Bilakah KeIslaman Muawiyah bin Abi Sufian.


Muawiyah Bin Abi Sufian r.a di lahirkan   pada 20 Sebelum H (603M) dan Wafar 60H ( 680M). Beliau adalah pengasas Kekhalifahan Bani Umaiyah (661M-750M)

Riwayat hidupnya penuh dengan kontroversi, berpunca daripada perbedzaan pendapat dengan Khalifah  Ali r.a., mengenai perlaksanaan hukum keatas pembunuhan Khalifah Usman r.a. Kerana itu rekod baiknya ditutupi dengan pelbagai keburukan. Antaranya beliau digambarkan sebagai sahabat yang lewat masuk Islam. Ada riwayat menyebut beliau masuk Islam ketika atau era pembukaan Makah pada tahun  8 Hijrah.

Prof. Dr.Ibrahim Ali Sya’wat, seorang Profesor Sejarah Islam Universiti al Azhar di dalam bukunya,  Kesalahan-kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Di Betulkan Semula, menulis mengenai Bilakah KeIslaman Muawiyah Bin Abi Sufian, seperti berikut:

Dari sudut tuduhan beliau lewat masuk Islam sehinggalah pada hari berlakunya pembukaan Mekah, kita dapati al-Allamah Ibn Asakir telah menjawab tuduhan ini. Beliau meriwayatkan dengan sanadnya yang sampai kepada Muawiyah yang berkata:

“Saya sebenarnya telah masuk Islam terlebih dahulu dari itu (dari hari pembukaan kota Mekah) tetapi saya menyembunyikan Islam saya… Demi Allah ketika Rasulullah meninggalkan bumi Hudaibiyah, pada ketika itulah saya beriman dengan baginda”.[1]

Berdasarkan laporan ini jelas sekali Muawiyah sebenarnya telah memeluk Islam pada hari Hudaibiyah lagi iaitu pada tahun ke enam hijrah dan beliau membersihkan diri beliau dari termasuk ke dalam golongan orang-orang yang dibebaskan oleh nabi pada hari pembukaan kota Mekah. Inilah kemungkinan menjadi faktor yang membuatkan nabi memilihnya menjadi penulis wahyu baginda.

 

 


[1] Rujuk Tarikh Dimasyq, jil. 19, him.. 344.

2 thoughts on “Bilakah KeIslaman Muawiyah bin Abi Sufian.

  1. Adakah sengaja atau tak sengaja? Tak munasabah Muawiyah lahir pada tahun 20 H seperti dalam artikel ini. Memeluk Islam 6 Hijrah sedangkan membebaskan kota Mekah 8 hijrah? Harap dapat semak. Tanpa buruk sangka sila betulkan fakta anda.

    • Salam,
      Terima kasih teguran saudara.
      Maaf , sebenarnya 20SH, bukan 20H, saya betulkan.
      Saya menghargai pandangan saudara
      TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s