SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU HIJRIYAH 1432

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIYAH

1432

Ya Allah,

Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun lalu

dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya ,

maka tidak sempat kami bertaubat daripadanya

dan Enkau tidak meredzainya

dan tidak Engkau melupainya

dan Engkau berlemah lembut ke atas kami

walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami ,

malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat

setelah kami melakukan maksiat  ke atas Engkau,

maka kami sesungguhnya  kami memohon keampunan Engkau,

maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya

dari apa yang Engkau redzainya

dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya,

maka kami memohon akan dikau wahai tuhan yang mulia

yang mempunyai kesabaran dan kemuliaan

semuga Enkau menerima daripada kami

dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau

wahai Tuhan yang mulia.


Ya Allah,

Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali

dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah

dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami,

kami mohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam,

pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya

dan kami memohon pertolongan di atas nafsu

yang banyak  mendorong kepada kejahatan

dan kami memohon kepada Engkau

bagi melakukan sebarang pekerjaan

yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau.

Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan,

ubahkanlah  keadaan kami kepada sebaik-baik  keadaan,

dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau,

wahai Tuhan yang maha tinggi.

Wahai Tuhan kami,

kurniakanlah kepada kami kebahagian di dunia

dan kebahagian di akhirat

dan peliharalah kami akan azab api neraka.

Amin.

One thought on “SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU HIJRIYAH 1432

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s