Peperangan Jamal

Oleh : Dakwahmtaq

Perang Jamal telah berlaku di antara dua pasukan tentera kaum Muslimin. Pasukan pertama telah diketuai oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Radhiallahu ‘Anhu dan pasukan kedua pula telah diketuai oleh Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha. Setelah terjadinya peperangan tersebut, sebahagian umat Islam mula memberikan pelbagai-bagai sangkaan terhadap apa yang telah berlaku di antara Amirul Mukminin dan Ummul Mukminin. Ada di antara mereka yang menyokong Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib sambil memburuk-burukkan Ummul Mukminin ‘Aisyah dan begitulah sebaliknya. Umat Islam kembali mengalami perpecahan kerana kebingungan masing-masing.

Apakah sebenarnya yang telah berlaku di antara mereka sehingga menyebabkan berlakunya peperangan ini? Jadi pihak kami (Badan Dakwah dan Kepimpinan 2006) telah mengambil inisiatif membalas dan menjelaskan segala tohmahan dan kekeliruan yang telah dilemparkan kepada Sahabat Nabi S.A.W sebagaimana sabda baginda :

 

Janganlah kamu mencerca para sahabatku…” dan

firman Allah S.W.T :

…Sesungguhnya Allah telah REDHA kepada mereka (Muhajirin dan Ansar) dan mereka juga telah redha kepada-Nya… (Surah At-Taubah : ayat 100).

 

PEMBERONTAKAN UMMUL MUKMININ KEPADA AMIRUL MUKMININ?

 

Benarkah Perang Jamal adalah satu gerakan pemberontakan kepada Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib? Perang Jamal bermula apabila ‘Aisyah, Thalhah dan Az-Zubair Radhiallahu ‘Anhum serta orang-orang yang bersama dengan mereka telah pergi ke Basrah. Mereka mula bertolak apabila mendengar pengangkatan Ali bin Abi talib sebagai Amirul Mukminin yang baru selepas Amirul Mukminin Uthman Radhiallahu ‘Anhu dibunuh atas sebab fitnah yang telah dilemparkan oleh pemberontak-pemberontakan. Pemberontak-pemberontak tersebut tidak lain adalah golongan mereka yang telah memendamkan perasaan dendam dan dengki terhadap Amirul Mukminin Uthman Radhiallahu ‘Anhu. Melihatkan pemergian tersebut, Amirul Mukminin Ali juga mengambil inisiatif untuk pergi ke Basrah bersama dengan pasukannya. Apabila menghampiri kota Basrah, kedua-dua pasukan Muslimin ini telah bertembung dan dengan itu berlakulah satu peperangan yang telah dinamai dengan peperangan Jamal. Ia telah dinamakan dengan sedemikian adalah kerana, Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha ketika itu sedang berada di atas unta (Jamal).

Dalam peristiwa tersebut telah timbul kepada sekalian umat Islam dua persoalan. Yang pertama : kenapakah Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha dan pasukannya bertolak menuju ke kota Basrah? Yang kedua ialah : Kenapakah kedua-dua pasukan tersebut bertembung dan berperang di antara satu sama lain?

Bagi menjawab soalan pertama orang mula memberikan pendapat mereka masing-masing dan daripada pendapat-pendapat yang serong inilah terjadinya perpecahan yang amat besar kepada umat Islam.

 

Di antara pendapat-pendapat tersebut ialah, ada yang berkata mereka (‘Aisyah dan pasukannya) keluar kerana mereka ingin melucutkan Amirul Mukminin Ali daripada jawatannya, ada yang berkata mereka keluar kerana kebencian mereka terhadap Ali, dan ada juga yang berkata mereka keluar kerana ingin menyatu padukan umat Islam selepas perpecahan yang berlaku semasa pemerintahan khalifah Uthman bin Affan. Dalam hal ini, Al-Imam Ibnu Hazm Rahimahullah telah berkata :

 

“Dan adapun (pemergian ke Basrah) Ummul Mukminin (‘Aisyah), Az-Zubair dan Thalhah Radhiallahu ‘Anhum berserta orang-orang yang bersama dengan mereka tidaklah mereka sedikitpun ingin membatalkan kekhalifahan Ali (Radhiallahu ‘Anhu), mereka tidak (juga) mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang merendahkan beliau (Ali Radhiallahu ‘Anhu) daripada jawatan tersebut, tidak juga bertujuan mengangkat khalifah yang baru yang lain dan tidak memperbaharui bai’ah kepada sesiapa yang lain. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa dengan apa cara jua.

Kebenaran yang sebenar yang tidak memiliki apa-apa permasalahan padanya adalah mereka tidak pergi ke Basrah untuk memerangi Ali atau menentangnya atau mencabut bai’h daripadanya…yang benar mereka berangkat ke Basrah tidak lain (adalah) untuk menutup (daripada berlakunya) perpecahan yang baru dalam Islam disebabkan peristiwa pembunuhan yang zalim ke atas Amirul Mukminin Uthman Radhiallahu ‘Anhu.” [al-fishal fi al-milal wa al-ahwa’ wa al-nihal, (ditahqiq oleh Ahmad Syams Ad-Din; Dar Al-Kutub Al-Ilmiah, Beirut, 1996), jilid 3, ms.83]

 

Berdasarkan penerangan di atas, jelas kepada kita semua jawapan kenapakah Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha berserta pasukannya pergi ke kota Basrah. Cubalah berfikir secara positif, manakah mungkin mereka yang telah diredhai oleh Allah S.W.T melakukan perkara yang ditegahnya iaitu memutuskan silatur rahim. Mereka juga adalah orang yang selalu berada di sisi Rasulullah S.A.W, mengikuti sunnah baginda, berhijrah bersama baginda, berperang bersama baginda dalam setiap peperangan yang baginda lalui dan memberikan janji taat setia (bai’ah) kepada baginda di bawah pokok. Di bawah ini akan dijelaskan kenapakah peperangan tersebut boleh berlaku sedangkan mereka adalah orang yang telah dijanjikan syurga oleh Tuhan Sekalian Alam.

 

KENAPAKAH BERLAKUNYA PEPERANGAN JAMAL?

 

Al-Imam Ibnu Hazm Rahimahullah berkata lagi, pasukan Ali (Radhiallahu ‘Anhu) turut ke Basrah bukan untuk memerangi pasukan ‘Aisyah tetapi untuk bersatu dengan mereka, menguatkan mereka dan menyatukan (kembali) umat Islam (di bawah satu panji) dalam menghadapi peristiwa pembunuhan Uthman (Radhiallahu ‘Anhu). [Al-Fishal, jilid 3, ms. 83]

 

Akan tetapi pada waktu yang sama terdapat sebahagian daripada pemberontak-pemberontak pada zaman Uthman yang menyelimutkan diri mereka di dalam kalangan umat Islam telah melihat rombongan pasukan ‘Aisyah pergi ke Basrah. Mereka mula menyalakan kembali api fitnah bahawa pemergian tersebut adalah kerana perpecahan daripada khalifah Ali. Namun, apabila mereka mendapat pengetahuan bahawa pasukan ‘Aisyah dan pasukan Ali telah bersatu mereka merasa amat bimbang dan cemas. Ini kerana selagi mana umat Islam tidak berada di bawah satu pemerintahan tentulah mereka akan terselamat daripada segala tindakan. Sebaliknya jika umat Islam kembali bersatu, mereka pasti akan dihukum oleh kesatuan umat Islam tersebut.

Oleh kerana itulah mereka cuba memikirkan bagaimanakah caranya untuk memecahkan kembali kesatuan pasukan Ali dan pasukan ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anhuma. Akhirnya mereka telah mengeluarkan satu pendapat dan akhirnya ia terlaksana dengan berlakunya peperangan Jamal. Sejarah hitam itu bermula pada awal pagi ketika mentari masih lagi belum memancarkan cahayanya, pasukan pemberontak mula menyerang pasukan ‘Aisyah. Dalam suasana terperanjat daripada tidur yang lena, masing-masing menjadi kelam kabut dalam suasana yang gelap gelita. Pasukan ‘Aisya mula menyangka bahawa pasukan Ali telah berlaku khianat dan menyerang mereka. Sebagai tindakan untuk mempertahankan diri, mereka mengangkat senjata dan membalas serangan yang telah dilakukan oleh pasukan pemberontak kepada pasukan Ali (kerana sangkaan mereka pasukan Ali yang menyerang). Pasukan Ali pula menyangka pasukan ‘Aisyah telah memberontak dan menyerang mereka. Dengan itu, mereka juga turut menyerang balas serangan yang dilakukan sebagai tindakan untuk mempertahankan diri mereka. Tanpa disangka dan diduga, berlakulah peperangan Jamal sekalipun kedua-dua belah pihak tidak mempunyai apa-apa niat untuk mengadakan peperangan. Dalam hal ini Al-Imam Ibnu Kathir memperincikannya dan ditulis di dalam kitab Al-Bidayah Wa An-Nihayah :

 

“Orang-orangpun merasa tenang lagi lega (kerana persatuan tersebut)… pada waktu malamnya kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi, pembunuh Uthman melalui malam tersebut dalam keadaan seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat untuk mencetuskan peperangan pada pagi esoknya. Mereka bangun sebelum terbitnya fajar, jumlah mereka menghampiri 1000 orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan ‘Aisyah) dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka. Orang-orang (pasukan ‘Aisyah) bangun dari tidur dan terus mengangkat senjata. Mereka berkata : “Penduduk Kufah (pasukan Ali) menyerbu kita pada malam hari, mereka mengkhianati kita!”

Mereka (pasukan ‘Aisyah) menyangka bahawa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali. Suasana huru hara tersebut sampai ke pengetahuan Ali, lalu beliau bertanya: “Apa yang terjadi kepada orang ramai?” Mereka menjawab: “Penduduk Basrah (pasukan ‘Aisyah) menyerang kita!”

Maka kedua-dua pihak mengangkat senjata masing-masing, mengenakan (memakai) baju perang dan menaiki kuda masing-masing. Tidak ada seorang jua yang mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi.”

[al-Bidayah wa An-Nihayah, jilid 7, ms. 227]

 

Pada waktu perang sedang berlangsung, Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha sedang berada di atas pelana untanya. ‘Aisyah tidak ikut berperang dan juga tidak mengarah sesiapa berperang. Ini telah dijelaskan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah di dalam kitabnya Minhaj As-Sunnah. Beliau mengatakan bahawa Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha tidak diperangi dan tidak juga melibatkan dirinya dalam peperangan. Beliau menjangkakan pemergiannya ke Basrah terdapat kemaslahatan kepada umat Islam tetapi ternyata meninggalkan pemergiannya tersebut adalah lebih baik. Maka setelah itu apabila beliau mengingat kembali pemergiannya beliau akan menangis sehingga tangisan itu membasahi kain tudungnya.

 

Dengan penelitian yang telah dilakukan oleh para ilmuan Ahl Sunnah Wal Jamaah jelaslah bahawa ini bukanlah satu peperangan yang telah dirancang oleh kedua-dua pihak. Sesungguhnya janganlah kita mengatakan sesuatu yang buruk kepada para ahli syurga kerana kita sendiri belum mengetahui adakah kita termasuk dalam kalangan mereka (ahli syurga). Jika kita mendengar sebarang keburukan mereka maka diamkanlah dan sebutkanlah kebaikan yang telah mereka lakukan. Semoga segala usaha kita memperbaikkan nama mereka di pandangan masyarakat akan mendapat ganjarannya daripada Allah S.W.T

 

Sumber : http://dakwahmtaq.wordpress.com/2008/08/28/peperangan-jamal/

PENDIRIAN MUAWIYAH DI SEBALIK PERANG SIFFIN

Sumber : http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah4/tajuk6.htm

Dalam artikel Zainab bin Ali, Saksi Peristiwa Karbala ( Majalah i , Jun 2005 ) disebut bahawa:

“Zainab juga telah menyaksikan pertempuran demi pertempuran yang terpaksa ditempuh oleh ayahnya dalam menentang kaum pemberontak yang dipimpin oleh Muawiyah bin Abu Sufyan seperti pertempuran di Siffin…”

Di atas adalah juga sejarah versi syi’ah yang amat masyhur. Perlu diteliti semula, benarkah Muawiyah bin Abu Sufyan radhiallahu ‘anh memimpin kaum pemberontak ke atas Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh? Sebelum menjawab persoalan ini, ingin saya jelaskan terlebih dahulu keutamaan Muawiyah. Ini kerana sejak dari bangku sekolah, kebanyakan di kalangan kita mengenali beliau sebagai seorang sahabat yang zalim, pendusta dan pelbagai lagi sifat yang negatif. Pengenalan bentuk negatif ini begitu meluas sehingga jarang-jarang kita menemui ibu bapa yang menamakan anaknya “Muawiyah” berbanding dengan nama para sahabat yang lain.

Keutamaan Muawiyah bin Abi Sufyan

Muawiyah bin Abi Sufyan adalah salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia. Beliau dilahirkan 15 tahun sebelum peristiwa hijrah. Mengikut pendapat yang lebih tepat, beliau memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah, iaitu antara tahun 6 hingga 8 hijrah. [Maulana M. Asri Yusoff – Sayyidina Mu’awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniaya (Pustaka Bisyaarah, Kubang Kerian, 2004), ms. 9-10]. Dalam sebuah hadis yang dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah, Rasulullahu shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mendoakan Muawiyah: “Ya Allah! Jadikanlah beliau orang yang memimpin kepada hidayah dan berikanlah kepada beliau hidayah.” [Silsilah Al-Ahadits Al-Shahihah (Maktabah Al-Ma’arif, Riyadh, 1995), hadis no: 1969]

Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2924 bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pasukan pertama daripada kalangan umatku yang berperang di laut, telah dipastikan bagi mereka (tempat di syurga).” Fakta sejarah mencatitkan bahawa armada laut yang pertama bagi umat Islam dipimpin oleh Muawiyah pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Usman bin Affan radhiallahu ‘anh.

Di dalam Shahih Muslim – hadis no: 2501, Abu Sufyan pernah meminta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam agar Muawiyah menjadi jurutulis baginda. Rasulullah memperkenankan permintaan ini. Sejak itu Muawiyah menjadi jurutulis al-Qu’ran dan surat-surat Rasulullah, sekali gus menjadi orang yang dipercayai di sisi baginda.

Muawiyah juga merupakan seorang sahabat yang dihormati oleh para sahabat yang lain . Beliau diangkat menjadi gabenor di Syam semasa zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar dan Usman. Pada zaman pemerintahan beliau sendiri, pernah seorang mengadu kepada Ibn Abbas radhiallahu ‘anh bahawa Muawiyah melaksanakan solat witir dengan hanya satu rakaat. Ibn Abbas menjawab: “(Biarkan), sesungguhnya dia seorang yang faqih (faham agama).” [Shahih al-Bukhari – hadis no:3765]

Demikianlah beberapa keutamaan Muawiyah yang sempat dinyatakan dalam tulisan ini. Dapat dikenali bahawa beliau bukanlah sebarangan orang tetapi merupakan salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia.

Pendirian Muawiyah tentang kekhalifahan Ali.

Apabila Amirul Mukminin Usman ibn Affan radhiallahu ‘anh dibunuh , Ali bin Abi Thalib diangkat menjadi khalifah. Beliau dibai’ah oleh sebahagian umat islam. Wujud sebahagian lain yang tidak membai’ah beliau, di antaranya ialah Muawiyah. Hal ini berlaku bukan kerana Muawiyah menafikan jawatan khalifah daripada Ali, akan tetapi Muawiyah menghendaki Ali terlebih dahulu menjatuhkan hukuman hudud ke atas pembunuh Usman. Al-Imam Ibn Hazm rahimahullah menerangkan hakikat ini:

“Dan tidaklah Muawiyah mengingkari sedikit jua akan keutamaan Ali dan hak beliau untuk menjadi khalifah. Akan tetapi pada ijtihad beliau, perlu didahulukan penangkapan ke atas para pembakar api fitnah daripada kalangan para pembunuh Usman radhiallahu ‘anh daripada urusan bai’ah. Dan beliau juga berpendapat dirinya paling berhak untuk menuntut darah Usman.” [al-Fishal, jld. 3, ms. 85]

Di sisi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, beliau bukan sengaja membiarkan para pembunuh Usman berkeliaran secara bebas. Malah beliau mengetahui bahawa mereka menyamar diri dan berselindung di kalangan umat Islam serta berpura-pura membai’ah beliau. Akan tetapi dalam suasana umat Islam yang masih berpecah-belah, adalah sukar untuk beliau mengambil apa-apa tindakan. Sebaliknya jika umat Islam bersatu, mudah baginya untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman.

Berlakunya Perang Siffin

Setelah Perang Jamal berakhir, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib menghantar utusan kepada Muawiyah meminta beliau berbai’ah kepada dirinya. Muawiyah menolak, sebaliknya mengulangi tuntutan beliau agar Amirul Mukminin Ali mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan. Mendengar jawapan yang sedemikian, Amirul Mukminin Ali menyiapkan pasukannya dan mula bergerak kea rah Syam. Senario ini menyebabkan Muawiyah juga mempersiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Kufah. Akhirnya kedua-dua pasukan ini bertemu di satu tempat yang bernama Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan Perang Siffin.

Para pengkaji berbeza pendapat, kenapakah Amirul Mukminin Ali mempersiapkan pasukannya ke arah Syam? Persoalan ini masih memerlukan penelitian yang mendalam dengan mengambil kira faktor-faktor luaran dan dalaman yang wujud pada ketika itu. Amirul Mukminin Ali tidak akan mengambil apa-apa tindakan melainkan ia adalah untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Hal ini mengingatkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang meramalkan berlakunya Perang Siffin:

“Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga dua kumpulan yang besar saling berperang. Berlaku antara kedua-duanya pembunuhan yang dahsyat padahal seruan kedua-duanya adalah satu (yakni kebaikan Islam dan umatnya).” [Shahih Muslim – hadis no: 157]

Muawiyah memberontak kepada Ali?

Kini penelitian kita sampai kepada persoalan: Benarkah Muawiyah memimpin pemberontakan ke atas Amirul Mukminin Ali? Jawapannya tidak. Ini kerana jika dikatakan seseorang itu memberontak kepada pemimpinnya, nescaya pemberontak itulah yang bergerak ke arah pemimpin. Akan tetapi dalam kes Muawiyah, beliau tidak bergerak ke arah Amirul Mukminin Ali. Sekalipun Muawiyah enggan membai’ah Ali, beliau hanya berdiam diri di Syam tanpa memulakan apa-apa tindakan ketenteraan. Syaikh Muhib Al-Din Al-Khatib rahimahullah (1389H) menjelaskan:

“…lalu Ali berangkat meninggalkan Kufah dan menuju di permulaan jalan yang menuju ke arah Syam dari Iraq. Ali mengisyaratkan supaya orang ramai tetap tinggal di Kufah dan mengirimkan yang selainnya ke Syam. Sampai berada kepada Muawiyah bahawa Ali telah mempersiapkan pasukannya dan Ali sendiri keluar untuk memerangi beliau. Maka para pembesar Syam mengisyaratkan kepada Muawiyah agar dia sendiri turut keluar (untuk berhadapan dengan pasukan Ali). Maka orang-orang Syam berangkat menuju ke Sungai Furat melalui Siffin dan Ali maju bersama pasukannya menuju Siffin juga.

…Seandainya Ali tidak mempersiapkan pasukan yang bergerak dari Kufah nescaya Muawiyah tidak akan bergerak (dari Syam).” [catitan notakaki kepada Al-‘Awashim min Al-Qawashiam, ms. 166 & 168]

Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis yang lazim dijadikan alasan melabel Muawiyah sebagai pemberontak. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2916 di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada ‘Ammar bin Yasir radhiallahu ‘anh: “Engkau akan dibunuh oleh kelompok pemberontak.” Di dalam Perang Siffin, ‘Ammar berada di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali dan beliau terbunuh dalam peperangan tersebut. Lalu Muawiyah dilabel sebagai pemberontak kerana pasukan beliaulah yang memerangi Ali sehingga menyebabkan ‘Ammar terbunuh.

Sebenarnya tidak tepat menggunakan hadis di atas untuk melabel Muawiyah sebagi pemberontak. Sebabnya:

  1. Sejak awal para sahabat mengetahui bahawa ‘Ammar bin Yasir berada di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali. Dengan itu, sesiapa yang memerangi pasukan Ali, nescaya mereka adalah para pemberontak. Akan tetapi fakta sejarah mencatitkan bahawa ramai sahabat yang mengecualikan diri daripada Perang Siffin. Jika mereka memandang pasukan Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya mereka tidak akan mengecualikan diri, malah tanpa lengah akan menyertai pasukan Ali. Sikap mereka mengecualikan diri menunjukkan mereka tidak memandang pasukan Muawiyah sebagai pihak yang memberontak. Perlu ditambah bahawa hadis yang meramalkan pembunuhan ‘Ammar bin Yasir oleh kelompok pembangkang adalah hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh lebih daripada 20 orang sahabat. [Rujuk Qathf Al-Azhar Al-Mutanatsirah fi Al-Akhbar Al-Mutawatirah oleh Al-Imam As-Suyuthi (911H) (Al-Maktab Al-Islami, Beirut, 1985), hadis no: 104]
  2. Amirul Mukminin Ali juga mengetahui bahawa ‘Ammar bin Yasir berada dalam pasukannya. Akan tetapi Ali mengakhiri Perang Siffin melalui perdamaian yang disebut sebagai peristiwa Tahkim. Seandainya Ali memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan melakukan apa-apa usaha perdamaian dengannya.
  3. Apabila terbunuhnya Amirul Mukminin Ali, jawatan khalifah diserahkan kepada anaknya, Hasan bin Ali radhiallahu ‘anh. Tidak berapa lama selepas itu, Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Padahal Hasan juga mengetahui bahawa ‘Ammar bin Yasir telah terbunuh dalam Perang Siffin. Jika Hasan memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Namun Hasan tetap menyerahkannya, menunjukkan beliau tidak memandang Muawiyah sebagai pemberontak.

Semua ini membawa kepada persoalan seterusnya, siapakah yang sebenarnya dimaksudkan sebagai “kelompok pemberontak”? Kelompok pemberontak tersebut bukanlah pasukan Muawiyah mahupun pasukan Amirul Mukminin Ali, akan tetapi adalah orang-orang yang pada asalnya menyebabkan berlakunya peperangan antara Muawiyah dan Ali. Mereka adalah kelompok pemberontak yang asalnya memberontak kepada Amirul Mukminin Usman ibn Affan sehingga akhirnya membunuh beliau. Diingatkan bahawa sekalipun pada zahirnya peperangan kelihatan berlaku di antara sahabat, faktor yang menggerakkannya ialah para pemberontak yang asalnya terlibat dalam pembunuhan Usman.

Syaikh Muhib Al-Din Al-Khatib rahimahullah menjelaskan hakikat ini:

“Sesungguhnya orang yang membunuh orang Islam dengan tangan kaum Muslimin setelah terjadinya pembunuhan Usman, maka dosanya berada di atas para pembunuh Usman kerana mereka adalah pembuka pintu fitnah dan mereka yang menyalakan apinya dan mereka yang menipu sebahagian hati kaum muslimin dengan sebahagian yang lain. Maka sebagaimana mereka membunuh Usman maka mereka juga membunuh setiap orang yang mati selepas Usman, di antaranya seperti ‘Ammar dan orang yang lebih utama daripada ‘Ammar iaitu Thalhah dan al-Zubair, sehinggalah berakhirnya fitnah dengan terbunuhnya Ali.

…..Segala sesuatu yang terjadi kerana fitnah maka yang menanggungnya adalah orang yang menyalakan apinya kerana merekalah penyebab yang pertama. Mereka itulah “kelompok pembangkang” yang membunuh, yang menyebabkan setiap pembunuhan dalam Perang Jamal dan Perang siffin dan perpecahan yang berlaku selepas kedua-dua perang tersebut.” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 173]

Kebenaran tetap bersama pemimpin.

Sekalipun dikatakan bahawa Muawiyah bukan pemberontak, tidaklah bererti Muawiyah berada di pihak yang (seratus peratus) benar. Di dalam Islam, apabila wujud perbezaan pendapat antara pemimpin dan selain pemimpin, maka kebenaran terletak bersama pemimpin. Hendaklah mereka yang menyelisihi pemimpin tetap bersama pemimpin dan berbincang dengan beliau terhadap apa yang diperselisihkan. Di dalam peristiwa yang membawa kepada Perang Siffin, pemimpin saat itu ialah Amirul Mukminin Ali. Maka sikap yang lebih tepat bagi Muawiyah ialah tidak meletakkan syarat untuk membai’ah ‘Ali, sebaliknya membai’ah beliau dan kemudian berbincang dengan beliau cara terbaik untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Amirul Mukminin Usman.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menegaskan:

“Dan Muawiyah bukanlah daripada kalangan mereka yang memilih untuk memulakan perang, bahkan beliau daripada kalangan yang paling menghendaki agar tidak berlaku perang ….. yang benar adalah (dengan) tidak (sepatutnya) berlakunya peperangan. Meninggalkan peperangan adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Tidaklah dalam peperangan tersebut (Perang Siffin, wujud satu) pihak yang benar. Akan tetapi Ali lebih mendekati kebenaran berbanding Muawiyah. Peperangan adalah peperangan kerana fitnah, tidak ada yang wajib dan tidak ada yang sunat dan meninggalkan perang adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Hanya sahaja Ali adalah lebih benar. Dan ini merupakan pendapat (al-Imam) Ahmad dan kebanyakan ahli hadis dan kebanyakan para imam fiqh dan ini juga merupakan pendapat para tokoh sahabat dan tabi’in yang selalu mendapat kebaikan.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 447-448]

Sumber : http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah4/tajuk6.htm

Senarai Semakan Tanaman Padi

 

 

 

Senarai Semakan Tanaman Padi (Rice Check) adalah panduan untuk

menguruskan tanaman padi mengikut sasaran yang ditetapkan. Setiap Check Utama

mesti ditepati untuk pertumbuhan yang baik ke arah penghasilan yang tinggi.

Pemantauan dan pemerhatian pokok dan status ladang dari segi pertumbuhan,

pengurusan air, pembajaan, serangan rumpai dan perosak dan tuaian adalah

penting untuk mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan penyelesaian

masalah. Pertumbuhan tanaman perlu diperhati, diukur dan disimpan data untuk

panduan pengurusan musim selanjutnya. Kita perlu belajar dari pengalaman dan

mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertingkatkan pengurusan ladang

setiap musim.

 

Sila dapatkan maklumat lengkap dalam format PDF di sini :

http://www.mada.gov.my/v1/tek/pdf/rice_check.pdf

atau copy alamat di atas dan paste di URL atau  di http://www.mada.gov.my/v1/tek/padi.php

AS-SHABUNI : SOLAT DI BELAKANG PEMERINTAH (IMAM) YANG SOLEH MAUPUN FAJIR (JAHAT) SERTA BERJIHAD BERSAMA MEREKA

Oleh : Aburedza

As-Shabuni[1] menulis dalam bukunya Aqidatus-Salaf  , menyatakan bahawa Ahlul-Hadith[2] berpendapat :

1.Harus melaksanakan solat Jum’at, solat ‘Ied dan selain keduanya di belakang imam muslimin baik dia shalih maupun fajir (jahat)[3].

 2.Mereka juga berpendapat bahwa berjihad melawan orang-orang kafir itu bersama-sama pemerintah meskipun mereka zalim dan fasiq.

 3.Mereka juga menganjurkan untuk mendo’akan mereka agar menjadi baik dan mendapat hidayah (serta menebarkan keadilan dalam masyarakat)

 4.Mereka juga tidak membolehkan untuk memberontak kepada pemimpin-pemimpin fasiq tersebut, meskipun mereka menyaksikan penyimpangan pemerintah dari konsep keadilan dan menggantinya dengan diktatorisme dan penindasan.

 5.Mereka juga berpendapat untuk memerangi para pemberontak sampai orang-orang itu kembali taat kepada pemerintah yang adil.

 


[1] Beliau ialah Abu Othman As-Shabuni Ismail bin Abdur Rahman bin Ahmad bin Ismail bin Ibrahim bin Aamir bin Aabid. Lahir pada 373 H dan wafat 468 H .

[2] Ahlul-Hadith ialah orang-orang yang mewarisi ilmu-ilmu wahyu daripada Rasullah S.A.W iaitu dimulai generasi sahabat, kemudian generasi tabiin sehingga generasi tabiit tabiin.

[3] Pada nota kaki buku terjemahan terbitan Jahabersa dicatit dalil mengenai pekara tersebut ialah riwayat daripada Ibnu Abi Syaibah dengan isnad yang sahih.

Kisah Cinta Zulaikha Dan Yusuf a.s.

Oleh : Aburedza

Akibat konsprirasi saudara-saudara nabi Yusuf a.s , di negeri Kanaan ,  baginda terjual di negeri Mesir.

Maka Allah berfirman :

ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ

 

Maksudnya

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir) berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan anak. Dan demikianlah caranya kami berikan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu menta’bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf 21)

Ahli-ahli tafsir sepakat mengatakan orang yang membeli Yusuf a.s. adalah  al-Aziz seorang pegawai tinggi atau Wazir kerajaan Mesir dan isterinya adalah Zulaikha , yang diharap menjadi ibu angkat kepada Yusuf a.s.

Siapakah Zulaikha ?

Maulana Abdullah Yusuf Ali didalam Terjemahan al Quran memetik tulisan karya sastra Zulaikha dan Yusuf oleh Jami r.h  ( 817 H – 898 H ):

Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali berikutnya beliau bermimpi lagi , lelaki tersebut memperkenalkannya sebagai Wazir kerajaan Mesir.

Kecintaan dan kasih sayang Zulaikha kepada pemuda tersebut terus berputik menjadi rindu dan rawan sehingga beliau menolak semua pinangan putera raja yang lain. Setelah bapanya mengetahui isihati puterinya, bapanya pun mengatur risikan ke negeri Mesir sehingga mengasilkan majlis pernikahan dengan Wazir negri Mesir.

Memandang Wazir tersebut atau al Aziz bagi kali pertama, hancur luluh dan kecewalah hati Zulaikha. Hatinya hampa dan amat terkejut, bukan wajah tersebut yang beliau temui di dalam mimpi dahulu. Bagaimanapun ada suara ghaib berbisik padanya : “ Benar , ini bukan pujaan hati kamu. Tetapi hasrat kamu  kepada kekasih kamu yang sebenarnya akan tercapai  melaluinya. Janganlah kamu takut kepadanya . Mutiara kehormatan engkau sebagai perawan selamat bersama-sama dengannya”.

Perlu diingat sejarah Mesir menyebut , Wazir diraja Mesir tersebut adalah seorang kasi, yang dikehendaki berkhidmat sepenuh masa kepada baginda raja. Oleh yang demikian Zulaikha terus bertekat untuk terus taat kepada suaminya kerana ia percaya ia selamat bersamnya.

Demikian masa berlalu, sehingga suatu hari al-Aziz membawa pulang Yusuf a.s. yang dibelinya di pasar. Sekali lagi Zulaikha terkejut besar, itulah Yusuf a.s yang dikenalinya didalam mimpi . Tampan, segak, menarik dan menawan.

Betullah sabda nabi yang diriwayatkan oleh Hammad dari Tsabit bin Anas bahawa Rasullah bersabda maksudnya :

Yusuf dan ibunya telah diberi oleh Allah separuh kecantikan dunia.

Kisah Zulaikha dan Yusuf dirakamkan di dalam Al Quran bermula surah Yusuf ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat  36 surah yang sama,  kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz. Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar. ( Yusuf 51 )

Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikh dengan Yusuf a.s.

Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :

Muhammad bin Ishak  berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s  oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zu­laikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bah­wa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya,

“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se­karang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?”

Zulaikha menjawab,

“Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemui­mu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan ke­dudukanku sebagai wanita yang bersuami?”

Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf.

Rujukan :

  1. Maulana Abdullah Yusuf Ali – Terjemahan al Quran Karim
  2. Tafsir Ibnu Katsier – surah Yusuf

BERITA GEMBIRA : Kenyataan media Nik Aziz terhadap Nasharuddin

 

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Image

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang semalam di pejabat agung PAS di ibu negara.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

“Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno. Image

“Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

“Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

“Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi.”

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Dato’ Dr Haron Din; Naib Presiden – Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Dato’ Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda PAS , Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nuridah Salleh. – azm _

Sumber :

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21384&Itemid=1

Siapa Asma binti Umais r.a.

Ibn Katsir menulis di dalam kitabnya Bidayah wan Nahiyah beliau ialah  Asma binti Umais bin Maadd bin Tamin al Khatsamiyyah adalah isteri Khalifah Abu Bakar ra yang sebelumnya diperisterikan oleh Jafar bin Abi Talib.

Dari perkahwinan dengan Jafar bin Abi Talib beliau  melahirkan tiga putra yakni Abdullah, Muhammad dan Aunan.[1]

Perkahwinan dengan Abu Bakar ra beliau melahirkan Muhammad bin Abu Bakar ra. Apabila Asma berkahwin dengan Ali ra, maka Muhammad bin Abu Bakar menjadi anak tiri atau anak angkat kepada Ali ra.

Setelah Abu Bakar ra meninggal dunia beliau berkahwin pula dengan Ali bin Abi Talib , adek suaminya yang pertama.[2] Beliau adalah isteri ke enam bagi Ali ra.

Perkhwinan dengan Ali melahirkan Yahya dan Muhammad al Ashgar.Ibn Katsir mengambil riwayat ini dari Ibnul Kalbi. Bagaimanapun Ibn Katsir mengatakan al Waqidi mengatakan “ Beliau memperoleh dua orang putra darinya, Yahya dan Aun, adapun Muhammad al Ashghar berasal dari ummul walad[3]. Dalam hal ini kita dapati ada perselisihan pendapat penulis sejarah.

Suatu yang istimewa dengan Asma binti Umais, beliau adalah sahabat terdekat Sitti Fatimah r.a. Asma inilah yang mendampingi Fatimah r.a. dengan setia dan melayaninya dengan penuh kasih-sayang  semasa sakit  hingga detik-detik terakhir hayatnya.[4]

Kalau demikian rapat hubungan Asma ra  dengan Fatimah ra bermakna rapat jugalah hubungan dengan Abu Bakar ra , kerana masa itu Asma adalah isteri Khalifah Abu Bakar. Perlu diingat Fatimah ra meninggal dunia enam bulan selepas Rasullah saw meninggal dunia. Jadi bagaimana boleh timbul fitnah kerengangan hubungan Fatimah ra dan Ali ra dengan Abu Bakar ra.? Dikatakan berita kewafatan Fatimah ra. telah dirahsiakan dari pengetahuan Abu Bakar ra.

Rumah Fatimah r.a @ Ali r.a  hanya ditepi masjid Nabawi, dan ABu Bakar adalh Imamnya – mungkinkah kematian Fatimah r.a menjadi rahsia? Asma bt Umais r.a yang menguruskan jenazah Fatimah r.a adalah sahabat baik Fatimah r.a adalah isteri Abu Bakar r.a!

Benarlah  maksud firman Allah :

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaanNya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud.”

(QS: Al Fath 29).

Tulisan ini boleh juga dibaca di sini : http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=2080


[1] kitab Nisaa’ Haular Rasuul, karya Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Musthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi

[2] Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini

[3] Ummul walad adalah hamba wanita

[4] Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini

Surat Khalifah Ali ra Kepada Muawiah Bin Abi Sufian ra

SURAT 6 ( Daripada Kitab Syiah Nahjul Balagah )

Kepada Mu’âwiah (ibn Abi Sufyân)

Sesungguhnya orang-orang yang membaiat kepada Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman telah membaiat kepada saya atas dasar yang sama di mana mereka membaiat kepada mereka. (Atas dasar ini) orang yang hadir tidak mempunyai pilihan (untuk mempertimbangkan), dan orang yang tak hadir tidak berhak untuk menolak; dan suatu musyawarah dibataskan pada Muhajirin dan Anshar.

Apabila mereka menyetujui seorang individu dan mengambilnya sebagai pemimpin (khalifah), hal itu dianggap bermakna keridhaan Allah. Apabila seseorang menjauh dengan jalan keberatan atau menuntut perubahan, mereka akan mengembalikannya kepada posisi dari mana ia menjauh.

Apabila ia menolak, mereka akan memeranginya karena mengikuti jalan yang lain dari jalan kaum mukmin, dan Allah menempatkannya kembali (ke asal) dari mana ia melarikan diri.

Demi hidupku, hai Mu’awiah, apabila engkau melihat dengan akalmu tanpa nafsu, maka engkau akan mendapatkan saya orang yang paling tak berdosa dari semua berkaitan dengan darah ‘Utsman, dan tentulah engkau akan melihat bahwa saya dalam keadaan terkucil darinya, kecuali apabila engkau menyembunyikan apa yang sangat terbuka bagimu. Maka engkau boleh melakukan keberangan (pada saya) sesuka hatimu.

Wasalam. •

Pada Surat ke 7 ( juga surat kepada Muawiah ) sebahagianya ada tercatit  :  Orang yang tinggal di luarnya ( tidak membait khalifah ) dianggap mengecam Islam, sementara orang yang berbicara putar balik atasnya adalah munafik.

Catitan : Jika saudara pembaca tidak memiliki kitab rujukan bercetak – saudara boleh layari alamat berikut : http://www.balaghah.net/nahj-htm/id/index.htm   . Klik pada surat-surat.

Ulasan:

Saya dapat membuat kesimpulan dari surat ini :

1. Ali ra mengakui apabila Abu Bakar ra di lantik sebagai Khalifah ,maka ia ( Ali ra ) yang tidak hadir di majlis mesyuarah di Balai Bani Saadah , TIDAK berhak menolak perlantikan Abu Bakar ra.

2. Ali ra memahami apabila Abu Bakar ra dilantik oleh umat dan menyetujuinya maka dianggap keridaan Allah.

3. Ali ra memahami sesiapa menolak Abu Bakar ra  dan juga menolak beliau ra sendiri sebagai Khalifah berhak di perangi.

4. Perinsip yang sama Ali ra berharap umat islam membait beliau.

5. Saya berkeyakinan pengikut Syiah tidak mengikut perinsip Imam mereka sendiri malah sentiasa memalsukan sejarah.

Isteri-isteri dan Putra Putri Ali ra

Istri pertama yang dinikahi Ali ra  adalah Fathimah binti Rasulullah ra.

Beliau mem­peroleh dua orang putera, aI-Hasan dan aI-Husain. Ada yang mengatakan putera ketiga beliau bernama Muhasin, namun meninggal dunia  masa masih bayi.

Beliau memperoleh dua orang puteri, iaitu Zainab al-Kubra dan Ummu Kaltsum al-Kubra yang kemudian dinikahi oleh Umar bin al-Khaththab ra .  Ali tidak menikahi wanita lain di samping Fathimah hingga ia wafat enam bulan setelah wafatnya Rasulullah saw. Setelah Fathimah wafat, Ali ra  menikahi beberapa wanita, di antara istri-istrinya ada yang wafat pada saat beliau masih hidup, ada yang beliau ceraikan dan ketika wafat beliau meninggalkan empat istri.

Di antara istri-istri Ali ra ( Ibn Katsir menyebut rujukannya ialah Ath Thabaqat al Kubra )

1. Ummul Banin binti Hizam. Dari Ummul Banin beIiau memperoleh empat orang putera, aI-Abbas, Ja’far, Abdullah dan Utsman. Mereka semua terbunuh bersama saudara mereka, al-Husein, di padang Karbala. Tidak ada generasi penerus keturunan ini kecuali aI-Abbas.

2. Laila binti Mas’ud bin Khalid bin Malik dari Bani Tamim. Dari Laila beliau memperoleh dua orang putera, Ubaidullah dan Abu Bakar. Hisyam bin al-Kalbi berkata, “Keduanya juga terbunuh di padang Karbala. Menurut al-Waqidi, Ubaidullah dibunuh pada pepe­rangan al-Madzar.

3. Asma’ binti ‘Umais al-Khats’amiyyah, darinya beliau memperoleh dua orang putera: Yahya dan Muhammad al-Ashghar. Demikian dikatakan oleh Ibnul Kalbi. AI-Waqidi mengatakan, “Beliau memperoleh dua orang putera darinya, Yahya dan ‘Aun, adapun Muhammad al-Ashghar berasal dari umnzul walad (hamba wanita).”

4. Ummu Habib binti Rabi’ah bin Bujair bin al-Abdi bin ‘AIqamah, ia adalah ummu walad (hamba wanita) dari tawanan yang ditawan oleh Khalid bin Walid ra dari Bani Taghlib ketika ia menyerbu wilayah ‘Ainut Tamr. Dari­nya beliau memperoleh seorang putera bernama Umar -yang diberi umur panjang 85 tahun- dan seorang puteri bernama Ruqayyah.

5. Ummu Sa’id binti Urwah bin Mas’ud bin Mu’attib bin Malik ats­Tsaqafi, darinya beliau memperoleh dua orang puteri, Ummul Hasan dan Ramlah aI-Kubra.

6. Binti Umru’ul Qais bin Ady bin Aus bin Jabir bin Ka’ab bin Ulaim bin Kalb al-Kalbiyah. Darinya beliau memperoleh seorang puteri. ( cetakan pada kitab rujukan menyebut Binti – tidak menyebut nama – )

7. Umamah binti Abil Ash bin ar-Rabi’ bin Abdil Uzza bin Abdi Syams bin Abdi Manaf bin Qushay, ibunya adalah Zainab binti Rasulullah saw. Darinya Ali memperoleh seorang putera bernama Muhammad al-Ausath.

8. Khaulah binti Ja’far bin Qais bin Maslamah bin Ubaid bin Tsa’lab bin Yarbu’ bin Tsa’iabah. la ditawan oleh Khalid bin Walid ra pada masa kekha­lifahan Abu Bakar ash-Shiddiq ra. pada peperangan melawan kaum murtad. la berasal dari Bani Hanifah. Kemudian ia diserahkan kepada Ali bin Abi Thalib ra..  Dari Khaulah ini Ali memperoleh seorang putera bernama Muhammad aI-Akbar (Iebih dikenal dengan sebutan Muhammad bin aI-Hanafiyah).

Ali bin Abi Thalib ra memiliki banyak anak keturunan Iainnya dari se­jumiah ummu walad (hamba wanita). Semasa wafat beliau meninggalkan empat istri dan sembilan belas hamba wanita. Di antara putera puteri beliau yang tidak diketahui nama ibunya adaIah:

Ummu Hani,  Maimunah, Zainab ash-Shughra, Ramlah ash-Shughra, Ummu Kaltsum ash-Shughra, Fathimah, Umamah, Khadijah, Ummul Kiram, Ummu Ja’far, Ummu Salamah, Jumanah dan Nafisah.

AI-Waqidi berkata, “Generasi penerus keturunan Ali ra ada lima; aI-Hasan, al-Husain, Muhammad bin al-Hanafiyah, aI-Abbas al-Kilabiyah dan Umar bin at-Tagh­libiyah.”

 

Catitan Hujung:

Daripada maklumat di atas kita dapati Ali ra  telah memberi nama anak-anaknya termasuk nama Abu Bakar, Umar dan Usman. Pemberian nama ini adalah satu bukti percakapan sejarah bahawa Ali ra sangat mengasihi ketiga-tiga khalifah sebelumnya. Bagaimana mungkin hadis-hadis Syiah mengatakan sebaliknya.

 

Rujukan : Al Bidayah Wan Nihayah oleh  Ibn Katsir