SYAFAAT ALQURAN

Tazkirah Malam ke 5 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

kitabSYAFAAT  ALQURAN

Sabda  Nabi s.a.w :

r5

 Maksudnya:

“Pada hari kiamat nanti di syurga akan dikatakan kepada orang yang suka membaca al-Quran, ‘Bacalah dan lembutkanlah. Bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya ketika di dunia! Sesungguhnya kedudukanmu bergantung kepada akhir ayat al-Quran yang kamu baca’. [1] 

Orang yang menghafal satu juzuk berada di salah satu tangga syurga. Darjat yang dia dapatkan sesuai dengan banyaknya juzuk yang dia hafal, demikian seterusnya dengan orang yang hafal dua juzuk, tiga juzuk dan seterusnya.

Sesuatu yang paling agung yang pernah ditinggalkan dalam sejarah kehidupan atau dakwah Rasulullah adalah dia menjadikan al-Quran sebagai manhaj hidupnya. Baginda hanya akan berasa nyaman dengan membaca al-Quran.

Rasullah s.a.w bersabda   ,  Maksudnya :

“ Bacalah al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti al Quran akan datang sebagai pembawa syafaat kepada yang membacanya “[2]

 

Petikan : Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan Oleh Dr. ‘Aid Abdullah Al Qarni, Mukasurat  237-238

 


[1] Hadith ini sahih. la dikeluarkan oleh Imam Ahmad 2/192; Ibn Abu Syaibah 10/498; al-Tirmizi: 2914; Abu Daud: 1464; al-Nasa’i dalam al-Kubra: 8056; al-Hakim 1/552 menerusi pelbagai riwayat yang di antaranya adalah daripada Abdullah bin Amar bin al-‘ Ash. Abu Isa berkata, “Hadith ini hasan lagi sahih.” AI-Dzahabi berkata, “Hadith ini sahih.”

[2] Riwayat  Muslim no 804

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s