Imam ke 12 Imam Mahdi : Ia ujud atas andaian bukan atas kelahiran.


Seorang pelawat blog ini menulis mengomentari artikal  mengenai nikah Mutah :

Sementara MAB[1] berkeyakinan bahwa setiap masa ada Imam . Zaman yg wajib diikuti sampai Hari Kiamat. Setiap zaman ada Imam yg hidup yg memberi fatwa dlm bidang agama dan dunia mengikuti perkembangan masyarakat. Ketika Imam  zaman sedang gaib , maka para fuqoha dg ijtihadnya mengambil peran Imam  zaman.

Maka komen balas saya seperti berikut :

Imam  ke 12 sebenarnya tidak ada- tidakpun dilahirkan! Syiah adakan kemudian dihilangkan pula, ghaib kononnya.

As-Sayid Ahmad[2] telah menyentuh di dalam tulisannya mengenai perkara tersebut dengan menyebut bahawa Al-Imam ke 12 merupakan satu perkara yang tidak ada kebenaran sama sekali dan individu tersebut tidak wujud.

Persoalannya bagaimana ia wujud sedangkan terdapat nas-nas daripada kitab-kitab syiah yangmuktabar mengatakan bahawa Al-Hasan Al-Askar a.s merupakan Imam ke 11- meninggal dalam keadaan beliau tidak mempunyai anak, manakala semua isteri dan gundik-gundik beliau ketika itu tidak ada seorang pun yang hamil atau telah mempunyai anak. Semua ini boleh dirujuk di dalam kitab Syiah sendiri [3]

الغيبة

karangan At Thusi

الإرشاد

karangan Al-Mufid

أعلام الورى

karangan Al-Fadhil At-Thabrisi

المقالات والفرق

karangan Al Asy’ari Lil Qummi

Syaikh AI-Mufid berbicara tentang wafatnya Imam AI­Hasan AI-‘Askari a.s., ayah Imam AI-Mahdi, ia berkata[4]:

“Beliau meninggalkan puteranya, AI-Muntadhar, untuk memerintah Negeri Kebenaran. Beliau menyembunyikan kelahirannya dan merahasiakan perkaranya karena situasi dan kondisi yang penuh dengan kesulitan, dan karena in­tensifnya upaya penguasa untuk mencarinya, dan kesung­guhan mereka dalam menyelidiki. Juga karena tersebar luasnya mazhab Syi ‘ah Imamiyah di masa itu. Hal itu beliau ketahui dari sikap mereka yang menunggu-nunggu kelahir­annya. Karena itu beliau tidak memperlihatkan puteranya a.s. itu di masa hidupnya, dan masyarakat juga tidak menge­nalnya sesudah beliau wafat.

Sebenarnya sejak zaman Imam ke 11  masalah pengantinya telah diperbincangkan. Dalam huraian di bawah ini dikemukakan perbedzaan pemikiran yang terjadi di kalangan pengikut-peng­ikut Syiah, serta pendapat-pendapat yang muncul di kalangan mereka.

Untuk memperoleh gambaran sejarah yang jelas, marilah kita baca apa yang ditulis oleh Abu Muhammad AI-Hasan bin Musa An-Nubakhti, seorang tokoh abad ketiga Hijriah, dan salah seorang ulama Syi’ah terkemuka yang hidup pada masa itu. Beliau menulis tentang pendapat-pendapat yang muncul sesudah wafatnya Imam ke 11, Hasan bin Ali AI­’Askari a.s. sebagai berikut [5]:

“Hasan bin Ali dilahirkan pada bulan Rabi’ul Akhir tahun 232 H., dan wafat di Samarra’ pada hari Jumat tanggal sembilan malam, bulan Rabi’ul Awwal, tahun 260 H., dan dimakamkan di rumahnya, yang di dalamnya telah di­makamkan pula ayahnya ketika beliau masih seorang pemuda yang berusia dua puluh sembilan tahun. Beliau di­shalatkan oleh Abu ‘Isa bin AI-Mutawakkil. Masa imamah beliau berlangsung selama lima tahun delapan bulan dan Iima hari. Beliau wafat tanpa terlihat padanya bekas-bekas, dan orang tidak melihat beliau mempunyai putera yang tampak. Maka apa yang tampak dari harta warisannya di­bagi oleh saudara laki-Iaki beliau, Jaffar, dan ibu beliau, yaitu seorang ummu walad[6], yang dipanggil orang dengan ‘Asfan, kemudian Abul Hasan memberinya nama yang baru. Maka sahabat-sahabat beliau pun terpecah-belah menjadi empat belas kelompok.”


(Ali Muhamad Ali dalam kitabnya Tokoh-tokoh Termuka Ahlul Bait  tidak mencatit semua 14 kelompok beliau sekadar memilih yang menarik huraiannya)


“Kelompok pertama mengatakan, bahwa Imam Hasan bin Ali AI-‘Askari a.s. masih hidup, tidak mati. Beliau hanya mengalami kegaiban, dan bahwa beliau itu adalah AI-Qa’im. Beliau tidak mungkin mati, dan beliau tidak mempunyai putera yang muncul, padahal dunia ini tidak boleh kosong dari adanya Imam.”


“Kelompok kedua mengatakan, bahwa Hasan bin AIi telah wafat, tapi hidup lagi sesudah wafatnya. Beliaulah AI­Qa’im AI-Mahdi.”


“Kelompok keenam mengatakan, bahwa Hasan bin Ali mempunyai seorang putera yang dinamainya Muhammad. Kelompok ini mengatakan bahwa, yang benar bukanlah se­perti yang diduga orang yang mengatakan bahwa beliau telah wafat tanpa mempunyai penerus, dan seterusnya, tetapi penerusnya adalah AI-Qa’im, yang dilahirkan dua tahun sebelum beliau wafat.”


“Kelompok ketujuh mengatakan, bahwa Imam Hasan mempunyai putera yang lahir sembilan bulan sesudah wafat beliau. Orang-orang yang mengatakan bahwa beliau telah mempunyai putera ketika beliau masih hidup, adalah pen­dusta-pendusta yang perkataannya sama sekali tidak benar.


“Kelompok kedelapan mengatakan, bahwa Imam Hasan sama sekali tidak mempunyai putera. ”


Kelompok kesebelas mengatakan, bahwa AI-Hasan bin Ali adalah Imam, dan telah meninggal dunia. Namun dunia tidak pernah kosong dari seorang Hujjah. Kita sebaiknya tidak mengatakan apa-apa sampai urusan menjadi jelas bagi kita.


Kelompok kedua belas yakni kaum Imamiyah ­mengatakan, bahwa yang sebenarnya bukanlah seperti yang dikatakan oleh semua kelompok di atas. Yang benar adalah, bahwa Allah mempunyai seorang Hujjah di dunia ini, yaitu putera AI-Hasan bin Ali, dan urusan Allah pasti terlaksana. Putera tersebut adalah penerima wasiyat (washy) dari ayahnya, berdasarkan metode yang sudah ada sejak se­mula, dan berdasar sunnah-sunnah yang telah lampau. Kita menerima imamah AI-Hasan bin Ali dan mengakui ke­wafatannya, dan bahwa beliau mempunyai seorang pene­rus yang lahir dari sulbinya, dan penerus tersebut adalah Imam sepeninggal beliau, sampai ia muncul dan mengumum­kan perkaranya, sebab dia saat ini tersembunyi dan ter­tutupi tabir Allah Ta ‘ala.

Ali Muhamad Ali  menambah kelompok ke 14 dari sumber yang lain:[7]


Kelompok keempat belas mengatakan, bahwa Imam sesudah AI-Hasan adalah puteranya, Muhammad. Dialah AI-Muntadhar (Yang Ditunggu-tunggu). Namun dia telah wafat, dan akan hidup kembali dan berdiri dengan me­nyandang pedang. Dia akan memenuhi bumi dengan keadil­an sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan kejahatan.”


Demikianlah catitan sejarah Syiah sendiri mengambarkan huru hara pemikiran Syiah yang tiada penganti untuk menjawat Imam ke 12. Soalnya mengapa hal ini terjadi? Apakah sifat Imam ke 11 begitu penakut kepada penguasa ketika itu,sehingga menyembunyikan anaknya.? Dan apakah imam ke 12 begitu penakut dan pengecut untuk memperlihatkan dirinya kepada umat? Sifat ini adalah mustahil bagi kami untuk di sandarkan kepada ahlul bait nabi saw Imam Hasan AI-‘Askari. Apakah sejak kegaiban kecil selama 74 tahun[8] tidak ada manusia yang pernah melihatnya kecuali 4 orang wakilnya. Jika masyarakat Syiah pada masa itu pun menjadi ragu apatahlagi sekarang.

Sifat imam adalah berani, tidak takut, cerdik tidak bodoh, malah mengetahui segala-galanya yang depan dan belakang – itu yang saya ketahui. Jadi imam ke 12 itu dipertikai oleh sejarah keujudannya . Ia ujud atas andaian bukan atas kelahiran. Sebenarnya ulama Syiah terpaksa mencari kambing hitam untuk menduduki jawatan imam ke 12 yang kosong. Jika tidak hadis imam 12 tidak terpakai.


Pada dasarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menolak kemunculan Imam Mahdi, tetapi ia bukanlah Muhammad bin Hassan al-Askari sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu. Malah apa yang jelas melalui hadith nabi s.a.w ialah Imam Mahdi dalah daripada keturunan Rasulullah. Ini berdasarkan hadith nabi s.a.w yang bermaksud:

“Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku daripada anak Fatimah”

(Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Hakim)

Sabda baginda lagi yang bermaksud,

“Daripada Abu Said r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Imam Mahdi dari keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya. Ia memerintah bumi dengan penuh keadilan. Ia memerintah selama 7 tahun”.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

“Daripada Abdullah bin Mas’ud, daripada Nabi s.a.w sabdanya: Allah akan mengutus seorang lelaki daripada keturunanku di dunia ini atau daripada Ahli Baitku yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Ia akan memerintah di dunia ini dengan penuh keadilan sebagaimana sebelum ini dipenuhi kezaliman.

(Riwayat al-Tirmidhi)

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Mahdi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan. Ia memerintah bumi selama tujuh tahun.”

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Kepercayaan kepada Imam Mahadi tidak termasuk dalam asas rukun iman, sedangkan dalam akidah Syiah ianya merupakan asas utama rukun iman mereka. Dengan ini bererti orang yang mengingkari Imam Mahdi tidak dianggap kafir, tetapi dalam fahaman Syiah adalah sebaliknya. Jelas daripada hadith di atas, bahawa Imam Mahdi akan memerintah bumi dengan penuh keadilan dan kejujuran dan bukannya dengan dendam menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah .

Sesungguhnya Allah dan nabinya lebih mengetahui.

Ya  Allah, padaMu aku pohon keampunan dan aku juga menanti kedatangan al Mahdi.

( Baca juga siapa al Mahdi Syiah di SINI )


[1] Mazhab Ahlul Bait

[2] Dia adalah Al-A’llamah Ahmad Al-Kisrawi. Nama sebenar adalah Ahmad Mir Qasim bin Mir Ahmad Al-Kisrawi, dilahirkan di Tibriz, Iran. Beliau merupakan seorang sasterawan Iran dan banyak membuat kritikan ke atas Syiah 12. Pada akhir tahun 1324 H, beliau meninggal dunia akibat ditembak oleh golongan pelampau Syiah.

[3] Mengapa Aku Tinggalkan Syiah oleh Dr. Sayid Husain Al-Musawi

[4] Ali Muhamad Ali dalam kitabnya Tokoh-tokoh Termuka Ahlul Bait  memetik daripada Al Mufid , Al Irsyad hal 345

[5] Ali Muhamad Ali dalam kitabnya Tokoh-tokoh Termuka Ahlul Bait  memetik daripada An-Naubakhtl, Furuq Asy-Syl’ah, cetakan keempat, Najaf, hal. 105-117.

[6] Ummu wallad adalah budak atau hamba wanita yang di perolehi dari tawanan perang

[7] Sayyid AI-Murtadha, AI-Fushulul Mukhtarah, dikutip dari catatan ping­gir kitab Furuq Asy-Syl’ah, hal. 105-106

[8] Imam ke 12 dikatakan lahir pada 255 H dan wakilnya yang ke 4  Ali Muhammad as Samiri wafat tahun 329 H

Pada dasarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menolak kemunculan Imam Mahdi, tetapi ia bukanlah Muhammad bin Hassan al-Askari sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu. malah apa yang jelas melalui hadith nabi s.a.w ialah Imam Mahdi dalah daripada keturunan Rasulullah. Ini berdasarkan hadith nabi s.a.w yang bermaksud: “Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku daripada anak Fatimah”

(Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Hakim)

Sabda baginda lagi yang bermaksud,

“Daripada Abu Said r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Imam Mahdi dari keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya. Ia memerintah bumi dengan penuh keadilan. Ia memerintah selama 7 tahun”.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

“Daripada Abdullah bin Mas’ud, daripada Nabi s.a.w sabdanya: Allah akan mengutus seorang lelaki daripada keturunanku di dunia ini atau daripada Ahli Baitku yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Ia akan memerintah di dunia ini dengan penuh keadilan sebagaimana sebelum ini dipenuhi kezaliman.

(Riwayat al-Tirmidhi)

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Mahdi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan. Ia memerintah bumi selama tujuh tahun.”

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Kepercayaan kepada Imam Mahadi tidak termasuk dalam asas rukun iman, sedangkan dalam akidah Syiah ianya merupakan asas utama rukun iman mereka. Dengan ini bererti orang yang mengingkari Imam Mahdi tidak dianggap kafir, tetapi dalam fahaman Syiah adalah sebaliknya. Jelas daripada hadith di atas, bahawa Imam Mahdi akan memerintah bumi dengan penuh keadilan dan kejujuran dan bukannya dengan dendam menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu.

3 thoughts on “Imam ke 12 Imam Mahdi : Ia ujud atas andaian bukan atas kelahiran.

  1. PERBEDAAN IMAM MAHDI AHLUSSUNNAH DENGAN MAHDI SYI’AH

    Seperti yang telah disinggung, sebenarnya Mahdi ala Syi’ah hanyalah khurafat yang tiada nyatanya. Sehingga perbandingan di sini adalah perbandingan antara Mahdi nyata dan Mahdi fiktif yang diyakini Syi’ah.
    1. Mahdi Ahlus Sunnah bernama Muhammad bin Abdillah sesuai dengan nama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan nasabnya. Sedangkan Mahdi Syi’ah namanya Muhammad bin Hasan Al-‘Askari.
    2. Mahdi Ahlus Sunnah dari keturunan Al-Hasan bin ‘Ali. Sedangkan Mahdi Syi’ah dari keturunan Al-Husain bin ‘Ali.
    3. Mahdi Ahlus Sunnah kelahiran dan kehidupannya seperti layaknya manusia yang lain. Sedangkan Mahdi Syi’ah dikandung dan dilahirkan dalam waktu semalam, lalu masuk sirdab pada umur 9 tahun, sementara telah berlalu di dalamnya waktu sepanjang 1.150 tahun lebih.
    4. Mahdi Ahlus Sunnah muncul untuk menolong muslimin secara umum, tanpa membedakan jenis mereka. Sedangkan Mahdi Syi’ah hanya untuk Syi’ah Rafidhah, bahkan sangat benci kepada bangsa Arab, terlebih Quraisy.
    5. Mahdi Ahlus Sunnah mencintai para shahabat dan ibu-ibu kaum mukminin (istri-istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam). Sementara Mahdi Syi’ah sangat membenci mereka, bahkan menyiksa mereka setelah mengeluarkan mereka dari kubur mereka.
    6. Mahdi Ahlus Sunnah mengamalkan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan memberantas bid’ah. Sementara Mahdi Syi’ah mengajak kepada agama baru dan kitab yang baru.
    7. Mahdi Ahlus Sunnah memakmurkan masjid. Sementara Mahdi Syi’ah menghancurkan masjid. Ia menghancurkan Masjidil Haram Ka’bah, masjid Nabawi, dan seluruh masjid.
    8. Mahdi Ahlus Sunnah berhukum dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sedangkan Mahdi Syi’ah berhukum dengan hukum keluarga Dawud.
    9. Mahdi Ahlus Sunnah muncul dari negeri timur. Sementara Mahdi Syi’ah muncul dari sirdab Samarra`.
    10. Mahdi Ahlus Sunnah benar-benar ada, seperti terdapat dalam hadits dan penjelasan ulama. Sementara Mahdi Syi’ah adalah khayalan dan tidak akan muncul sampai kapanpun. (diringkas dari kitab Badzlul Majhud karya Asy-Syaikh Abdullah Al-Jumaili, 1/255-257)
    11. Mahdi Ahlus Sunnah datang membawa keadilan. Sementara Mahdi Syi’ah datang membawa malapetaka dan kehancuran.

    Penulis : Al-Ustadz Qomar ZA, Lc.

    Sumber: http://asysyariah.com/syariah.php?menu=detil&id_online=510

  2. Pingback: CATITAN SEMBANG fb ABUREDZA DG KHALID MOHD ISMATH : mari bersatu demi ummah ( suni – syiah) « Aburedza

  3. Pingback: Mufti Wilayah Persekutuan – SYIAH Bukan Ahlul Bait « Aburedza

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s