Kronologi Pembunuhan Utsman Radhiyallahu ‘anhu

Kronologi Pembunuhan Utsman Radhiyallahu ‘anhu[1]

 

 

Pengepungan berlanjut hingga pagi hari jumat, yang bertepatan dengan 12 Dzul Hijjah 35 H. Pada waktu itu Utsman Radhiyallahu ‘anhu sedang duduk dirumahnya bersama para sahabat yang berjumlah banyak sekali dan selain mereka yang ingin membela dan melindungi beliau dari kebengisan para pendemo tersebut. Dan Utsman Radhiyallahu ‘anhu telah memeritahkan mereka untuk keluar dari rumah dan melarang mereka untuk membelanya, namun mereka tetap berkeinginan membela beliau, seperti yang telah disebutkan.

Dan terkahir kali, beliau dapat menjadikan mereka menerima perintah beliau, hingga mereka semua keluar dari rumah dan membiarkan beliau sendiri dengan para pendemo itu. Tidak ada yang tersisa dirumah melainkan Utsman dan keluarganya saja. Tidak ada lagi seorang pun yang menjaga Utsman. Lalu beliau membuka pintu rumah.[2]

Pada saat itu beliau Radhiyallahu ‘anhu sedang berpuasa, lalu tiba-tiba masuk seseorang yang tidak disebutkan namanya. Ketika dia melihat beliau Radhiyallahu ‘anhu dia berkata : “Antara aku dan engkau adalah kitabullah”, kemudian dia keluar dan meninggalkan Utsman. Tidak berselang lama, masuk seseorang dari Bani Sadus yang dijuluki sebagahi Al- Maut Al-Aswad [3](Kematian hitam), lalu dia mencekik beliau dan cekikannya seperti tebasan pedang. Dia berkata : “Demi Allah, aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lembut dari lehernya. Aku telah mencekiknya, hingga aku melihat nafasnya seperti jin  yang mengalir di tubuhnya”.[4]

Kemudian dia menebaskan pedangnya kepada beliau, dan Utsman Radhiyallahu ‘anhu pun menangkisnya dengan tangan beliau, hingga terputus. Lalu Utsman berkata : “Demi Allah, ini adalah tangan yang pertama kali menuliskan ayat-ayat Al-Qur’an”. Yang demikian itu, karena beliau termasuk para penulis wahyu (al-Qur’an) dan beliau termasuk orang pertama yang menulis mushaf dengan diturunkan  langsung oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau terbunuh dan mushaf berada didepan beliau.

Darah mengalir dari potongan tangan beliau hingga mengenai mushaf yang berada didepan beliau yang sedang beliau baca. Darah tersebut jatuh pada firman Allah :

“Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan  Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. “

[QS.Al-Baqarah : 137][5].

 

 

Ketika pembunuh Utsman –orangnya hitam- telah selesai, dia mengangkat atau membentangkan  tangannya didalam rumah, seraya berkata : Akulah  pembunuh Na’tsal.[6] 30

Ruh beliau yang suci itu pun naik kepada Rabnya dengan penuh keridhaan dan mengadukan kedzaliman para pelakunya. Semoga keridhaan Allah bagi Utsman dan semoga Allah memasukkannya kedalam  surga-Nya  yang  luas bersama  Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta para sahabat-sahabat beliau. Dan beliau wafat pada hari jumat pagi 12 Dzul Hijjah .


[1] Dipetik dari buku Khalifah Yang Terzhalimi oleh  Ustadz ‘Abdurrahman at-Tamimi , terjemahan oleh Team Abu Salama

[2] HR.Kholifah dalam At-Tarikh 174-175 dari riwayat Abu Sa’id dengan sanad yang  shahih atau hasan.

[3] Rujuk  https://aburedza.wordpress.com/2010/10/08/siapa-pembunuh-khalifah-usman-bin-afan-r-a/ Dr Mohd Asri menulis sebagai al-Mar’u  al-Aswad.

[4] HR.Ibnu Sa’ad didalam Ath-Thobaqaat 3/70-75, Ibnu Asaakir dalam Tarikh Dimasyq  (biografi Utsman) 389-391, Khalifah dalam at- Tarikh 174 dari riwayat Sa’id maula Abu Usaid, dengan sanad yang shahih atau hasan, dan Ibnu Sa’ad dalam Ath-Thobaqaat

[5] HR.Khalifah dalam At-Tarikh 175, Ibnu Asaakir dalam Tarikh Dimasyq (Biografi Utsman) 4200 dari riwayat Abdullah bin Syaqiq yang bertemu dengan Abdullah Al- Haritsah. Didalam riwayat ini Abu Harits melihat darah tersebut mengenai mushaf, dan sanadnya sampai kepadanya

[6] Sanadnya shahih. Na’tsal adalah julukan yang diberikan oleh para pemberontak kepada Utsman, karena beliau mirip dengan  seorang dari Mesir yang bernama Na’tsal, dan dia panjang jenggotnya

Siapa Pembunuh Khalifah Usman Bin Afan r.a

Siapa Pembunuh  Khalifah Usman Bin Afan  r.a

Usman r.a dilantik menjadi Khalifah ke tiga pada akhir tahun 23 Hijrah dan memulakan kepimpinannya pada awal Muharam tahun 24 Hijrah. Usman r.a terbunuh pada hari Jumaat 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah – demikian tercatit di dalam Sejarah Khalifah Rasullah oleh Prof Dr.  Amin Qudaah

Daripada Ibnu Umar Nabi s.a.w berkata:

“Sesungguhnya para malaikat malu kepada Usman seperti mereka malu pada Allah dan rasulnya.”

Nabi s.a.w  melalui hadis nya telah memberi khabar bahawa Umar r.a dan Usman r.a akan mati syahid. Satu ketika nabi  bersama kedua sahabatnya itu nak ke Bukit Uhud, tiba-tiba bukit Uhud bergoncang, maka bersabdalah nabi s.a.w:

“Bertenanglah wahai Bukit Uhud, tidak ada di atas kamu kecuali seorang nabi dan dua orang yang akan mati berjuang ( syahid)”

Pada hari syahidnya Usman r.a  beliau berpuasa. Beliau memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau bermimpi:

“Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah s.a.w , Abu Bakar dan Umar dalam mimpiku, mereka berkata kepada ku, “ Bersabarlah! Engkau akan berbuka puasa disisi kami nanti”.

Kerana itu Usman r.a telah memakai seluar, sedangkan sebelum itu beliau tidak pernah memakai seluar. Beliau tidak pernah memakai seluar sejak sebelum Islam dan selepas Islam. Beliau memakainya kerana takut terdedah  auratnya apabila syahid.

Semasa dibunuh Usman r.a sedang membaca al Quran.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di dalam bukunya Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w meyebut Pembunuh Usman r.a  ialah seorang yang bergelar al-Mar’u  al-Aswad. Beliau memetik pekara ini daripada kitab Ibn  Al-Arabi, Al-Awasim min al-Qawasim halaman 141.

Dr. Mohd. Asri menambah dengan mengutip tulisan  Muhibb al-Din al-Khatib dalam kitabnya Ta’liqat al-Awasim min al-Qawasim halaman 141  mengatakan  “kemungkinan al-Mar’u al-Aswad itu adalah ‘Abd Allah ibn Saba’. Ini kerana pada masa itu ‘Abd Allah ibn Saba’ turut hadir bersama para  pemberontak. Tujuan nama itu digunakan untuk mengelirukan orang ramai.”

Rujukan:

Sejarah Khalifah Rasullah oleh Prof Dr.  Amin Qudaah

Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Al Bidayah Wan Nihayah oleh Ibn Katsir