Perbahasan Bacaan al Fatihah Oleh Makmum Dalam Sembahyang Jahar

Tulisan ini didipetik dari tafsir al Fatihah oleh Almarhum Dr HAMKA  .

Segala sembahyang tidak sah, kalau tidak membaca al-Fatihah. Tersebut dalam Hadis-hadis:

Dan hendaklah dibaca pada tiap·tiap rakaat, karena Hadis:

1. Daripada Ubadah bin as·Shamit, bahwasanya Nabi s.a.w. berkata:

“Tidaklah ada sembahyang (tidak sah sembahyang) bagi siapa yang tidak membaca Fatihatil-Kitab. (Dirawikan oleh al-Jamaah).

2. Dan pada lafaz yang lain: Tidaklah memadai sembahycmg bagi siapa yang tidak membaca Fatihatil·Kitab.” (Dirawikan oleh adDawquthni. dan beliau berkata bahwa isnad Hadis ini shahih).

3. Tidaklah diterima sembahyang kalau tidak dibaca padanya Ummul Quran.   (Dirawikan oleh Im0m Ahmad).

Dengan Hadis-hadis ini dan beberapa Hadis lain sama bunyinya, se­pendapatlah sebagian besar Ulama Fiqh bahwa tidak sah sembahyang selain daripada membaca al·Fatihah, walaupun Surat yang mana yang kiita baca. Demikianlah Mazhab Imam Malik. Imam Syafi’i dan jumhur Ulama, sejak dari sahabat·sahabat Rasulullah, sampai kepada tabi’in dan yang sesudahnya. Oleh sebab itu baik Imam atau ma’mum. wajiblah sernuanya membaca al·Fatihah di dalam sembahyang.

4. Dari Abu Qatadah, bahwasanya Nabi s.a.w. adalah beliau tiap·tiap rakaat membaca Fatihatil-Kitab.” (Dirawikan oleh Bukhari)

Selain dari itu sunnah pula sesudah membaca al-F atihah itu diiringkan pula dengan Surat-surat yang mudah dibaca dan hafal oleh yang bersangkutan; karena ada Hadis:

5. Dia menyuruh kita supaya membaca al-Fatihah dan mana-mana yang

mudah.”             (Dirawikan oleh Abu Daud danpada Abu Said al·Khudri).

Berkata Ibnu Sayidin Nas: “Isnad Hadis ini shahih dan rijalnya semua dapat dipercaya. ”

Kalau Imam sedang membaca dengan jahar hendaklah ma’mum berdiam diri dan rnendengarkan dengan baik. Yang boleh dibaca ma’mum sedang Imam membaca, hanyalah al-Fatihah saja, supaya bacaan Imam jangan terganggu.

6. “Daripada Ubadah, berkata dia bahwa satu ketika Rasullullah s.a.w. sembahyang Subuh, maka memberati kepadanya bacaan. Maka takala sembahyang telah selesai, berkatalah beliau: Saya perhatikan kamu membaca. Berkata Ubadah: Kami jawab: Ya Rasulullah, memang kami mem­baca. Lalu berkatalah beliau: Jangan kamu lakukan itu, kecuali dengan Ummul-Quran. Karena sesungguhnya tidaklah sah sembahyang bagi barangsiapa yang tidak membacanya.” (Hadis ini dirawikan oleh Abu Daud dan T ermidzi).

7. Dari Ubadah bahwasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata: “Sekali-kali jangan seorangpun di antara kamu membaca sesuatu dari al-Quran, apabila aku menjahar, kecuali dengan Ummul Quran.” (Dirawikan oleh ad-Daruquthni)

Dan ada lagi beberapa Hadis yang lain yang bersamaan maknanya yaitu kalau Imam menjahar, yang boleh dibaca oleh ma’mum di belakang Imam yang menjahar itu hanyalah al-Fatihah saja, tetapi tidak boleh dengan suara keras, supaya jangan terganggu Imam yang sedang membaca.

Sungguhpun demikian ada juga perselisihan ijtihad di antara Ulama-ulama Fiqh tentang membaca di belakang Imam yang sedang menjahar itu. Kata setengah ahli ijtihad, kalau Imam membaca jahar, hendaklah ma’mum berdiam diri mendengarkan, sehingga al·Fatihah pun cukuplah bacaan Imam itu saja didengarkan. Mereka berpegang kepada sebuah Hadis:

8. “Dan Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah s.a.w. berkata: Sesung­guhnya Imam itu lain tidak telah dijadikan menjadi ikutan kamu. Maka apabila dia telah takbir, hendaklah kamu takbir pula dan apabila dia membaca, maka hendaklah kamu berdiam diri.” (Dirawikan oleh yang berlima, kecuali T ermidzi. Dan berkata Muslim: “Hadis ini shahih”).

Dan mereka kuatkan pula dengan ayat 204 daripada Surat 7 (Surat al­A’raf).

Dan apabila dibaca orang al-Quran, maka dengarkanlah olehmu akan dia dan berdiam dirilah, supaya kamu diberi rahmat.”            (al-A’raf: 204)

Maka buah ijtihad dari golongan yang kedua ini, meskipun dihormati juga golongan yang pertama, tetapi tidaklah dapat menggoyahkan pendirian mereka bahwa walaupun Imam membaca jahar, namun ma’mum masih wajib membaca al·Fatihah di belakang Imam. Sebab – kata mereka – baik Hadis yang dirawikan Abu Hurairah tersebut, ataupun ayat dari akhir Surat al-A’raf itu ialah perintah yang am,sedang Hadis Ubadah dan Hadis-hadis yang lain itu ialah khas. Maka menurut  ilmu Ushul dalam hal yang seperti ini ada undang­-undangnya, yaitu:

“Membinakan yang am atas yang khas adalah wajib.”

Jadi kalau kita nyatakan seeara lebih mudah difahami ialah: Isi ayat Surat al­A’raf ialah memerintahkan kita mendengar dan berdiam diri ketika al-Quran dibaca orang. Itu aam atau umum di mana saja, kecuali seketika menjadi ma’mum di belakang Imam yang menjahar. Maka pada waktu itu perintah mendengar dan berdiam diri itu tidak berlaku lagi, sebab Nabi telah mengatakan bahwa tidak sah sembahyang barangsiapa yang tidak membaca al-Fatihah. Maka kalau dia mendengarkan bacaan Imam saja dan berdiam diri, padahal dia disuruh membaca sendiri di saat itu tidaklah sah sembahyangnya.

Hadis Abu Hurairah pun umum menyuruh takbir apabila Imam telah takbir dan berdiam diri, apabila Imam telah membaca. Inipun umum. Maka dikecuali­kanlah dia oleh Hadis Ubadah tadi, yang menegaskan larangan Rasulullah membaca apa-apa juapun, kecuali al·F atihah.

Dan datang pula sebuah Hadis Anas bin Malik, dirawikan oleh Ibnu Hibban, demikian bunyinya:

9. “Berkata Rasulullah s.a.w.: Apakah kamu membaca di dalam sem­bahyang yang kamu di belakang Imam, padahal Imam sedang membaca? Jangan berbuat begitu. T etapi hendaklah membaca tiap seorang kamu akan Fatihatul-Kitab di dalam dirinya. (Artinya; baca dengan tidak keras-keras.)”

Oleh sebab itu maka golongan pertama tadi menjalankanlah kedua maksud ini, yaitu mereka menetapkan membaca al-Fatihah, di belakang Imam yang menjahar, tetapi tidak boleh keras, supaya jangan terganggu Imam yang sedang membaca. Dan apabila telah selesai membaea al·F atihah, merekapun men­jalankan maksud Hadis, yaitu berdiam diri mendengarkan segala bacaan Imam yang lain.

Masalah ini adalah masalah ijtihadiyah, yang kalau ada orang yang berhenti samasekali membaea al-Fatihah karena berpegang pada Hadis Abu Hurairah dan ayat 104 Surat al-A’raf tadi, pegangannya ialah semata-mata ijtihad hendak­lah dihormati. Adapun penulis tafsir ini, kalau orang bertanya, manakah di antara kedua faham itu yang penulis merasa puas hati memegangnya, maka penulis menjawab: “Aku memegang faham yang pertama, yaitu walaupun Imam menjaharkan bacaannya, namun sebagai ma’mum penulis tetap membaca al­Fatihah untuk diri sendiri. Karena payah penulis hendak mengenyampingkan Hadis yang terang tadi, yaitu tidak sah sembahyang barangsiapa yang tidak membaca al-Fatihah.”

Adapun waktu membacanya itu, apakah seketika Imam berdiam diri sejenak, atau seketika dia membaca? Maka Ulama-ulama dalam MazhabSyafi’i, berpendapat boleh didengarkan Imam itu terlebih dahulu membaca al-F atihah dan dianjurkan supaya Imam berhenti sejenak memberi kesempatan kepada ma’mum supaya mereka membaca al-F atihah pula. T etapi kalau Imam itu tidak berhenti sejenak, melainkan terus saja membaca ayat at au Surat-surat yang mudah sehabis membaca al-Fatihah, maka sehabis Imam itu membaca al­Fatihah, terus pulalah si ma’mum membaca al-Fatihah, sedang Imam itu membaca Surat. Dan sehabis membaca al-Fatihah itu hendaklah si ma’mum berdiam diri mendengarkan apa yang dibaca Imam sampai selesai.

Majlis Masjid-masjid Malaysia Akan Ditubuhkan

KANGAR, 24 Mei (Bernama) — Majlis Masjid-masjid Malaysia akan diwujudkan akhir tahun ini, yang antara lain bertujuan menyemarakkan penggunaan masjid sebagai institusi agama dan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata pada masa ini seminar-seminar sedang berlangsung secara berperingkat di seluruh negara ke arah penubuhan majlis itu.

Bercakap dalam sidang media selepas majlis penutup seminar ke arah penubuhan Majlis Masjid-masjid Malaysia di Kuala Perlis hari ini, Jamil Khir berkata kerajaan berharap melalui majlis itu kelak, idea para imam seluruh negara dapat digabungkan untuk kebaikan umat Islam.

Katanya masjid adalah institusi masyarakat yang penting dan ia perlu berkonsepkan “mesra remaja” bagi memikat golongan remaja mendekati masjid.

Beliau berkata kerajaan juga sedang menimbang kemungkinan untuk menjadikan masjid di seluruh negara sebagai salah satu tempat bagi melahirkan askar wataniah.

Sebelum itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa menutup seminar itu menyarankan setiap masjid melahirkan empat askar wataniah setiap tahun.

Selain itu, masjid-masjid juga boleh dijadikan lokasi latihan askar wataniah.

Jamil Khir berkata idea yang dicetuskan oleh Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sememangnya boleh membentuk masyarakat yang berdisplin.

Ketika berucap sebelum itu, Jamil Khir berkata kerajaan memperuntukkan hampir RM75 juta sebagai imbuhan kepada 14,195 imam mukim dan kariah di seluruh negara tahun ini.

Selain itu sebanyak RM11.4 juta diperuntukkan sebagai elaun mengajar 3,313 orang guru takmir seluruh negara.

– BERNAMA

Majlis Masjid-Masjid Seluruh Malaysia

Latar Belakang Penubuhan Majlis Masjid-Masjid Seluruh Malaysia (0255-09-WKL)

i. Majlis Masjid-Masjid Seluruh Malaysia (MMSM) telah didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah pada 11.02.2009.

ii. Ibu Pejabat d/a Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Ara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-22833707; Fax: 03-22821222

iii.  Penubuhannya terhasil dari Seminar Pengurusan Masjid Anjuran JAKIM di Klang pada Disember 2007.

iv. Dalam Seminar tersebut para peserta telah didedahkan dengan berbagai-bagai bentuk ancaman terhadap Islam dan juga tentang kelemahan-kelemahan umat Islam di Malaysia khasnya dalam bidang ekonomi.

v. Di hujung seminar tersebut satu resolusi telah dicapai bagi mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah ini dengan mewujudkan satu mekanisma yang berkesan  untuk membela Ummah.

vi. Beberapa sessi perbincangan telah diadakan antara JAKIM dan AJK Penaja bagi menggubal Perlembagaan sebelum dihantar kepada pihak Pendaftar Pertubuhan. JAKIM telah memainkan peranan penting bagi merealisasikan pertubuhan ini.

vii. Akhirnya wujudlah MMSM untuk mencari jalan yang efektif bagi menjamin kesejahteraan Ummah.

Fee Masuk dan Yuran Tahunan adalah seperti berikut :­1. Wang Fee Masuk

(i) Ahli Biasa -RM 50.00

(ii) Ahli Bersekutu – RM 50.00

Yuran Tahunan

(i) Ahli Biasa Masjid Negara = RM500.00
    Masjid negeri = RM300.00
    Masjid daerah = RM200.00
    Masjid bandar = RM200.00
    Masjid pinggir bandar = RM100.00
    Masjid-masjid lain = RM50.00
    Surau-surau = RM50.00

Harapan :

i. Semua masjid dan surau adalah diharapkan supaya menjadi Ahli MMSM.

ii. Di Malaysia telah wujud rnasjid / surau telah berabad­ abad lamanya tetapi tidak pernah terfikir kepada kita untuk menggabungkannya pada rnasa yang lalu.

iii. Oleh yang dernikian adalah agak tidak terlewat gabungan ini diadakan oleh jenarasi hari ini. Kita sudah tidak ada rnasa lagi untuk bertangguh.

iv. Perkara yang boleh rnernbawa kebaikan hendaklah didokong oleh kita semua. InsyaAliah berjaya ..

v. Adalah diharapkan supaya sarna-sarna kita rnernberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada peran­. cangan ini.

Pertanyaan : Hubungi Tel: 03-22833707; Fax: 03-22821222

________________

Maklumat daripada Seminar Penubuhan Majlis Masjid-masjid Seluruh Malaysia di Kuala Perlis pada 24 Mei 2009, anjuran bersama, JAKIM dan JAIPs

Sariqah : Apa sudah jadi HARUMANIS dikebas orang

Seorang sahabat mengeluh, harumanis di kebunnya di kebas orang. Bukan dia seorang yang terlibat. Banyak lagi yang terima nasib macam dia. Malah harumanis Jabatan Pertanian Juga dicuri. Itu Jabatan Kerajaan yang ada jaga. Berita ini ada dalam akhbar sebelum ini. Seorang sahabat yang lain pula terpaksa meronda di kebunya beberapa kali bagi setiap malam bagi memastikan harumaninya tidak dicuri orang. Malah penulis sendiri yang  ada beberapa pokok untuk makan keluarga telah dua musim dikebas orang. Mengapa ini terjadi ? Kerana harumanis mahal ! Sebiji harumanis boleh bernilai RM3.00 atau lebih !

Apa sudah jadi masyarakat kita ?

Dulu getah mahal – getah sekerap dicuri. Besi mahal – habis besi buruk dicuri. Lambat lepa, besi penutup longkang masjid pun dicuri, malah segala-galanya bahan besi terpakai dan sedang dipakai juga dicuri. Apa sudah jadi ?

Mengapa begitu rosak masyarakat kita?  Saya kira jawapannya ada di bawah ini.

Allah berfirman , maksudnya :

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ( Al Maidah  38 )

(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar. Dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.

( An Nissa 13-14)

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. memotong tangan pencuri dalam (pencurian) sebanyak seperempat dinar ke atas. (Shahih Muslim No.3189)

 

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Pada zaman Rasulullah saw. tangan seorang pencuri tidak dipotong pada (pencurian) yang kurang dari harga sebuah perisai kulit atau besi (seperempat dinar) yang keduanya berharga. (Shahih Muslim No.3193)

 

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. pernah memotong tangan seorang yang mencuri sebuah perisai yang berharga tiga dirham. (Shahih Muslim No.3194)

 

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah melaknat seorang pencuri yang mencuri sebuah topi baja lalu dipotong tangannya dan yang mencuri seutas tali lalu dipotong tangannya. (Shahih Muslim No.3195)

 

Allah berfirman , maksudnya :

Kemudian Kami jadikan kamu (wahai Muhammad )menjalankan satu  syariat (peraturan)yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama) , maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui . ( al Jasiyah 18 )

Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barang siapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim. ( Al Baqarah 229 )

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong  ( agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. ( Muhammad 7 )

Penulis yakin kita telah tidak di tolong oleh Allah swt kerana hukum Allah telah diabaikan…

Ya Allah kepadamu kami memohon ampun.

* Sariqah = mencuri

Anda boleh lawati laman ini  http://alkhatab.tripod.com/bah1bab2hududfasal4sariqahper6568/  untuk  mengetahui hukum mengenai sariqah. Atau anda boleh merujuk  Kitab Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis

Imam An Nawawi (631-675 H )

Nama dan Nasabnya

Beliau adalah Al Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf bin Murri bin Hasan bin Hussain bin Jumu’ah bin Hizam Al Hizamy An Nawawi Asy Syafi’i.

Kelahirannya

Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631 H di Nawa daerah Hauran termasuk wilayah Damaskus Syiria.

Sifat – sifatnya

Beliau adalah tauladan dalam kezuhudan, wara’, dan memerintah pada yang ma’ruf dan melarang pada yang mungkar.

Pertumbuhannya

Ayahandanya mendidik, mengajarnya, dan menumbuhkan kecintaan kepada ilmu sejak usia dini. Beliau mengkhatamkan Al Qur’an sebelum baligh. Ketika Nawa tempat kelahirannya tidak mencukupi kebutuhannya akan ilmu, maka ayahandanya membawanya ke Damaskus untuk menuntut ilmu, waktu itu beliau berusia 19 tahun. Dalam waktu empat setengah bulan beliau hafal Tanbih oleh Syairazi, dan dalam waktu kurang dari setahun hafal Rubu’ Ibadat dari kitab muhadzdzab.

Setiap hari beliau menelaah 12 pelajaran, yaitu dua pelajaran dalam Al Wasith, satu pelajaran dalam Muhadzdzab, satu pelajaran dalam Jamu’ baina shahihain, satu pelajaran dalam Shahih Muslim, satu pelajaran dalam Luma’ oleh Ibnu Jinny, satu pelajaran dalam Ishlahul Manthiq, satu pelajaran dalam tashrif, satu pelajaran dalam Ushul Fiqh, satu pelajaran dalam Asma’ Rijal, dan satu pelajaran dalam Ushuluddin.

Guru – guru

Di antara guru – gurunya dalam ilmu fiqh dan ushulnya adalah Ishaq bin Ahmad bin Utsman Al Maghriby, Abdurrahman bin Nuh bin Muhammad Al Maqdisy, Sallar bin Hasan Al Irbily, Umar bin Indar At Taflisy, Abdurrahman bin Ibrahim Al Fazary.

Adapun guru – gurunya dalam bidang hadits adalah Abdurrahman bin Salim Al Anbary, Abdul Aziz bin Muhammad Al Anshory, Khalid bin Yusuf An Nabilisy, Ibrahim bin Isa Al Murady, Ismail bin Ishaq At Tanukhy, dan Abdurrahman bin Umar Al Maqdisy.

Adapun guru – gurunya dalam bidang Nahwu dan Lughah adalah Ahmad bin Salim Al Mishry dan Izzuddin Al Maliky.

Murid – muridnya

Di antara murid muridnya adalah Sulaiman bin Hilal Al Ja’fary, Ahmad bin Farrah Al Isybily, Muhammad bin Ibrahim bin Jama’ah, Ali bin Ibrahim Ibnul Aththar, Syamsuddin bin Naqib, Syamsuddin bin Ja’wan dan yang lainnya.

Pujian para ulama kepadanya

Ibnul Aththar berkata,

“Guru kami An Nawawi disamping selalu bermujahadah, wara’, muraqabah, dan mensucikan jiwanya, beliau adalah seorang yang hafidz terhadap hadits, bidang – bidangnya, rijalnya, dan ma’rifat shahih dan dha’ifnya, beliau juga seorang imam dalam madzhab fiqh.”

Quthbuddin Al Yuniny berkata,

“Beliau adalah teladan zamannya dalam ilmu, wara’, ibadah, dan zuhud.”

Syamsuddin bin Fakhruddin Al Hanbaly,

“Beliau adalah seorang imam yang menonjol, hafidz yang mutqin, sangat wara’ dan zuhud.”

Aqidahnya

Al Imam An Nawawi terpengaruh dengan pikiran Asy ‘ariyyah sebagaimana nampak dalam Syarh Shahih Muslim dalam mentakwil hadits – hadits tentang sifat – sifat Allah. Hal ini memiliki sebab – sebab yang banyak di antaranya ;

  1. Terpengaruh dengan pensyarah Shahih Muslim yang sebelumnya seperti Qadhi Iyadh, Maziry, dan yang lainnya, karena beliau banyak menukil dari mereka ketika mensyarah Shahih Muslim.
  2. Beliau belum sempat secara penuh mengoreksi dan mentahqiq tulisan – tulisannya, tetapi beliau tidak mengikuti semua pemikiran Asy’ariyyah bahkan menyelisihi mereka dalam banyak masalah.
  3. Beliau tidak banyak mendalami masalah Asma’ wa Sifat, sehingga banyak terpengaruh dengan pemikiran Aay’ariyyah yang berkembang pesat di zamannya.

Di antara keadaan – keadaannya

Ibnul Aththar berkata,

“Guru kami An Nawawi menceritakan kepadaku bahwa beliau tidak pernah sama sekali menyia – nyiakan waktu , tidak di waktu malam atau di waktu siang bahkan sampai di jalan beliau terus dalam menelaah dan manghafal.”

Rasyid bin Mu’aliim berkata,

“Syaikh Muhyiddin An Nawawi sangat jarang masuk kamar kecil, sangat sedikit makan dan minumya, sangat takut mendapat penyakit yang menghalangi kesibukannya, sangat menghindari buah – buahan dan mentimun karena takut membasahkan jasadnya dan membawa tidur, beliau sehari semalam makan sekali dan minum seteguk air di waktu sahur.”

Kitab-kitabnya

Di antara tulisan – tulisannya dalam bidang hadits adalah Syarah Shahih Muslim, Al Adzkar, Arba’in, Syarah Shahih Bukhary, Syarah Sunan Abu Dawud, dan Riyadhus Shalihin.

Diantara tulisan – tulisannya dalam bidang ilmu Al Qur’an adalah At Tibyan fi Adabi Hamalatil Qur’an.

Wafat

Al Imam An Nawawi wafat di Nawa pada 24 Rajab tahun 676 H dalam usia 45 tahun dan dikuburkan di Nawa. semoga Allah meridhoinya dan menempatkannya dalam keluasan jannahNya.

Sumber: Tadzkiratul Huffadzoleh Adz Dzahaby 4 / 1470 – 1473 dan Bidayah wan Nihayah oleh Ibnu Katsir 13/230 – 231.

Abu Thalib bin Abdul Mutalib : Mukmin atau Kafir ?

Mengikuti kuliah magrib Ustaz Ya Ali Dahaman mengenai tafsir ayat at Taubah 113 dan 114, yang penulis siarkan sebelum ini , dan juga penulisan mengenai Abu Thalib  yang juga penulis siarkan sebelum ini , mengingatkan penulis mengenai sikap Syiah mengenai isu kafir atau mukminkah Abu Talib bin Abdul Mutalib. Oleh itu tulisan ini sebaiknya di baca bersama kedua-dua tulisan tersebut, kerana ia saling lengkap melengkapi.

Sebenarnya Syiah mengangap Abu Talib adalah mukmin. Dalam Kitab Al-Haft al-Syarif  Karya Abu Abdillah al-Mufadhdhal bin ‘Umar al-Ja‘fi , menganggap Abdul Mutalib dan Abu Thalib  adalah keluarga Allah. Ahli Allah atau keluarga Allah adalah mereka yang tinggi di dalam makrifat dan kedudukan mereka adalah lebih tinggi daripada ahli syurga (ahlu l-Jannah). Abd al-Muttalib dan anak-anaknya Abdullah (bapa Nabi s.a.w), Abu Talib (bapa Ali a.s) adalah di kalangan keluarga Allah . Syiah menuduh Suni membenci Ali ra, kerana itu  Suni juga membenci Abu Talib. Tetapi Abu Thalib juga adalah paman atau bapa saudara nabi saw , adakah Suni membenci Nabi saw? Syiah tidak mempersoalkan hadis nabi saw berdoa kepada ibunya Aminah , mengapa ? Kerana Syiah tidak kisah hal itu, itu hal Nabi saw, Syiah lebih kisah hal Ali ra. Bagi Syiah Imam lebih tinggi darjatnya dari nabi saw sendiri.

 

Penulis mengutip  beberapa penulisan  Syiah seperti berikut :

Kulani dalam Kitabul Hujah  Hadis  no (786)-29. Al-Husain bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ishaq, daripada Bakr bin Muhammad al-Azdi, daripada Ishaq bin Ja‘far, daripada bapanya a.s telah berkata: Dikatakan kepadanya: Sesungguhnya mereka telah menyangka bahawa Abu Talib kafir? Beliau telah berkata: Mereka telah berbohong, bagaimana beliau seorang kafir sedangkan beliau telah berkata:

Tidakkah mereka mengetahui sesungguhnya kami . Telah mendapati  Muhammad. Seorang Nabi seperti Musa ditulis pada awal kitab.

 Di dalam hadis yang lain, bagaimana Abu Talib seorang kafir sedangkan beliau telah berkata:

 Sesungguhnya mereka telah mengetahui bahawa anak   lelaki kami bukanlah pembohong . Di sisi kami beliau tidak peduli kebatilan yang diikatakan kepadanya .  Beliau meminta awan menurunkan hujan dengan mukanya.  Penjaga kepada anak-anak yatim dan janda-janda yang mempunyai anak.

Kulani dalam Kitabul Hujah  Hadis  no .(790)-33. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamad dan Abdullah dua anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada bapa mereka berdua, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Isma‘il bin Abi Ziyad, daripada Abu Abdillah a.s  telah berkata: Abu Talib telah memasuki Islam dengan kiraan jumlah dan beliau a.s telah menyimpulkan dengan tangannya [angka] enam puluh tiga.

Abdullah al Khanizi dalam bukunya Abu Thalib Mukmin Quraisy mengutip daripada  As-Sirah an-Nabawiyyah juz I, hal. 86-87; as-Sirah a/-Ha/abiyyah juz I, hal. 390- 391;  mengatakan wasiat Abu Thalib di waktu hampir meninggal dunia menjadi bukti  berimannya beliau :

“Aku berwasiat kepada kalian agar kalian mengagungkan Ka’bah ini, karena di dalamnya terdapat keridhaan Tuhan clan pilar-pilar kehi­dupan, dan sarana kemudahan.”

“Sambungkanlah silaturahmi kalian dan janganlah memutuskannya, karena menyambungkan silaturahmi dapat memanjangkan usia.”

“Tinggalkanlah kesesatan dan kedurhakaan, karena dengan keduanya generasi-generasi sebelum kalian binasa!”

“Penuhilah undangan–pengundang dari berilah peminta-minta, karena pada keduanya terdapat kemuliaan dalam kehidupan dan kematian.”

“Kalian harns berkata benar dan menunaikan amanat, karena pada keduanya terdapat cinta pad a kalangan khusus dan kemuliaan pada kalangan umum.”

“Aku wasiatkan kepada kalian agar berlaku baik kepada Muhammad, karena ia orang tepercaya di tengah kaum Quraisy dan orang jujur di tengah bangsa Arab. Dialah yang menghiIllpun seluruh apa yang aku wasiatkan kepada kalian. Ia telah datang kepada kita dengan membawa suattl perkara yang diterima hati tetapi diingkari dala’m lisan karena khawatir terhadap orang-orang yang membenci, memusuhi dan ber­perilaku buruk.”

“Aku bersumpah kepada Allah, seakan-akan aku memandang orang­orang fakir Arab, orang-orang pinggiran, dan orang-orang lemah telah menyambut dakwahnya, mempercayai ucapannya, dan memuliakan urusannya hingga mereka menghadapi kematian. Para pemimpin dan pemberani Quraisy berubah menjadi orang rendahan, rumah-rumah mereka hancur, dan orang-orang lemah di antara mereka menjadi para pemimpin. Mereka yang paling sombong kepadanya mepjadi orang yang paling membutuhkannya dan mereka yang paling jauh darinya menjadi orang yang paling dekat kepadanya. Bangsa Arab telah memurnikan cinta mereka kepadanya, menjemihkan dada mereka untuknya, dan me~­berikan otoritas mereka kepadanya.”

“Di tengah kalian, wahai sekalian kaum Quraisy, ada anak ayah kalian. Jadilah pembela baginya dan pelindung bagi kelompoknya.”

“Demi Allah, tidak seorang pun mengikuti jalannya melainkan ia mendapat petunjuk, dan tidak seorang pun mengambil hidayahnya melainkan ia mendapatkan kebahagiaan.”

“Kalau aku masih punya umur dan ajalku ditunda, tentu aku akan melindunginya dari peperangan dan bencana dan membelanya dari malapetaka.”

 

Di dalam hujah Syiah penulis tidak ketemu sebelum meninggalnya Abu Thalib beliau mengucapkan syahadah. Kerana itu penulis membuka kitab Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam tertulis seperti berikut :

Kaum Musyrikin Menemui Abu Talib Sewaktu Beliau Sedang Tenat Menuntut Diadakan Perjanjian di antara Mereka Dengan Rasulullah (s.a. w.)

Ibnu Ishaq berkata: “Ketika Abu Talib ditimpa sakit dan bilamana berita ketenatannya sampai ke pengetahuan orang Quraisy, mereka berkata kepada sebahagian yang lain: “Sesungguhnya Hamzah dan Umar telah memeluk Islam dan Islam telah tersebar di seluruh suku kabilah Quraisy. Oleh kerana itu, pergilah kalian kepada Abu Talib, kemudian arahkannya mengambil anak saudaranya serta serahkan dia kepada kita. Demi Allah! Kita tidak dapat hidup aman selagi dia (Muhammad) menguasai persoalan kita dengan keras.”

Ibnu Ishaq berkata bahawa aI-Abbas bin Abdullah bin Mu’ abbad menceritakan dari sebahagian keluarganya dari Ibnu Abbas yang berkata:

“Beberapa orang Quraisy datang menemui Abu Talib lalu berbicara dengannya. Mereka adalah ‘Utbah bin Rabi ‘ah, Syaibah bin Rabi ‘ah, Abu Jahal bin Hisyam, Umaiyyah bin Khalaf dan Abu Sufyan dalam rombongan tokoh-tokoh Quraisy. Mereka berkata kepada Abu Talib,

“Hai Abu Talib! Sesungguhnya engkau adalah sebahagian daripada kami sebagaimana yang engkau tahu. Engkau juga akan meninggal dunia sebagaimana yang engkau tahu dan kami berasa khuatir kepadamu. Engkau sendiri tahu persengketaan antara kami dengan anak saudaramu. Oleh kerana itu, panggillah dia, kemudian ambillah sesuatu dari kami untuknya dan ambillah sesuatu darinya untuk kami, supaya dengan cara itu dia akan menahan diri dari kami dan kami pula akan menahan diri darinya; supaya dia membiarkan kami dengan agama kami dan kami membiarkannya dengan agamanya.”

Abu TaIib mengutus seseorang menemui Rasulullah (s.a.w.) laIu Baginda datang kepada Abu Talib. Abu Talib berkata kepada Rasulullah (s.a.w.):

 “Wahai anak saudaraku! Mereka adalah tokoh kaummu. Mereka telah sepakat untuk memberikan sesuatu kepadamu dan sebagai gantinya mereka mendapat sesuatu darimu.”

Rasulullah (s.a. w.) bersabda:

 Baiklah! Hanya ada satu kalimat yang jika kalian memberikannya, nescaya dengan kalimat tersebut mereka dapat me­nguasai orang Arab dan menundukkan bangsa asing.”

Abu Jahal l berkata:

 “Baiklah, demi ayahmu! Sepuluh kalimat pun tidak mengapa.”

Rasulullah (s.a.w.) bersabda:

“Kalian mengatakan ‘la ilaha illallah’ dan kalian melepaskan apa saja yang kalian sembah selain Allah.”

Tokoh-tokoh Quraisy bertepuk tangan kemudian berkata:

 “Wahai Muhammad! Apakah engkau ingin menjadikan tuhan-tuhan itu satu saja? Sesungguhnya urusanmu terlalu aneh.”

 Kemudian sebahagian dari pada mereka berkata kepada yang lain:

“Demi Allah! Sesungguhnya lelaki ini (Rasulullah s.a. w.) tidak memberikan apa yang kalian inginkan. Pulanglah dan teruskanlah dengan agama nenek moyang kalian sehingga Allah memutuskan perkara di antara kita dengannya,”

kemudian mereka pun keluar dari rumah Abu Talib.”

 

Pada Bab  Harapan Rasulullah (s.a. w.) Terhadap KeIslaman Abu Talib tertulis seperti berikut pada kitab yang sama :

Abu Talib berkata kepada Rasulullah (s.a.w.):

“Demi Allah, wahai anak saudaraku! Aku tidak melihatmu meminta sesuatu yang berat dari mereka.”

Ketika Abu Talib berkata demikian, Rasulullah (s.a.w.) mengharapkan keIslaman beliau. Baginda berkata kepada Abu Talib:

 “Wahai bapa saudaraku! Ucapkan satu kalimat, maka dengan kalimat tersebut engkau berhak mendapat syafaatku pad a hari kiamat”

KetikaAbu Talib melihat kesungguhan Rasulullah (s.a. w.) terhadap dirinya, dia berkata:

 “Wahai anak saudaraku, demi Allah! Kalaulah tidak kerana kekhuatiranku terhadap kecaman yang menimpamu dan menimpa anak-anak ayahmu sepeninggalanku dan kaIaulah tidak kerana kekhuatiranku terhadap tuduhan kaum Quraisy bahawa aku mengucapkannya kerana takut mati, nescaya aku ucapkan kalimat terse but Aku tidak akan mengucapkannya melainkan untuk menggembirakanmu.”

 Sewaktu ajaI Abu Talib semakin dekat, aI-Abbas melihatnya menggerak-gerakkan dua bibir lalu dia pun cuba mendengamya dengan telinga. Al-Abbas berkata kepada Rasulullah (s.a.w.):

“Wahai anak saudaraku, Demi Allah! Sesungguhnya saudaraku telah mengucapkan kaIimat yang engkau perintahkan itu.”

Rasulullah (s.a. w.) bersabda:

“Aku tidak mendengarnya.”

 

Demikian catitan sejarah , sesungguhnya kepada Allah kita pohon hidayah petunjuk.

Abu Redza

Abu Thalib bin Abdul Muthalib

Nama sebenarnya adalah Abdu Manaf bin Abdul Muthalib bin Hasyim, sedang “Abu Thalib” adalah nama Panggilan yang berasal dari putra pertamanya yaitu Thalib. Abu Thalib adalah paman dan ayah asuh Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam, Ia adalah ayah dari Ali bin Abi Thalib.

Abu Thalib telah menerima amanat dari ayahnya Abdul Mutthalib untuk mengasuh Nabi dan telah dilaksanakan amanat tersebut. Nabi adalah sebaik-baik asuhan dan Abu Thalib adalah sebaik-baik pengasuh.

Abu Thalib membela Nabi dengan jiwa raganya dalam berdakwah. Ketika Nabi Shallallahu alaihi wassalam dan pengikutnya di hadang di sebuah lembah. Lalu datanglah Abu Thalib dengan tegar berkata:

Kalian tidak akan dapat menyentuh Muhammad sebelum kalian menguburkanku”.

Abu Thalib selalu setia mendampingi Nabi. Beliau adalah orang yang banyak membantu perjuangan dakwah Islam.

Abu Thalib ketika mau meninggal dunia berwasiat kepada keluarganya untuk selalu berada di belakang Nabi dan membelanya untuk menenangkan dakwahnya.

Abu Thalib adalah pahlawan Bani Hasyim terkemuka dan pemimpin mereka. Nabi mengajaknya masuk Islam tapi dia menolak.

Hadist Bukhari dalam Shahihnya, kitab tafsir No. 4675 dan 4772, Muslim 24, Dari Al Musayyib bin Hazn berkata, “Ketika Abu Thalib hampir mati, Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam mengunjunginya dan mendapati Abu Jahl dan Abdullah bin Abi Umayyah di sisi Abu Thalib. Lalu Rasulullah berkata,

Wahai paman, ucapkan Laa Ilaha Illallah suatu kalimat yang aku akan membelamu karena ucapan itu dihadapan Allah.”

Abu Jahl dan Abdullah bin Abi Umayyah berkata, “Apakah kamu membenci agama Abdul Muthalib?” Beliau terus menerus menawarkan kepada pamannya untuk mengucapkannya, tetapi kedua orang itu terus mengulang-ulang. Hingga akhir ucapan Abu Thalib adalah tetap berada pada agama Abdul Muthalib dan enggan mengucapkan Laa Ilaha Illallah. Rasulullah bersabda,

“Aku benar-benar akan memintakan ampunan bagimu selama tidak dilarang “.

Lalu Allah menurunkan ayat,

Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, Walaupun ornag-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik adalah penghuni neraka jahanam. (At Taubah : 113).

Ayat ini diturunkan Allah berkenaan dengan Abu Tholib.

Dan Allah berfirman kepada Rasullulah

Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. (Al-Qoshosh : 56).

Riwayat lain: Dari Abu Hurairah, berkata ;

Rasulullah berkata pada pamannya, Ucapkan Laa Ilaaha Illallah, aku akan bersaksi untukmu pada hari kiamat “, Abu Thalib menjawab, “ Seandainya orang Quraisy tidak mencelaku dengan mengatakan “ Abu Thalib mengucapkan itu karena hampir mati ”. Lalu Allah menurunkan ayat (At Taubah : 113) kepada Rasulullah.

Dari Al Abbas bin Abdul Muthalib, berkata, “Wahai Rasullulah, apakah engkau bisa memberi manfaat kepada Abu Thalib, sebab dia dulu memeliharamu dan membelamu?” Jawab beliau, Benar, dia berada di neraka yang paling dangkal, kalau bukan karenaku niscaya dia berada di neraka yang paling bawah.“ (HR. Bukhari no. 3883, 6208, 6572, Muslim 209)

Dari Abu Sa`id Al Khudri, berkata, Disebutkan disisi Rasulullah pamannya Abu Thalib, maka beliau bersabda, ” Somoga syafa’atku bermanfaat baginya kelak di hari kiamat. Karena itu dia ditempatkan di neraka yang paling dangkal, api neraka mencapai mata kakinya lantaran itu otaknya mendidih”. (HR.Bukhari 3885, 6564, Muslim 210)

Masih banyak riwayat lainnya yang menyatakan kekufuran Abu Thalib pada saat menjelang kematian.

Ia wafat pada tahun 3 SH.

Disalin dari riwayat Abu Thalib dalam Ishabah 1/117, Thabaqat Ibn Sa’ad 1/24 dan sumber lainnya dan di susun oleh : ahlulhadist.wordpress.com

Para Ulama Ahlul Hadits

Bagi pembaca yang mencari maklumat mengenai Para Ulama Ahlul Hadits  seperti senarai di bawah, saudara boleh melawati laman berikut : http://ahlulhadist.wordpress.com

Senarai Ulama Ahlul Hadits
بسم الله الرحمن الرحيم
Biografi para ulama ahlul hadits mulai dari zaman sahabat hingga sekarang yang masyhur :
1. Khalifah ar-Rasyidin :
• Abu Bakr Ash-Shiddiq
• Umar bin Al-Khaththab
• Utsman bin Affan
• Ali bin Abi Thalib
2. Al-Abadillah :
• Ibnu Umar
• Ibnu Abbas
• Ibnu Az-Zubair
• Ibnu Amr
• Ibnu Mas’ud
• Aisyah binti Abubakar
• Ummu Salamah
• Zainab bint Jahsy
• Anas bin Malik
• Zaid bin Tsabit
• Abu Hurairah
• Jabir bin Abdillah
• Abu Sa’id Al-Khudri
• Mu’adz bin Jabal
• Abu Dzarr al-Ghifari
• Sa’ad bin Abi Waqqash
• Abu Darda’
3. Para Tabi’in :
• Sa’id bin Al-Musayyab wafat 90 H
• Urwah bin Zubair wafat 99 H
• Sa’id bin Jubair wafat 95 H
• Ali bin Al-Husain Zainal Abidin wafat 93 H
• Muhammad bin Al-Hanafiyah wafat 80 H
• Ubaidullah bin Abdillah bin Utbah bin Mas’ud wafat 94 H
• Salim bin Abdullah bin Umar wafat 106 H
• Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr Ash Shiddiq
• Al-Hasan Al-Bashri wafat 110 H
• Muhammad bin Sirin wafat 110 H
• Umar bin Abdul Aziz wafat 101 H
• Nafi’ bin Hurmuz wafat 117 H
• Muhammad bin Syihab Az-Zuhri wafat 125 H
• Ikrimah wafat 105 H
• Asy Sya’by wafat 104 H
• Ibrahim an-Nakha’iy wafat 96 H
• Aqamah wafat 62 H
4. Para Tabi’ut tabi’in :
• Malik bin Anas wafat 179 H
• Al-Auza’i wafat 157 H
• Sufyan bin Said Ats-Tsauri wafat 161 H
• Sufyan bin Uyainah wafat 193 H
• Al-Laits bin Sa’ad wafat 175 H
• Syu’bah ibn A-Hajjaj wafat 160 H
• Abu Hanifah An-Nu’man wafat 150 H
5. Atba’ Tabi’it Tabi’in : Setelah para tabi’ut tabi’in:
• Abdullah bin Al-Mubarak wafat 181 H
• Waki’ bin Al-Jarrah wafat 197 H
• Abdurrahman bin Mahdy wafat 198 H
• Yahya bin Sa’id Al-Qaththan wafat 198 H
• Imam Syafi’i wafat 204 H
6. Murid-Murid atba’ Tabi’it Tabi’in :
• Ahmad bin Hambal wafat 241 H
• Yahya bin Ma’in wafat 233 H
• Ali bin Al-Madini wafat 234 H
• Abu Bakar bin Abi Syaibah Wafat 235 H
• Ibnu Rahawaih Wafat 238 H
• Ibnu Qutaibah Wafat 236 H
7. Kemudian murid-muridnya seperti:
• Al-Bukhari wafat 256 H
• Muslim wafat 271 H
• Ibnu Majah wafat 273 H
• Abu Hatim wafat 277 H
• Abu Zur’ah wafat 264 H
• Abu Dawud : wafat 275 H
• At-Tirmidzi wafat 279
• An Nasa’i wafat 234 H
8. Generasi berikutnya : orang-orang generasi berikutnya yang berjalan di jalan mereka adalah:
• Ibnu Jarir ath Thabary wafat 310 H
• Ibnu Khuzaimah wafat 311 H
• Muhammad Ibn Sa’ad wafat 230 H
• Ad-Daruquthni wafat 385 H
• Ath-Thahawi wafat 321 H
• Al-Ajurri wafat 360 H
• Ibnu Hibban wafat 342 H
• Ath Thabarany wafat 360 H
• Al-Hakim An-Naisaburi wafat 405 H
• Al-Lalika’i wafat 416 H
• Al-Baihaqi wafat 458 H
• Al-Khathib Al-Baghdadi wafat 463 H
• Ibnu Qudamah Al Maqdisi wafat 620 H
9. Murid-Murid Mereka :
• Ibnu Daqiq Al-led wafat 702 H
• Ibnu Taimiyah wafat 728 H
• Al-Mizzi wafat 742 H
• Imam Adz-Dzahabi (wafat 748 H)
• Imam Ibnul-Qoyyim al-Jauziyyah (wafat 751 H)
• Ibnu Katsir wafat 774 H
• Asy-Syathibi wafat 790 H
• Ibnu Rajab wafat 795 H
10. Ulama Generasi Akhir :
• Ash-Shan’ani wafat 1182 H
• Muhammad bin Abdul Wahhab wafat 1206 H
• Muhammad Shiddiq Hasan Khan wafat 1307 H
• Al-Mubarakfuri wafat 1427 H
• Abdurrahman As-Sa`di wafat 1367 H
• Ahmad Syakir wafat 1377 H
• Muhammad bin Ibrahim Alu Asy-Syaikh wafat 1389 H
• Muhammad Amin Asy-Syinqithi wafat 1393 H
• Muhammad Nashiruddin Al-Albani wafat 1420 H
• Abdul Aziz bin Abdillah Baz wafat 1420 H
• Hammad Al-Anshari wafat 1418 H
• Hamud At-Tuwaijiri wafat 1413 H
• Muhammad Al-Jami wafat 1416 H
• Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin wafat 1423 H
• Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i wafat 1423 H
• Shalih bin Fauzan Al-Fauzan hafidhahullah
• Abdul Muhsin Al-Abbad hafidhahullah
• Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafidhahullah
Sumber: Makanatu Ahli Hadits karya Asy-Syaikh Rabi bin Hadi Al-Madkhali dan Wujub Irtibath bi Ulama dengan sedikit tambahan.

Para Ulama Salaf Lainnya
Para Ulama Salaf Ahlul Hadits selain yang disebutkan diatas yang masyur dizamannya antara lain :
• Imam Abu ‘Ubaid Al-Qasim bin Sallam (wafat 220H)
• Ibnu Abi Syaibah (159-235 H)
• Imam Asy Syaukani (172-250 H)
• Imam al-Muzanniy (wafat 264H)
• Imam Al Ajurri (190-292H)
• Imam Al Barbahari (wafat 329 H)
• Abdul Qadir Al Jailani (471-561 H)
• Al-Hafidh Al Mundziri 581-656H
• Imam Nawawi (631-676H)
• Imam Ibnul-Qoyyim al-Jauziyyah (wafat 751 H)
• Ibnu Hajar Al ‘Asqolani (773-852 H)
• Imam As Suyuti (849-911 H)
Para Ulama sekarang yang berjalan diatas As-Sunnah yaitu:
• Syaikh Ahmad An-Najmi (1346-1410.H)
• Syaikh Abdullah Muhammad IbnHumayd (1329-1402H)
• Syaikh Muhammad Aman Al-Jami (1349-1416 H)
• Syaikh Muhammad Dhiya`I (1940-1994.M)
• Sayyid Sabiq (1915-2000.M)
• Syaikh Abdullah Al Ghudayyan (1345H..H)
• Syaikh Ubail Al-Jabiri (1357H..H)
• Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al Jibrin (1349H..H)
• Syaikh Salim Bin ‘Ied Al Hilali 1377H/1957M
• Syaikh Ali bin Hasan Al Halaby (1380H..H)
• Syaikh Abu Ubaidah Masyhur Hasan Salman (1380.H..H)
• Syaikh Abdullah Bin Abdirrahim Al-Bukhari
• Para Ulama Sekarang lainnya yang berjalan diatas As-Sunnah (Klick Baca Selanjutnya)
Keluarga Rasulullah
صلى ا لله عليه وسلم
Istri- istri Nabi زوجات النبي
• Khadijah binti Khuwailid (wafat 3 SH)
• Zainab binti Khuzaimah (wafat 1 SH)
• Aisyah binti Abu Bakar (wafat 57 H)
• Hafsah binti Umar (wafat 45 H)
• Juwairiah binti Harits bin Abu Dhirar (wafat 56 H)
• Maimunah binti Harits (wafat 50 H)
• Mariah Qibtiah (wafat 16 H)
• Saudah binti Zam`ah (wafat 23 H/ 643 M)
• Sofiah binti Huyai bin Akhtab (wafat 50 H)
• Ummu Habibah binti Abu Sofyan (wafat 44 H)
• Ummu Salamah (wafat 57 H)
• Zainab binti Jahsy (wafat 20 H)
Putra-Putri Nabi
• Al- Qasim bin Muhammad
• Zainab binti Muhammad (wafat 8 H.)
• Ruqayyah binti Muhammad (wafat 2 H)
• Ummu Kultsum (wafat 9 H)
• Fatimah Az-Zahra (wafat 11 H)
• Abdullah bin Muhammad (meninggal ketika kecil)
• Ibrahim bin Muhammad (wafat 10 H ketika kecil)
Cucu Nabi
• Abdullah bin Usman bin Affan (Putra Ruqayyah)
• Ali bin Abul Ash (Putra Zainab.meninggal ketika kecil.)
• Hasan bin Ali bin Abu Talib (3-50 H.)
• Husain bin Ali bin Abu Talib (4-61 H)
• Zainal Abidin (wafat 93H)
• Ummi Kultsum binti Ali bin Abu Thalib (wafat.75H)
Paman Nabi
• Abbas bin Abdul Mutalib (wafat 32 H)
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib (wafat 3 SH)
• Hamzah bin Abdul Mutalib (wafat 3 H)

Para Sahabat Rasulullah
صلى ا لله عليه وسلم
• Abdullah bin Jahsy (wafat 3 H)
• Abbas bin Abdul Muthalib (wafat 32 H)
• Abdullah bin Abbas (wafat 68 H)
• Abdullah bin Amru bin Ash (wafat 65 H)
• Abdullah bin Khuzafah As Sahmi (wafat 28 H)
• Abdullah bin Masud bin Gafil (wafat 32 H)
• Abdullah bin Rawahah (wafat 8 H)
• Abdullah bin Salam (wafat 43 H)
• Abdullah bin Umar bin Khattab (wafat 73 H)
• Abdullah bin Ummi Maktum (wafat 14 H)
• Abdullah bin Zubair (wafat 73 H)
• Abdurrahman bin Auf (wafat 32 H)
• Abu Bakr Siddik (51 SH-13 H)
• Abu Dardaa (wafat 32 H)
• Abu Hurairah (wafat 59 H)
• Abu Musa Asy’ari (wafat 44 H)
• Abul Ash bin Rabi’ al Absyamial Qurasyi
• Abu Sufyan bin Harists
• Abu Thalhah An.Anshary
• Abu Dzarr Al Gifari (wafat 32 H)
• Adi bin Hatim (wafat 68 H)
• Ali bin Abu Thalib (23 SH-40 H)
• Anas bin Malik bin Nadar (wafat 93 H)
• Bilal bin Rabah Al Habasyi (wafat 20 H)
• Hakim bin Huzam (wafat 54 H)
• Hamzah bin Abdul Muthalib (wafat 3 H)
• Hasan bin Ali (wafat 50 H)
• Husein bin Ali (Wafat ..H)
• Huzaifah bin Yamman (wafat 36 H)
• Jakfar bin Abu Thalib (wafat 8 H)
• Muawwiyah bi Abu Sofyan (20 SH-60 H)
• Muaz bin Jabal (wafat 18 H)
• Rabi’ah bin Ka’ab
• Said bin Amir Huzaim Al Jumahi
• Said bin Zaid
• Tsumamah bin ‘Utsal
• Thufeil bin Amr Addausi
• Umar bin Khaththab (40 SH-23 H)
• Umair bin Sa’ad
• Usamah bin Zaid
• Uqbah bin ‘Amir al Juhani
• Ustman bin Afffan (47 SH-35 H)
• Usaid bin Hudhair
• Zaid bin Tsabit (wafat 45 H)
• Para Sahabat Rasulullah Lainnya (Baca selanjutnya)

Para Shahabiyah Rasulullah
صلى ا لله عليه وسلم
• Asma binti Abu Bakar (wafat 73 H)
• Asma Binti Yazid Al-Anshariah (wafat 30 H)
• Asma binti ‘Umais (Ummu Ubdillah)
• Asy Syfa binti Harits
• Barirah maulah ‘Aisyah
• Hamnah bintu Jahsyi
• Hindun binti ‘Utbah
• Khansa binti Amru wafat 24 H
• Khaulah binti Tsa’labah
• Rubai bin Ma’udz
• Raihanah binti Zaid bin Amru
• Shafiyah binti Abdul Muththalib
• Sumayyah binti Khayyath
• Umamah Bintu Abil ‘Ash
• Ummu Athiyyah Al-Anshariyah
• Ummu ‘Aiman (Barkah bintu Tsa’labah bin ‘Amr)
• Ummu Fadhl (Lubabah binti al-Haris)
• Ummu Hani’ binti Abi Thalib
• Ummu Syuraik al Quraisyiah
• Ummu Haram (Malikah binti Milhan bin Khalid Al-Anshariah) wafat 28 H
• Ummu Halim bin Harits
• Ummu Umarah (Nusaibah binti Kaab) wafat 13 H
• Ummu Ma’bad Al-Khuza’iyah
• Ummu Waraqah binti Naufal
• Ummu Ruman bintu ‘Amir
• Ummu Sulaim binti Malhan
• Para Shahabiyah Rasulullah lainnya (Baca Selanjutnya)

Para Tabi’in dan Tabiut Tabi’in
• Abdullah bin Tsuaib (Abu MuslimAl Khaulani)
• Abdullah bin al-Mubarak
• Abu Hanifah
• Aisyah binti Thalhah
• Amir Bin Abdillah Attamimi
• Atba’ bin Abi Rabah
• Zainal Abidin bin Husain Ali Abithalib
• Hasan Al-Bashri
• Muhammad ibnu Wa’asi al Azdiy
• Muhammad bin Sirin
• Rabi’ah ar Ra’yi
• Said Ibnu al Musayaab
• Said ibnu Jubair
• Salamah ibnu Dinar
• Shilah bin Asy Syam al ‘Adawi
• Syuraih al Qadli
• Thaawus ibnu Kaisan
• Urwah bin Zubair
• Umar bin Abdul Aziz
• Abdul Malik bin Umar bin Abdul Aziz
• Qosim bin Muhammad bin Abi Bakr
Sedangkan para Tabi’ut Tabi’in dan murid muridnya serta generasi sesudahnya telah disebutkan pada biografi diatas antara lain seperti: Malik bin Anas, Imam Al Auza’I, Sufyan Ats-Tsauri, Abu Hanifah, Imam Syafee’I, Imam Hambali, Imam Muslim, Imam Bukhari, Imam Abu Dawud, Imam Hatim, Imam Zur’ah, Imam Tirmidzi, Imam Nasa’i. Serta generasi berikutnya.
Pernik-Pernik Para Sahabat, tabi’in dan tabi’ut tabi’in

Muhadiddtsin
• Penulisan dan Penghimpunan Al Qur’an
• Pembukuan dan kitab-kitab hadits
• Abu Hurairah Periwayat hadits terbanyak
• Jumlah hadits (Abu Dawud, Nasa’i, Timidzi, Ibnu Majah)
• Shahih Bukhari dan Shahih Muslim kitab hadits paling shahih
• Siapa itu Ulama Ahlul hadits
• Para Imam Ahlussunnah Ashabul hadits
• Tabiin menurut hadits
• Ilmu Al-Jarh Wat-Ta’dil

25 Nabi dan Rasul
Sejarah singkat 25 Nabi dan Rasul ini dikaitkan dengan nash al-Quran, dan untuk lebih lengkap silahkan baca buku karya Ibnu Katsir. Berikut ini kisah singkat 25 Nabi dan Rasul :
• Adam, Idris
• Nuh, Hud, Saleh
• Ibrahim, Ismail
• Luth, Ishaq, Yaqub
• Yusuf
• Ayyub, Zulkifli, Syu’aib
• Musa, Harun
• Daud, Sulaiman
• Ilyas, Ilyasa, Yunus
• Zakaria, Yahya, Isa
• Muhammadصلى ا لله عليه وسلم

Lawati Laman Sumber : http://ahlulhadist.wordpress.com/

Apakah Yang Di Seludup Oleh Syiah Ke Dalam Sejarah Islam

Oleh  Shaikh Soleh bin Abdullah al-Muhaisin,

Dekan Fakulti Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Madinah.

Sesungguhnya segala pujian untuk Allah. Kami memuji-Nya, meminta pertolongan daripada-Nya, meminta keampunan-Nya, meminta petunjuk-Nya dan kami meminta perlindungan dengan Allah daripada kejahatan diri kami dan amalan-amalan kami yang buruk. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka dia terpimpin dan sesiapa yang disesatkan Allah maka tiada yang dapat memimpinnya. Saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya dan saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah. Semoga Allah menselawati Baginda, kaum keluarga dan para sahabat Baginda.

Sesungguhnya sejarah mana-mana umat merupakan gambaran yang jelas bagi kehidupan, tradisi, kepercayaan, ilmu dan kebudayaan mereka. Lembaran-lembaran sejarah mereka itulah yang mengungkapkan cita-cita dan matlamat mereka. Sesungguhnya sejarah Islam adalah manifestasi yang paling jelas tentang apa yang kita nyatakan tadi.

Sejarah Islam tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa sama ada dari sudut kuantiti ataupun kualiti. Dari sudut kuantiti, sejarah Islam lebih luas setakat yang diketahui oleh umat manusia sehingga ke hari ini. Ini kerana ia memiliki sejarah khalifah-khalifah, gabenor-gabenor, para ilmuwan, kadi-kadi dan panglima-panglima.

Semua itu dicatit dengan jelas dan amat teliti di samping merakamkan penaklukan-penaklukan yang besar yang telah dilakukan oleh orang-orang Islam di timur dan barat yang sentiasa maju dan terkehadapan dari semasa ke semasa. Selain itu, sejarah Islam meliputi ilmu-ilmu, sirah kehidupan yang terpuji, sumbangan-sumbangan mereka yang berjasa dari kalangan umat ini.

Dari sudut kualiti, sejarah Islam berasaskan kepada periwayatan dan nukilan orang-orang yang adil, thiqah lagi dipercayai cerita-cerita mereka sehingga tidak ada ruang untuk rekaan dan pendustaan dan faktor ini tidak ada dalam sejarah mana-mana umat lain. Sejarah Islam telah memberikan perhatian yang khusus terhadap periwayatan, dokumentasi dan hafalan. Para ulama telah menekuni riwayat sejarah dan menganalisa dan mengkritiknya. Mereka saling berlumba-lumba dalam hal ini dan menjadikan perpustakaan Islam sarat dengan kitab-kitab sejarah bagi setiap zaman dan generasi umat ini.

Dalam pada itu, musuh-musuh Islam melupakan kekuatan dan kekuasaan Islam serta tersebarnya Islam dengan pantas menyebabkan mereka terkejut dan hairan.

Oleh kerana mereka tidak mempunyai kekuatan untuk melawan Islam dengan pedang secara terbuka, mereka memeilih beberapa cara dan kaedah untuk menghapuskan dan menghancurkan Islam. Bid`ah Syi`ah adalah merupakan bid`ah pertama yang dibangunkan untuk matlamat ini dan tipu daya pertama yang diaturkan di sebalik tabir ini. Inilah fitnah terbesar yang dirancang untuk menentang Uthman bin `Affan iaitu khalifah ketiga dan salah seorang sepuluh sahabat yang dijamin syurga.

Fitnah ini bermula dengan rekaan dan penyebaran berita-berita palsu atau diriwayatkan bukan dengan caranya yang sahih supaya dapat menarik dan mengumpulkan orang-orang yang jahil dan bodoh. Akibatnya berkesudahan dengan kesyahidan Uthman sebagaimana yang disebutkan dengan terperinci di dalam kitab-kitab hadis dan sejarah.

Penjahat yang merancang dan melaksanakan fitnah ini ialah Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi. Kemudian setelah Uthman syahid, golongan Rafidhah mendapat peluang yang sesuai untuk menimbulkan kekacauan yang berlaku kemudiannya. Perkara ini dibuat untuk mencipta dan menyebarkan riwayat-riwayat palsu tentang keburukan sahabat dan perselisihan yang berlaku di kalangan mereka lalu menggambarkan mereka dengan cara yang tidak benar.

Penulis di sini tidak bertujuan untuk mengkritik kekarutan dan kepalsuan yang ditaburkan oleh Syi`ah di dalam kitab-kitab sejarah Islam kerana itu adalah natijah kebencian dan kejahatan terhadap sahabat yang tersembunyi di dalam hati mereka. Begitu juga serangan terhadap pemimpin-pemimpin Islam. Apatah lagi kitab-kitab Syi`ah bersepah dengan makian dan celaan terhadap sahabat. Hakikat ini sememang terang-terang batil. Tidak halal kepada sesiapapun untuk membaca kitab-kitab ini kecuali dengan maksud untuk melihat kebatilan itu dan menyanggahnya seterusnya memberi peringatan kepada orang lain.

Penulis di sini bertujuan untuk mengkaji penularan kejahatan Syi`ah ke dalam kitab-kitab sejarah Islam sama melalui perawi yang bermuka-muka dengan menzahirkan ketakwaan dan keadilan tetapi menyembunyikan fahaman Rafidhah atau dengan cara berfahaman Syi`ah yang sederhana yang periwayatannya itu diterima oleh kebanyakan ahli ilmu jika dia tidak taksub dan menyeru kepada bid`ahnya.

Kadang-kadang ahli sejarah seperti Ibn Jarir meriwayatkan daripada perawi-perawi yang terkenal dengan tasyayyu` tetapi beliau menyebutkan sanadnya supaya kedudukan perawi-perawi itu diberi perhatian.

Ini tidaklah menyebabkan Ibn Jarir tercela selagi beliau tetap menukilkan berita-berita tersebut dengan sanad-sanadnya dan menyerahkan kepada para pembaca yang tajam pemikiran menilai dan menyaringnya. Di muqaddimah tarikhnya itu,[1] Ibn Jarir menulis:

“Hendaklah pembaca kitab kami ini mengetahui sesungguhnya pegangan saya bahawa setiap perkara yang saya sebutkan dalam kitab ini adalah mengikut syarat yang saya beriltizam dengannya iaitu meriwayatkan berita-berita sebagaimana ia telah diriwayatkan dan saya hanya menyebutkannya sahaja.

Apa yang terkandung dalam kitab ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu. Antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa benci atau pendengar merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu hakikat. Oleh itu, hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripada kami, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepada kami. Dan kami hanya menyampaikan seperti yang dibawakan kepada kami.”

Malangnya penulis yang datang selepas Ibn Jarir al-Tabari membuang sanad-sanad ini lalu menghimpunkan kesemua riwayat demi untuk meringkaskan. Kemudian orang-orang kemudian terutamanya penulis zaman ini menukilkan riwayat-riwayat ini dan menyandarkan kepada kitab-kitab sejarah tanpa membezakan anatara yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang thiqah dan perawi-perawi yang berfahaman Syi`ah, antara berita-berita yang jelas sahih kerana nukilan perawi-perawi thiqah yang saling menyokong dan menguatkan dan berita-berita yang jelas kebatilannya seperti keburukan sahabat dan fitnah yang berlaku di kalangan mereka yang disepakati oleh ulama hadis tentang kebatilannya.

Keadaan semakin parah sejak akhir-akhir ini kerana kemunculan Saba’iyyah baru dengan rupa lain dan golongan orientalis Yahudi dan Kristian. Mereka ini menemui riwayat-riwayat Syi`ah yang bertaburan di dalam sejarah sebagai bahan-bahan yang segar untuk memburukkan sejarah Islam yang gemilang.

Mereka mengabui mata orang ramai dengan mendakwa sebagai pengkaji yang teliti berasaskan metode ilmiah. Sedangkan sebenarnya mereka adalah pembohong. Penyelidikan mereka tidak lebih daripada mengambil beberapa riwayat Syi`ah lalu diolah dalam bentuk yang buruk dengan melakukan tambahan dan pengurangan di sana sini mengikut matlamat mereka yang keji. Akhirnya mereka akan berkata: “Sila rujuk Tarikh al-Tabari atau Tarikh Ibn al-Athir.”

Dalam pada itu ramai dari kalangan sejarawan dan professor sejarah hari ini yang terpedaya dengan pembohongan dan pendustaan mereka. Sebenarnya adalah satu pengkhianatan terhadap agama ini jika sejarah sendiri diambil daripada musuh-musuh Islam iaitu Yahudi dan Nasrani yang lebih dikenali sebagai orientalis.

Dalam hal ini, penulis tidak lupa untuk menyebutkan usaha gigih yang dicurahkan oleh ulama bagi membendung riwayat-riwayat batil itu sama ada dengan penulisan sejarah yang berasaskan kepada riwayat yang diakui thiqah di samping mengakui dan menginsafi kemuliaan dan ketinggian kedudukan para sahabat, atau juga penulisan yang khusus dengan riwayat-riwayat tersebut atau kajian yang terselit dalam penulisan yang membincangkan topik tertentu.

Ini boleh didapati dengan banyak, sama ada sudah diterbitkan atau masih lagi dalam bentuk manuskrip, dan, inilah yang paling banyak. Antara kitab yang ditulis dengan cara pertama dan telah diterbitkan ialah al-Bidayah wa al-Nihayah tulisan Ibn Kathir, seorang tokoh yang tampil menentang Syi`ah dengan kajian-kajian beliau yang ilmiah dan terperinci . Beliau amat kritis dalam kritikannya. Di samping itu, beliau menonjolkan keutamaan dan kelebihan para sahabat walaupun tidak disetujui oleh Syi`ah.

Contoh penulisan dalam bentuk kedua ialah kitab al-`Awasim min al-Qawasim karangan Abu Bakar Ibn al-`Arabi dan contoh bagi bentuk ketiga seperti perbahasan-perbahasan yang berselerakan di dalam kitab-kitab karangan Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Zahabi, Ibn Hajar dan lain-lain. Usaha-usaha tersebut walaupun mempunyai beberapa pendekatan namun tetap penting dan saling melengkapi. Itulah yang telah dilaksanakan oleh ulama salaf dan khalaf dengan baiknya.

Apa yang tinggal sekarang ialah tugas para ilmuwan dan mereka yang peka kepada Islam di zaman ini. Tanggungjawab mereka ialah meneruskan usaha ke arah perbersihan dan pemurnian timbunan-timbunan riwayat tersebut. Alim ulama kita telah menjelaskan tentang pembohongan dan pendustaan riwayat-riwayat Syi`ah dan tidak ada cara lain selain dari menghapuskan kesemuanya itu dari lembaran sejarah.

Sesungguhnya jika orientalis, Yahudi atau Kristian atau anak didik mereka merasa senang dan selesa untuk terus menggunakan riwayat-riwayat batil yang menggelapkan lembaran sejarah Islam maka tidak harus sama sekali bagi orang Islam merestui kotoran yang terpalit pada sejarah umat dan agamanya.

Adalah menjadi kewajipan institusi yang tertentu di dalam dunia Islam untuk mewujudkan kuarantin-kuarantin ilmiah yang halus untuk menyingkirkan riwayat-riwayat yang ditimpa wabak Syi`ah itu dan mengemukakan kepada sejarah Islam kita dengan rupa yang bercahaya dan bersinar setelah membersihkan dan menghapuskannya dari virus-virus Syi`ah yang kotor.

Begitu juga wajib kepada institusi tersebut untuk mengadakan sekatan syara` terhadap setiap orang yang bodoh yang lantang bersuara terhadap para sahabat. Ini juga merupakan usaha membantu agama Allah dan rasul-Nya dan melaksanakan kewajipan terhadap para sahabat sebagai generasi Islam yang terbaik, di dunia dan akhirat.

Serangan Ganas Yang Dilancarkan Syi`ah Ke Atas Sejarah Islam Berkisar Dua Perkara:

Perkara Pertama:

Mencaci, memalsukan dan mereka-reka cerita yang memburukkan sahabat Rasululullah s.a.w. Tujuan mereka ialah menyerang Islam sendiri kerana sahabat itulah yang meriwayatkan Islam dan merekalah umat yang terbaik selepas Rasulullah s.a.w. bahkan merekalah anak Adam yang paling utama selepas para nabi.

Setelah mencacatkan kelebihan dan keutamaan para sahabat serta menjatuhkan para sahabat bererti menjatuhkan Islam sendiri, Ibn Taymiyyah menulis: “Inilah prinsip asas Syi`ah Rafidhah kerana orang yang mencipta fahaman Rafidhah itu seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam tetapi sebenarnya seorang munafik. Dia telah menaburkan kepada orang-orang jahil racun-racun yang mengancam asas Islam. Oleh kerana itu, Rafidhah merupakan pintu kemunafikan dan zindik yang paling besar.”

Beliau menulis lagi: “Serangan terhadap kurun yang terbaik yang mendampingi Rasulullah s.a.w. bererti serangan terhadap Baginda sendiri sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam Malik dan para ulama yang lain.”

Kekarutan Syi`ah Rafidhah lebih tertumpu kepada sahabat yang paling utama iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman , dan kemudiannya dengan berani mereka menyerang sahabat lain yang terdiri dari kalangan mereka yang awal memeluk Islam dan sahabat-sahabat yang menyertai peperangan Badar, Uhud, Bai`ah Ridwan malah mereka yang membela Rasulullah s.a.w. semasa senang dan susah.

Rasulullah s.a.w. wafat dalam keadaan baginda reda terhadap sahabatnya seperti Talhah, al-Zubair dan sahabat-sahabat yang dijamin syurga. Bukan setakat itu sahaja, mereka berani mencerca isteri-isteri Rasulullah s.a.w. terutama `Aishah dan Hafshah dan akhirnya mereka mengecam keseluruhan Bani Umayyah dengan kutukan dan makian.

Perkara Kedua

Melampau dalam menyanjung Ahli Bait dan mereka mengkhususkan Ali, Fatimah dan keturunan mereka berdua. Lalu mereka mencipta dan meletakkan riwayat batil yang memuji Ahli Bait dan mendewa-dewa mereka sehingga ke tahap menyifatkan mereka dengan perkara yang tidak layak dengan mereka serta mengaitkan beberapa pendirian dan amalan yang tidak sesuai dengan keutamaan dan ketinggian kedudukan mereka.

Beberapa Contoh Pendustaan Yang Dibawa Masuk Oleh Syi`Ah

Di sini, penulis akan menyebutkan beberapa riwayat yang disebarkan Syi`ah dalam sejarah dan penulis akan menyebutkan kebatilannya serta mengemukakan riwayat yang sahih yang menyanggahinya.

Syi`ah mendakwa Ali tidak membai`ah Uthman dan sebahagian mereka pula mendakwa Ali membai`ah tetapi secara terpaksa. Bagi menyokong dakwaan itu, mereka mencipta sebilangan berita yang palsu dan dusta. Sebelum pergi kepada riwayat palsu mereka itu dan sebelum menyebut kesimpulan peristiwa bai`ah serta syura dengan sanad yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang adil dan thiqah, penulis ingin mengemukakan beberapa perkara:

Tatkala Umar ditikam, beliau telah menjadikan khilafah selepas beliau sebagai syura yang terdiri daripada sahabat-sahabat yang diredai oleh Rasulullah s.a.w iaitu Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan, al-Zubair bin al-`Awwam, Talhah bin Ubaidillah, Sa`ad bin Abi Waqqas dan Abdul Rahman bin `Auf. Beliau menyerahkan urusan khilafah kepada enam sahabat ini untuk melantik salah seorang mereka sebagai khalifah.

Urusan tersebut dapat disempurnakan dengan pemilihan Uthman lalu beliau dibai`ah oleh ahli Syura yang lain termasuklah Ali serta kesemua Muhajirin dan Ansar tanpa bantahan dan teragak-agak. Peristiwa ini adalah sahih melalui beberapa sanad yang masyhur di dalam kitab-kitab sejarah yang muktabar dan diriwayatkan di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim dan lain-lain. Seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, di dalam sahihnya[2] daripada Amar bin Maimun dan menyebutkan cerita tersebut dengan panjang lebarnya antaranya ialah: Para sahabat berkata: Wahai Amirul mukminin, wasiatkanlah siapakah yang akan menggantikan. Umar menjawab: Saya tidak dapati orang yang lebih layak dengan urusan ini selain daripada mereka yang Rasulullah s.a.w. wafat dalam keadaan baginda reda terhadap mereka.” Lalu Umar menamakan Ali, Uthman, al-Zubair, Talhah, Sa`ad dan Abdul Rahman. Umar berkata: Biarlah Abdullah bin Umar menjadi saksi, tetapi dia tidak mempunyai apa-apa hak dalam jawatan ini (seolah-olah ucapan takziah kepada anaknya).

Kemudian Imam al-Bukhari mengemukakan wasiat Umar kepada rakyatnya dan kisah pengkebumiannya. Al-Bukhari menyebutkan lagi: Apabila selesai pengkebumian, enam orang sahabat tersebut berkumpul. Abdul Rahman berkata: “Serahkan urusan kamu ini kepada tiga orang sahaja.” Al-Zubair berkata: “Saya telah menyerahkan hak saya kepada Ali.” Talhah berkata: “Saya telah menyerahkan hak saya kepada Uthman.” Sa`ad berkata: “Saya telah menyerahkan hak saya kepada Abdul Rahman bin Auf.” Abdul Rahman berkata: “Siapa antara kamu berdua yang menarik diri, saya akan menyerahkan jawatan ini kepadanya. Allah dan umat Islam menyaksikan kita. Demi Allah, Dia akan memerhatikan yang terbaik di antara mereka.” Kata-katanya itu menyebabkan Ali dan Uthman terdiam. Abdul Rahman berkata: “Apakah kamu mahu menyerahkan urusan ini kepadaku? Allah menjadi saksi ke atasku bahawa aku tidak akan cuai dalam memilih yang terbaik di antara kamu.” Ali dan Uthman berkata: “Baiklah kalau begitu.” Abdul Rahman memegang tangan Ali sambil berkata: “Engkau mempunyai hubungan kerabat dengan Rasulullah s.a.w. dan telah lama memeluk Islam sebagimana kamu maklum. Allah menjadi saksi kepadamu, sekiranya aku melantikmu, engkau pasti akan berlaku adil. Kalau aku lantik Uthman, pasti engkau mendengar dan mematuhinya.” Kemudian Abdul Rahman membawa yang seorang lagi (Uthman) ke tempat sunyi lalu berkata seperti yang dikatakan kepada yang tadi (Ali). Apabila dia telah berjanji begitu, diapun berkata: “Angkat tanganmu wahai Uthman.” Lalu Abdul Rahman membai`ahkan Uthman dan Ali turut juga membai`ahkannya. Setelah itu, orang-orang yang berada di kawasan itu masuk dan memberikan bai`ah kepada Uthman.

Inilah yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari tentang bai`ah Uthman yang dilakukan oleh Ali bersama-sama orang-orang Islam yang lain. Inilah berita yang sahih dalam kitab-kitab hadis yang muktabar dan disebutkan juga oleh kebanyakan ahli sejarah yang dipercayai.

Namun begitu, Rafidhah menyebarkan beberapa kepalsuan bahawa Ali menangguh-nangguhkan atau dia telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Abdul Rahman bin `Auf. Riwayat ini telah disebutkan di dalam kitab-kitab sejarah antaranya ialah riwayat al-Tabari[3] dengan sanadnya daripada Umar bin Maimun al-Audi dan beliau menyebutkan apa yang berlaku tentang syura dan bai`ah. Antara yang disebutkan dalam riwayat itu ialah: “Ali berkata kepada Abdul Rahman: Kamu akan merangkak buat selama-lamanya. Ini bukanlah kali pertama kamu semua berpakat untuk menentangku…”

Sanad yang disebutkan oleh al-Tabari terdapat beberapa `illah (penyakit) dan tidak boleh dijadikan hujah di sisi ulama hadis. Antara perawi sanad ini ialah Abu Mihknaf. Namanya ialah Lut bin Yahya, seorang Syi`ah. Di dalam Mizan al-I`tidal, al-Zahabi menulis[4]:

“Dia seorang tukang cerita yang lemah dan tidak boleh dipercayai.”

Ibn `Adi mengatakan: “Dia merupakan Syi`ah yang hangus (tulen atau pekat), pembawa cerita-cerita mereka (golongan Syi`ah).”

Kemudian al-Tabari meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada al-Miswar bin Makhramah dan menyebutkan tentang syura dan bai`ah Uthman, katanya: Orang ramai mula membai`ah Uthman dan Ali bertangguh. Lalu Abdul Rahman membacakan ayat: “Sesiapa yang melanggar janjinya pasti akibat melanggar janji itu menimpa dirinya.” (al-Fath: 10). Ini membuatkan Ali mula membelah barisan orang ramai sehingga beliau dapat memberi bai`ah seraya berkata: “Tipu daya, memang tipu daya.”

Dalam sanad riwayat al-Tabari ini terdapat Abdul Aziz bin Abi Thabit. al-Zahabi menulis berhubung dengannya, al-Bukhari berkata: “Hadisnya tidak boleh ditulis.” Al-Nasa’i dan lain-lain berkata: “Dia adalah matruk (ditinggalkan). Uthman bin Sa`id berkata: Saya bertanya kepada Yahya: “Bagaimana dengan keadaan Abi Thabit Abdul Aziz bin `Imran? Jawab Yahya: “Dia tidak thiqah. Dia hanya memiliki syair walaupun berketurunan Abdul Rahman bin Auf.”

Hafiz Ibn Hajar menyebutkan di dalam Tahzib al-Tahzib[5]: “al-Husani bin Hibban menukilkan daripada Yahya: “Saya melihatnya (Abdul Aziz) di Baghdad. Dia sering memaki orang ramai dan menuduh-nuduh keturunan mereka. Hadisnya tidak mempunyai apa-apa nilai.”

Pada pendapat penulis, Ibn Jarir al-Tabari menukilkan riwayat daripada Abdul Aziz setelah menyebutkan riwayat yang lalu. Mala petaka yang lain ialah beliau menafsirkan kata-kata Ali dalam riwayat yang lalu yang menyebutkan: “tipu daya, tipu daya” sebagai penipuan dari pihak Amar bin al-Ash dan menyebutkan bentuk penipuan yang kita tidak sanggup untuk menyebutkannya kerana kejelikannya.

Riwayat-riwayat ini dan yang seumpamanya kebanyakannya ialah penyebaran jahat Syi`ah Rafidhah terhadap sejarah. Penulis ingin mengingatkan bahawa kebanyakan penulis sejarah pada zaman ini terpedaya lalu menyebutkannya tanpa sebarang kajian dan kepastian. Semoga Allah membalas usaha baik Ibn Kathir. Beliau telah menyebutkan peristiwa Syura dan bai`ah Uthman di dalam kitabnya, al-Bidayah wa al-Nihayah dengan panjang lebar dan beliau tidak mempedulikan riwayat-riwayat yang karut itu. Bahkan setelah mengemukakan riwayat-riwayat yang sahih beliau mengulas: “Berita yang dinukilkan oleh kebanyakan ahli sejarah seperti Ibn Jarir al-Tabari dan penulis lain daripada perawi-perawi yang tidak dikenali bahawa Ali berkata kepada Abdul Rahman: “Kamu telah memperdayakanku. Sesungguhnya kamu melantiknya kerana dia adalah mertua kamu dan dia bermesyuarat dengan kamu setiap hari tentang urusannya. Dan Ali terlewat memberi bai`ah sehingga Abdul Rahman membacakan sepotong ayat al-Qur’an kepadanya: “Sesiapa yang melanggar janjinya pasti akibat melanggar janji itu menimpa dirinya.” (al-Fath: 10). Dan riwayat-riwayat lain yang menyanggahi riwayat-riwayat yang sabit di dalam kitab-kitab sahih. Kesemuanya itu adalah tertolak.

Wa Allah A`lam.

Malangnya ramai di kalangan ahli-ahli sejarah yang menukilkan riwayat-riwayat palsu itu tanpa sebarang saringan dan tapisan seperti Ibn Kathir.

Riwayat-Riwayat Syi`Ah Rafidhah Tentang Peperangan Jamal.

Apabila kita cuba melihat peperangan Jamal, kita dapati Syi`ah Rafidhah telah menutup sepenuhnya hakikat suasana peperangan tersebut kerana dilindungi oleh tutupan yang dibuat oleh mereka. Oleh itu apabila anda memeriksa halaman kitab-kitab sejarah anda hanya mendapati makian, cemuhan, celaan dan fitrah yang suci akan merasa kesal untuk mendengarnya. Namun di sini, penulis akan menyebutkan fakta-fakta yang disebutkan oleh sejarah melalui riwayat-riwayat yang sahih walaupun tidak disukai oleh Syi`ah dan penulis-penulis sejarah yang terpengaruh dengan barat.

Hakikat Pertama

Riwayat-riwayat yang sahih menyebutkan bahawa tujuan sebenar Talhah, al-Zubair dan orang-orang yang bersama mereka keluar ialah untuk membaiki keadaan dan menghapuskan orang-orang yang melakukan kerosakan dengan membunuh Uthman. Mereka tidak keluar untuk kepentingan kuasa atau mana-mana tujuan duniawi bahkan mereka sekali-kali tidak bermaksud untuk memerangi Ali dan orang-orang Islam bersamanya. Hakikat ini telah dikemukakan oleh Ibn Kathir. Beliau menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan untuk menemui Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan menyatakan kepada mereka berdua betapa besarnya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah `Aishah. Beliau berkata: “Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”. `Aishah menjawab: “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.” Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya `Aishah menjemput Talhah dan al-Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua tiba. Al-Qa`qa` berkata: “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia.” Lalu mereka berdua menyatakan: “Kamipun dengan tujuan yang sama.”

Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia. Sesungguhnya mereka telah bercakap benar dan Syi`ah telah berdusta. Ini dibuktikan dengan mereka telah berdamai dan Ibn Kathir telah menyebutkan daripada Ali ketika beliau ditanya oleh Abu Salam al-Dala’i: “Adakah mereka itu (Mu`awiyah dan orang-orang bersamanya) mempunyai hujah berkenaan tuntutan mereka terhadap darah ini (darah Uthman) jika mereka benar-benar ikhlas kerana Allah dalam perkara ini? Ali menjawab: “Ya.” Abu Salam bertanya lagi: “Adakah tuan mempunyai hujah mengapa tuan menangguhkannya?” Ali menjawab: “Ya.” Apa yang dikatakan oleh Ali ini merupakan pegangan Ahli Sunnah berkenaan peristiwa yang berlaku sesama sahabat. Ahli sunnah beriktiqad bahawa masing-masing mereka itu mujtahid, jika benar mereka mendapat dua pahala tetapi jika tersilap mereka mendapat satu sahaja.

Hakikat Kedua

Para sahabat telah bersetuju untuk tidak meneruskan perselisihan tersebut dan tidak terlintas kepada mereka kecuali segala-galanya telah berakhir dan tidak ada sebarang peperangan. Namun golongan Saba’iyyah yang melakukan pembunuhan khalifah Uthman tidak berpuas hati lalu mereka mengatur satu pakatan untuk mencetuskan peperangan maka berlakulah peperangan Jamal.

Ini telah dinyatakan oleh Ibn Kathir dan lain-lain bahawa al-Qa`qa` tatkala dihantar oleh Ali untuk menemui Talhah, al-Zubair dan `Aishah dan menawarkan kepada mereka perdamaian. Mereka menjawab: “Anda memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali datang dan dia berpandangan seperti anda, keadaan akan menjadi baik.” Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Ali dan mencerita apa yang berlaku dan itu benar-benar mengkagumkan Ali. Kemudian Ali menemui orang-orangnya supaya mereka sama-sama berdamai. Lalu mereka yang benci, tetap membenci dan orang yang reda, tetap reda. `Aishah kemudiannya menulis surat kepada kepada Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian, lalu pihak masing-masing gembira. Kemudian Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika pendirian kamu berdua masih seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga kami datang dan membincangkan perkara ini. Lalu mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya kami masih lagi berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.” Hati dan jiwa kedua-dua belah pihak menjadi tenang dan reda lalu mereka berkumpul. Pada waktu petang Ali menghantar Abdullah bin Abbas sebagai wakil dan pihak Talhah menghantar Tulaihah al-Sajjad. Pada malam itu, mereka melalui malam yang paling baik dan indah tetapi pembunuh-pembunuh Uthman melalui malam yang paling buruk bagi mereka dan mereka merancang dan berpakat untuk mencetuskan peperangan pada waktu malam yang akhir. Lalu mereka keluar sebelum fajar menyinsing.

Bilangan mereka itu hampir 2,000 orang. Masing-masing menuju kepada yang berdekatan mereka dan melancarkan serangan dengan pedang-pedang. Maka setiap kumpulan bangkit menuju ke pasukan masing-masing untuk menghalang mereka. Orang ramai terjaga dari tidur dan mendapatkan senjata. Mereka berteriak: Ahli Kufah telah mendatangi dan menyerang kami pada waktu malam. Mereka telah menipu kita.

Mereka menyangka ini adalah perbuatan orang-orang Ali. Lalu hal ini sampai kepengetahuan Ali dan beliau bertanya: Apa yang telah terjadi kepada orang ramai? Mereka menjawab: Ahli Basrah telah menyerang kami pada waktu malam. Lalu semua kumpulan mendapatkan senjata, memakai baju besi dan menaiki kuda. Tidak siapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Dan ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.

[1] Tarikh al-Tabari, jil. 1, hal. 8

[2] Sahih al-Bukhari, hal. 707 no: 3700

[3] Tarikh al-Tabari, jil 2 hal. 632

[4] Mizan al-I`tidal, jil. 6, hal. 632

[5] Taqrib al-Tahzib, jil. 6 hal. 150