negara ini.

“Kita telah membuat jerayawara…bahagian fatwa telah mengadakan siri seminar, ceramah pendidikan fatwa kepada masyarakat di seluruh negara yang melibatkan penyertaan semua golongan.

“Selain itu, usaha terbaharu Jakim adalah mewujudkan program menangani Syiah seperti bengkel yang dilaksanakan secara bersepadu dan dianggotai oleh agensi penguatkuasa agama seluruh negara, PDRM, Imigresen, pihak universiti dan kementerian,” katanya.

Othman berkata bengkel menangani Syiah itu dilaksanakan untuk merancang modus operandi bagi menangani penyebaran fahaman itu di negara ini.

Selain usaha yang dilakukan Jakim untuk membanteras Syiah, Othman berkata peranan individu menolak fahaman itu juga penting iaitu umat Islam di negara ini perlu berhati-hati dengan pengaruh fahaman Syiah yang boleh menghancurkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Saya menyeru umat Islam di Malaysia agar menolak ajaran selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah ini, termasuklah menolak Syiah, Bahai, Qadiani dan ajaran sesat lain khususnya yang telah difatwakan sesat oleh Muzakarah Fatwa,” katanya.

Di samping itu, katanya, pada masa sama semua pihak juga perlu bijak memilih badan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak terjebak dengan NGO yang berorientasikan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dan kebebasan beragama.

Othman juga meminta umat Islam negara ini menolak pemimpin dalam sesebuah organisasi yang berfahaman Syiah atau fahaman lain yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Pihak kerajaan juga menyedari adanya pengaruh fahaman Syiah di kalangan masyarakat, pemimpin parti-parti politik, NGO sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai jenis-jenis ajaran Syiah yang ada di negara ini, beliau berkata di Malaysia hanya terdapat dua jenis Syiah iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra) dan Syiah Ismailiyah Agha Khan yang dibawa masuk oleh pendatang India pada satu masa dahulu.

Bagaimanapun, Othman berkata pengikut kedua-dua jenis Syiah yang merupakan kelompok asal Syiah di negara ini didapati tidak menjalankan dakyah kepada masyarakat Sunnah Wal Jamaah sebaliknya hanya berkembang dalam kalangan generasi baru mereka sendiri sahaja.

“Syiah Dawood Bohra dikenali sebagai golongan yang memiliki Kedai Bombay manakala Syiah Agha Khan dikenali dengan pemilik Kedai Peerbhai. Pengikut jenis Syiah ini bergerak di sekitar Lembah Klang sehingga kini.

“Pengikut dua jenis Syiah ini merupakan keturunan asal Syiah yang ada di negara ini. Mereka tidak ekstrem dan tidak berlawan dengan Sunnah Wal Jamaah. Mereka hanya menjalankan dakyah dan berkembang dalam kalangan anak-beranak mereka sahaja kerana mereka kahwin pun sesama sendiri, ada kubur dan masjid sendiri,” katanya.

Menceritakan mengenai sejarah perkembangan kedatangan ajaran Syiah di negara ini, Othman berkata terdapat pelbagai teori mengenai kedatangan Syiah ke Malaysia atau secara umumnya Nusantara.

Namun begitu, beliau berkata pandangan yang paling tepat adalah unsur aliran Syiah secara jelas mula dikesan sejak abad ke-12 menerusi Dakwah Syeikh Abdullah Arif berasaskan kitabnya Bahr al-Lahut.

“Ini menjelaskan aliran Syiah yang pertama sampai ke alam Melayu ialah fahaman Batiniah, bukannya aliran Imamiyyah.

“Ia adalah pemikiran Syiah Batiniah yang meresap ke dalam pemikiran tasawuf teosofi seperti doktrin wujudiyyah, hulul waittihad, Nur Muhammad, Insan Kamil, Rijal al-Ghayb (Imam Mahdi) dan beberapa aspek lain yang dibawa oleh ulama tasawuf seperti Sunan Kalijaga, Syeikh Siti Jenar, Hamzah Fansuri, dan Syamsuddin al-Sumaterani,” katanya.

-Bernama

sumber: http://www.malaysiakini.com

 

Ketinggian darjat para sahabat sebelum Pembebasan Makkah

QS 57:10

QS 57:10

QS 57:10  – “Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? – Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.”

Melalui ayat ini jelas al Quran memuliakan dan meletakkan darajat yang tinggi terhadap para sahabat yang membelanjakan hartanya serta berperang sebelum  peristiwa Fathu Makkah. Ayat ini juga menafikan persamaan martabat para sahabat yang berbelanja dan berjuang sebelum dan selepas penaklukan Makkah. Bagaimanapun kedua golongan ini mendapat balasan yang lebih baik ia itu syurga Allah, meskipun berbedza dari segi darjatnya. Kedua golongan itu ialah golongan sahabat yang awal dan yang terkemudian.

Kenyataan al Quran ini sangat berbedza dengan pandangan sejarah Syiah yg mengatakan hanya BEBERAPA orang sahabat sahaja yg tinggal, yang lain semuanya murtad atau kafir.

Peristiwa Fathu Makkah berlaku pada 20 Ramadan taun 8 Hijrah. Peristiwa ini diangap kemenangan yang penting bagi Islam dan kaum muslimin. Selepas peristiwa ini kejayaan dakwah Rasulullah saw  terus menerus berjaya,  sehingga disambung pula oleh para Khulafaur Rasyidin, keseluruh penjuru dunia.

Sungai Limau: Pas jangan dipalit dengan Syiah

Siapa calon Pas di Sungai Limau? TG Haji Hadi kata hendaklah yang setanding dengan Tan Seri Dr Azizan. Seram sejuk dibuatnya.

Aku seumur hidup belum pernah TIDAK mengundi Pas. Maknanya belum pernah mengundi selain PAS. Kali pertama mengundi, aku mengundi di Sekolah Kebangsaan Telaga Batu Sik, sekitar tahun 1976 atau 77 atau 78 , dah tak ingat dah. Masa itu aku jadi ketua tempat mengundi. Kali kedua mengundi Pas juga di pekan Baling. Begitulah selanjutnya…

PRU 13 menyaksikan Kedah telah terlepas dari kekuasaan Pas. Allah sahaja yang tahu pedihnya hati ini, walaupun di awalnya telah di jangka. Jangkaan awal kerana isu perbalahan pemimpin Pas Kedah dan  isu Syiah di Kedah. Di tambah Mat Sabu pula bertanding di Pendang.

Aku mula  mengenali Syiah sekitar 1984  iaitu selepas revolusi Iran. Mulanya aku agak suka dengan Syiah. Kerana itu aku mula membaca segala sesuatu mengenai Syiah. Di celah celah itu Dr. Bidin Yatim pula memberi ( ka memimjam? masih ada dalam simpanan. Dr Bidin pun bukan Syiah, dia suka membaca, tak kira apa) sebuah buku Syiah ” Dialog Suni Syiah” . Bagaimana pun apabila mula mengenali Syiah, kita akan mula berasa ada kepelikan dengan ajaranya. Kerana itu aku mulai kritis dan mencari hujah balas. Sebagai contoh apabila membaca Dialog  Suni Syiah karangan ABDUL HUSSAIN, pertama sekali kita pertikai mengapa ABDUL HUSSAIN atau hamba Hussain. Kerana itu aku membaca Suni-suni di SINI. Lama kelamaan aku menjadi benci tersangat kepada Syiah. Sehingga kerana itu aku mula mengumpul tulisan mengenai Syiah didalam blog ini, antaranya di SINI dan di SINI.  dan di SINI

Di awal tahun 1980 an, isu Syiah agak terpencil. Sebaliknya pada PRU 13 isu Syiah bukan lagi terpencil, mungkin peranan FB ada disana. Bila Mat Sabu bertanding di Pendang, aku kata lingkup PAS. Sungguh Pas Kedah terlingkup.

Ya aku memang bersangka baik kepada Mat Sabu, kerana tiada bukti dia pengamal Syiah. Aku juga merisik bertanya keluarganya yang dekat, juga tiada bukti ia pengamal Syiah. Bagaimanapun dia terkenal sebagai penyokong Syiah kerana idolanya ialah Khomini yang membenci sahabat dan isteri Nabi s.a.w. Idolanya juga Pemimpin Hisbullah, Hassan Nasrallah. Betul pula dia sendiri mengaku , malah dengan bodoh pula mengatakan isterinya pun gila dengan Hassan Nasrallah.

Siapa agaknya calon Pas di Sungai Limau?

Ada orang melawak, letaklah Mat Sabu, ia setanding Tan Seri Dr Azizan. Aku kata Jangan. Kalaulah Mat Sabu atau siapa-siapa sewaktu dengan nya bertanding, dan aku adalah pengundinya. AKU AKAN PASTIKAN DIA KALAH SEKALIPUN  AKU BENCI UMNOBN. Aku  akan pastikan saudara terdekat aku, kawan-kawan semua kalahkan Pas.

Sepatutnya siapa masuk PAS sila tingalkan Syiah. Siapa masuk Syiah sila tinggalkan Pas. Syiah bukan mazhab. Syiah adalah agama.

Syi’ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah: Adakah mereka itu Islam atau terkeluar dari Islam?

FATWA ‘ULAMA’ Dl BENUA KECIL INDIA TENTANG KEKUFURAN SYI’AH

SUMBER: Petikan mukasurat 81 – 84 buku Maulana Ustaz Muhamad Asri Yusoff, Syiah Rafidhah.

Oleh kerana golongan Syi’ah atau Rafidhah itu adalah satu golongan yang mempunyai kepercayaan dan ‘aqidah-‘aqidah yang bercanggah sama sekali dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasululah sa w dan kemudiannya disebarkan oleh para sahabatnya ke serata dunia, maka seperti yang telah disebutkan sebelum ini para ulama’ Islam di zaman dahulu telah mengeluarkan mereka dari islam. Demikianlah sikap ulama’ Islam sejak dahulu sehingga pada tahun 1928 ketika mana ajaran-ajaran Syi’ah tidak tersembunyi lagi kepada ulama’- ulama’ Islam di benua kecil India. Maka mereka mengeluarkan fatwa bahawa Syi’ah bukan dari golongan Islam.

Di sini penulis akan menteijemahkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Maulana Mufti Muhammad ‘Abdul Syakur pada tahun 1928 dan disokong oleh berpuluh-puluh tokoh-tokoh ulama’ ulung pada masa itu. Fatwa ni dikeluarkan oleh beliau ketika ditanya oleh seorang hamba Allah. Pertanyaan itu berbunyi, “Ара kata ulama’ dan para mufti berhubung dengan Syi’ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah, adakah mereka itu Islam atau terkeluar dari Islam? Adakah harus berkahwin dengan mereka dan memakan sembelihan mereka? Adakah harus menyembahyangkan jenazah mereka atau turut serta dalam meraikan jenazah mereka? Adakah harus menerim derma khairet dari mereka untuk pembinaan masjid atau tidak?”

Soalan-soalan tersebut dijawab oleh beliau begini; ( sila sambung bacaan pada empat foto berikut yg discan dari buku tersebut )

Imej

Imej

Imej

Imej

IMAM KEDUA BELAS SYIAH, MANUSIA FIKTIF

IMAM KEDUA BELAS SYIAH, MANUSIA FIKTIF

Oleh
Ustadz Abu Minhal Lc

Sumber:  http://almanhaj.or.id/content/3655/slash/0/imam-ke-dua-belas-syiah-manusia-fiktif/

KAUM SYIAH MENUNGGU KEDATANGAN IMAM KE DUA BELAS MEREKA
Mahdi Muntazhar (Imam Mahdi Syiah yang ditunggu-tunggu kedatangannya) termasuk pembahasan yang sering dibicarakan dalam buku-buku referensi Syiah. Yang mereka maksud dengan sebutan itu dalam pandangan Syiah adalah imam kedua belas yang bernama Muhammad bin Hasan al-‘Askari. Menurut versi mereka, ia dilahirkan pada hari Jum’at bulan Sya’ban pada tahun 255H.

Pada usia 5 tahun, ia bersembunyi di sirdaab (goa tempat perlindungan dari terik matahari) kota Surra man Ra`a, terletak antara kota Baghdad dan Tikrit, karena akan dibunuh oleh orang-orang zhalim.

Ath-Thusi , seorang tokoh Syiah masa lalu, mengatakan, “Tidak ada alasan yang menghalangi kemunculannya selain karena ia khawatir dibunuh. Sebab jika tidak ada kekhawatiran ini, ia tidak boleh menyembunyikan diri.” (Al-Ghaibah:199)

Keyakinan mereka dengan Imam Mahdi Syiah ini, membuat mereka menunggu-nunggu kemunculannya di mulut sirdaam dengan memanggil-manggil namanya untuk segera keluar dari persembunyiannya.

IMAM KESEBELAS TIDAK MEMILIKI KETURUNAN
Dengan sifat hikmah-Nya, Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui, menetapkan Hasan al-Askari – imam kesebelas menurut kalangan Syiah- meninggal tanpa memiliki anak dan keturunan. Tentu, realita ini menyulitkan tokoh Syiah, bagaimana seorang imam meninggal tanpa berputra seorang pun yang akan menggantikan posisi imamahnya?. Padahal keberadaan imam sangatlah penting dalam aqidah mereka, bahkan termasuk rukun Islam yang urgensinya mengalahkan shalat fardhu. (?!) Pengganti seorang imam haruslah keturunan imam sebelumnya. Setelah masa imamah Hasan Radhiyallahu anhu dan Husain Radhiyallahu anhu, seorang imam tidak boleh berasal dari saudara imam, harus dari keturunannya. Demikian keyakinan orang-orang Syiah.

Sejarah telah mencatat bahwa orang yang mereka anggap sebagai Imam Ke Sebelas, Hasan al-‘Askari , tidak memiliki anak. Penguasa khilafah ‘Abbasiyah waktu itu pun mengetahui perihal tersebut. Sebab, mereka mengikuti perkembangan Hasan al-Askari yang sedang sakit. Beberapa tabib diutus untuk memonitor kesehatannya. Penguasa menugaskan Hakim setempat untuk memilih 10 orang terpercaya untuk berada di rumah Hasan al-Askari. Mereka berada di sana sampai ajal menjemput Hasan al-‘Askari.

Setelah Hasan al-Askari wafat, utusan-utusan yang terpercaya itu memeriksa isi rumah dan kamar untuk mencari tahu apakah ia memiliki anak atau tidak. Mereka juga mendatangkan wanita-wanita yang tahu masalah kehamilan untuk memeriksa budak-budak wanita yang dimiliknya. Hasilnya, ada seorang budak perempuan yang sepertinya sedang mengandung. Maka, wanita ini pun ditempatkan di satu kamar dan dipersiapkan segala sesuatu untuk persalinannya.

Setelah Hasan dimakamkan, pihak penguasa tetap berusaha mencari-cari anak Hasan al-Askari. Harta warisan pun belum dibagikan. Namun setelah dipastikan bahwa kehamilan salah seorang budak itu kosong, maka warisan Hasan al-Askari dibagikan kepada Ibu dan saudara lelakinya Ja’far. Tidak ada seorang pun yang menentang pembagian ini.

Kejadian ini menunjukkan kebatilan keyakinan Imam Mahdi Syiah secara otomatis. Pihak Syiah pun tidak bisa mendustakan dan menghilangkan bukti sejarah ini. Menariknya, ternyata, kitab-kitab para petinggi agama Syiah menyebutkan realita ini, bahwa Hasan al-Askari memang wafat tanpa memiliki anak lelaki. Di antara mereka adalah :

1. al-Kulaini dalam al-Kâfi (1/505)
2. al-Mufîd dalam al-Irsyâd (hlm.338-339)
3. al-Majlisi dalam Jalâul ‘Ainain
4. Ibnu Shabbâgh dalam al-Fushûl al-Muhimmah fi Ma’rifati Ahwâlil Aimmah (hlm.288-289)
5. al-‘Abbas al-Qummi dalam Muntahal Amâl.

Fakta bahwa Hasan al-Askari tidak memiliki anak akan mengakibatkan keyakinan mereka hancur dengan sendirinya. Sebab, kelanjutan imamah secara otomatis berhenti. Tatkala sebagian penganut Syiah merasakan kekhawatiran aliran Syiah akan sirna karena ketiadaan imam ke dua belas, maka sejumlah orang dari mereka memikirkan cara untuk menyelamatkan aliran ini.

Akhirnya, mereka mendapatkan jalan keluar dari apa yang diyakini oleh kaum Majusi yang mempercayai mereka memiliiki manusia juru selamat yang ditunggu-tunggu kedatangannya. Dari situ, seorang dari Syiah bernama Muhammad bin Nushair an-Namîri dan kawan-kawannya mendapatkan ide dengan klaim bahwa Hasan al-Askari memiliki anak yang ia sembunyikan di dalam sirdab karena khawatir akan dibunuh oleh orang-orang jahat dan zhalim. Tujuan mereka menggulirkan pernyataan ini adalah untuk mengelabui orang-orang awam Syiah sehingga para tokoh Syiah tetap bisa meminta setoran kekayaan dan zakat dari masyarakat awam atas nama Imam yang ditunggu-tunggu kedatangannya.

MISTERI SEMBUNYINYA IMAM MAHDI SYIAH
Anggap saja al-Mahdi pernah dilahirkan, maka tidak ada manfaatnya ia bersembunyi sekian lama di dalam gua. Orang-orang Syiah jika ditanya hikmah persembunyian al-Mahdi di dalam gua dan tidak menampakkan diri di hadapan khalayak, mereka akan beralasan karena ia mengkhawatirkan dirinya terbunuh. Itu saja. (!)

Alasan yang dikemukakan ath-Thusi ini dan orang-orang yang serupa dengannya jelas sangat lemah sekali. Kebatilan alasan mereka tampak pada beberapa point berikut:

1. Telah disebutkan dalam kitab-kitab referensi utama mereka bahwa al-Mahdi insan yang ditolong dan dibantu Allah, ia akan menguasai belahan bumi barat dan timur. Jika al-Mahdi akan ditolong dan dimenangkan oleh Allah, mengapa ia harus menyembunyikan diri dan tidak muncul di hadapan khalayak?!. Menghilangnya al-Mahdi dengan bersembunyi di sirdaab dalam jangka tempo yang sangat lama menyisakan dan memunculkan pertanyaan mengapa harus sembunyi? Bila al-Mahdi meyakini berita-berita kemenangannya terhadap musuh-musuhnya, mengapa ia harus takut?

2. Keyakinan Syiah bahwa Imam Mahdi Syiah khawatir akan terbunuh sehingga menyembunyikan diri, berkonsekuensi gugurnya imamahnya. Sebab, menurut Syiah, seorang imam haruslah manusia yang paling berani. Disebutkan dalam referensi mereka, “Seorang imam memiliki beberapa tanda: ia adalah orang yang paling alim, paling bijak, paling bertakwa dan paling berani”. (Al-Anwâr an-Nu’mâniyyah 1/34 , Ni’matullâh al-Jazâiri)

Sementara orang yang khawatir dirinya akan dibunuh sehingga menghilang dan menyembunyikan diri bukanlah manusia pemberani.

3. Keyakinan aneh tersebut juga berarti bahwa al-Mahdi tidak akan pernah muncul sampai negara-negara zhalim dan perusak lenyap, sehingga ia baru bisa merasa aman dari ancaman bunuh. Karena kezhaliman akan tetap ada berarti kemunculannya tidak dibutuhkan.

4. Sejarah mencatat, Syiah telah memiliki kekuasaan dan pemerintahan, seperti Iran sebagai contoh nyata. Negara itu tentu pasti akan berusaha melindungi al-Mahdi kalau mau memunculkan diri, akan tetapi kenapa tidak muncul-muncul juga?

5. Orang yang tidak bisa membela diri dan melindungi dirinya dari ancaman pembunuhan maka jelas tidak akan sanggup melindungi orang lain. Apakah masuk akal, orang-orang Syiah menunggu kedatangan orang yang katanya akan memberangus musuh-musuh mereka dengan gemilang?

Dengan demikian, alasan mereka untuk menutupi keanehan menghilang dan sembunyi Imam Mahdi mereka gugur dan selanjutnya hal ini menunjukkan bahwa keberadaan Imam Mahdi mereka pada hakekatnya memang tidak ada dan tidak pernah ada.

KETIKA BERSEMBUNYI, UMAT TIDAK MENDAPATKAN MANFAAT APA-APA
Petunjuk lain yang menandakan kebatilan aqidah sembunyinya Imam Mahdi Syiah, bahwa tidak ada satu maslahat dan manfaat secuil pun yang didapatkan umat manusia termasuk kaum Muslimin, dan para penganut Syiah, baik berhubungan dengan maslahat duniawi atau agama yang didapatkan dari persembunyiaan Imam Mahdi Syiah itu.

Bisa dihitung sampai sekarang, Imam Mahdi Syi’ah sudah bersembunyi tidak kurang dari 1173 tahun lamanya (?!), karena menurut mereka ia memasuki gua pada tahun 260H saat berusia 5 tahun. Apakah manfaat dari keberadaannya yang bersembunyi kalau memang ia benar-benar ada dan masih hidup? Bagaimana bila ia sebenarnya tidak pernah ada. Bagi siapa saja yang meyakini dengan imam ke-12 ini, manfaat apakah yang ia dapatkan untuk agama dan dunianya. Maka, hanya ada dua kondisi, imam itu hilang atau memang tidak pernah ada. Dalam dua kondisi ini, tidak ada manfaat untuk agama atau dunia seseorang.

Berdasarkan pandangan Syiah yang menganggap imamah sebagai rukun agama, maka ketidakmunculan Imam Mahdi Syiah ini – bila dianggap ada – mengakibatkan lumpuhnya pelaksanaan syariat dan kemaslahatan agama lainnya. Pantas saja, shalat Jum’at dan jamaah tidak dilakukan di kantong-kantong Syiah, dengan alasan ketiadaan imam. (?!)

Dengan demikian, dapat diketahui bahwa kisah fiktif (khurofat) Imam Mahdi Syiah digulirkan untuk menutupi kekeliruan aqidah mereka yang memang sudah rusak sebelumnya dari asasnya. Walillâhil hamdi wal minnah ‘alal Islâm wal hidâyah.

KETIKA AKAL SEHAT HILANG, YANG PALING ANEH SEKALIPUN DIBENARKAN
Setelah secara yakin dapat disimpulkan bahwa Imam Mahdi Syiah memang tidak ada, dan keyakinan tentang itu lebih tepat masuk kategori cerita khurofat, ada baiknya kita simak komentar beberapa Ulama Islam tentang keyakinan rusak ini.

Usai mengungkap sifat-sifat Imam Mahdi Ahli Sunnah yang diterangkan oleh Rasûlullâh Muhammad dalam hadits-hadits shahihnya, Imam Ibnu Katsîr rahimahulla , seorang pakar tafsir, sejarah dan fikih, (wafat tahun H) menyimpulkan tentang Imam Mahdi Syiah yang telah bersembunyi lebih dari 100 tahun dalam gua dengan berkata, “Sesungguhnya (wujud Imam Mahdi Syiah) itu tidak ada hakekatnya, tidak ada mata yang pernah menyaksikannya juga tidak ada bukti yang menjelaskannya”. (al-Fitan wal Malâhim 1/23-24)

Di tempat lain beliau menyatakan, “Sesungguhnya keyakinan tersebut termasuk hadzayân (igauan belaka), bukti sangat jauh dari hidayah, sangat kuat kedekatannya dengan setan. Sebab, tidak ada dalil dan petunjuk (yang membenarkannya) baik dari al-Qur`an, Hadits (shahih), akal sehat dan istihsaan”. (al-Fitan wal Malâhim 1/29)

Sementara ‘Allamah Syaikh as-Safârîni rahimahullah juga menyebut keyakinan itu sebagai igauan belaka yang tidak ada hakekatnya. (Lawâmi’ul Anwâr 2/71)

Demikian pula, Syaikh Khâlid Muhammad ‘Ali al-Hâjj menyatakan, “Ringkasnya, klaim Syiah (bahwa Imam Dua Belas mereka bersembunyi) itu tidak ada dasarnya sama sekali. Tidak ada satu orang ulama besar (Ahli Sunnah) yang meriwayatkannya. Tidak ada unsur kebenarannya sedikit pun. Akan tetapi, bila akal (sehat) telah hilang, maka segala sesuatu (yang aneh) pun mungkin terjadi”. (al-Kasysyâful Farîdi ‘an Ma’âwil Hadmi wa Naqâidhi at-Tauhîd 1/123-124)

PENUTUP
Aqidah Imam Mahdi ala Syiah ini memperlihatkan dengan jelas sekali betapa merupakan aqidah yang rapuh, ganjil sekaligus aneh, tidak sepantasnya orang yang berakal meyakininya. Orang yang berakal sehat dan mencintai al-haq akan menolaknya mentah-mentah.

Kebenaran haqiqi sangat jelas, dan tidak kabur bagi orang yang mengetahuinya, sebagaimana seorang ahli emas tidak akan sulit membedakan antara emas murni dan emas palsu. Sementara bagi orang yang bodoh, buta, atau kurang tahu, bisa saja menganggap kesesatan, kemungkaran, dan penyimpangan sebagai al-haq yang harus diyakini, diamalkan dan dibela mati-matian.

Inilah yang mengakibatkan sebagian orang terjerumus dalam penyimpangan dan kesesatan yang terkadang tampak jelas tidak bisa diterima oleh akal sehat. Oleh karena itu, kebatilan akan mudah menyebar dan laku di tengah orang-orang yang tidak berilmu, bodoh dan buta terhadap ilmu syar’i dan ajaran Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , serta pengamalan Islam oleh para Sahabat.

Semoga Allâh Azza wa Jalla senantiasa menetapkan hidayahNya pada kita dan mewafatkan kita di atas Sunnah. Wallâhu a’lam.

MARAJI.
1. Badzlul Majhûdi fî Itsbâti Musyâbahati Râfidhati lil Yahûdi, ‘Abdullâh al-Jumaili, Maktabah al-‘Ghurâbâ al-Atsariyyah Madinah
2. Muqaddimah tahqîq kitab al-Imâmah fir raddi ‘alâ Râfidhah al-Hâfizh Abu Nu’aim al-Asfahâni oleh DR. ‘Ali Muhammad Nâshir al-Faqîhi
3. Ash-Shawârifu ‘anil haqqi, Hamd al-‘Utsmân Cet. II Th1426H

[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 01/Tahun XV/1433H/2012. Diterbitkan Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl. Solo – Purwodadi Km.8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183 Telp. 0271-858197 Fax 0271-858196]

Sumber:  http://almanhaj.or.id/content/3655/slash/0/imam-ke-dua-belas-syiah-manusia-fiktif/

Artikal berkaitan:  https://aburedza.wordpress.com/2010/02/10/imam-ke-12-imam-mahdi-ia-ujud-atas-andaian-bukan-atas-kelahiran/

Sebongkah Batu di Kuala Berang’: Batu Bersurat Syiah?

Imej

Sebongkah Batu di Kuala Berang’: Batu Bersurat Syiah?

Faisal Tehrani, seorang penulis yang sering mempromosi Syiah telah menulis buku   bertajuk ‘Sebongkah Batu di Kuala Berang’ . Beliau menyebut  bahawa  Islam yang sampai ke Tanah Melayu ini adalah Islam Syiah. Lalu dinyatakan buktinya kerana catatan pada Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 702 hijrah/1303 masihi itu ditulis dengan khat nasta’liq, sedangkan khat nasta’liq adalah berasal daripada tulisan bangsa Parsi dan bangsa Parsi sinonim dengan mazhab Syiah.

Fakta tersebut dibantah oleh Uataz Aizam Mas’ud dengan katanya,

 “Oleh itu, amat wajar kita mengingatkan FT dan penganut Syiah, negara Parsi mula-mula diusahakan pembukaannya oleh Sayyidina Abu Bakar, diteruskan pada zaman Sayyidina Umar dan pada zaman Sayyidina Uthman, Parsi bertukar menjadi bumi Islam Sunni. Parsi terus diperintah oleh kerajaan Sunni di bawah pengaruh Khilafah Abbasiyyah dan Khilafah Uthmaniyyah selama hampir 10 kurun iaitu bermula daripada kekalahan Parsi dalam perang al-Qadisiyyah pada tahun 21 hijrah sehingga penaklukan kerajaan Syiah Imam 12 pertama iaitu Daulah Safawiyyah pada 906 hijrah. Bermula pada tahun 907 hijrah bersamaan 1501 masihi, pemimpin pertama Syiah Imam 12 iaitu Ismail Syah telah menjadikan mazhab Syiah Imam 12 sebagai mazhab rasmi negara iaitu satu permulaan yang menyakitkan apabila penganut Sunni ditindas dengan begitu dahsyat oleh golongan Syiah Imam 12.   

Bermakna, kalau dikatakan bahawa tulisan khat Parsi nasta’liq pada Batu Bersurat yang bertarikh 1303 masihi itu adalah pengaruh daripada mazhab Syiah adalah dangkal sama sekali. Ini kerana, pada kurun tersebut bangsa Parsi masih berada di bawah pengaruh kerajaan dan mazhab Sunni. “

Rujuk:  https://www.facebook.com/notes/aizam-masud/komentar-saya-tentang-buku-faisal-tehrani-sebongkah-batu-di-kuala-berang/2749646067606

Kisah di sebalik hadis: “ Barangsiapa menganggap aku sebagai pemimpinnya, maka terimalah Ali sebagai pemimpin”.

Apa yang dimaksud dengan hadits :

من كنت مولاه فعلى مولاه .

 “ Man Kuntu Maulahu Fa Aliyyun Maulahu”.

Adapun yang dimaksud dari hadits : “Man Kuntu Maulahu Fa Aliyyun Maulahu”, maka dalam kitab-kitab sejarah yang ditulis oleh ulama-ulama Ahlussunnah diterangkan sebagai berikut :

ImejPada tahun 10 H, Rasulullah beserta para sahabat berangkat ke Mekkah untuk melaksanakan ibadah haji dan haji tersebut kemudian dikenal dengan haji Wada’.

Bertepatan dengan itu, rombongan Muslimin yang dikirim oleh Rasulullah ke Yaman sudah meninggalkan Yaman, mereka menuju Mekkah, untuk bergabung dengan Rasulullah. Rombongan tersebut dipimpin oleh Imam Ali bin Abi Thalib.

Begitu rombongan sudah mendekati tempat dimana Rasulullah berada, maka Imam Ali segera meninggalkan rombongannya guna bertemu dan melapor kepada Rasulullah SAW, dan sebagai wakilnya adalah sahabat Buraidah.

Sepeninggal Imam Ali, Buraidah membagi-bagikan pakaian hasil rampasan yang masih tersimpan dalam tempatnya, dengan maksud agar rombongan jika masuk kota (bertemu dengan yang lain) kelihatan rapi dan baik.

Namun begitu Imam Ali kembali menghampiri rombongannya beliau terkejut dan marah, serta memerintahkan agar pakaian-pakaian tersebut dilepaskan dan dikembalikan ke tempatnya. Hal mana karena Imam Ali berpendapat, bahwa yang berhak membagi adalah Rasulullah SAW.

Tindakan Imam Ali tersebut membuat anak buahnya kecewa dan terjadilah perselisihan pendapat.

Selanjutnya begitu rombongan sudah sampai ditempat Rasulullah, Buraidah segera menghadap Rasulullah dan menceritakan mengenai kejadian yang dialaminya bersama rombongan dari tindakan Imam Ali. Bahkan dari kesalnya, saat itu Buraidah sampai menjelek-jelekkan Imam Ali di depan Rasulullah SAW.

Mendengar laporan tersebut, Rasulullah agak berubah wajahnya, karena beliau tahu bahwa tindakan Imam Ali tersebut benar.

Kemudian Rasulullah bersabda kepada Buraidah sebagai berikut :

يا بريدة ألست أولى بالمؤمنين من أنفسهم.

 “ Hai Buraidah, apakah saya tidak lebih utama untuk diikuti dan dicintai oleh Mukminin daripada diri mereka sendiri”.

 Maka Buraidah menjawab :

بلى يارسول الله

 “ Benar Yaa Rasulullah”.

Kemudian Rasulullah bersabda :

من كنت مولاه فعلى مولاه

(رواه الترمذى والحاكم )

 “ Barangsiapa menganggap aku sebagai pemimpinnya, maka terimalah Ali sebagai pemimpin”.

Yang dimaksud oleh hadits tersebut adalah, apabila Muslimin menganggap Rasulullah sebagai pemimpin mereka, maka Imam Ali harus diterima sebagai pemimpin, sebab yang mengangkat Imam Ali sebagai pemimpin rombongan ke Yaman itu Rasulullah SAW. Karena itu dia harus dicintai dan dibantu serta dipatuhi semua perintahnya.

Demikian maksud dari hadits :Man Kuntu Maulahu Fa Aliyyun Maulahu”. Sebagaimana yang tertera dalam kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama Ahlussunnah Waljamaah (baca kitab Al Bidayatul Hidayah oleh Ibnu Katsir).

Selanjutnya, oleh karena perselisihan tersebut, tidak hanya terjadi antara Imam Ali dengan Buraidah saja, tapi dengan seluruh rombonganya, dimana orang-orang tersebut menjelek-jelekkan Imam Ali dengan kata-kata tidak baik, yang berakibat dapat menjatuhkan nama baik Imam Ali, bahkan perselisihan tersebut didengar oleh orang-orang yang tidak ikut dalam rombongan ke Yaman itu, maka setelah Rasulullah selesai melaksanakan ibadah haji, disaat Rasulullah dan Muslimin sampai di satu tempat yang bernama Ghodir Khum, Rasulullah berkhotbah, dimana diantaranya beliau mengulangi lagi kata-kata yang telah disampaikan kepada Buraidah tersebut, yaitu Man Kuntu Maulahu Fa Aliyyun Maulahu”

Itulah sebabnya hadits tersebut dikenal sebagai hadits Ghodir Khum. Karena waktu disampaikan di Ghodir Khum itu, disaksikan oleh ribuan sahabat.

Jadi sekali lagi, bahwa hadits : Man Kuntu Maulahu Fa Aliyyun Maulahu”. Itu tidak ada hubungannya dengan penunjukan Imam Ali sebagai Khalifah sesudah Rasulullah wafat. Tapi sebagai pemimpin rombongan ke Yaman yang harus dicintai dan ditaati semua perintahnya.

Sebenarnya apabila hadits tersebut akan diartikan sebagaimana orang-orang Syiah mengartikan hadits tersebut, yaitu dianggap sebagai pengangkatan Imam Ali sebagai Khalifah, maka faham yang demikian itu akan membawa konsekuensi dan resiko yang sangat besar. Sebab sangsi bagi orang-orang yang menolak atau meninggalkan nash Rasulullah, apalagi menghianati Rasulullah adalah kafir.

Dengan demikian, Sayyidina Abu Bakar akan dihukum kafir karena melanggar dan meninggalkan nash Rasulullah, demikian pula para sahabat yang membai’at Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar dan Khalifah Ustman mereka juga akan dihukum kafir, sebab tidak melaksanakan dan melanggar nash Rasulullah. Bahkan Imam Ali sendiri akan terkena sangsi kufur tersebut, sebab dia melanggar dan menolak bahkan menghianati nash Rasulullah tersebut.

Itulah resiko dan konsekuensi bila haditsMan Kuntu Maulahu Fa Aliyyun Maulahu”,diartikan sebagai penunjukan Imam Ali sebagai Khalifah pengganti Rasulullah SAW.

Semoga kita diselamatkan oleh Allah dari aqidah Syiah yang sesat dan menyesatkan. Amin.

Naudzu billah min tilka Al aqoid Al Fasidah.

SUMBER: http://www.albayyinat.net/ind1.html

Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Perlis: Hukum Ajaran Atau Fahaman Syiah

Imej

Mesyuarat ke 5/2012 Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Perlis , pada 20/2/2012 mengambil perhatian bahawa terdapat keputusan majority dan minority  bagi pekara ini. Keputusan majoriti bersetuju dengan keputusan berikut:

“ Ajaran dan fahaman Syiah adalah suatu ajaran yang bercangah dan menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang.

Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedar filem, rakaman audio, pamphlet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran atau fahaman Syiah dengan ajaran Islam yang sebenar.”

Namun, mesyuarat juga bersetuju untuk memasukkan pandangan Yang Berbahagia Sahibul Fadhilah Dato Alim Setia Ustaz Ahmad Bin Jusoh dengan penambahan sighah pada perengan pertama, dicatat sebagai pandangan minority (pandangan kedua) seperti berikut:

“ Ajaran dan fahaman Syiah Rafidah adalah suatu ajaran yang bercangah dan menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.”

– Sumber: Irsyad Hukum, Jabatan Mufti Negeri Perlis Bil 10/2012