Hadis al-Kisa’

Hadis al-Kisa’:

Syi‘ah menggunakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh majoriti ahli hadis Ahl al-Sunnah untuk menguatkan hujah bahawa para isteri Rasulullah tidak termasuk dalam ayat 33 surah al-Ahzab. Hadis tersebut berasal daripada Umm Salamah radhiallahu ‘anha, beliau berkata:

Diturunkan ayat ini kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya [al-Ahzab 33:33] di dalam rumah Umm Salamah.

Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memanggil Fathimah, Hasan dan Husain dan menyelimuti mereka dengan kain (Kisa’) manakala ‘Ali berada di belakangnya, lalu diselimuti juga dengan kain.

Kemudian Nabi berdoa: “Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.”

Berkata Umm Salamah: “Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.”

Syi‘ah menamakan hadis di atas sebagai Hadis al-Kisa’, merujuk kepada kain yang digunakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk menyelimuti ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu ‘anhum. Bagi Syi‘ah hadis di atas merupakan petunjuk terbaik bahawa para isteri Rasulullah, sama ada Umm Salamah atau selainnya, terkecuali daripada istilah Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab.

Ikuti sentuhan Maulana Asri mengenainya :

Penubuhan Petronas mungkin tak sah, kata profesor undang-undang

Thomas berucap di forum hari ini. Sebelah kanan ialah Shad. — Gambar oleh Jack Ooi

Oleh Adib Zalkapli

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/56901-penubuhan-petronas-mungkin-tak-sah-kata-profesor-undang-undang

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Kewujudan firma minyak negara Petronas kemungkinan tidak sah kerana undang-undang penubuhannya telah diluluskan sebelum ia menandatangani perjanjian dengan semua negeri, kata profesor undang-undang Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

“Saya merasakan beberapa aspek dalam akta Petronas adalah tidak sah,” kata Shad pada forum berkaitan dengan hak minyak di sini hari ini.

Di bawah perjanjian yang ditandatangani pertengahan 1970-an semua negeri telah dijanjikan bayaran tunai lima peratus ke atas minyak yang dikeluarkan di pesisir pantai atau di luar pesisir pantai sebagai balasan kepada penyerahan hak kawalan ke atas sumber-sumber petroleum kepada Petronas.

Shad berkata, akta itu diluluskan sebelum kesemua negeri menandatangani perjanjian dimaksudkan.

“Perlembagaan mengatakan bahawa apabila seseorang mengambil harta seseorang anda perlu membayar pampasan yang sewajarnya,” kata beliau.

Peguam Tommy Thomas yang mewakili kerajaan Terengganu dalam tuntutan royalti minyak bagaimanapun berkata jika Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 diisytiharkan tidak berperlembagaan akan mengakibatkan malapetaka besar buat Petronas.

Terengganu membawa kesnya ke mahkamah selepas kerajaan pusat berhenti daripada membawa wang royalti pada 2000.

“Masalah pertama dengan hujah itu ialah Petronas akan menjadi tidak sahih,” kata Thomas sambil menambah belum ada pihak yang membawa persoalan ini ke mahkamah.

“Jika mahkamah memutuskan akta ini tidak berperlembagaan, saya merasakan ia akan menjadi satu tragedi,” katanya.

Thomas juga memberitahu kesemua 13 negeri telah menandatangani perjanjian itu.

“Bagi saya PDA satu contoh persekutuan yang hebat,” katanya.

Thomas kini menasihati Kelantan yang turut mengemukakan tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Tuntutan RM2 bilion Kelantan itu bermula tahun lalu.

Forum hari ini bertajuk “Royalti Minyak: Satu Hak Perlembagaan?” dianjurkan oleh Majlis Peguam untuk membincangkan aspek perlembagaan bayaran wang royalti kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang juga pengasas dan bekas pengerusi Petronas dan peguam Datuk Cecil Abraham juga berucap pada forum itu.

Kelantan kini menuntut wang royalti lima peratus terhadap hasil minyak yang diperoleh di luar pesisir pantai.

Bagaimanapun Putrajaya menegaskan ia tidak berhak untuk mendapatkan wang royalti ke atas minyak dan gas yang diperoleh di luar kawasan tiga batu nautika dari pantai.

Sebaliknya kerajaan pusat hanya bersedia memberi wang ihsan RM20 juta, yang diagihkan mulai bulan ini.

Siapa Pembunuh Saidina Hussain r.a

Siapa Pembunuh Saidina Hussain r.a

Saudara pembaca budiman semuga rahmat Allah dilimpahi keatas kita semua.

Seorang pembaca blog saya menulis:

Artikal Syiah –

Adakah semua artikel ini milik asal sdara ? apa pendapat saudara ttng Faisal Tharani…..yg dalam artikel nya mengataka yg membunuh Hussain ialah anak saad abi waqash.
Ana dr terengganu.Boleh ke ana dapatkan no tel Sdara Abu Redza…….

Respon balas saya :

1.Adakah artikal ini milik saudara?

Sebelum saya mejawab soalan tersebut pada pengenalan diri saya https://aburedza.wordpress.com/about/

Saya menyebut :

4. Blog ku ini sekadar catatan , merakam sisa sisa perjalanan hidup ini, menitipkan apa yang dibaca , menyimpan pesan-pesan yang terjumpa dan berkongsi apa yang ada. Namun ada juga artikal yang faktanya aku tidak menyukainya tapi aku titipkan juga disini, sebagai rujukan kemudian , jika ianya adalah menepati isu yang aku minati, seperti isu wahabi , pemurnian sejarah,  kepartian dan Syiah. Anda juga mendapati terdapat artikal mengenai pertanian, ketahuilah itulah kisah cinta hidupku.

5.  Aku adalah antara sasaran dakwah agama Syiah – yang kebetulan sungguh hebat perkembangannya dengan bertambahnya hauzah /tempat pengajian mereka – kerana itu agak banyak titipan artikal mengenai Syiah di sini sebagai hujah balas kepada apa yang disogokkan kepada aku.

Seingat saya semua tulisan yang saya post mempunyai sembernya. Kalau saya menulis sendiri tentulah tidak dicatit sumbernya, bagaimanapun saya akan mencatit rujukannya atau meletak nota kaki pada akhirnya. Jika tulisan asal mencatit penulisnya saya akan terus mencatit namanya, malahan nama nya akan saya jadikan tag untuk mudahkan carian di injin carian. Sebolenya saya akan menjaga amanah ilmu.

2. apa pendapat saudara ttng Faisal Tharani…..yg dalam artikel nya mengataka yg membunuh Hussain ialah anak saad abi waqash

Saya bukanlah ahli sejarah.Saya juga tidak terdidik dalam displin tersebut, bagaimanapun saya ada sedikit kecenderongan menekuni hal tersebut. Ya Faisal Tharani .. saya menjangka ia seorang Syiah, atau sekurang-kurangnya ia seorang yang bersimpati dengan Syiah kerana ia sering mempromosikan Syiahnya.

Mengenai fakta sejarah pembunuh Saidina Hussain r.a cucunda Baginda Rasullah s.a.w, Allah dan Rasulnya lebih mengetahuinya. Saya selalu keliru apabila menyentuh peristiwa sejarah membabitkan para sahabat (Peristiwa Karbala melibatkan anak sahabat bukan sahabat – Yazid bin Muawiyah (645-683))  kerana di sana terdapat banyak fitnah di antara 2 golongan yang bermusuhan : Suni dan Syiah. Baca tulisan  Mohd Yaakub bin Mohd Yunus di https://aburedza.wordpress.com/2010/03/18/menjaga-ketulenan-sejarah-islam/ adalah berkaitan. Baca juga artikal berkaitan di sini : http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/10/pembunuh-sayyidina-husain-1/ .Walaupun begitu ada catitan sejarah mencatitkan Umar bin Saad abi Waqas ada terlibat.

Yunus Ali Al Muhdhor dalam bukunya Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w Dan Amirulmukminin Ali Bin Abi Thalib R.A menyebut:

Ketika Syamir ibnu Dziljausyan berkata: “Apa yang mengha­langi kalian untuk membunuhnya ?”. Maka Zar’ah ibnu Syuraik Atta­mimi maju dan membacok lengan AI Husin. Kemudian diikuti pula oleh Sinan ibnu Anas bin Amru’ Annakha’i dengan tusukan tombak, sehing­ga AI Husin roboh dari kudanya, kemudian kepala AI Husin segera di pancung dan diberikan kepada Khauli. Kata Abu Mikhnaf dari Ja’far bin Muhammad katanya: “Kami dapatkan pada tubuh AI Hqsin tiga puluh tiga tusukan dan empat puluh tiga bacokan”[1]

Tarikuddin Bin Haji Hassan pula dalam bukunya Sejarah 2 Cucunda Rasullah s.a.w menyebut :

….. Setelah itu dengan pantas mara sekali lagi orang yang telah menikam dada Sayyidina Husein sebanyak dua kali dengan tombaknya bernama Sinan bin Anas an-Nakha’i kearah Sayyidina Husein dengan maksud untuk membunuh cucunda kesayangan Rasulullah s.a.w. itu. Setelah dia sampai di sisi Sayyidina Husein yang terbaring lemah itu, lantas dia terus meletakkan mata pedangnya ke leher Sayyidina Husein dan terus menyembelihnya seperti seorang tukang sembelih menyembelih seekor kambing atau biri-biri. Dengan itu jelaslah Sinan bin Anas an­Nakha’i adalah pembunuh sebenar Sayyidina Husein. Manakala yang lain-lain dikira mencedera dan cuma terlibat sahaja. Jadi Sinan bin Anas an-Nakha’i adalah penanggung dosa kerana membunuh Sayyidina Husein dan pastinya dia akan berhadapan secara langsung dengan Rasulullah s.a.w. di Hari Qiamat nanti. ( Mukasurat 151)

Sayangnya Tarikuddin Bin Haji Hassan tidak meletakkan sumber rujukan atau nota kaki. Bukunya lebih merupakan novel! Bukunya baik , kisahnya agak lengkap bersambungan bagai novel, alangkah baik jika di catit sumber rujukan supaya pembaca dapat menilai tahap sahihnya.

Peristiwa Karbala itu berlaku pada 10 Muharam tahun 61 Hijrah, semasa Khalifah Yazid bin Abi Suffian. Karbala terletak dibawah Gabnor Kufah ia itu Ubaidullah bin Zyiad. Umar bin Saad Abi Waqas adalah panglima perangnya. Syamir ibnu Dziljausyan adalah penasihatnya. Syamir juga mempunyai hubungan keluarga dengan Khalifah Ali r.a[2]. Di peringkat awal  Umar telah mencadangkan kepada Gabnor supaya di maafkan Hussain r.a dan di hantar pulang ke Mekah tetapi Syamir telah menasihat sebaliknya. Kemudian Syamir telah bergabung dengan Umar bin Saad mengempur Hussain r.a

Tentang  Umar bin Saad  sila baca penilaian ahli sejarah mengenainya di artikal  di bawah….. Allah dan Rasulnya lebih mengetahui kebenarannya!

Baca pula tulisan Mohd Aizam bin Mas’od Caw. Aqidah Bah. Penyelidikan JAKIM:

Syiah pencetus peristiwa Karbala:

Golongan Syiah sepatutnya tidak leka untuk mengkaji catatan para ulama mereka yang muktabar menerusi kitab-kitab utama mereka. Umpamanya di dalam Al-Ihtijaj ‘Ala Ahlil Lajaj, Ahmad bin Ali bin Abi Talib al-Thabarsi menulis bahawa Imam Ali Zainal Abidin anak Saiyidina Husin ra yang ikut serta dalam rombongan Husin ra ke Kufah telah berkata kepada penduduk Kufah, “Wahai manusia (orang-orang Kufah)!
Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasanya kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu lakukan untuk dirimu”.(Al-
Ihtijaj juz 2 hal. 306)

Pada halaman sebelumnya al-Thabarsi mengemukakan kata-kata Fatimah al-Shughra anak perempuan Saiyidina Husin ra kepada penduduk Kufah, “Wahai Penduduk Kufah, wahai pembelot dan pengkhianat! Kami adalah Ahlul Bait yang Allah Ta’ala menguji kami dengan kamu dan menguji kamu dengan kami”, seterusnya selepas memuji-muji kedudukan Ahlul Bait beliau berkata lagi, “Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami sebagaimana kamu telah membunuh datuk kami Ali ra. Pedang-pedang kamu sentiasa menitiskan darahdarah
kami Ahlul Bait”.(Al-Ihtijaj juz 2 hal 302).

Mulla Baqir al-Majlisi yang diberikan gelaran Khatimatul Muhaddithin (penyudah kepada ahli-ahli hadith) di sisi Syiah menukilkan kata-kata Saiyidina Husin ra kepada Syiah Kufah yang telah bersiap untuk bertempur dengan beliau, “Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud-maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh dalam menentang kami”.(Jilaau al-‘Uyun,hal 391).

Di dalam kitab A’yanus Syi’ah pengarangnya Sayyid Muhsin al-Amin mengatakan bahawa, “Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai’ah kepada Husin kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan bai’ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya”.(A’yanus Syi’ah jilid 1 hal 34).

Dan banyak lagi kitab-kitab Syi’ah menukilkan perkara yang sama seperti Al-Irsyad Syeikh Mufid hal. 234, I’lamul Wara hal. 242, Kasyful Ghummah jilid 2 hal 18 dan lain-lain lagi.

Berdasarkan kepada segala fakta yang dikemukakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa Syiah Kufah adalah pencetus peristiwa Karbala dan pembunuh Saiyidina Ali ra. Inilah yang menjadi punca ratapan dan penyesalan mereka yang tidak berkesudahan. Malah pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Saiyidina Husin ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan rujukan agama mereka seperti Baqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku masing-masing. Baqir Majlisi menulis: “Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara
ghaib. Maka berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apaapa”. (Jilaau al-‘Uyun, hal. 430)

Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalis al-‘Mu’minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Saiyidina Husin terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, “Kita telah memanggil Saiyidina Husin dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita “. Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, ” Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu”.(Al Baqarah :54) Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran “al-Tawwabun”.

Sejarah juga tidak akan melupai peranan Syits bin Rab’ie dalam pembunuhan Saiyidina Husin di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab’ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Saiyidina Ali dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Saiyidina Husin. Dialah juga yang menjemput Saiyidina Husin ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?

Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Saiyidina Husin dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saiyidina Husin. (Jilaau al-‘Uyun dan Khulashat al-Mashaaib, hal. 37)

Inilah peristiwa sebenar di sebalik apa yang berlaku. Bagaimana mungkin Syiah menafikan keterlibatan mereka? Sedangkan sejarah Karbala ditulis oleh tangantangan mereka sendiri. Namun sudah menjadi tabiat buruk mereka, pemalsuan dan pembohongan sentiasa disandarkan kepada golongan Sunni. Hanya kerana satu sebab. Dendam kesumat yang tidak pernah kan padam walau di telan arus zaman dan masa. Kerana itu, HMF sempat menukilkan kata-kata, “Tetapi peristiwa penjarahan kejam terhadap Hussin, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya oleh
tentera Umar bin Saad di Karbala membuka lembaran sejarah kepada umat”.

Tuduhan

Alangkah celuparnya kata-kata ini apabila menyandarkan pembunuhan Saiyidina Husin kepada anak seorang sahabat besar Baginda SAW iaitu Umar bin Saad bin Abi Waqqas. Tidak mungkin sama sekali kita menerima Umar bin Saad telah melakukan keganasan dan penghinaan sebegitu rupa sebagaimana yang dinyatakan di dalam buku-buku sejarah kerana ia bertentangan dengan riwayat Abu Mikhnaq Lut bin Yahya sendiri bahawa perawi berkata, “Seolah-olah aku masih lagi nampak airmata Umar bin Saad yang mengalir membasahi pipi dan janggutnya”. (Tarikh al-Thabari jilid 4 m.s. 245)

Orang yang sekejam dan seganas seperti yang digambarkan oleh sejarah itu tidak mungkin akan menangisi kematian orang yang dibunuhnya sampai begitu sekali bahkan sebaliknya tangisannya itu menunjukkan kesedihannya yang amat sangat di atas kematian Saiyidina Husin yang telah dibunuh secara zalim itu. Selain dari itu Umar bin Saad ini telah disebut oleh Ibn Saad di dalam ‘Thabaqat’ nya dalam senarai peringkat yang pertama dari kalangan tabiin penduduk Madinah. Hafiz Ibn Hajar pula menyenaraikan nama-nama orang yang meriwayatkan hadith daripadanya. Kata Hafiz Ibn Hajar, “Umar bin Saad bin Abi Waqqas Az Zuhri Abu Hafas Al Madani” tinggal di Kufah. Beliau telah meriwayatkan hadith daripada ayahnya dan dari Abi Sa’id Al Khudri. Sementara orang-orang yang meriwayatkan hadith- hadith daripadanya ialah anaknya Ibrahim dan cucunya Abu Bakar bin Hafas, Abu Ishaq As-Sabi’i, Aizar bin Hiraits, Yazid bin Abi Maryam, Qatadah, Suhri, Yazid bin Abi Habib dan lain-lain lagi”. ‘Ijli pula berkata, “Beliau meriwayatkan beberapa hadith daripada ayahnya dan beliau adalah seorang tabii yang thiqah (yang dipercayai)”. (Tahzib al-Tahzib jilid7 hal. 396)

Kenyataan Hafiz Ibn Hajar ini menunjukkan bahawa Umar bin Saad adalah seorang yang dipercayai oleh ulama mutaqaddimin yang digolongkan sebagai orang yang dipercayai dalam periwayatan mereka. Sekiranya keganasan dan kezaliman terhadap Saiyidina Husin dan rombongannya berlaku kerana angkara Umar bin Saad, bagaimana mungkin para ulama yang ulung dalam periwayatan hadismenerimanya sebagai seorang yang adil lagi thiqah? Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa kisah-kisah kezaliman yang dihubungkan kepada Umar bin Saad itu tidak dapat diterima oleh ahli ilmu dan cerdik pandai Islam. ( Tulisan ini adalah petikan dari JAWAPAN kepada ARTIKEL ‘CINTA ASYURA DAN KARBALA’ oleh wartawan Utusan Malaysia, Helmi Mohd. Foad (HMF))

Huraian Mohd Aizam bin Mas’od di atas kelihatan lebih teliti dan cermat.

Bagaimana pendapat saya mengenai Karbala? Semoga Allah melaknat sesiapa yang terlibat didalam pembunuhan tersebut. Saya percaya Syiah lah yang menipu Hussain r.a dengan menjemput Hussain r.a ke Kufah kemudian belot. Malahan Panglima Syamir adalah dari sukusakat  Ali bin Abu Thalib sendiri. Puak Syiah Kufah bukan saja menipu Hussain r.a tetapi juga pernah menipu ayahnya Ali bin Abu Talib. Ini boleh dibaca didalam  Najhul Balaghah. Jemputan ini telah mengundang musibah kepada Hussain r.a dan rombongannya. Hal ini boleh juga di baca di sini : http://hakekat.com/content/view/44/1/

3.Saudara mohon no tel ? Saya mungkin termasuk orang ulu… Selepas saya bersara tel saya jarang berada di pinggang, punca mulanya, satu ketika saya lupa tukar mod senyap dan sembahyang di masjid, tiba-tiba berbunyi dan menganggu jamaah lain. Sejak itu sangat jarang membawanya, lagipun orang pencen kurang urusan, Cuma ke kebun atau kesawah tak perlu bawa tel. Kawan-kawan pula selalu bising tak jawab tel, jadi tak perlu tambah orang bising kerana tak jawab tel. Hubungilah dengan e mail ……

Salam.


[1] Yunus Ali Al Muhdhor memetik daripada Al Bidayah Wan Nihaayah  Jld 8 Halaman 188.

[2] Tarikuddin Bin Haji Hassan pula dalam bukunya Sejarah 2 Cucunda Rasullah s.a.w  muka surat 118 . Tarikuddin menulis :

Sebenarnya penyusun tidak dapat memastikan apakah Syamir bin Zul Jausyan itu anak emas atau budak emas kepada gabenor kota Kufah Ubaidullah bin Ziad atau tidak, kerana kelemahan dan kekurangan penyusun didalam ilmu berkaitan dengan sejarah Sayyidina Husein ini. Namun apa yang nyata bahawa Syamir bin Zul Jausyan adalah termasuk keluarga Sayyidina Husein yang masih sangat dekat. Ini adalah kerana emak saudara Syamir bin Zul Jausyan dari pihak ayahnya ertinya saudara perempuan ayahnya adalah salah seorang isteri Sayyidina Ali bin Abu Talib. Tetapi kerana kelemahan, penyusun masih tidak dapat memastikan siapakah isteri Sayyidina Ali bin Abu Talib yang juga adalah emak saudara Syamir bin Zul Jausyan itu.

Untuk pengetahuan para pembaca semua yang budiman, bahawa dalam romb0!lgan Sayyidina Husein yang berjumlah 80 orang itu termasuk juga empat orang saudara sepupu Syamir bin Zul Jausyan sendiri, iaitu anak-anak kepada emak saudaranya itu.

Menjaga Ketulenan Sejarah Islam

Menjaga Ketulenan Sejarah Islam

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

http://ekonomipas.net/forum/printer_friendly_posts.asp?FID=21&TID=430

Ramai pihak mempunyai kecenderungan untuk menerima secara bulat-bulat tentang kisah-kisah yang terkandung di dalam buku-buku sejarah Islam memandangkan subjek sejarah merupakan satu bidang yang dianggap ilmiah kerana ianya termasuk dalam sukatan pelajaran di sekolah dan institut pengajian tinggi. Namun masyarakat Islam harus sentiasa diperingatkan bahawa buku-buku sejarah sebenarnya tidak bebas dari riwayat-riwayat lemah dan palsu sama ada secara tidak sengaja atau disengajakan oleh musuh-musuh Islam. Ini adalah kerana para penulis sejarah Islam adakalanya terlalu mementingkan jalan cerita dan kesinambungannya.

Syaikh Hammam Sa’id telah berkata di dalam Muqaddimah kepada Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah yang ditulis oleh Ibrahim al-`Ali:

“Para ahli sejarah dan penulis sirah telah tasahul (memudah-mudahkan) di dalam periwayatan. Mereka menyebut di dalam kitab-kitab mereka khabar-khabar yang terputus sanadnya (munqati`) kerana ingin menjaga di sudut kesinambungan gambaran sejarah yang berkait dengan peristiwa-peristiwa tersebut. Sementara para ulama hadis (al-Muhaddithin) berpandukan metodologi kritis (manhaj al-Naqd) yang membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih dengan yang selainnya, sekalipun membawa kepada terputusnya gambaran sejarah atau penerimaan episod-episod secara tidak lengkap” – Muqaddimah kepada Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah, ms. 7.

Terdapat juga kitab-kitab sejarah sekadar mengumpulkan sahaja apa-apa sahaja riwayat berkaitan sejarah Islam di dalam bukunya dengan menyertakan sanad (rantaian perawi yang meriwayatkan kisah tersebut) tanpa memisahkan cerita yang benar dan palsu. Di antara kitab yang menggunakan metode ini adalah Tarikh al-Umam wa al-Muluk yang juga dikenali sebagai Tarikh al-Tabari karya Imam al-Tabari. Imam al-Tabari pada mukadimah kitab tersebut telah berkata :

“Apa yang ada di dalam kitabku ini mengenai berita yang aku sebut tentang sebahagian kisah orang-orang yang lalu, ada di antara berita tersebut yang menyebabkan pembacanya merasa benci atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat, maka hendaklah dia tahu bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang-orang yang menyampaikannya kepadaku. Adapun aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku”

Syaikh Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi ketika membahaskan manhaj sejarawan Islam terutamanya al-Tabari, beliau menjelaskan:

“Para ahli sejarah Islam telah menulis himpunan riwayat yang banyak dalam penulisan mereka. Mereka mencampurkan antara yang sahih dengan yang palsu lagi dusta. Mereka tidak mengasingkan antara yang sahih dari yang sebaliknya. Mereka juga tidak mentakhrijkan riwayat-riwayat tersebut dan tidak pula menjelaskan kedudukan perawi-perawinya. Namun begitu mereka meriwayatkan riwayat-riwayat tersebut secara bersanad. Mereka menyebut rawi-rawi bagi setiap sanad. Sepertimana mereka juga menyebut bagi sesuatu kejadian itu, berbagai-bagai riwayat yang berulang-ulang, bercanggah dan bertentangan antara satu sama lain. Ini bukan bererti kehendak mereka ingin berpegang, mempercayai dan menerima kandungannya, tetapi yang menjadi tujuan mereka ialah menunaikan amanah ilmu. Inilah faktor yang menyebabkan mereka mencatat dan menulis setiap yang sampai kepada mereka sama ada riwayat itu benar atau dusta, betul atau salah” – Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi, Qabasat Tarikhiyyah, m.s.7, teks asal menuskrip. Dinukil daripada kertas kerja bertajuk Manhaj Ahl al-Sunnah Dalam Menilai Maklumat dan Menghukum Individu dikarang oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Oleh itu bagi mereka yang memiliki kepakaran untuk mengkaji perawi-perawi yang terdapat di dalam sanad sesuatu riwayat hendaklah dia memperjelaskan darjat kekuatan kisah tersebut agar dapat kita pisahkan kisah yang benar dan palsu.

Di antara kelompok yang begitu rancak menyebarkan riwayat-riwayat dusta adalah golongan Syi’ah al-Rafidhah bertujuan untuk mengelirukan golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Ada juga di antara kisah-kisah palsu itu tersebar ditengah-tengah masyarakat kita bahkan ada juga yang dimasukkan ke dalam buku-buku teks yang dirujuk oleh pihak sekolah dan institute pengajian tinggi. Di antara kisah yang kita pelajari di sekolah adalah peristiwa tahkim yang sebenarnya diriwayatkan oleh Abu Mikhnaf seorang tokoh Syi’ah yang melampau (ghuluw). Kisah ini terdapat di dalam Tarikh al-Tabari (jilid 5, ms 51). Peristiwa tahkim ini terjadi setelah peperangan di antara tentera Ali dan Mu’awiyah r.h bertujuan untuk mencari jalan damai di antara kedua-dua pihak. Abu Musa al-Ash’ari r.a mewakili pihak Ali manakala Amr bin al-As r.a mewakili pihak Mu’awiyah. Di dalam perundingan tersebut kedua pihak Ali dan Mu’awiyah dipecat dari jawatan masing-masing dan perlantikan khalifah baru diserah kepada umat Islam. Setelah mencapai persetujuan keputusan tersebut perlu dimaklumkan kepada orang ramai. Abu Musa al-Ashari sebagai wakil kepada Ali  mengumumkan bahawa beliau setuju bahawa kedua-dua Ali dan Mu’wiyah dilucutkan jawatan mereka.

Walaubagaimanapun Amr bin al-Ash ketika membuat pengumuman telah menyatakan bahawa Abu Musa telah bersetuju untuk memecat Ali dan beliau juga bersependapat dengannya namun beliau ingin mengekalkan Mu’awiyah kerana dia adalah wali Uthman r.a dan penuntut darahnya serta paling layak menggantikan tempatnya. Selanjutnya cerca-mencerca terjadi diantara Amr dan Abu Musa sehingga terjadi pergaduhan kecil yang kemudiannya dileraikankan oleh orang ramai. Diriwayatkan juga Ali ketika berqunut subuh telah melaknat Mu’awiyah dan Amr. Apabila Mu’awiyah mendengar tindakan itu maka dia pun melakukan tindakan yang sama terhadap Ali. Riwayat ini dijadikan senjata oleh pihak Syi’ah yang untuk menjatuhkan martabat para sahabat Nabi dengan menggambarkan betapa laknat-melaknat, menghukum fasik, melakukan kejahatan dan berdusta adalah sesuatu yang pernah berlaku di kalangan para sahabat, malah solat juga dipergunakan untuk saling laknat-melaknat di antara satu sama lain. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya para sahabat boleh melakukan perkara yang sama terhadap Ali dan Ahlul Bait.

Khalifah Yazid pula digambarkan dalam sesetengah buku sejarah sebagai peminum arak, seorang yang suka berfoya-foya, suka mendengar muzik dan menghabiskan waktu dengan penari-penari, begitu juga beliau adalah orang terlalu rendah jiwanya sehingga suka bermain dengan monyet dan kera, terlalu mudah diterima oleh umat Islam kemudian. Ibnu Taymiyyah di dalam Majmu’ al-Fatawa telah menkhabarkan terdapat dua golongan yang melampau dalam memuja dan mencela Khalifah Yazid. Menurut Ibnu Taymiyyah pandangan yang adil adalah:

Yazid bin Muawiyah lahir pada zaman khalifah Usman ibn Affan r.a dan tidak pernah bertemu dengan Nabi s.a.w.. Oleh itu berdasarkan kesepakatan para ilmuan, beliau bukanlah daripada kalangan generasi sahabat. Beliau juga bukanlah masyhur dari sudut keagamaannya dan kesolehannya. Beliau hanyalah seorang dari kalangan pemuda-pemudi Islam. Pada waktu yang sama, beliau tidak kafir dan tidak zindiq. Beliau memegang jawatan khalifah selepas ayahnya di atas kebencian sebahagian umat Islam dan keredhaan sebahagian yang lain. Beliau memiliki keberanian dan kemuliaan dan tidaklah beliau menampakkan perbuatan-perbuatan maksiat sebagaimana yang dihikayatkan oleh musuh-musuhnya.”

Peristiwa terbunuhnya Saidina Hussain di Karbala juga telah dicemari dengan banyak kisah-kisah palsu. Apa yang harus kita fahami bahawa riwayat-riwayat yang menyatakan Yazid sebagai pembunuh Saidina Hussain 90% daripadanya adalah daripada Abu Mikhnaf, al-Saaib al-Kalbi dan anaknya Hisyam yang merupakan penganut fahaman Syi’ah Rafidhah yang ekstrim dan telah dituduh sebagi pendusta oleh para ulama rijal (ilmu mengkaji biografi para perawi). Arahan sebenar Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad hanyalah untuk memantau atau memerhatikan sahaja pergerakan Saidina Husain dan penduduk Kufah. Yazid telah berkata:

“Saya mendapat tahu bahawa Hussain telah menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah di kawasan-kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang diragui, tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangi mu dan tulislah selalu kepada ku tentang apa yang berlaku.” – Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8, ms. 165.

Tindakan Yazid bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami bagi mereka yang arif dalam bidang pemikiran politik. Mana-mana pemimpin pasti akan berwaspada sekiranya terdapat ura-ura bahawa pemberontakan bakal terjadi dan ianya bukan sahaja boleh menggugat tampuk pemerintahannya malah akan menggugat kestabilan politik umat Islam pada masa itu. Namun Ubaidullah bin Ziyad telah bertindak melampaui dari arahan sebenar Yazid lantas menyerang rombongan Saidina Hussain di Karbala lalu membunuhnya. Dakwaan bahawa Yazid gembira di atas kematian Saidina Hussein dan beliau meletakkan kepala Saidina Hussein yang dipenggal di atas tombak serta diarak keliling kota Baghdad juga merupakan kisah palsu rekaan golongan Syi’ah bertujuan untuk mencemar imej Yazid dan golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Yazid sebenarnya amat dukacita dengan tragedi pembunuhan Hussain. Yazid juga telah memuliakan ahli rombongan Hussain yang terselamat dalam peristiwa Karbala tersebut dan mengarahkan tenteranya untuk mengiringi mereka agar selamat kembali ke Madinah.

Penyelewengan sejarah juga dilakukan demi untuk memberi gambaran yang buruk terhadap sesetengah tokoh-tokoh gerakan dakwah hanya kerana pandangan tokoh-tokoh tersebut berlawanan dengan pegangan yang dipegang oleh mereka secara turun-temurun. Di antara tokoh dakwah yang hebat difitnah adalah Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Syaikh Muhammad Andul Wahhab r.h. ……   sila baca seterusnya di : http://ekonomipas.net/forum/printer_friendly_posts.asp?FID=21&TID=430

CATITAN HUJUNG:

Mengenai tajuk Menjaga Ketulenan Sejarah Islam terdapat beberapa buku yang saya kira menarik untuk ditekuni seperti:

1. Isu-isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin oleh Profesor Madya Dr. Marzuki Haji Mahmood

2. Kesalahan-kesalahan Terhadap Fakta-fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula oleh Prof. Dr Ibrahim Ali Syawat

3. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w Antara Ketulinan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

4. Sejarah Khalifah Rasullah oleh Prof Dr Amin Qudah

5. Al Bidayah Wan Nihayah Masa Khulafa’ur Rasyidin oleh Ibn Katsir

Al Imam Sayuti : Dailog Nabi s.a.w Dengan Sahabat r.a Selepas Menguburkan Ibrahim

Dalam kitab الحاوى للفتاوى juz. II, karya Al-Imam Sayuthi mengungkapkan:


Diriwayatkan dari Nabi SAW bahwasannya tatkala putranya Ibrahim telah dikubur, Rasulullah berdiri di atas kuburnya; kemudian beliau bersabda:

Wahai anakku, hati berduka cita dan air mata mengalir.Dan kami tidak mengatakan sesuatu yang membuat Allah jadi murka. Sesungguhnya kami dari Allah dan akan kembali kepada Allah.Wahai anakku katakanlah! Allah Tuhanku dan Islam agamaku, dan Rasulullah ayahku,

maka menangislah para sahabat dan menangis pula pula sayyidina Umar Ibnul Khattab dengan tangisan yang nyaring, maka menoleh Rasulullah dan melihat Umar menangis bersama para sahabat lainnya, Rasulullah SAW bersabda;

ya Umar mengapa engkau menangis?

Umar menjawab: Ini putramu belum baligh dan belum ditulis dosanya, masih menghajatkan kepada orang yang mentalqin seperti engkau, yang mentalqin tauhid pada saat seperti ini, maka bagaimana keadaan Umar yang telah baligh dan telah ditulis dosanya tidak mempunyai orang yang akan menalqin seperti engkau, dan apa gambaran yang akan terjadi di dalam keadaan yang seperti itu,

maka menangislah Nabi SAW dan para sahabat bersamanya;

kemudian Jibril turun dan bertanya kepada Nabi sebab menangisnya mereka, kemudian Nabi menyebutkan apa yang dikatakan Umar dan apa yang datang kepada mereka dari perkataan Nabi SAW. kemudian Jibril naik dan turun kembali serta berkata :

Allah menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: Allah menetapkan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap di dunia dan di akherat, yang dimaksud di waktu mati dan di waktu pertanyaan di kubur.

Sumber : http://www.nu.or.id/page.php?lang=id&menu=news_view&news_id=9068

Hujan turun sebaik Nik Aziz ketuai solat sunat Istisqa

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/56035-hujan-turun-sebaik-nik-aziz-ketuai-solat-sunat-istisqa

Nik Aziz mengetuai solat sunat Istisqa di Kota Baru pagi tadi.

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.

Syaikh Al-Azhar: Yang Menghina Sahabat Nabi bukan Islam

Syaikh Al-Azhar: Yang Menghina Sahabat Nabi bukan Islam

Dr. Muhammad Sayid Tantawi, Syaikhul Azhar menyatakan bahwa dirinya meyakini bahwa menghina dan mencela salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW secara sengaja adalah diluar Islam.

Menurut surat kabar Mesir “Al-Yaumu Sabt” mengutip pernyataan pimpinan lembaga tertingi otoritas keagamaan Sunni tersebut menyatakan bahwa dirinya telah mengkonfirmasikan, dia akan meminta kepada para ulama-ulama Al-Azhar serta lembaga penelitian Islam Al-Azhar untuk mendukung rekomendasi tersebut.

Syaikh Tantawi berkata dalam pembukaan konferensi tahunan yang ke empat belas dari Majma Buhuts Al-Islami – lembaga riset Islam Al-Azhar: “Tidak bisa diterima ada orang yang menghina dan mencela salah satu sahabat Nabi. Dan konferensi ini diadakan untuk membahas kedudukan sahabat Nabi Radiallahu Ajmain dalam kaca mata Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.”

Tujuan dari konferensi yang bertajuk “Ashahabatur Rasul SAW” (Para Sahabat Nabi Muhammad SAW) untuk mengkaji kedudukan sahabat Nabi dalam Islam serta menolak kecaman serta serangan Syi’ah terhadap para sahabat, yang dipaparkan oleh berbagai ulama dari dalam Mesir sendiri maupun dari luar negeri.(fq/imo)

Sumber :  http://www.eramuslim.com/berita/dunia/syaikh-al-azhar-yang-menghina-sahabat-nabi-bukan-islam.htm

CATITAN HUJUNG:

Jadi Syiah bukan mazhab dalam Islam tetapi adalah UGAMA SYIAH! Awas!

Surat Nabi s.a.w Kepada Kisra Parsi

Surat Nabi s.a.w Kepada Kisra Parsi

1. Pada zaman Nabi s.a.w  terdapat dua kerajaan besar dunia, iaitu Parsi dan Rom. Kedua kerajaan tersebut sering bertelagah dan terjadi kalah dan menang. Maksud Firman Allah :

Telah dikalahkan bangsa Rumawi, di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang, dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman. (QS.Ar Rum 2-4)

2. Selepas perjanjian Hudaibiyah rombongan Nabi s.a.w kembali ke Madinah. Rasullah s.a.w merasai Islam semakin kuat dan berkemampuan untuk menyebar luas dakwah Islam. Akhirnya baginda s.a.w berpendapat akan mengutus orang-orang kepada Heraklius Penguasa Rom, Kisra Parsi, Muqauqis1, Najasyi (Negus) di Abisinia, kepada Harith al-Ghassani dan kepada penguasa Kisra di Yaman.

3. Surat kepada Heraklius itu kemudian dibawa oleh Dihya b. Khalifa, surat kepada Kisra dibawa oleh Abdullah b. Hudhafa, surat kepada Najasyi oleh ‘Amr b. Umayya, surat kepada Muqauqis oleh Hatib b. Abi Balta’a, surat kepada penguasa Oman oleh ‘Amr bin’l-‘Ash, surat kepada penguasa Yamama oleh Salit b. ‘Amr, surat kepada raja Bahrain oleh al-‘Ala bin’l-Hadzrami, surat kepada Harith al-Ghassani, raja perbatasan Syam, oleh Syuja’ b. Wahb, surat kepada Harith al-Himyari, raja Yaman[1], oleh Muhajir b. Umayya.[2]

Surat Nabi s.a.w Kepada Kisra Parsi

Gambar di atas dipetik dari : Surat-Surat Rasullah s.a.w Oleh Sultan Ahmed Qureshi – Jahabersa m.s 77

4. Surat Rasullah s.a.w kepada Kisra Parsi Khusro Perwez seperti berikut :


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dari Muhammad Rasul Allah kepada Kisra, Raja Farsi.

Semoga salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk, beriman kepada Allah dan NabiNya. Saya bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah, yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Allah telah menjadikan Saya nabi dan menghantar Saya ke seluruh alam, supaya saya dapat semaikan ketakutan kepada Allah kepada setiap orang. Terimalah Islam dan terselamat. Jika kamu enggan, segala dosa Zaorastrian akan menjadi tanggungjawab kamu. (Sirah Tabari, jilid 3, ms 90 dan Sahih Bukhari) [3]

5. Lanjutan surat tersebut Sultan Ahmed Qureshi dalam kitabnya Surat-surat Rasullah  telah menghuraikan[4]:

…. Khusrau Perwez telah memerintahkan ‘Bazan’ Gabenor Yaman untuk menangkap Nabi s.a.w. dan membawanya ke istananya. Bazan telah menugaskan Baboya dan Khar Khasra ke Madinah untuk menjalankan tugas itu. Keduanya muncul di hadapan Nabi s.a.w. dan dengan hormatnya menyatakan bahawa Maharaja Khusrau telah menghantar untuk membawa baginda ke sana. Beliau seterusnya menerangkan bahawa jika perintah Maharaja tidak ditunaikan, Kisra akan memusnahkan baginda dan negaranya. Kedua-dua utusan Bazan terkejut apabila mereka mendengar Nabi s.a.w. bersabda,

“Nasib telah bertukar bagi raja kamu. Khusro telah dibunuh olah anaknya sendiri, Sheroya. Kamu bawalah mesej kepada tuan kamu. Juga beritahunya bahawa ia akan mengetahui nanti bahawa kerajaan Islam akan berkembang hingga ke ibu negara Kerajaan Kisra”.

Benarlah apa yang diucapkan oleh Baginda s.a.w. bahawa Kaisar Rom ‘telah mengalahkan Khusro dan tumbukan tentera Bizantin telah sampai hampir ke ibu negara Iran. Pada masa itu masalah timbul pada keluarga Khusro yang telah dijadikan tawanan oleh anaknya Sheroya.

Dinyatakan dalam Sirah Tabari bahawa Sheroya telah membunuh bapanya pada malam 13hb. Jamadil Awal 7 Hijrah iaitu 628Masihi. Utusan-utusan Gabenor Yaman sangat terkesan dengan apa yang mereka lihat dari akhlak dan sifat baginda s.a.w. yang suci murni itu, cara hidup baginda yang sangat sederhana dan para saha­batnya. Apabila sampai di Yaman, mereka menyampaikan tanggapan mereka dan ramalan Nabi s.a.w .. Bazan juga amat terpengaruh dengan percakapan ini dan ia pun berkata:

“Dengan cakapnya, beliau kelihatannya bukanlah seorang raja dunia ini, tetapi pastilah seorang Nabi Allah. Kita harus tunggu dan memastikan kenabiannya”.

Apabila Baboya dan Khar Khasra kembali ke Yaman, Bazan telah menerima satu mesej dari Sheroya bahawa Khusro telah dibunuh disebabkan oleh perbuatannya yang sangat zalim. la juga mengarahkan bahawa Nabi Arab s.a.w. itu jangan dicampuri urusannya. Akhirnya, Bazan telah yakin dengan kebenaran Nabi s.a.w. dan beliau telah memeluk Islam, bersama-sama dengan ramai orangnya. (Sirah Tabari, Jilid 3, m.s 91)

Di sebalik hakikat bahawa surat suci itu yang ditujukan kepada Khusrau Perwez dikoyakkan, adalah satu mukjizat bahawa ia bertahan selama seribu tiga ratus tahun. Kelihatan apabila Khusro mengoyak dan mem­buangnya, seseorang telah memungutnya dan perlahan­lahan sampai kepada satu keluarga Kristian di Lebanon dan akhirnya ditemui oleh bekas Menteri Luar Lebanon, Henry Pharaoh. Para pengkaji yang memeriksa surat itu dengan terperinci mengesahkan bahawa ia merupakan surat asli yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w. kepada Khusro Perwez.

6. Az-Zuhri berkata[5]: “Sewaktu berita kematian Kisra sampai ke pengetahuan Bazan, ia pun menghantar utusan kepada Rasulullah (s.a. w.) untuk menyatakan ke Islamannya dan dituruti dengan masuk Islamnya para pengikutnya dari kalangan orang Parsi. Para utusan Bazan dari kalangan orang Parsi tersebut berkata kepada Rasulullah (s.a.w.): “Kepada siapakah kami hendak digolongkan?” Baginda menjawab: “Kalian adalah tergolong dari kami (kaum Muslimin) dan kepada kami Ahli Bait (keluarga Rasulullah).”

_________________________

[1] Saya tidak pasti hubungan raja ini dengan Bazan Gabnor Kisra Parsi, atau mungkinkah ia orang yang sama?

[2] Sejarah Hidup Muhammad s.a.w – Haekal MS 457

[3] Surat-Surat Rasullah s.a.w Oleh Sultan Ahmed Qureshi – Jahabersa m.s 76

[4] Surat-Surat Rasullah s.a.w Oleh Sultan Ahmed Qureshi – Jahabersa m.s 32

[5] Sirah Nabawiyah  Ibnu Hisyam – Pustaka Dini Jld 1 ms. 94