Berikut ini sedikit catitan ringkas kuliah Subuh pagi tadi oleh Ustaz Ya Ali Dahaman Imam Masjid As Syakirin. Ustaz mengupas 2 hadis yang dipetik dari Muktasar Tazkirah al Qurtubi mmengenai orang-orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Hadis pertama adalah hadis riwayat Imam Muslim, kitab Imam hadis no 128:
Rasullulah bersabda, “ Ada tujuh puluh ribu dari umatku yang akan masuk syurga tanpa hisab”. Lalu orang-orang pun bertanya:
Siapakah mereka wahai Rasullullah?
Rasulullah s.a. w pun menjawab: “ Mereka adalah orang yang tidak mencuri dengar, tidak meramalkan nasib buruk, tidak mempunyai dendam dan bertawakal kepada Tuhan mereka”
Ustaz menghuraikan tidak mencuri dengar maksudnya tidak belajar mengenai ugama lain. Tidak meramalkan nasib buruk maksudnya menilik nasib. Tidak mempunyai dendam maksudnya melupakan dan memaafkan kesalahan orang lain. Bertawakal pula bermaksud berusaha dahulu kemudian diikuti doa dan menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.
Hadis yang kedua di riwayat oleh Tirmizi kitab Sifat Hari Kiamat no hadis 1437 dan Ibnu Majah no hadis 4286 :
“Aku pernah mendengar Rasulullah s.aa.w bersabda: Tuhanku telah menjanjikan kepada ku bahawa akan masuk syurga tujuh puluh ribu orang dari umatku tanpa hisab dan setiap setiap seribu orang dari mereka akan menyebakan tujuh puluh ribu lainnya tidak di azab dan mendapat tiga kurnia Allah ‘Azza wa Jalla.”
[Setelah mendengar hadis tersebut saya membuat pengiraan berikut:
=(70,000 bahagi 10,000) X 70,000 = 7 X 70,000 = 490,000 orang akan masuk syurga taanpa hisab]
Menghurai dua hadis di atas Ustaz Ya Ali membawa kata-kata Ibnu Mas’ud bahawa sesiapa yang mengali perigi di padang pasir kerana imam dan mengharapkan balasan dari Allah s.w.t. maka ia akan masuk syurga tanpa hisab.
Contoh kedua ialah kata-kata Ali bin al Hussain r.a [ Saya memahaminya sebagai cicit kepada Nabi s.a.w ia itu Imam ke 4 bagi orang Syiah] , ia bercerita:
“Pada hari kiamat akan di serukan : Yang manakah di antara kamu ahl fadhl ( orang yang mempunyai keutamaan), bangkitlah.”
Maka bangkitlah tetapi hanya sedikit sahaja, lalu di seru “ Pergilah ke syurga” Mereka pun pergi sehingga bertemu pula dengan Malaikat. Malaikat bertanya,” kamu hendak kemana?”. Lalu mereka menjawab,”Kami hendak ke syurga.” Malaikat bertanya lagi ,” Sebelum kamu di hisab?” Mereka pun menjawab, “Benar” . Malaikat bertanya lagi, “ Siapakah kamu ini?”
Mereka menjawab, “ Kami adalah orang-orang yang apabila datang orang bodoh kepada kami, kami berlemah lembut kepadanya. Apabila ada orang yang menyakiti kami, kami bersabar, apabila ada orang menzalimi kami, kami memaafkanya.”
Lalu Malaikat berkata,” Pergilah ke Syurga, itulah balasan paling layak bagi orang-orang yang berbuat soleh.”
Untuk kali kedua Allah menyeru lagi : “ Siapakah diantara kamu termasuk orang-orang yang penyabar?” Maka mereka pun diperintahkan untuk memasuki syurga. Seperti golongan pertama, mereka ini juga bertemu dengan Malaikat.
Malaikat bertanya, “ Siapakah kamu ini?”
Mereka menjawab, “ Kami adalah orang-orang yang bersabar untuk tetap taat kepada Allah s.w.t dan sabar untuk tetap tidak melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.” Lalu Malaikat berkata, “ Masuklah ke dalam syurga, itulah senikmat-nikmat balasan bagi orang yang soleh.”
Untuk kali ke tiga Allah menyeru: “ Hendaklah bangkit orang-orang yang berziarah kerana Allah s.w.t. dengan menghadiri pengajian kerana Allah dan (menyembelih)berkorban kerana Allah.” Mereka pun diperintah masuk ke syurga. Seperti golongan terdahulu mereka bertemu dan bersoal jawab dengan Malaikat, lalu Malaikat juga berkata,” “ Masuklah ke dalam syurga, itulah senikmat-nikmat balasan bagi orang yang soleh.”