Dinar, Dirham Dan Fulus

Penjelasan tentang dinar , dirham   dan   fulus …..

Maksud firman Allah :

Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka:

“Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”.

Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari”.

Berkata (yang lain lagi): “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini).

Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seseorang pun.

– Al Kahfi 19

Siapa Pewaris Syurga Firdaus?

Siapa Pewaris Syurga Firdaus?

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya

(dengan menunaikan zakat harta itu).

Dan mereka yang menjaga kehormatannya.

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya

maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian,

maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus;

mereka kekal di dalamnya.

QS.Al Muminun  23:1-11

Sheikh Muhaddith Abdullah Siddiq al-Ghummari: Sampai sedekah bacaan al Quran kepada si Mati

Hujah menyokong sampainya sedekah bacaan al Quran kepada si Mati oleh  Sheikh Muhaddith Abdullah Siddiq al-Ghummari dalam e book  98 halaman boleh baca atau download di sini :

http://www.scribd.com/doc/22154271/4665625-Hukum-Sedekah-Fatihah-Kepada-Si-Mati

Antara kandungan buku setebal  98 halaman ini seperti berikut :

  • Latar belakang penulis
  • Mukadimah
  • Pendapat Ulama  didalam masalah menghadiahkan bacaan kepada si mati
  • Jawapan kepada mereka yang mengatakan bacaan tidak sampai kepada si mati
  • Dalil dalil mereka yang mengatakan sampai kepada si mati
  • Penutup
  • Rujukan
    
   

 

 




 



!”#
$% &””’ ()

*  
+
,
#
,# (-

)  %#
“
.+
.
 (/

0  !
 
-

-  %#
“
. 
1

2  ”

+

””




.
 .
“
.#
,

#


+ 
3

1  
4″
#
!

+
#




+”
#

#


+ *0

3  5
6

#

#
!

+
#

 ,

+”
#

#


+ *1

/  
4″
#
!

+
#






#


+ –


( + 30


7#
 31

KHOTBAH NABI S.A.W DI AKHIR SYAABAN

Adalah Rasulullah s.a.w. pada hari yang terakhir dari bula Sya’ban berceramah (berkhotbah) di hadapan para Shahabat untuk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadan. Diriiwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dari Salman r.a.  ujarnya: “Rasulullah s;a.w. pada hari terakhir dari bulan Sya’ban berkhotbah di hadapan kami. Мака  beliau bersabda:

Maksudnya:

“Wahai manusia, sesungguhnya kаmu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, yaitu bulan yang didalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah  telah menjadikan puasaNya suatu fardlu dan qiyam  di malam harinya suatu tathauwu’. Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada ALLAH dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fradlu di bulan yang lain. Dan barang siapa menunaikan suatu fardlu di dalam bulan Ramadlan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardlu di bulan yang lain.


Ramadlan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu, pahalanya adalah sorga. Ramadlan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezki para mu’min di dalamnya. Barangsiapa member makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa sedikitpun berkurang”.

SELAMAT DATANG RAMADAN AL MUBARAK

KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG SAYA SAYA MENGUCAPKAN :

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK


Maaf kepada semua kerana hampir sebulan laman ini tidak di kemaskini – dan ada pula komen yang tidak diberi respon –  begitu juga FB saya tidak di jengok – dan tidak pula di beri ulasan atas respon pengunjung – tidak juga dilulus permintaan sebagai kawan FB.

Maaf sekali lagi – saya agak sebok kebelakangan ini – pagi ini sempena Awal Ramadan saya curi sikit masa untuk menjengah kembali laman ini dan FB saya.

Selamat menyambut Ramadan 1431