Imam Bukhari: Aisyah r.a Akil Baligh Sejak Abu Bakar r.a Memeluk Islam.
Semasa menekuni kitab Terjemahan Hadis Sahih Bukhari Jilid 1 , Penerbit Klang Book Center, Halaman 173, ada sesuatu yang menarik pada hadis nombor 283, terjemahannya seperti berikut:
283. ‘Aisyah r.a, isteri Nabi saw. berkata:
“Semenjak aku tahu kedua orang tuaku telah memeluk Islam, semenjak aku mulai akil balightiada satu hari pun kami lewati, melainkan Rasulullah saw. datang mengunjungi kami di kedua tepi siang, maupun petang. Kemudian ayahku, Abu Bakar, teringat hendak mendirikan sebuah mesjid, maka dibuatnya di halaman rumah kami. Ayahku shalat dan membaca Qur’an di mesjid itu. Мака para wanita musyrik dan anak-anak mereka berdiri di sekitarnya, mereka tercengang melihat ayahku dan memperhatikannya. Abu Bakar, ayahku, seorang laki-laki yang mudah mcnangis dan tidak dapat menguasai air matanya apabila beliau membaca A1 Quran. Hal itu menyebabkan para bangsawan musyrikin Quraisy gempar karenanya.”
Berapakah umur Ibunda kita Aisyah r.a. ketika itu? Tahun berapakah berlaku kisah itu?
Kamus Pelajar DBP menyebut akil baligh sebagai:
“cukup umur atau dewasa (mengikut pandangan Islam, biasanya apabila mencapai umur antara 9 – 12 tahun bagi perempuan dan 12 – 15 tahun bagi lelaki)”.
Tahun berapakah ketika itu?
Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w berada 13 tahun di Makkah selepas kerasulan, lalu berhijrah ke Madinah. Baginda berada di Madinah selama 10 tahun sebelum wafat pada umur 63 tahun.
Abu Bakar r.a adalah diantara sahabat rapat paling awal memeluk Islam. Ini bermakna Abu Bakar r.a masuk Islam pada tahun pertama kerasulan atau pada tahun 13 Sebelum Hijrah.
Berapakah umur Ibunda Aisyah r.a ketika berkahwin dan tinggal bersama serumah dengan Nabi s.a.w? Riwayat sejarah menyebut mereka tinggal serumah selepas hijrah. Ada menyebut pada bulan Syawal tahun pertama Hijrah dan ada menyebut bulan Syawal tahun kedua Hijraah. Jika riwayat mereka mula tinggal serumah selepas berkahwin pada tahun pertama Hijrah, bermakna umar Ibunda Aishah r.a ialah 9 + 13 = 22 tahun, dengan mengambil kira umur paling rendah pada masa akil baligh.
Daripada hadis di atas saya yakin dan berkesimpulan Ibunda Aisyah tidak berkahwin dengan Nabi s.a.w pada umurnya 6 atau 8 atau 9 tahun tetapi pada umur lebih 20 tahun,
Ikuti polimik pemurnian usia Ibunda Aisyah r.a ketika berkahwin dengan nabi s.a.w di link berikut: