Bilangan rumah ibadat tidak seimbang | |
KUALA LUMPUR – Jumlah rumah ibadah yang kurang seimbang dengan bilangan populasi penduduk, dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyebabkan rasa kurang senang dikalangan penduduk negara ini dalam hubungan antara agama.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) , Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad mendedahkan, kajian yang dijalankan pihaknya di Kuala Lumpur mendapati bilangan masjid jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan rumah ibadat lain, meskipun majoriti penduduk adalah beragama Islam. “Contohnya terdapat hanya 13 buah masjid dan 62 surau di mukim Sentul di sini, sedangkan terdapat 532 rumah ibadat lain (20 gereja, 72 kuil Hindu/Gurdwara dan 440 tokong Budha). Dalam pada itu menurut Nakhaie, masalah ketidak seimbangan itu disebabkan kurangnya penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan, terutamanya dalam menangani masalah rumah ibadat yang dibina secara haram. Tambahnya, masalah ketidak seimbangn ini jika dibiarkan berlarutan, pasti akan mengancam keamanan dan keharmonian negara ini. “Kajian yang ditunjukkan YADIM juga menunjukkan masyarakat Islam cukup bertolerasi dalam hubungan antara agama. 91 peratus daripada responden yang dikaji mereka tidak menghadapi masalah keagamaan di kawasan masing-masing dan 92 peratus mengatakan mereka menghormati hak penganut agama lain,” katanya. Pada masa yang sama, Mohd Nakhaie juga berharap agar pihak-pihak terbabit tidak mengambil kesempatan dan mempolitikkan perkara ini kerana ianya akan mengeruhkan keadaan.
Sumber : http://www.yadim.com.my/berita/BeritaPenuh.asp?newsId=4559 |
Tag Archives: Ugama
Syiah yang aku kenal
Sekitar 1980 , Syiah mula di kenali. Aku mengenalinya lanjutan dari kejayaan revolusi di Iran. Kerana ingin mengenali lebih lanjut aku membaca sebuah buku terjemahan Dialog Sunnah Syiah oleh A. Syarafuddin al Musawi – iaitu dialog penulis dengan Syaikh Salim al Bisyari al Maliki , Rektor al Azhar. Sungguh , mulanya aku kagum dengan buku tersebut.
Di sekitar hujung 1980an aku kembali bertemu dengan seorang sahabat lama semasa belajar dulu, malahan tinggal pula sebilik di asrama . Abu Hassan namanya. Dia seorang Syiah. Mengenali orang Syiah yang paling mudah , sembahyangnya semasa iktidal, tangannya lurus ke bawah , tidak kiam.
Abu Hassan memang seorang Syiah. Dia malahan ia mempermosikan Syiahnya. Kecintaannya kepada Ahlul Bait nabi saw digambarkan melalui nama anak-anaknya yang sama dengan nama nama Ahlul Bait nabi saw. Dia tidak mungkin memberi nama anaknya seperti Abu Bakar , Umar atau Usman.
Dia berhujah kelebihan Syiahnya. Aku tahu dia ingin mempengaruhi aku supaya menerima Syiah atau sekurang-kurangnya berharap aku bersimpati dengan Syiah. Malah ia pernah mengajak aku mengikuti pengajian di Pendang . Apakah ada Hauzah Syiah di Pendang seperti di Gombak ? Aku Tidak pasti.
Satu soalan baru timbul. Apakah kelebihan Syiah sehingga sahabatku itu menjadi pengikutnya ? Soalan itu menuntut aku menekuni Syiah. Aku membaca semula Dialog Suni Syiah yang di tutup sekian lama. Aku mencari pula apakah hujah Suni mengenai buku tersebut. Alhamdulilah aku ketemu buku yang bagus ia itu buku “Sunni yang Sunni — Tinjauan Dialog Sunnah-Syi’ahnya al-Musawi” oleh Mahmud az-Zaby, merupakan sanggahan kepada buku Dailog Sunah Syiah ” oleh al-Musawi. Saudara pembaca boleh membaca buku ini di alamat http://media.isnet.org/islam/ss/toc.html .
Aku juga membaca buku-buku rujukan Syiah seperti Raudah Al Kafi, Asas-asas Ilmu Hadith Syiah, Himpunan Fatwa Al Khui, , Konsep Keadilan Allah Dalam Islam, Najhul Balagah , Kitab al Haft, Usul al-Kafi- Kitab al-Hujjah , Saqifah Pepecahan Umat ( O Hashim ),Konsep Imamah Dalam Islam, Al-Ikhtisas , Amali As Saduq dan lain-lain.
Anehnya apabila membaca buku-buku tersebut ,apa yang ditemui ialah kepelekan Syiah. Contohnya :
Para Imam memiliki kedudukan mulia dan kekuasaan atas makhluk, seluruh atom di alam ini tunduk pada mereka. Keadaan ini tidak dicapai oleh malaikat maupun para Nabi. (Kitab Al Hukumah Al Islamiyah karangan Khomeini halaman 52).
Abu Jafar berkata : “ciri-ciri Imam ada 10: ( antaranya ) – Dilahirkan sudah dalam keadaan berkhitan – Begitu menginjakkan kaki di bumi ia mengumandangkan dua kalimat syahadat – Tidak pernah junub – Matanya tidur hatinya terbangun – Tidak pernah menguap – Melihat apa yang di belakangnya seperti melihat apa yang di depannya -Bau kentut dan kotorannya bagaikan misik.” …….. (Al Kaafi 1/319) Kitabul Hujjah Bab Maulidul Aimmah)
Aku menjadi hairan , tidak ada istimewanya pun , jauh sekali nak terikut. Kalau di buat perumpamaan seperti membaca Bible ( Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru ) tak mungkin akan terikut, malahan akan tambah jauh ….
Bagaimanapun jika pembaca membaca buku-buku Syiah , bacalah sama hujah-hujah Suni. Kerana anda mungkin terpesona dengan senarai panjang hujah dan rujukan mereka. Misalnya jika saudara membaca tulisan at Tijani “ Akhirnya Ku Temui Kebenaran” , bacalah sama hujah balas Oleh: Syeikh Khalid Al-‘Asqalani. Atau bacalah juga Mengapa Aku Tinggalkan Syiah karangan Al-Syeikh Al-Allamah Dr. Sayid Husain Al-Musawi Al-Husaini. Jika saudara membaca hujah Syiah mengenai sejarah , saudara perlu hati-hati. Carilah hujah balas dari pandangan Suni. Saudara boleh membaca Al Bidayah Wannihayah oleh Ibn Katsir, atau pandangan kritis oleh Marzuki Hj Mahmood Dalam buku Isu-isu Kontrovesi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa ar Rasyidin.
Jika Syiah memebri hujah sejarah tentang sesuatu peristiwa , rujuk kembali kepada Quran. Contohnya jika Syiah membenci Aishah ra atau Hafsah ra , kembali kita rujuk Al Ahzab ayat 6 : Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan istri-istrinya adalah ibu-ibu mereka. Apakah Allah silap mengangkat darjat isteri-isteri nabi sebagai Ibu Orang-orang Beriman , yang pasti kita muliakan ?
Tahukah anda , Syiah sangat membenci Abu Bakar ra. , Umar ra. dan Usman ra ? Ya, kerana mereka percaya Ali ra juga membenci ketiga-tiga sahabat tersebut. Kata mereka hak kekalifahan Ali ra telah di rampas oleh ketiga sahabat tersebut. Tetapi tahukah anda Ali juga mempunyai anak yang bernama Abu Bakar, Umar dan Usman. Mungkin kah anda akan memberi nama anak anda sama seperti nama musuh anda. Atau adakah anda , apabila musuh ketat anda meninggal akan berkahwin pula dengan jandanya , dan menjadikan anak musuh saudara dari janda itu , anak angkat yang di sayangi ? Tidak mungkin !
Jika saudara pembaca ingin mengetahui secara sepintas lalu mengenai Syiah, saudara boleh lawati laman ini : http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html dan juga laman ini http://id.wikipedia.org/wiki/Syi%27ah
Wanita beriktikaf di rumah?
Oleh : ust zaharuddin abd rahman – zaharuddin.net
Ramai yang bertanya tentang adakah boleh wanita beriktikaf di rumahnya untuk sepuluh malam terakhir ramadhan ini? adakah ia boleh mendapat pahala seperti iktikaf lelaki di masjid?
Jawapannya:
Imam Abu Hanifah & Imam Sufyan At-Thawry mengatakan wanita boleh dan sah beriktikaf di rumahnya dan mereka mendapat pahala sebagimana lelaki di masjid. Bagaimanapun perlu dingat, mereka perlulah menjaga tertoib dan adab iktikaf jika ingin perbuat di rumahnya.
Walau bagaimanapun, Imam As-Syafie dalam ijtihadnya, berpandangan wanita tidak boleh beriktikaf di di rumahnya. Kerana ayat al-Quran umum menyebut ” dan kamu semua beriktikaf di masjid-masjid” ( al-Baqarah : 187 )
Demikian juga pandangan mazhab Hanbali dan Imam Malik. ( iaitu tiada iktikaf kecuali di masjid yang didirikan kahs untuk solat kepada Allah) . Imam Ibn Quddamah di dalam kitab al-muhghni menyebut, antara dalilnya juga adalah Nabi SAW ketika di minta oleh isteri-isterinya untuk beriktikaf di masjid, maka Nabi SAW mengizinkannya , maka jika rumahnya yang dijadikan wanita sbg tempat solatnya boleh di jadikan tempat iktikaf, maka mengapakah Nabi SAW mengizinkan mereka ke masjid, bukankah terus sahaj Nabi mengizinkan mereka beriktikaf di rumah. Malah jika, iktikaf di rumah lebih elok, sudah tentu nabi akan memaklumkannya kepada para wanita.
Selain itu, ini kerana iktikaf itu adalah ibadat qurbah (yg hampirkan diri dgn Allah), seperti Tawaf, yang memerlukan lelaki dan wanita ke kaabah untuk tujuan tawaf. Demikian juga Iktikaf. ( Al-Mughni, 4/262)
Maka pandagan yang lebih kuat adalah di masjid, manakala pandangan abu hanifah dan thawry boeh diamalkan di ketika sukar ke masjid dan tidak diganggu oleh anak-anak di rumah yang menyebabkan boleh terganggu tujuan iktikaf itu. Selain itu, syarat-syarat iktikaf juga sukar di tepati jika dibuat di rumah dalam banyak keadaan.
Dan apabila wanita beriktikaf di masjid, adalah perlu untuknya menggunakan tirai
yang lebih sebagai mengikuti cara isteri-isteri Nabi SAW dan menutup aurat mereka dengan lebih berkesan.
Iktikaf di Surau
Disepakti oleh para Ulama bahawa tempat yang paling elok beriktikaf di 3 masjid utama Islam ( masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa, di tangga seterusnya dari sudut keutamaan adalah mana-mana masjid yang didirikan solat jumaat. Imam Ibn Quddamah menyebut, ini adalah kerana berjemaah di dalamnya juga adalah lebih pahalanya. Demikian juga menurut Imam As-Syafie. Manakala berikutnya adalah semua masjid walaupun tidak didirikan Jumaat.
Bagaimanapun, kebanyakan ulama hanya mengiktiraf masjid yang didirikan solat jumaat sahaja untuk dijadikan tempat beriktikaf. Demikian juga yang disebut oleh Prof Dr. Syeikh Husam, prof Shariah dari Palestin. Wallahu ‘alam.
Sekian,
ust zaharuddin abd rahman
Ayatullah `Uzma Al Burqu`i: Syiah yang kembali ke aliran salafi
Syi`ah tertusuk pada jantungnyua, tatkala seorang Ayatullah Al `Uzma As Sayyid Abu Al Fadhl mengumumkan taubat dan keluarnya dari agama Syi`ah yang kotor itu, akal mereka tidak siap menerima kenyataan pahit seperti ini. Belum sembuh borok akibat Ahmad Al Kisrawi Rahimahullah yang bertaubat mendapat hidayah kepangkuan Islam dan memproklamirkan kebatilan agama Syi`ah Imamiyah Ja`fariyah, disusul dengan bala` susulan dengan taubatnya Ayatullah Al `Uzma As Sayyid Abu Al Fadhl Al Burqu`i yang diberi hidayah oleh Allah dan dilapangkan dadanya menerima Islam, menyambut panggilan kebenaran meninggalkan kebathilan dan orang-orangnya. Keluarnya Ayatullah Al `Uzma Al Burqu`i benar-benar mengguncang Syi`ah, karena ia (Al Burqu`i) memiliki kedudukan yang sangat tinggi dan berpengaruh.
Sekapur Sirih tentang Al Burqu`i
Dia adalah Sayyid Abu Fadhl bin Muhammad At Taqiy bin Ali bin Musa Ar Ridha Al Burqu`i. Nasabnya kembali kepada jalur Ahlul Bait. Dia adalah selevel dengan Khumaini dalam hal ilmu, hanya saja Khumaini lebih tinggi peringkatnya dalam referensi agama Syi`ah. Dia merupakan salah satu mercusuar agama Syi`ah kala itu. Dia mengumandangkan taubatnya setelah menjadi jelas baginya kesesatan agama Imamiyah Ja`fariyah. Peristiwa itu terjadi sebelum revolusi Iran, hal ini merupakan pukulan berat bagi Syi`ah secara umum dan bagi negara Iran secara khusus.
Dia bergabung dengan jama`ah ahlus sunnah dan salaf di Iran, shalat Jum`at serta jama`ah di Teheran, kawasan luar `Ghadzar Wazir Daftar`. Pemerintah menekan dan mempersempit ruang geraknya, dengan menguasai masjidnya secara paksa. Sementara gereja-gereja Nashrani dan sinagog-sinagog Yahudi menghirup udara segar dan bernafas dengan aman hingga ia menyebutkan dalam kitab-kitabnya, Sesungguhnya di negeri kami ini, orang-orang Kristen, Yahudi dan Sekuler yang anti agama bisa hidup dengan nyaman. Sementara ahlus sunnah tidak pernah merasa tenang di negeri kami ini dan tidak bisa hidup ditengah-tengah orang-orang musyrik itu.
Gen Syi’ah Sebuah Tinjauan Sejarah, Penyimpangan Aqidah dan Konspirasi Yahudi, Mamduh Farhan Al Buhairi, Penerbit Darul Falah, hal 243-247.