Pautan Syiah

1. Perbahasan mengenai kesahehan al Kafi oleh Kulani :  http://www.blogger.com/feeds/8472052348042732137/posts/default

2. Kebencian Syiah kepada Umar ra dan lain-lain , baca  di sini :

http://hakekat.com/content/view/15/9/

3. Banyak artikal menyangah Syiah Iran , baca di sini : http://bahayairan.wordpress.com/

4. Baca pandangan ulama dahulu mengenai Syiah  di sini : http://abuhaekal.multiply.com/journal/item/11

5. Kenali Siapakah Al Imam Ja`far Ash Shadiq? baca di sini :  http://abuhaekal.multiply.com/journal/item/12

6. Banyak artikal Syiah di sini : http://abuhaekal.multiply.com/

7. ‘CINTA ASYURA DAN KARBALA baca di sini : http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/Jawab%20Syiah.pdf

8. PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN SYIAH baca di sini : http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html

9. AKHBAR AL-FITAN – Berita semasa mengenai SYIAH baca di sini : http://tenteradajjal.blogspot.com/

10. Katakan TIDAK pada SYIAH – baca pelbagai maklumat disini : http://www.darulkautsar.net/article_cat.php?CategoryID=93

11. Artikal menarik , katakan TIDAK pada Syiah baca di sini : http://hakekat.com/

12. Respon kepada Tulisan Syiah : “Siapakah Tentera Dajjal?” di TKO

BACA DI SINI : http://tenteradajjal.blogspot.com/2009/01/respon-kepada-tulisan-syiah-siapakah.html

13. Islam Versus Syiah – Katakan TIDAK pada Syiah : di sini

14. Mengenai Pembunuhan Cucunda Nabi s.a.w Husain r.a :

Pengkhianatan terhadap ahlul bait: di sini

Siapa menipu Imam Husain r.a : Di sini

Pembunuhan Imam Husain r.a  1-5 bermula didi sini

15. Semua tulisan mengenai SYIAH di dalam blog ini : KLIK

16.  PELBAGAI: , , , , , , , , , , , , DI http://syiahisme.wordpress.com/

17.  Menarik : http://abul-jauzaa.blogspot.com/search/label/Syi%27ah antaranya:

Kesahihan Kitab-Kitab Utama Syi’ah Menurut Pandangan Ulama-Ulama Mereka

Sunni Syiah Dalam Diskusi Aqidah Bahagian 1  hingga bahagian 5

 



12 thoughts on “Pautan Syiah

    • Muga rahmat dan redza Allah dilimpahi keatas saudara.

      Soalan itu semua orang tahu baik Suni maupun syiah. Tetapi pengikut Syiah tidak mengetaahui bahawa pengikut Syiah lah pengkhianat kepada Ali r.a , Hasan r.a dan juga Husain r.a sehingga ketiga-tiga kesayangan Rasulullah s.a.w itu di bunuh. Tetapi orang Syiah masih mau menyalahkan orang lain. Baca lah sejarah yang di tulis oleh orang Syiah sendiri mereka mengakui pengikut Syiah tidak boleh di harap.

      ” Ahmad Rasim an Nafis mengutipkan kepada kita beberapa pantun Husein r.a yang dikutip dari “al Ihtijaaj”; (2/24) dan peringatan beliau kepada Syi’ah (para pengikut) beliau yang telah mengundang beliau (dengan janji) hendak membelanya, tetapi kemudian meninggalkannya. Kata beliau: “Ketika itu mereka secara terus menerus merisaukan Abu Abdillah Husein, agar beliau tidak dapat menyelesaikan ibadah haji beliau. Lalu beliau berkata kepada mereka dengan murka: “Mengapa kalian tidak bersedia diam terhadapku dan mendengar tutur kataku? Sebenarnya saya mengajak kalian ke jalan lurus, sehingga orang-orang yang bersedia mengikutiku akan menjadi orang-orang yang beroleh bimbingan, sedang yang durhaka kepadaku akan menjadi orang-orang yang dibinasakan. Kalian semua telah berbuat durhaka terhadap perintahku, tidak mendengar ucapanku. Kiranya barang-barang yang kalian terima berlimpah barang haram, perut-perut kalian pun dipenuhi oleh barang haram, sehingga Allah menutup hati kalian. Celakalah kalian, mengapa kalian tiada bersedia tutup mulut? Mengapa tidak bersedia mendengar?” . . . , lalu para hadirin pun diam. Selanjutnya beliau a.s. berkata lagi: “Celakalah kalian wahai jemaah. Kalian campakkan apa-apa yang telah kalian serukan kepada kami. Kami dapati kalian dalam keadaan lemah, lalu kami pun menyeru kalian dengan siap siaga. Lalu kalian hunuskan pedang ke arah leher-leher kami. Kalian sulutkan bara api fitnah ke atas kami, sehingga menjadi peluang bagi musuh-musuh kami dan musuh kalian sendiri. Lalu kalian pun menjadi perintang orang-orang yang hendak melindungi kalian, dan pula menjadi tangan bagi musuh-musuh kalian. Tanpa adanya keadilan berlaku di antara kalian. Tak ada pula harapan kalian terhadap mereka kecuali harta duniawi haram yang akan kalian peroleh, kehidupan seorang pengecutlah yang kalian dambakan ….., alangkah buruk moral kalian. Sebenarnya kalianlah para pendurhaka di antara umat ini, kelompok paling jahat, pencampak al Kitab (Al Quran), sarana bisik-bisikan setan, golongan para pendosa, pemanipulasi Al Quran (Al Quran), pemadam sunah-sunah, dan pembunuh putra-putri para nabi, ‘Ala Khutha Husain; hal. 130-131.”

      Doa Husain r.a atas mereka (syiah) sangat terkenal, beliau mengatakan sebelum wafatnya, “Ya Allah, apabila Engkau memberi mereka kenikmatan, maka cerai beraikanlah mereka, jadikanlah mereka menempuh jalan yang berbeda-beda, dan janganlah restui pemimpin mereka selamanya, karena mereka telah mengundang kami untuk menolong kami, namun ternyata kemudian memusuhi kami dan membunuh kami“ – Al Irsyad, hal 241. I’lam Al Wara li Ath Thibrisi, hal 949. (doa Husein Radhiyallahu anhu ini terjawab syiah sampai saat ini berpecah belah sedemikian rupa setiap kewafatan imam mereka, mereka berpecah belah satu dan lainnya, dan diantara mereka saling kafir mengkafirkan satu dengan lainnya).

      Saudara baca lah link pada tajuk ( BERTULISAN WARNA PINK )
      14. Mengenai Pembunuhan Cucunda Nabi s.a.w Husain r.a :
      Pengkhianatan terhadap ahlul bait
      Siapa menipu Imam Husain r.a
      Pembunuhan Imam Husain r.a DAN
      15. Semua tulisan mengenai SYIAH di dalam blog ini : KLIK
      di atas.
      Terima kasih

  1. Aslkm,

    Sesungguhnya mazhab Syi’ah adalah Islam yg benar dan hakiki, karena secara totalitas mengikuti ajaran Nabi Muhammad saw dan Ahlulbaitnya yg disucikan dlm QS Al Ahzab 33 dan Sunnah dlm hadits Al-Kisa. Adapun orang yg mengingkari ketetapan Allah dan Rasul-Nya tsb, sangat jelas patut dipertanyakan lagi Islam dan Iman mereka.

    Wslkm,

    • MENYANGGAH SYI’AH: IMAMAH, SIAPA YANG MENEPATI NAS?

      Sumber : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2543

      Di antara taktik golongan Syi’ah untuk mengelirukan dan menipu umat Islam ialah dengan menghubungkan ajaran mereka kepada imam-imam Ahlul Bait iaitu keturunan Nabi s.a.w.. Kerana itu kepercayaan kepada imam-imam ini yang dipanggil akidah imamah adalah merupakan usul agama yang paling utama di sisi mana-mana golongan Syi’ah. Tanpa kepercayaan kepada imam maka akan runtuhlah akidah Syi’ah yang lain.

      Di antara ulama yang mengingatkan umat Islam tentang taktik jahat ini ialah al-Imam al-Ghazali ketika beliau menyebutkan beberapa helah golongan sesat untuk mengelirukan umat Islam.

      الثالث ألا يظهر من نفسه انه مخالف للأمة كلهم وانه منسلخ عن الدين والنحلة إذ تنفر القلوب عنه ولكن يعتزي إلى ابعد الفرق عن المسلك المستقيم وأطوعهم لقبول الخرافات ويتستر بهم ويتجمل بحب اهل البيت وهم الروافض

      Helah ketiga (daripada bab ketiga-Helah Golongan Sesat): dengan tidak menampakkan daripada dirinya bahawa ia menyalahi kebanyakan ummat, mendedahkan pegangan dan anutannya yang sebenar kerana jiwa-jiwa manusia akan menjadi liar daripadanya (dengan terdedah pegangan sebenar) tetapi ia akan menyandarkan (pegangannya) kepada golongan-golongan yang paling menepati jalan yang benar serta paling patuh supaya diterima kekarutan-kekarutan ajarannya, boleh melindungi dirinya di sebalik mereka dan menampakkan keindahan ajarannya dengan cintakan Ahlul Bait iaitu golongan Rafidhah (Syi’ah).[1]

      Namun begitu golongan Syi’ah telah berpecah kepada beberapa puak dimana masing-masing mendakwa bahawa mereka berada di landasan kebenaran di dalam pemilihan imam dan hanya imam merekalah yang menepati pilihan Allah ta’ala. Kerana setiap golongan Syi’ah percaya bahawa imam-imam yang dilantik dari pihak Allah menepati dalil pegangan mereka.

      Syi’ah Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah berpegang kepada begitu banyak dalil yang menunjukkan bahawa imam-imam mereka dilantik berdasarkan nas daripada Allah ta’ala. Antaranya:

      محمد بن الحسن، عن سهل بن زياد، عن محمد بن عيسى، عن فضالة بن أيوب، عن أبان، عن عبدالله بن سنان، عن إسماعيل بن جابر، قال: قلت لابي جعفر عليه السلام: أعرض عليك ديني الذي أدين الله عزوجل به؟ قال: فقال: هات قال.فقلت: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمدا عبده ورسوله والاقرار بما جاء به من عند الله وأن عليا كان إماما فرض الله طاعته، ثم كان بعده الحسن إماما فرض الله طاعته، ثم كان بعده الحسين إماما فرض الله طاعته، ثم كان بعده علي بن الحسين إماما فرض الله طاعته حتى انتهى الامر إليه، ثم قلت: أنت يرحمك الله؟ قال: فقال: هذا دين الله ودين ملائكته.

      Muhammad bin al-Hasan daripada Sahal bin Ziyad daripada Muhammad bin Isa daripada Fadhalah bin Ayyub daripada Aban daripada Abdillah bin Sinan daripada Ismail bin Jabir katanya, aku berkata kepada Abu Ja’far (Muhammad al-Baqir) a.s.: “Bolehkah aku kemukakan kepadamu agamaku yang aku beriman kepada Allah ‘azzawajalla dengannya? Perawi (Ismail) berkata, maka Abu Ja’far a.s. berkata: “Silakan”. Perawi berkata, maka aku pun berkata: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya dan aku mengakui terhadap apa yang dibawa olehnya dari sisi Allah dan sesungguhnya Ali adalah imam yang difardhukan oleh Allah untuk ditaati, kemudian selepasnya al-Hasan sebagai imam yang difardhukan oleh Allah untuk ditaati, kemudian selepasnya al-Husain sebagai imam yang difardhukan oleh Allah untuk ditaati, kemudian selepasnya Ali bin al-Husain sebagai imam yang difardhukan oleh Allah untuk ditaati sehinggalah urusan ini berakhir kepadanya. Kemudian aku berkata: “Engkau juga, semoga engkau dirahmati oleh Allah?”. Perawi berkata, lalu ia (Abu Ja’far) berkata: “Ini adalah agama Allah dan agama malaikat-malaikat-Nya”.[2]

      Begitu jugalah berhubung dengan setiap imam daripada dua belas imam mereka. Semuanya dilantik dari pihak Allah dan diwajibkan supaya menta’atinya. Al-Kulaini menukilkan riwayat berkenaan perlantikan Abu al-Muhammad Hasan al-Askari:

      عن أبي هاشم الجعفري قال: كنت عند أبي الحسن عليه السلام بعد ما مضى ابنه أبوجعفر وإني لافكر في نفسي أريد أن أقول: كأنهما أعني أبا جعفر وأبا محمد في هذا الوقت كأبي الحسن موسى وإسماعيل ابني جعفر ابن محمد عليهم السلام وإن قصتهما كقصتهما، إذ كان أبومحمد المرجى بعد أبي جعفر عليه السلام فأقبل علي أبوالحسن قبل أن أنطق فقال: نعم يا أبا هاشم بدا لله في أبي محمد بعد أبي جعفر عليه السلام ما لم يكن يعرف له، كما بدا له في موسى بعد مضي إسماعيل ما كشف به عن حاله وهو كما حدثتك نفسك وإن كره المبطلون، وأبومحمد ابني الخلف من بعدي، عنده علم ما يحتاج إليه ومعه آلة الامامة

      Daripada Abu Hasyim al-Ja’fari katanya, saya bersama Abu al-Hasan a.s. selepas kewafatan anaknya Abu Ja’far dan terlintas di fikiran saya yang ingin saya katakan ialah seolah-olah Abu Ja’far dan Abu Muhammad (Hasan al-Askari) pada waktu ini sama seperti apa yang telah berlaku kepada Abu al-Hasan (Musa al-Kazhim) dan Ismail dua orang anak Ja’far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir a.s. dan kisah kedua-duanya (Abu Ja’far dan Abu Muhammad Hasan al-Askari) sama seperti kedua-duanya (Abu al-Hasan (Musa al-Kazhim) dan Ismail) kerana Abu Muhammad a.s. yang diharapkan (menjadi imam) selepas Abu Ja’far a.s.. Lalu Abu al-Hasan a.s. mengadap saya sebelum saya sempat menuturkannya dengan katanya: “Ya! Wahai Aba Hasyim. Telah berlaku bada’[3] kepada Allah tentang Abu Muhammad selepas (kematian) Abu Ja’far a.s. sesuatu yang sebelum itu Dia tidak mengetahui tentangnya sebagaimana berlaku bada’ kepada Allah tentang Musa al-Kazhim selepas kematian Ismail[4] apa yang tersingkap tentang keadaannya. Ia berlaku sebagaimana yang terlintas di dalam hatimu walaupun orang-orang yang sesat tidak menyukainya. Abu Muhammad anakku adalah pengganti selepasku. Dia mempunyai ilmu yang diperlukan dan alat-alat imamah.[5]

      Dua contoh ini sudahpun memadai sebagai dalil bahawa perlantikan imam di sisi Syi’ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah adalah daripada Allah. Begitu juga di sisi Syi’ah yang lain. Syi’ah Isma’iliyyah umpamanya mengatakan imamah adalah salah satu usul Islam, asas dan tiang agama. Mereka berbeza dengan Ithna ‘Asyariyyah di dalam perlantikan imam selepas Ja’far as-Sadiq iaitu mereka tidak menerima Musa al-Kazhim sebagai imam yang menggantikannya tetapi menetapkan bahawa Ismail adalah orang yang dilantik oleh Allah sebagai imam. Seorang tokoh Isma’iliyyah Ali bin Muhammad al-Walid menjelaskan tentang imamah dengan katanya:

      “Imamah adalah kefardhuan dari Allah dan Ia menyempurnakan agama dengannya. Tidak sah beriman dengan Allah dan rasul kecuali beriman dengan imam dan hujjah”.[6]

      Ketetapan imam-imam di sisi Isma’iliyyah juga sebagaimana Ithna ‘Asyariyyah iaitu mengikut sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah ta’ala walaupun berbeza orang yang layak menduduki jawatan tersebut. Seorang tokoh Isma’iliyyah menyebutkan di dalam kitabnya:

      “Hanya keturunan Ali sahaja yang layak menduduki tempat imam iaitu Hasan dan Husain kemudian dari kalangan keturunan Husain bukan keturunan Hasan. Kemudian sesudah itu dari kalangan keturunan Ismail bin Ja’far as-Sadiq dan bukan dari kalangan keturunan yang lain”.[7]

      Bukti yang dikemukakan di atas menunjukkan bahawa Syi’ah Ithna ‘Asyariyyah dan Isma’iliyyah sepakat di dalam akidah tentang kewajipan beriman kepada imam-imam maksum yang dilantik dari pihak Allah. Tetapi mereka berbeza pendapat siapakah yang layak menduduki jawatan tersebut selepas Imam Ja’far as-Sadiq.

      Ini belum lagi dilihat kepada kelompok Syi’ah yang lain. Umpamanya Syi’ah al-Kaisaniyyah berbeza pendapat di dalam pemilihan imam selepas Ali r.a. bila mereka mengatakan imam selepasnya ialah Muhammad bin al-Hanafiyyah bukan Hasan r.a.. Begitu juga dengan pecahan-pecahan Syi’ah yang begitu banyak, perbezaan mereka yang besar adalah dalam pemilihan imam selepas kematian seseorang imam dan perbezaan tersebut bukanlah perkara ranting tetapi ia adalah termasuk di dalam pokok ajaran kerana ia merupakan asas penting agama.

      Kalau begitu, Syi’ah dari kelompok manakah yang menepati nas dari Allah ta’ala? Jikalau Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah menjadikan ayat at-Tathir sebagai dalil pegangan mereka, maka apakah Syi’ah-syi’ah yang lain tidak menjadikan dalil yang sama untuk menguatkan pegangan mereka?[8] Siapakah dari kalangan mereka yang menepati nas tersebut? Ayat itu ialah:

      إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

      Bermaksud: Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai “Ahlul Bait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).[9]

      Di antara dalil golongan Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah di dalam menegakkan akidah imamah mereka ialah hadith dua belas khalifah iaitu:

      عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ كَتَبْتُ إِلَى جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ مَعَ غُلَامِي نَافِعٍ أَنْ أَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَكَتَبَ إِلَيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ جُمُعَةٍ عَشِيَّةَ رُجِمَ الْأَسْلَمِيُّ يَقُولُ لَا يَزَالُ الدِّينُ قَائِمًا حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ أَوْ يَكُونَ عَلَيْكُمْ اثْنَا عَشَرَ خَلِيفَةً كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ عُصَيْبَةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَفْتَتِحُونَ الْبَيْتَ الْأَبْيَضَ بَيْتَ كِسْرَى أَوْ آلِ كِسْرَى

      Daripada ‘Amir bin Sa’ad bin Abi Waqqas katanya, saya menulis kepada Jabir bin Samurah bersama hambaku Nafi’ supaya engkau ceritakan kepadaku sesuatu yang engkau mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w., Dia (‘Amir) berkata, “lalu dia (Jabir) menulis kepadaku, “aku mendengar Rasulullah s.a.w. pada hari Jumaat ……….. yang direjam Ma’iz al-Aslami bersabda: “Agama ini akan terus teguh sehingga berlakunya kiamat atau sehingga kamu dikuasai oleh dua belas orang khalifah, mereka semuanya dari Quraisy”. Aku mendengar Baginda bersabda lagi, “satu kelompok dari orang-orang Islam akan menakluk rumah putih iaitu rumah (kerajaan) Kisra atau keluarga Kisra”.[10]

      Kalaulah Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah menjadikan hadith ini sebagai dalil mereka maka bagaimana pula dengan pecahan Syi’ah yang lain?[11]

      Kalaulah dalil-dalil yang lain dijadikan hujah oleh Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah sama ada takwilan yang bathil daripada ayat al-Quran maka mungkin juga pecahan Syi’ah yang lain menggunakan dalil yang sama untuk menguatkan pegangan mereka. Ini kerana hujah mereka adalah sama iaitu untuk menguatkan akidah imamah yang menjadi tunjang kepada ajaran mereka semua.

      Jadi….. siapakah dari kalangan mereka yang menepati nas dan menepati kehendak Allah di dalam pemilihan imam?[12]

      NOTA KAKI:

      [1] Al-Imam al-Ghazali Fadhaaih al-Bathiniah Bab Ketiga Peringkat-Peringkat Helah Mereka (Golongan Sesat) Dan Sebab Manusia Terpedaya Dengan Mereka Walaupun Jelas Kejahatan Mereka, hal. 30

      [2] Al-Usul Min al-Kafi jil. 1 hal. 188

      [3] Nyata atau jelas sesuatu setelah tersembunyi. Bada’ bererti jahil tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Golongan Syiah mempercayai Allah bersifat dengan sifat al-Bada’.

      [4] Telah berlaku bada’ kepada Allah ta’ala iaitu pada peringkat permulaannya Allah menentukan Ismail sebagai imam selepas Ja’far as-Sadiq tetapi apa yang berlaku ialah Ismail meninggal sebelum Ja’far as-Sadiq. Setelah Allah ta’ala menyedari apa yang berlaku maka ia memindahkan penentuan imam kepada Musa al-Kazhim. Begitu juga keadaan yang berlaku kepada penentuan imam selepas Abu al-Hasan iaitu Ali al-Jawad.

      [5] Al-Usul Min al-Kafi jil. 1 hal. 326

      [6] Taj al-‘Aqaaid wa Ma’din al- Fawaaid hal. 65 (sumber: Ihsan Ilahi Zahir, al-Ismaa’iliyyah Tarikh wa ‘Adaaid hal. 367)

      [7] Qadhi an-Nu’man al-Maghribi, Da’aaim al-Islam hal. 109. sumber: Ihsan Ilahi Zahir, al-Ismaa’iliyyah Tarikh wa ‘Adaaid hal. 375)

      [8] Syi’ah menjadikan ayat ini sebagai dalil akidah imamah dan imam-imam adalah maksum. Jawapan terhadap pegangan mereka tersebut telah dijawab oleh ulama Ahlus Sunnah dan penulis juga memasukkan jawapan terhadap dalil tersebut di dalam kertas kerja ‘sumber ajaran Syi’ah’.

      [9] Al-Quran Surah al-Ahzab ayat 33

      [10] Sahih Muslim

      [11] Jawapan sebagai menolak hujah mereka berdasarkan dalil ini telahpun dikemukakan sebelum ini di dalam kertas kerja ‘sumber ajaran Syi’ah’

      [12] Kerana di dalam persoalan akidah tidak boleh berlaku perbezaan pendapat berbeza dengan perbezaan pendapat dari kalangan Ahlus Sunnah yang hanya melibatkan persoalan furu’ iaitu feqah sahaja.

      Sumber : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2543

      SOALAN KPD SAUDARA YADI – 1. UGAMA SYIAH MANA YANG BETUL DI ANTARA PECAHAN SYIAH TERSEBUT? RINGKASAN PECAHAN TERSEBUT SILA LIHAT DI

      Ust Ismail Omar : Perpecahan Golongan Syiah Dalam Menentukan Siapa Imam


      2. BAGAIMANA PEKARA POKOK ( SIAPA IMAM) BOLEH BERBALAH? MAZHAB SUNI TIDAK PERNAH BERBALAH PEKARA POKOK CUMA PEKARA RANTING? UGAMA SYIAH MANA SATU YANG BETUL?

  2. Salam
    Seorang pembaca menulis kepada saya mengenai Artikal Syiah dalam blog ini :
    Artikal Syiah –

    Adakah semua artikel ini milik asal sdara ? apa pendapat saudara ttng Faisal Tharani…..yg dalam artikel nya mengataka yg membunuh Hussain ialah anak saad abi waqash.
    Ana dr terengganu.Boleh ke ana dapatkan no tel Sdara Abu Redza…….

    Terima kasih kepada penulis tersebut.

    Sila baca respon saya di sini :

    Siapa Pembunuh Saidina Hussain r.a

  3. Assalamu’alaikum.

    Terukan karya anda dan buka semua tembelang Syi’ah. Sesungguhnya Syi’ah merupakan musuh dalam selimut dan syi’ah satu agama yang tiada kena mengena dengan Islam.

    Wassalam

  4. Assalamualaikum,

    Masalah dgn umat Islam hari ini adalah kerana kerakusan ego yg mahu meletakkan diri pada ‘kebenaran’. Aku benar – Kamu salah ini menjadi racun dalam diri umat Islam. Tunjukkanlah dalil yg jelas yg mengatakan kalian benar. Apakah dalam Al-Quran ada menyebut nama mazhab,tareqat yg benar? Apakah dalam Kitab Allah ada menyebut WAJIB mengikut mazhab & tareqat? Bukankah mazhab & tareqat ini sekadar fahaman seorang manusia tentang Islam? Walaupun beliau2 itu imam & ulama tersohor, tetap bknlah mereka yg menetapkan cara kalian untuk mengamalkan ajaran Islam. Kembali kepada AlQuran & hadith serta gunakan aqal kalian dalam berijtihad. Jgn sekadar mengikut & melaung-laungkan dalam jiwa aku telah menemui kebenaran kerana kebenaran hanyalah milik Allah. Hanya Islam yg diredhai Allah bkn Islam Sunnah, Islam Syiah atau Islam Wahabi. Hanya Islam.

Tinggalkan komen