Surat Khalifah Umar r.a Kepada Pemimpin Tentera Islam

Khalifah Abu Bakar r.a meninggal pada malam Selasa 8 Jamadilakhir tahun 13 hijarah dan esoknya hari Selasa Umar bin Khattab r.a mengambil alih kepimpinan umat Islam. Umar r.a cedera ditikam Abu Lu’luah pada hari Rabu dan berterusan sehingga beliau meninggal dunia empat hari sebelum akhir bulan Zulhijah tahun 23 Hijrah.

Sepanjang kepimpinan beliau antara sumbangan besar beliau  ialah perluasan wilayah Islam. Prof. Dr. Amin Qudah di dalam Sejarah Khalifah Rasullah[1] menyebut pada zaman Umar r.a, tentera-tentera Islam berperang mengikut tiga kumpulan:

Kumpulan pertama menuju ke Parsi. Kumpulan ini telah mengundang kepada kejatuhan Parsi.

Kumpulan kedua menuju ke Negeri Syam. Kumpulan ini telah menewaskan kerajaan Rom.

Kumpulan ketiga menuju ke Mesir. Mesir ketika itu dibawah kekuasaan Rom telah ditewaskan.

Prof. Dr. Amin Qudah menambah di dalam buku yang sama bahawa rahsia kemenangan ini bermula daripada asas-asas yang kuat, semangat yang besar, politik yang bijak, kebenaran niat serta keimanan yang kuat dan dapat difahami daripada tulisan Umar r.a kepada pemimpin tentera  termasuk kepada Saad bin Abi Waqqas. Antara tulisan Umar r.a  seperti berikut :

“Sesungguhnya saya menyuruh kamu dan tentera-tentera yang bersama  kamu supaya yakin kepada Allah pada setiap masa. Keyakinan  kepada  Allah adalah sebaik-baik persiapan bagi  melawan musuh dan sebaik-baik strategi dalam peperangan.

Saya menyuruh kamu dan orang yang bersama kamu menjaga diri daripada melakukan maksiat dan berhati-hati pada musuh-musuh kamu. Dosa-dosa tentera lebih diambil waspada daripada menghadapi musuh – musuh. Jika tidak demikian, maka kita tidak mempunyai kekuatan kerana jumlah kita tidak seperti jumlah mereka, kekuatan kita tidak seperti kekuatan mereka. Jika kita sama dengan mereka dalam kemaksiatan, maka mereka melebihi kita dalam kekuatan, kita tidak menang disebabkan oleh kelebihan kita dan kita tidak mengalahkan mereka dengan kekuatan kita.

Ketahuilah, kamu semua dibawah penjagaan malaikat­-malaikat Allah. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Maka malulah kepadanya dan jangan berbuat kemaksiatan kepadaAllah sedangkan kamu berada di jalan Allah. Dan jangan kamu katakan musuh kita lebih buruk daripada kita dan mereka tidak dapat menguasai kita. Banyak kaum yang menguasai mereka yang lebih buruk daripada mereka, seperti kaum yang menguasai bani Israel (yang mengerjakan perkara yang dibenci olehAllah) iaitu orang Majusi (maka mereka mengintai lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau dan sebenarnya peristiwa itu adalah satu janji yang tetap berlaku).

Mintalah pertolongan keada Allah terhadap diri kamu sekalian seperti kamu minta kemenangan atas musuh-musuh kamu.  Saya mohon kepada Allah  supaya selalu memherikan kemudahan          kepada kami dan kepada kamu semua”


[1] Buku terjemahan dari  buku Al-Khulafa’ ar-Rasyidun: A’mal wa Ahdas

One thought on “Surat Khalifah Umar r.a Kepada Pemimpin Tentera Islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s