Perindu Cinta Allah: Doa Dan Syair Rabiah al Adawiyah

Perindu Cinta Allah: Doa Dan Syair Rabiah al Adawiyah[1]:

Tuhanku

Bintang-bintang bersinar bergemerlapan

Manusia sudah tidur nenyak

Dan raja-raja telah menutup pintunya

Tiap orang bercinta

Sedanag ashik masyuk dengan kesayangannya

Dan di sinilah aku bersendirian bersama Engkau.

Ya Rabbi

Bila aku menyembahMu kerana takutkan neraka

Bakarlah diriku di dalamnya

Bila aku menyembahmu kerana harapkan syurga

Jauhkanlah aku dari sana

Namun jika aku menyembahMu  hanya demi Engkau

Maka janganlah Kau tutup Keindahan AbadiMu.

Ya Tuhanku!

Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu

supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu

Kekasihku

tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun


[1] Beliau seorang Sufi lahir pada 713 Masihi dan wafat di Busra pada 801 Masihi. Juga dikenal sebagai Rabiah Basri.  Beliau hidup sezaman dengan Hasan al Basri, Malik bin Dinar dan Sufian as Sauri. Hidupnya yang zuhud penuh dengan pengabdian kepada Allah, kerana itu beliau dijuluki Perindu Cinta Allah. Antara rujukan: 100 Muslim Terkemuka oleh Jamil Ahmad,

Zuhud : Dua Sisi Pangangan

Ibrahim bin Adham r.a ditanya:

Bagaimanakah kamu mendapatkan sifat zuhud?

Beliau menjawab, dengan tiga pekara:

Iaitu aku takut melihat kubur dan tidak ada yang menemaniku,

Aku melihat jalan yang panjang dan tidak ada bekal bagiku

Dan aku melihat Al-Jabar dan tidak ada hujah bagi ku.

Abdullah bin Masud r.a  berpesan:

Tunaikanlah olehmu segala yang telah Allah wajibkan kepadamu,

Nescaya kamu akan menjadi orang yang paling berhamba di antara manusia,

Jauhilah olehmu segala yang diharamkan Allah,

Nescaya kamu akan menjadi sezuhud-zuhud manusia,

Terimalah semua pemberian Allah dengan hati redza

Nescaya kamu akan jadi manusia terkaya.

Sukarelawan ke Gaza dakwa diracun arsenik

June 29, 2010

PUTRAJAYA, 29 Jun – Sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel setelah flotilla bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang 31 Mei lalu mendakwa sukarelawan misi itu diracun dengan arsenik, yang dimasukkan dalam makanan diberikan kepada mereka sepanjang penahanan itu.

Ketua Misi Lifeline for Gaza Malaysia Noorazman Mohd Samsuddin berkata dakwaan itu terbukti benar apabila tiga sukarelawan dari Indonesia disahkan mempunyai kandungan arsenik yang tinggi dalam badan, sekembalinya mereka dari misi itu.

“Bagi sukarelawan dari Malaysia, setakat ini lima hingga enam sukarelawan sudah buat pemeriksaan kesihatan termasuk termasuk petugas media dari Astro Awani dan keputusan mendapati ia negatif.

“Baki sukarelawan yang masih belum membuat pemeriksaan kesihatan akan berbuat demikian dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perkongsian Pengalaman Bersama Sukarelawan Malaysia ke Gaza, di sini hari ini.

Arsenik adalah unsur bukan logam berwarna kelabu dan sangat beracun yang antara kegunaannya untuk menghasilkan racun perosak, ubat sapu dan peranti elektronik.

Dalam perkembangan lain, Noorazman berkata satu lagi konvoi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza akan dilaksanakan selepas Ramadan ini, dengan kira-kira 100 kapal bersedia untuk menyertainya.

Misi kali ini mungkin akan melibatkan penghantaran melalui darat, katanya. – Bernama

Empayar Kerajaan Osmaniyah : Asal Kerajaan Osmaniyah – Siri 1

Oleh : Dr. H. Abdul Malik Karim Amrullah ( Dr. HAMKA )

( Dipetik dari Sejarah Umat Islam – ditulis oleh Allahyarham Dr HAMKA sejak 1939 -1961 selama 22 tahun – Semuga rahmat Allah keatasnya)

Asal Kerajaan Osmaniyah

Bendera Osmaniyah

Nama Kerajaan Osmaniyah itu diambil dari dan dibangsakan kepada nenek-moyang mereka yang pertama. Sultan Osmani ibn Sauji ibn Artugrul ibn Sulaiman Shah ibn Kia Alp, kepala kabilah Kabi di Asia Tengah.

Tatakala bangsa Tartar bangkit menyerbu ke Dunia Islam, menakluk, membakar membunuh dan merampas, maka Sulaiman Shah, datuk dari Sultan Osman, melihat bahaya itu bagi negerinya di Mahan. Bermuafakatlah dia dengan anggota persukuannya yang besar itu, supaya lekas pindah ke negeri lain yang lebih aman, iaitu tanah Anatolia* di Asia Kecil. Kehendaknya itu dituruiti oleh anak buahnya. Mereka pun berangkatlah menuju Anatolia, meninggalkan kampung halamannya yang kelak akan menjadi padang terkukur saja, bila tentera Tartar masuk dan tidak akan dapat mereka pertahankan. Ada pun banyak anak buahnya yang mengikuti dia itu ialah 1,000 orang berkuda. Kejadian ini ialah di dalam abad ketujuh hijrah.

Kawasan Merah Adalah Tanah Anatolia

Beberapa lamanya mereka berhenti di negeri Akhlat. Tetapi tidak lama kemudian. tentera Tartar pun telah dekat pula sampai ke negeri itu, sehingga dengan segera mereka pindah pula ke negeri Azerbijan. Kemudian terdengarlah berita, bahawa gelombang bangsa Tartar itu telah jauh dari negeri asli mereka Mahan, dan negeri yang telah kosong itu tidak jadi mereka masuki. Maka terniatlah di hati Sulaiman Shah hendak pulang dan membangunkannya kembali. Dalam perjalanan pulang itu seketika lamanya mereka ber­henti di benteng Ja’bar dalam wilayah Orga, Setelah itu mereka seberangilah sungai Ephrat. Tiba-tiba sedang menyeberang itu, air menjadi besar, sehingga Sulaiman Shah, kepala kabilah itu tenggelam dalam sungai yang besar itu dan tidak dapat ditolong. Jenazahnya dikebumikan di dekat benteng Ja’bar itu.

Beliau meninggalkan empat orang putera; Sankurtakin, Kun-Togdai, Artugrul dan Dandan. Dan anak yang pertama melanjutkan maksud ayahnya, pulang kembali ke kampung, dan anak yang berdua lagi, iaitu Artugrul dan Dandan meneruskan matlamat ayah­nya yang kedua, iaitu melanjutkan peijalanan ke daerah Anatolia, mencari daerah yang subur. Mereka memilih tanah Erzerum. Artugrul diangkatl oleh persukuannya men­jadi kepala kabilah.

Adapun yang pulang ke negerinya itu tidaklah terdengar khabar beritanya lagi dalam sejarah.

Setelah kedua saudara yang kecil sampai ke daerah Anatolia, maka Artugrul mengutus puteranya Sauji menghadap Sultan Alaed-Din Kaiqubaz Sultan Saljuk Rumi, memohon supaya baginda sudi memberi izin berdiam di dalam wilayah kekuasaannya, dan mohon diberi tanah untuk bercucuk tanam dan men gembalakan ternak mereka. Permohonan itu diperkenankan oleh Sultan ‘Ala ed-Din. Dan dalam perjalanan pulang hendak menyampaikan berita ini kepada ayahnya, meninggallah Sauji.

Setelah selesai mereka menguburkan jenazah Sauji dalam keadaan girang mendapat tanah dan sedih kerana kematian. mereka pun meneruskan peijalanan menuju tanah yang telah dihadiahkan itu. Tiba-tiba di tengah peijalanan mereka melihat dua angkatan tentera tengah bertempur hebat. Yang satu pihak besar jumlahnya sedang pihak lawannya bilangannya kecil.

Maka timbullah semangat keadilan pada pihak Artugrul, sehingga dengan segera dia menyerukan anak buahnya supaya segera menyerbu ke medan perang itu dan berdiri di pihak yang lemah. Dan semangat mereka bertambah bergelora, demi mereka ketahui, bahawa pihak yang lebih kuat itu ialah tentera Mongol, musuh besar mereka, dan pihak yang lemah itu ialah tentera Sultan ‘Ala ed-Din Saljuk yang mempertahankan negerinya dari serangan Mongol, dan yang telah memberikan hadiah tanah kepada mereka. Maka oleh kerana bantuan yang tiba-tiba itu, keadaan pun berbaliklah. Serangan Mongol dapat ditangkis, dan akhirnya kedudukan tentera Saljuk bertukar dari bertahan kepada menye- rang. Dengan segera tentera Mongol mengundurkan diri.

Sangat gembira Sultan ‘Ala ed-Din mendengar berita kemenangan itu. Diundangnyalah Artugrul ke istana dan diterimanya dengan serba kehormatan, diberinya pakaian persalinan dan diberinya pula tanah dan wilayah kekuasaan, lebih luas daripada ара yang telah dijanjikannya kepada puteranya Sauji. Dan apabila terjadi peperangan dengan pihak musuh, senantiasalah Artugrul membawa anak buahnya memberikan bantuan kepada Sultan ‘Ala ed-Din dengan penuh kesetiaan. Dan setiap mencapai kemenangan, Sultan memberinya juga hadiah wilayah tanah yang baru, ditambah dengan harta benda yang banyak. Kemudian itu tentera Artugrul diberi gelar oleh Sultan “Muqaddamah Sultan”, (Tentera pelopor baginda), kerana bila berperang, tentera Artugrul juga di barisan muka.

Pada tahun 687 H, 1288 M, mangkatlah Artugrul. Untuk gantinya Sultan ‘Ala ed-Din menunjuk cucunya yang sulung, Osman, putera Sauji.

_______________________

* Anatolia (bahasa Turki: Anadolu) atau juga dikenali Asia Kecil adalah kawasan barat daya Asia dan juga merujuk kepada sebahagian besar dari Turki. Anatolia dikelilingi Laut Hitam, Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Anatolia dihuni penduduk berbagai budaya kerana ia terletak di antara Eropah dan Asia.

Prof. Mohammad Redzuan Othman: Iran hipokrit, tidak sokong Hamas!

Oleh :

Mohd Samsuddin Hulu Langat

Demikianlah pernyataan yang muncul dari mulut beliau apabila penulis mengajukan persoalan mengenai isu sokongan Iran terhadap rakyat Palestin selama ini. Penulis mengambil kesempatan menanyakan beberapa soalan secara ringkas kepada beliau sewaktu menemani isteri (pelajar seliaan beliau peringkat Phd. Di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya) berkunjung ke rumah beliau.

Prof. Mohammad Redzuan Othman (Gambar di sebelah) merupakan tokoh sejarah yang terkenal, sangat kaya dengan pengalaman antarabangsa dengan kepakarannya mengenai sejarah Asia Barat. Beliau telah menulis beberapa jurnal antarabangsa, diundang oleh banyak negara luar untuk membincangkan persoalan Timur Tengah terkini. Kepakaran beliau tidak perlu dijelaskan lagi di sini kerana pembaca boleh menyaksikan sendiri menerusi kaca televisyen dan karya-karya beliau yang tersebar.

Kebetulan tajuk tesis isteri penulis di bawah seliaan beliau berkaitan dengan Turki Uthmaniyyah, penulis sempat mengajukan beberapa soalan ringkas berkaitan dengan peranan Turki dalam isu Palestin yang sedang ‘panas’ masa kini. Prof. Redzuan menyatakan semasa lawatan beliau ke Turki baru-baru ini beliau sempat menghadiri solat jenazah beberapa aktivis flotilla kapal Mavi Marmara yang terkorban akibat serangan ganas rejim Yahudi Israel baru-baru ini. Penulis cuba menarik perhatian beliau tentang kenyataan Erdogan selepas peristiwa serangan baru-baru ini, “mayat al-Fateh dan Sultan Salim akan remuk jika Turki berdiam diri terhadap kezaliman Israel”. Penulis cuba menggambarkan roh perjuangan Erdogan ‘berdarahkan’ perjuangan khilafah Uthmaniyyah. Ketika penulis bertanyakan benarkah Turki sebahagian dari anggota NATO dan mereka bersama NATO memerangi Taleban di Afghanistan, beliau terus menyatakan, “(bahkan) Turki sebelum ini mempunyai hubungan dengan Israel. Penulis mencelah dengan mengatakan, “boleh jadi mereka (Erdogan) mewarisi ‘kerja-kerja’ kerajaan sekular sebelumnya yang melakukan hubungan dengan Israel”. Lantas beliau meneruskan, “mereka sebenarnya sudah mencuba (sedayanya)” (untuk menjauhkan diri dari berhubungan dengan Israel). Penulis amat bersetuju dengan kenyataan beliau.

Penulis meneruskan soalan, Apakah Turki mempunyai peranan di Iraq? Beliau menyatakan, “ tidak ada”. Lantas penulis mengalihkan tumpuan kepada kelompok PKK di Utara Kurdistan yang berkonflik dengan kerajaan Turki. Beliau menjelaskan, “beberapa tokoh-tokoh Kurdis seperti Masud Barzani (Presiden wilayah autonomi Kurdistan hari ini) dan Jalal Talebani (Presiden Boneka Amerika Iraq) adalah nasionalis”. Beliau tidak membantah apabila penulis mengaitkan mereka dengan Mossad Israel (mereka juga sekutu rapat Iran sebenarnya).

Penulis cuba mengaitkan peranan Masud Barzani, Jalal Talebani dalam London Meeting 2002 yang bekerjasama dengan Amerika dan Iran bagi menumbangkan Saddam di Iraq. Begitu juga Bonn Conference 2002 dan Skandal Iran-Contra yang menggambarkan hubungan rahsia Iran bersama Amerika menumbang Saddam Husein dan menjatuhkan Taleban di Afghanistan. Beliau terus menjelaskan, “Iran tidak pernah menyokong Taleban di Afghanistan, mereka baru sahaja menggantung pemimpin Sunah di sana” (berita terkini semalam di al-Jazeera menyatakan, Abdul Malek Rigi pemimpin kumpulan Sunah, Jundullah di Baluchistan telah digantung oleh Iran). Berbalik kepada soalan tentang sokongan Iran kepada Hamas di Palestin, beliau menjawab, “ramai orang bercakap tentang kebenaran sokongan ini, sebenarnya hipokrit, mereka tidak menyokong Hamas, mereka sebenarnya menyokong gerakan Jihad Islam (gerila Syiah) di Palestin. Begitu juga Hizbollah, mereka tidak menyokong Hamas di Palestin”.

Satu perkara yang menarik dalam pertemuan itu ialah tegas beliau, “jika Zaini (Zaini Zainal Abidin seorang tukang gendang syiah yang sering memperkatakan tentang isu Timur Tengah dalam siaran televisyen) bercakap lagi dalam siaran televisyen mengenai perkara ini saya akan jawab”. Siapa Zaini itu? Apa yang dijelaskannya itu sebenarnya banyak yang tidak benar pun!!”

Sungguh pun pertemuan itu cukup ringkas tidak dapat menjelaskan kenyataan beliau secara detail kerana ianya tidak dirancang, namun penulis sangat berpuas hati dengan jawapan-jawapan beliau berikan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan secara tidak tersusun. Penulis sudah lama menantikan kesempatan untuk membuka mulut dalam beberapa kesempatan sebelum ini. Satu perkara yang nyata ialah, beliau secara jelas menjelaskan tentang hipokritnya Iran dalam isu Palestin, di samping tidak menafikan kerjasama Iran dengan Amerika dan Zionist dalam menghapuskan Taleban di Afghanistan dan bekerjasama di Iraq. Jika dibuka mata seluas-luasnya, itulah yang menjadi tema penjelasan blog tenteradajjal.blogspot.com kepada umum selama ini!!!

Sumber : http://tenteradajjal.blogspot.com/2010/06/pakar-sejarah-asia-barat-iran-hipokrit_23.html

Armenia Ubah Masjid Jadi Kandang Babi dan Sapi

Seorang jurnalis Rusia, Anrea Galavev berhasil merekam sebuah momen yang sangat mengejutkan di desa Akdam di wilayah Karrabagh, Armenia. Sebuah masjid bersejarah di wilayah itu diubah oleh penduduk setempat menjadi kandang ternak babi dan sapi.

Desa Akdam dan wilayah Karrabagh sejatinya termasuk ke dalam wilayah Azerbaijan. Namun wilayah tersebut jatuh dalam pendudukan Armenia sejak beberapa puluh tahun silam. Akibat pendudukan itu pula, hubungan antara Azerbaijan dan Armenia bersitegang hingga kini.

Konflik Azerbaijan-Armenia tak sebatas pada konflik antar wilayah, tetapi juga lebih jauh melebar pada konflik antar agama. Mayoritas warga Azerbaijan adalah Muslim, sementara Armenia adalah Kristen.

Masjid tersebut dibangun pada tahun 1870 M oleh arsitek tersohor dari Azeri, Shafi Khan Karrabaghi. (AGS/db)

Sumber : http://www.eramuslim.com/berita/dunia/armenia-ubah-masjid-jadi-kandang-babi-dan-sapi.htm

Dimana wilayah Karrabagh, Armenia :

Sedikit maklumat wilayah Karrabagh, Armenia :

Nagorno-Karabakh adalah sebuah wilayah yang terletak di bagian selatan Kaukasus, tepatnya 270 km sebelah barat Baku, ibu kota Azerbaijan. Wilayah ini dihuni oleh mayoritas etnik Armenia, dan dikuasai oleh militer Armenia. Penduduk etnik Armenia setempat memproklamasikan kemerdekaan Republik Nagorno-Karabakh dari Azerbaijan pada 10 Desember 1991, namun kedaulatan republik tersebut tidak diakui oleh dunia internasional dan wilayah tersebut secara de jure dianggap sebagai bagian dari Azerbaijan. Pada 27 Juni 2006, Armenia dan Azerbaijan sepakat untuk mengizinkan penduduk Nagorno-Karabakh untuk mengadakan referendum mengenai status wilayah tersebut di masa depan. – Wikipidia.

Mungkinkah Masjid Agdam itu di SINI ? Atau lihatlah gambar-gambar masjid tersebut dan persekitarannya  di SINI.

Kufur dan Cahaya Iman

Kufur dan Cahaya Iman


Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur),

kemudian kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk),

dan kami jadikan baginya cahaya (iman)

yang menerangi

(sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah)

ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia,

(adakah orang yang demikian keadaannya)

sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur),

yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?

Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman),

diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).

QS Al an Am 122

Rasullah s.a.w Tidak Memberi Peluang Sahabat Membuat Gosip

Secara kebetulan, pagi tadi saya melewati lorong yang sempit di hadapan sebuah kedai judi TOTO. Nampak ramai pelangan kedai judi tersebut sehingga saya memperlahankan kereta saya. Dicelah ramai orang tersebut muncul seorang sahabat yang lama tak jumpa. Segera sahabat tersebut menegur saya.

Sebelum apa-apa dia lebih dulu berkata, saya mai membeli dawai neting untuk buat sangkar ayam! Di sebelah kedai TOTO memang ada kedai hardware.

Saya segera paham maksud cerita beliau. Saya juga percaya sahabat tersebut tidak mungkin membeli atau menikam TOTO!

Ya, saya teringat kisah nabi s.a.w di satu malam, di dalam keadaan yang samar, di atas satu keperluan beliau s.a.w bersembang dengan salah seorang isteri baginda di satu laluan. Secara kebetulan seorang sahabat datang dan mengenali nabi di dalam samar-samar malam tersebut. Kerana ia mengenali nabi, ia cepat-cepat berlalu. Lalu nabi s.a.w memanggil sahabat tersebut dan mengatakan bahawa baginda s.a.w berbual dengan isteri baginda – bukan perempuan lain.

Bagaimana terjadi kalau nabi s.a.w tidak menjelaskan duduk pekara sebenar? Tentu kecoh jadinya!

Ya betul ….. sahabat saya tersebut telah mengelak untuk saya membuat gosip tentang dirinya!

UMUR SAIDATINA ‘AISHAH SEWAKTU BERNIKAH DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Seorang teman mempertikaikan tulisan saya pada NOTA di Facebook saya. Saya catitkan semula di bawah ini apa yang saya tulis:

Menerangkan Umur Baligh
pada 06hb Jun 2010 pukul 11.39 ptg
Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Aku pernah mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w untuk sama-sama berperang dalam peperangan Uhud. Pada saat itu aku baru berumur empat belas tahun, namun baginda tidak memperkenankan aku. Aku kemukakan lagi cadangan tersebut untuk sama-sama bertempur dalam peperangan Khandaq, lalu baginda memperkenankan. Pada saat itu aku sudah berumur lima belas tahun

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 3473

Catitan: Perang Badar berlaku pada tarhun 2 Hijrah. Isteri nabi saw Aishah r.a dilapor menyertai Badar. Jadi tentu umurnya sekitar lebih 15 tahun – bukan 9 – 10 tahun!


Yang dipersolakan bukan hadis tetapi catitan hujung yang bertulis biru. Teman tersebut berkata TIDAK WAJAR saya mempertikaikan umur Aishah r.a semasa berkahwin dengan nabis s.a.w.
Punca masalah ini ialah : berdasarkan kepada riwayat Hisham,  Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur enam tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya sembilan tahun, iaitu selepas Hijrah ke Madinah; dan beliau membawa bersama-sama anak patungnya ke rumah suaminya (Nabi s.a.w.).

Bagi menghurai masalah ini elok ditekuni kertas kerja oleh Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi, seorang ulama India bertajuk :
PEMURNIAAN SEJARAH : UMUR SAIDATINA ‘AISHAH SEWAKTU BERNIKAH DENGAN RASULULLAH S.A.W.
Dalam kertas kerja ini penulis telah memberi 24 hujah menolak  pendapat Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur enam tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya sembilan tahun.

Untuk menjawab komen sahabat tersebut saya catitkan 2 hujah yang berkaitan sahaja, iaitu hujah ke 10 dan ke 11 :

HUJAH KESEPULUH – UMMUL MU’MININ R.A. TURUT SERTA DI DALAM
PEPERANGAN BADAR

Di dalam ‘Saheh’nya Imam Muslim melalui Urwah bin Zubair, telah meriwayatkan daripada Saidatina ‘Aishah r.a. bahawa beliau (Saidatina ‘Aishah r.a.) berkata Nabi Muhammad s.a.w. mara ke medan pertempuran Badar dan semasa tiba di Harratul Wabrah, seorang lelaki yang terkenal dengan kegagahan dan keberanian datang kepadanya. Para Sahabat r.a. teramat gembira melihat kedatangan lelaki tersebut . Beliau berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Saya telah datang kepadamu dengan tujuan untuk menyertai peperangan, dan saya ingin menanggung kesukaran ini bersama kamu.” Baginda s.a.w bertanya, “ Adakah kamu beriman kepada Allah dan Nabi-Nya?” Pemuda itu menjawab, “Tidak”. Lalu Baginda s.a.w. berkata, “Pergi, baliklah. Saya tidak memerlukan sebarang bantuan daripada seorang musyrik.”
Ummul Mu’minin r.a. berkata bahawa pemuda tersebut pun berlalu dari situ. Tetapi apabila mereka sampai di Shajarah, orang yang sama telah datang semula. Baginda s.a.w. sekali lagi menanyakan soalan yang sama iaitu sama ada beliau beriman kepada Allah dan Nabi-Nya. Sekali lagi pemuda itu menjawab tidak.
Kemudian Rasulullah s.a.w. telah berkata bahawa baginda s.a.w tidak memerlukan sebarang pertolongan daripada seorang musyrik. Maka pemuda itu pun sekali lagi berlalu pergi. Ummul Mu’minin r.a. menceritakan bahawa apabila mereka tiba di sebuah tempat bernama Baida’, pemuda yang sama muncul kembali. Sekali lagi Nabi Muhammad s.a.w. bertanyakan soalan yang serupa, “Adakah kamu beriman kepada Allah dan Nabi-Nya?” Pemuda tersebut mengiyakannya. Lalu Baginda s.a.w. berkata, “Bagus! Kamu boleh turut serta.” (‘Sahih Muslim’, Jilid II, m/s 118)
Bagaimanapun pensyarah-pensyarah hadis telah mentakwilkan bahawa perkataan ‘kami’ yang digunakan oleh Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah bermaksud ‘para sahabat ’ r.a. dan beliau (‘Aishah r.a.) sendiri sebenarnya tidak termasuk dalam ungkapan ‘kami’ itu. Dan Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah pergi hingga ke Baida’ untuk mengucapkan selamat jalan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Namun, kami tidak dapat menerima takwilan ini. Daripada hadis imam Muslim ini, kami membuat kesimpulan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. telah turut serta dalam peperangan Badar, dan ‘Aishah r.a. adalah satu-satunya wanita yang menyertai peperangan Badar. Ahli-ahli sejarah dan para penulis sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang mengatakan bahawa Baginda s.a.w. mula tinggal bersama ‘Aishah r.a. di bulan Syawal, tahun ke-2 H mungkin dipengaruhi golongan Syiah.
Yang tepatnya, Ummul Mu’minin r.a. telah mulai hidup bersama Baginda s.a.w. pada bulan Syawal, tahun pertama selepas hijrah, dan hadis Muslim di atas adalah benar.

Di samping membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a. turut serta dalam Peperangan Badar dan hidup bersama Nabi s.a.w. mulai bulan Syawal di tahun pertama hijrah, hadis ini juga membuktikan bahawa ‘Aishah r.a. telah hidup bersama Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun. Dakwaan ahli sejarah yang mengatakannya sembilan tahun ataupun Riwayat Hisham yang menyatakan tempoh
sembilan tahun, adalah salah.

Apabila Saidina Umar r.a. telah memperuntukkan sejumlah elaun untuk para Sahabat r.a. sewaktu beliau menjadi Khalifah, beliau telah memberikan elaun yang lebih kepada mereka yang telah menyertai Perang Badar, berbanding dengan mereka yang tidak menyertai Peperangan Badar. Dan, apabila elaun untuk isteri-isteri Rasulullah s.a.w dibahagikan, jumlah elaun Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. adalah yang tertinggi yang mana menurut ahli sejarah disebabkan beliau adalah isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w. Alasan ini mungkin juga benar.
Akan tetapi, sebabnya yang sebenar pada pandangan kami ialah beliau (‘Aishah r.a.) telah turut serta di dalam Perang Badar, dan isteri yang lain tidak memiliki kelebihan ini, malah tiada wanita lain di muka bumi ini yang memiliki penghormatan ini. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmat-Nya ke atas Imam Muslim yang telah menyampaikan riwayat ini dengan sanad yang paling sahih sehingga tiada perawinya dipertikaikan. Beliau telah membuktikan Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. turut serta di dalam Peperangan Badar, dan menjalani kehidupan sebagai isteri kepada Nabi s.a.w. pada tahun 1 (selepas hijrah), dan terus kekal sebagai isteri Nabi s.a.w. selama sepuluh tahun (sehingga kewafatannya) ; maka tempoh selama sembilan tahun. sebagaimana yang disebut di dalam Riwayat Hisham, adalah tidak benar.
Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan terhadap Imam Muslim di dalam taman-taman syurga, kerana dengan meriwayatkan peristiwa ini telah membuktikan Ummul Mu’minin r.a. tidaklah bermain dengan anak patung tetapi bermain dengan pedang; bahkan beliau telah dibesarkan di bawah bayang-bayang pedang. Ini merupakan sifat semulajadinya, kerana seorang kanak-kanak yang senantiasa melihat permainan pedang, tidak bermain dengan anak patung. Bermain dengan anak patung adalah kebiasaan orang Ajami (Iran), bukannya permainan orang Arab. Para Perawi Iraq ini mahu mengatakan Ummul Mu’minin Aishah r.a. suka bermain dengan anak patung sebagaimana kegemaran wanita-wanita di sana.
Berkemungkinan, tujuan mereka ialah ingin mengatakan ‘bagaimanana mungkin seorang kanak-kanak perempuan yang menghabiskan masanya dengan bermain anak patung dapat memahami maksud al-Qur’an dan Sunnah’.
Riwayat ini juga telah membuktikan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. bukanlah seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun ketika itu. Jika beliau adalah seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, apakah tujuannya untuk pergi ke medan perang? Ini kerana, tugas wanita yang berada di medan perang ialah untuk berperang dan memberikan khidmat ketenteraan. Aspek ini akan dijelaskan dalam halaman-halaman seterusnya.
Di dalam Peperangan Badar, sudah termasyhur bahawa bendera yang disediakan pada hari itu, adalah diperbuat daripada kain tudung yang digunakan oleh wanita Islam untuk menutup kepala dan badan. Sekiranya peristiwa ini benarbenar terjadi, ia merupakan bukti yang lebih kukuh, bahawa Ummul Mu’minin r.a. mulai hidup bersama Rasulullah pada tahun pertama Hijrah dan beliau (‘Aishah) menyertai Peperangan Badar. Ini kerana, adalah tidak masuk akal untuk mengambil kain tudung kanak-kanak perempuan yang belum berkahwin lagi. Begitu juga agak sukar dipercayai bahawa Baginda s.a.w. membawa kain tudung seorang pengantin baru dan mara ke medan Badar, dan ia juga tidak mungkin bahawa beliau (Saidatina ‘Aishah) pergi hingga ke Baida’ semata-mata untuk mengucapkan selamat jalan kepada Rasulullah s.a.w., dan telah meninggalkan kain tudungnya di sana. Ini bukan sebuah kisah cinta !!
Yang sebetulnya, keadaan peperangan yang datang secara mengejut menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan kain bendera. Kemungkinannya, tidak terdapat kain di dalam khemah untuk dijadikan bendera. Kemudiannya Ummul Mu’minin r.a. memberikan kain tudungnya dan meletakkan sehelai kain sapu tangan di atas kepalanya dan beliau r.a. telah bersedia untuk berperang. Namun perawiperawi Iraq menggambarkannya sebagai sebuah kisah cinta yang romantik!!
Juga perhatikan bahawa bendera-bendera tersebut telah disediakan di tempat yang bernama ‘Rawja’ yang jauhnya 40 batu dari Madinah. Sehelai bendera telah dibuat untuk orang Ansar dan yang sehelai lagi untuk Muhajirin. Bendera Muhajirin telah diberi kepada Mus’ab bin Umair r.a., akan tetapi Waqidi (seorang perawi Syiah) berkata ia telah diberi kepada Saidina Ali r.a. Riwayat
ini, kemudiannya telah dikutip oleh ulama ahli sunnah yang menganggap setiap riwayat perlu dikutip untuk memenuhi kewajipan agama . Maka timbullah cerita sehelai bendera telah diberi kepada Mus’ab r.a. dan sehelai lagi diberi kepada Ali r.a.
Kemudian daripada itu ahli-ahli sejarah Syiah telah memotong nama Mus’ab r.a. dan memasyhurkan nama Ali r.a. sebagai satu-satunya pembawa bendera. Pada hari ini ‘sejarah’ yang kita miliki, adalah sejarah yang diputarbelit dan diselewengkan. Semua kaki dan tangannya sudahpun dipotong oleh pembohongpembohong Syiah. Untuk menyambungkan kembali tangan dan kakinya yang dipotong ini hanya mungkin apabila kita mendapatkan ‘anggota’ yang sebenar. Kebanyakan orang sibuk untuk mengorek dan menggali sejarah. Kita geledah di mana-mana untuk mencari ‘anggota-anggota’ yang hilang itu. Walaupun kita menjumpai anggota-anggota ini kita sebenarnya tidak dapat memastikan bahawa ianya bukan organ palsu. Malah adalah dibimbangi kita mungkin kehilangan tubuh yang sedia pincang ini setelah mendapat anggota yang kononnya ‘asli’ tetapi pada hakikanya adalah palsu.
Sebagai contoh, pada awal abad ini, jenazah, yang dikatakan milik Saidina Huzaifah dan Saidina Jabir bin Abdullah telah ditemui.
Menurut ahli sejarah dan ulama hadis, Jabir r.a. telah dikebumikan di perkuburan Baqi’ di Madinah. Mungkin kubur palsu ini, yang siap dengan ukiran, telah di bina pada zaman Bani Buwaihah ataupun selepas kematian sahabat besar ini mereka telah menggali satu terowong yang panjang dan berjalan sampai ke Baghdad!; sebagaimana empat orang anak perempuan Saidina Husin r.a. yang telah sampai ke Lahore, dan kubur mereka yang terkenal dengan nama ‘Nik Bibiyun” (Anak-anak perempuan yang baik) hingga ke hari ini, atau Saidina Ali r.a. mungkin telah dikebumikan di Najaf (Iraq), di Koh Mawla, Baluchistan (Pakistan) dan di Koh Mawla, Deccan (India) pada satu masa. Sebenarnya , ini semua kerja puak-puak Bathiniah ( salah satu ajaran Syiah) . Kita tidak mampu meneropong rahsia dan konspisrasi di balik tabir. Halangan yang paling besar yang kita hadapi sekarang ini ialah kurangnya ‘ilmu’ di kalangan kita . Sekiranya kita membuang buku-buku ke dalam sungai seperti yang dilakukan oleh al-Ghazali , al-Rumi, Junaid dan Shibli, maka, kita akan dikuasai oleh orang-orang jahil dan jahat.
HUJAH KE-11 – AISHAH R.A. MENYERTAI PERANG UHUD SEDANGKAN KANAKKANAK LELAKI BERUMUR EMPAT BELAS TAHUN TIDAK DIBENARKAN MENYERTAI PERANG

Peperangan Uhud adalah satu peperangan di mana Nabi Muhammad s.a.w. telah tercedera parah. Menurut Hadis Bukhari, hanya dua orang sahabat yang tinggal bersamanya iaitu Sa’ad bin Abi-Waqas dan Talhah bin Ubaidullah r.a. Sebahagian sahabat kebingungan, sebahagiannya berjuang bersendirian dan terputus hubungan dengan yang lain. Sebahagian yang lain pula telah memanjat bukit untuk menyelamatkan nyawa; dan telah tersebar dengan luas kabar angin bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah syahid.
Pada hari itu, Abu Talhah Ansari r.a. iaitu ayah tiri Anas r.a., telah mempertahankan Nabi s.a.w. dengan sepenuh jiwa dan tenaganya. Beliau berkali-kali merayu kepada Rasulullah s.a.w. sambil berkata , “Saya korbankan ibubapa ku demi keselamatanmu! Jangan tinggalkan tempatmu kerana saya takut anda akan dipanah”.
Inilah satu-satunya peperangan semasa hayat Rasulullah s.a.w. di mana orang Islam telah ditewaskan dan seramai 70 orang sahabat r.a. telah syahid. Dan, barangkali tiada seorang pun yang tidak mendapat kecederaan . Beberapa orang wanita juga turut serta dalam pertempuran ini.
Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang siapakah wanita yang turut serta dalam peperangan ini, dan apakah tanggungjawab mereka, perlu dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. menyedari akan bahaya yang akan dihadapi.
Itulah sebabnya mengapa Baginda s.a.w. tidak membenarkan kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun ke bawah untuk mengambil bahagian dalam peperangan ini. Di kalangan kanak-kanak bawah umur ini termasuklah Samrah bin Jundub, Bara’ bin Azib, Anas bin Malik, Zaid bin Thabith dan Abdullah bin Umar r.a. . Ibn Umar r.a. tidak dibenarkan menyertai Perang Uhud kerana beliau berumur 14 tahun ketika itu dan peperangan pertama yang disertainya ialah Perang Ahzab atau dikenali dengan nama Perang Khandak. Oleh itu, had umur untuk menyertai satu-satu peperanganialah 15 tahun. Angka ini amat penting sehingga sesetengah ahli feqah, dengan berdasarkan riwayat Ibn Umar ini, telah menetapkan had kematangan ( baligh ) adalah sekurang-kurangnya 15 tahun.
Sekarang perhatikan sekiranya Rasulullah s.a.w. hanya membenarkan mereka yang berumur 15 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam peperangan, bagaimana mungkin seorang kanak-kanak perempuan bawah umur dibenarkan untuk turut serta dalam peperangan?
Perlu diingat bahawa wanita yang mengambil bahagian di dalam peperangan mempunyai pelbagai tanggungjawab seperti mengangkat dan merawat mujahidin yang tercedera di medan pertempuran, memberi minum kepada mujahidin yang tercedera, bahkan mengangkat senjata bila diperlukan. Adalah jelas bahawa tidak semua wanita mampu melakukan tugas-tugas ini . Bagaimana mungkin tanggungjawab sebegitu penting diserahkan kepada seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia sembilan atau sepuluh tahun? Seorang wanita mampu melaksanakan tugas yang sebegitu penting sekiranya dia memiliki kemahiran dalam teknik bertempur , dan boleh mempertahankan dirinya sendiri apabila perlu, dan yang utamanya dia mestilah mempunyai keberanian untuk menyertai pertempuran apabila diperlukan.
Dengan mempertimbangkan hal ini dengan cermat, kita terpaksa mengakui bahawa tanggungjawab seperti itu tidak boleh diserahkan kepada seorang kanakkanak perempuan bawah umur. Sekiranya, pemuda yang berusia 14 tahun tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian di dalam pertempuran, kaum wanita yang ingin menyertai peperangan mestilah seorang yang cukup matang dan
berpengalaman yang faham akan risiko yang bakal ditanggung. Di antara wanita yang pernah berperang bersama Rasulullah s.a.w. ialah :
1. Ummu Ammarah r.a. :

Di antara wanita yang telah menyertai peperangan Uhud ialah Ummu Ammarah r.a.yang turut melindungi Rasulullah s.a.w. . Pada hari itu, beliau mendapat 13 luka dan Nabi s.a.w. sendiri telah membalut lukanya sambil berdiri. Ummu Ammarah r.a. berhadapan dengan Ibn Qamayyah yang melemparkan batu kepada Rasulullah s.a.w. Beliau (Ummu Ammarah r.a.) menyerang menggunakan
sebatang kayu (sedangkan Ibn Qamayyah bersenjatakan sebilah pedang) , mengakibatkan Ibn Qamayyah jatuh tersungkur dan pecah kepalanya.
Beliau r.a. juga telah menyertai Peperangan Yamamah menentang Musailamah al-Kazzab dan telah berjuang dengan sepenuh hati dan telah mendapat 12 luka sehingga menyebabkan tangannya tidak boleh digunakan .
2. Ummu Sulaim r.a. :

Ibn Sa’ad telah meriwayatkan bahawa Ummu Sulaim r.a. membawa bersamanya pisau belati pada hari Peperangan Uhud. Anas r.a. telah menceritakan bahawa Ummu Sulaim r.a. membawa pisau belati bersamanya sewaktu Pertempuran Hunain. Abu Talhah r.a. mengadu kepada nabi s.a.w., “Wahai Rasulullah., ini Ummu Sulaim dan beliau membawa pisau belati bersamanya”. Mendengarkan kata-kata itu, Ummu Sulaim r.a. berkata, “Wahai Rasulullah., saya menyimpan pisau ini kerana jika ada orang kafir datang mendekati saya, saya akan menikam perutnya”. (Tabaqat Ibn Sa’ad, Jilid VIII, m/s 425)
Wanita yang tidak menyertai pertempuran secara langsung juga turut dilengkapi dengan senjata. Keterangan ini jelas menunjukkan bahwa menyertai peperangan bukanlah tugas seorang kanak-kanak bawah umur. Ummu Sulaim r.a., ibu kepada Anas r.a., adalah seorang wanita yang dewasa dan berpengalaman. Beliau telah mengambil bahagian dalam beberapa peperangan bersama Nabi Muhammad s.a.w.
3. Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. :

Kami telah membuktikan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. telah menyertai Peperangan Badar sebagai wanita dewasa dan bukan sebagai kanakkanak bawah umur. Beliau r.a. juga telah mengambil bahagian di dalam Pertempuran Uhud bersama-sama dengan Ummu Sulaim r.a. Anas r.a. mengatakan bahawa beliau telah melihat ‘Aishah binti Abu Bakar r.a. dan Ummu Sulaim r.a. menyinsingkan kaki seluar mereka dan sebahagian daripada buku lali mereka telah terlihat olehnya (Anas r.a.). Kedua-dua mereka bertugas mengangkat gereba air dan memberi minum kepada tentera Islam. Mereka berulangalik mengisi air dan memberi minum kepada Mujahidin. (Bukhari, Jilid I, m/s 403)
Tugas menyediakan air adalah proses yang berterusan di medan perang. Tugas ini hanya boleh dilakukan oleh wanita yang bersenjata dan berpengalaman, dan bukan seorang gadis mentah berumur sepuluh tahun. Sedangkan untuk mengangkat gereba air pun suatu tugas yang berat untuknya ( sekiranya beliau r.a. berumur sepuluh tahun pada masa itu) bagaimana mungkin beliau sama-sama memikul tanggungjawab bersama Ummu Sulaim r.a., seorang wanita dewasa? Berganding bahu dengan Ummu Sulaim r.a. itu sendiri membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a. sekali-kali bukan seorang kanak-kanak di bawah umur pada masa itu . Dan juga, apabila diakui bahawa kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun tidak dibenarkan menyertai peperangan, bagaimana mungkin Ummul Mu’minin r.a. yang berumur 10 tahun dibebankan dengan tugas berat ini Saudara, perbincangan di atas adalah dari sudut hadis. Sekarang mari kita bincangkan tajuk ini dari aspek sejarah, yang mana akan terus menyokong pendapat bahawa Ummul Mu’minin tidak berumur enam tahun semasa beliau r.a. mengahwini Rasulullah s.a.w. ………

Kaum Yahudi Tidak Berhak Ke Atas Baitul Maqdis

Kaum Yahudi Tidak Berhak Ke Atas Baitul Maqdis[1]

Baitul Makdis

Kedudukan Masjidil Aqsa Dan Kubah Batu

haram assarif dari selatan

Allah telah menjanjikan “Tanah Suci Bumi yang dijanjikan” kepada kaum Bani Israil untuk direbut, diduduki dan ditadbir. Menurut para ulama, bumi itu adalah tanah Palestin yang di dalamnya terdapat Baitul Maqdis. Namun sejak awal-awal lagi kaum Bani Israil itu telah membangkang perintah Allah dan berkhianat ke atas Nabinya. Jadilah mereka sebagai umat yang dikutuk Allah dan tidak berhak lagi ke atas Baitul Maqdis. Beberapa alasan yang menyebabkan kaum Yahudi tidak berhak ke atas Tanah Suci Baitul Maqdis dan tanah Palestin di antaranya:

Kaum yang Sangat Ingkar

Sangat ingkar dan bersikap tidak sopan kepada Nabi Musa ketika disuruh menakluki Baitul Maqdis dengan mengatakan: “Hai Musa, kami sekali-sekali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada di dalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja.”[2].”

Masjidil Aqsa

Membunuh Para nabi

Mengkhianati agama Tauhid yang ditinggalkan Nabi Musa dan membunuh para Nabi dari kalangan bangsanya sendiri. Di antara nabi-nabi yang dibunuh oleh bani Israil itu ialah Nabi Zakaria, Nabi Yahya. Nabi Isa juga mereka kejar bersama-sama pasukan Rom untuk dibunuh. Dengan bangganya mereka berkata: “Kami telah membunuh Isa anak Maryam.” Tetapi Allah menyelamatkan Nabi Isa, jadilah mereka membunuh kawan sendiri yang telah diserupakan  seperti Nabi Isa olch Allah. Bahkan kaum Yahudi itu telah bcrkah-kah berusaha cuba mcmbunuh Nabi Muhammad, namun selalu gagal.

Masjidil Aqsa

Membunuh Umat Lain

Melakukan kejahatan terhadap kaum Kristian dengan membunuh mereka secara besar-besaran ketika mereka berkuasa.

Kaum Yahudi itu telah beratus tahun dihalau keluar dari Baitul Maqdis oleh kuasa-kuasa besar. Setelah beratus tahun dikuasa oleh Rom, Baitul Maqdis dapat dibebaskan oleh umat Islam dari kuasa yang menjajahnya. Dengan demikian secara historis kaum Yahudi sudah tidak memiliki saham dalam pembebasan Baitul Maqdis. Dalam hal ini seorang pakar sejarah terkenal Arnold Toynbee dari British mengatakan:

Kaum Yahudi tidak punya hak historis ke atas Palestin. Sebab kalau mereka yang pernah menduduki Palestin lebih 2000 tahun yang lalu dinyatakan mempunyai historis. maka Kanada mesti dipulangkan semula kepada Algonguin. British mesti diserahkan kepada kaum Welsh. Amerika mesti dipulangkan kepada kaum Indian. Kerana kaum Algonguin, kaum Welsh dan kaum Indian itu memiliki wilayah-wilayah tersebut lebih kurang 300 atau 400 tahun yang lalu .Jadi lebih sedikit masanya daripada danpada 2000 tahun daripada bangsa Arab itu. Bahkan orang-orang Yahudi adalah pada tahun 2000 sebelum Masihi, lebih lama darpada yang dicontohkan oleh Toynbee itu.

Kubah Batu


[1] Dipetik dari Sejarah dan Keutamaan Tiga Tanah Suci oleh Muhammad Isa Selamat. Mukasurat 196-197. Penerbit Al Falah cetakan 2003. Sebuah buku 198 halaman membicarakan mengenai sejarah Baitul Maqadis, Madinah dan Makkah. Di antaranya tedapat huraian mengenai sejarah Palestin.

Sebuah buku yang patut dimiliki sebagai koleksi buku sejarah Islam.

[2] Quran Surah Al Maidah:24