Surat kepada Abu Hasan : Nabi dan Rasul

 Oleh : Aburedza

Saudara Abu Hassan,

Saya memetik tulisan saudara :

 Para rasul yang diutus, telah membawa risalah yang bersesuaian dengan akal dan mampu mengujudkan  pula keyakinan kepada perkara-perkara yang akal tidak berupaya mencapaikan nya, tetapi dapat menerima logic keujudan dan keberadaannya seperti keujudan balasan di akhirah, adanya syurga dan neraka dan lain-lain. Beratus ribu para rasul dan nabi diutuskan kepada umat manusia, ada yang membawa risalah berupa syariat untuk diamalkan dan ada yang membimbing umat berdasarkan syariat yang telah ada. Demikianlah sebahagian dari misi para nabi dan rasul yang AB fahami. Ia berbeza dari mazhab penyeleweng yang mengajar bahawa rasul adalah orang yang menerima wahyu dari Allah untuk disampaikan kepada umat tetapi para nabi adalah orang yang menerima wahyu tetapi untuk dirinya sendiri. Aneh sungguh, fahaman mazhab ini, apakah mereka tidak tahu bahawa para ulama pun dipertanggung jawabkan untuk melakukan dakwah inikan pula para nabi…. mashaAllah.

Saudara,

Percaya kepada nabi dan rasul adalah rukun iman. Maksud firman Allah :

Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barang siapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.

Al Maidah 136

 

Tafsiran ulama tentang nabi dan rasul sejak dulu memang berbedza. Bagaimana pun tafsiran saudara … bahawa rasul adalah orang yang menerima wahyu dari Allah untuk disampaikan kepada umat tetapi para nabi adalah orang yang menerima wahyu tetapi untuk dirinya sendiri …  adalah lebih kerap kita dengar , mungkin kerana sejak di sekolah itu yang kita dengar, tapi kalau kita membuat rujukan pendapat ulama ia sebenarnya berbedza.

 

Berikut saya kutip pendapat ulama daripada tulisan Siapa Itu Nabi-nabi oleh Prof. Madya Dr. Wan Zailan Kamaruddin. Beliau adalah pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akedemi pengajian Islam UM.  Kupasan beliau sangat menarik mengenai pelbagai pandangan dan hujah mengenai permasalahan nabi dan rasul. Hujah beliau sarat dengan rujukan pada catitan nota kaki.

 

Antara tulis beliau yang saya catat juga nota kakinya  seperti berikut :

Makna nabi l boleh dibahagikan kepada beberapa pandangan :

  1. Nabi adalah seseorang yang diberitahu oleh Tuhan mengenai berita-berita dari langit untuk dirinya secara khusus[i] dan dia tidak diperintahkan supaya menyampaikannya kepada orang lain.[ii]
  2. Nabi adalah seseorang yang tidak diberikan kitab dan undang-undang, sebaliknya dia hanya diperintah supaya mengikuti undang-undang yang terdahulu daripadanya[iii] dan tidak diizinkan membatalkan mana-mana bahagian undang-undang itu[iv] seperti yang dilakukan oleh para nabi bani Israel selepas Musa sehingga Isa.[v] Oleh yang demikian, nabi menjadi penjaga undang-undang yang dibawa oleh nabi-nabi lain.[vi]
  3. Nabi adalah seseorang yang dikurniakan wahyu oleh Tuhan menerusi malaikat yang menyampaikan wahyu itu kepadanya. [vii] Mereka dapat melihat malaikat dalam mimpi [viii] dan mendengar suaranya, tetapi tidak dapat melihatnya dalam keadaan sedar.[ix] Dengan cara itu, mereka menerima tugas kenabian[x] seperti yang berlaku kepada Ibrahim dan Muhammad sebelum menerima wahyu.
  4. Para nabi yang menjadi utusan Tuhan boleh dikategorikan mengikut pangkat mereka. Pangkat atau darjat nabi boleh dibahagikan kepada lima. Ada kenabian yang diutus kepada dirinya sendiri sahaja, ada yang diutus kepada ahli keluarga dan anak-anaknya, kepada penduduk sesebuah kawasan, kepada penduduk sesebuah negara dan kepada seluruh umat manusia.[xi]

 Makna rasul boleh dibahagikan kepada beberapa pandangan :

  1. Rasul adalah seseorang yang menerima berita daripada Tuhan dan dia diperintahkan menyampaikannya kepada orang lain.[xii]
  2. Rasul adalah seseorang yang diutus oleh Tuhan dan diberi kitab[xiii], undang-undang baru, serta diizinkan membatalkan sebahagian hukum dalam undang-undang yang terdahulu,[xiv] bertanggungjawab menyampaikannya kepada manusia dan menyeru mereka mematuhinya.[xv]
  3. Rasul adalah seseorang yang diberi wahyu oleh Tuhan melalui malaikat Jibril yang memperlihatkan dirinya kepada rasul itu secara berhadapan. Malaikat itu menyampaikan wahyu kepadanya dan rasul itu dapat melihat dan berbicara dengannya.[xvi]
  4. Menurut keterangan yang lain, para rasul mempunyai kaitan rapat dengan wahyu kerana mereka  menerimanya     daripada malaikat yang menurunkan wahyu itu dan menyampaikannya kepada mereka. Keistimewaan rasul berbanding nabi adalah mereka dikatakan dapat melihat malaikat menerusi mimpi dalam keadaan jaga dan dapat berbicara dengan malaikat secara bersemuka.[xvii]

Demikian beberapa pandangan pemikir mengenai nabi dan rasul. Menariknya dari tulisan ini jika saudara perhatikan nota kaki no 11 pendapat itu adalah dari as Saduq seorang ulama Syiah – beliau juga mengatakan : Ada kenabian yang diutus kepada dirinya sendiri sahaja, ada yang diutus kepada ahli keluarga dan anak-anaknya, kepada penduduk sesebuah kawasan, kepada penduduk sesebuah negara dan kepada seluruh umat manusia .  Benarlah kata saudara as Saduq pembawa mazhab penyeleweng , yang saudara mengikutinya.

 

Catitan hujung:

Saudara pembaca, Abu Hasan adalah seorang Syiah yang giat berdakwah kebaikan dan kebenaran mazhab Syiah. Beliau banyak menulis email kepada saya tentang kebenaran Syiah dan mengangap mazhab suni adalah menyeleweng. Saya faham beliau berhajat saya mengikutinya atau sekurang-kurang saya bersimpati dengan Syiah. Bagaimanapun kata saya : Katakan tidak pada Syiah. Bagi saya Syiah adalah kaum yang hidup dalam Nostalgia dan terpesona dengan pemalsuan sejarah dan mereka adalah pengikut Abdullah bin Saba. Mereka mengatakan Abdullah bin Saba adalah tokoh khayalan – tetapi didalam kitab Syiah sendiri mengaku akan keujudannya.


[i] Al-Sya’rani. al-Yawaqit. II, h.22. lni adalah kategori pertama dalam hierarki (tabaqat) kenabian. Lihat sarna al-Majlisi, op cit, XI, h.539; al-Kulayni, Usul al-Kafi, I, h.230; al-Muhammadi, Mizan al-Hikmah, IX, h.336.

[ii]AI-Tahawi, Syarh Aqidah al-Tahawiyah, h.167; al-Alusi, Ruh al­Ma’ani, XVII, h.173; al-Diyarbakri, Tarikh al-Khamis, I, h.282; al-Iji, al-Mawaqif, h.337.

[iii] AI-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, III, h.37.

[iv] al-Khu’i, Minhaj al-Bara’ah, II, h.153.

[v] AI-Baydawi, Anwar al-Tanzil, IV, h.57.

[vi] AI-Nasafi, Madarikal-Tanzil, III, h.106; al-Mufid,Awa’il al-Maqalat, h.8.

[vii] AI-Baghdadi, Usul ai-Din, h.153; al-Farq, h.206; Thn Hajar al­Asqalani, Fath al-Bari, VI, h.302.

[viii] AI-Majlisi, Bihar ai-Anwar, XI, h.539.

[ix] AI-Tabataba’i, al-Mizan, XIV, h.430; al-Kulayni, Usul al-Kafi, I, h.23 I ; al-Burujurdi, al-Khatam, h.21.

[x] AI-Qurtubi, Ahkam al-Quran, VII, h.4472; al-Khazin, Bab al-Ta’wil, III, h.313; al-Razi, Mafatih al-Ghayb, XXIII, h.48; al-Bazdawi, Usul ai-Din, h.22.

[xi] AI-Saduq, al- Tawhid, h.291.

[xii] at-Tahawi, Syarh al-Aqidah al-Tahawiyah, h.167; al-Alusi, Ruh al-Ma’ani, XVII, h.173; al-Sya’rani, al-Yawaqit, II, h.22.

[xiii] AI-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, III, h.37; al-Nasafi, Madarik al-Tanzil, III, h.106.

[xiv] AI-Baghdadi, Usul ai-Din, h.154; al-Khu’i, Minhaj al-Bara’ah, II, h.153.

[xv] AI-Baydawi, Anwar al-tanzil, Iv, h.57.

[xvi] AI-Qurtubi, Ahkam al-Quran, VII, h,4472; al-Khazin, Bab al-Ta’wi/, III, h.313; al-Razi, Mafatih al-Ghayb, XXIII, h,48; al-Majlisi, Bihar ai-Anwar, XI, h.539.

[xvii] AI-Tabataba’i, al-Mizan, XIV, h,430; al-Kulayni, Usul al-Kafi, I, h.231; al-Burujurdi, al-Khatam, h.21.

E mail Kepada Sahabat Syiah : Kecintaan Ali ra. Kepada Abu Bakar ra. Umar ra. dan Usman ra.

Saudara pembaca, saya mempunyai seorang sahabat Syiah. Saya panggil nya Abu Hassan. Dia kawan sebilik asrama semasa belajar 30 tahun dulu. Kami sering berhujah mengenai kelebihan Mazhab Suni dan  Syiah . Kami berhujah melalui e mail.  Kerana itu saya rasa elok di peturunkan beberapa e mail saya berhujah dengannya untuk dikongsi bersama. Untuk tujuan itu saya membuat beberapa pindaan dan tambahan sesuai untuk pembaca blog ini.

 

Untuk kali ini saya memberi salah satu hujah kecintaan Ali ra kepada Abu Bakar ra , Umar ra dan Usman ra yang mana Syiah mengangap sebaliknya .  Berikut tulisan saya kepada beliau :

 

 

Saya  tertarik dan sependapat dengan  Syaikh Sa’id Ramadhan al-Buthi Ghazali rahimahullah  mengenai polimik  sunah siyah.  

 

( Ucapan ini  dikutip dari Ucapan beliau dalam majlis Mahjaran al-Imam ‘Ali di London pada Ogos 1991 dan  di catit dalam buku Sunnah-Syiah Bergandengan Tangan! Mungkinkah?, ms. 270-275. )

 

 

Kita semua mengetahui bahawa sesuatu yang paling menonjol, paling penting, sekaligus

paling jelas menyangkut buah cinta adalah keteladanan kepada siapa yang dicintai.

“Sesungguhnya yang mencintai patuh kepada siapa yang dicintainya”.

 

Saya selalu melihat kepada hakikat yang pasti ini, saya menuntun diri saya dan setiap

muslim untuk melakukannya, apapun mazhab atau ragam keterikatannya. Saya tidak menemui

seorang muslim yang bersikap jujur kepada Allah kecuali dia meneladani Ahl al-Bait dalam

tingkah-laku dan perasaannya.

 

Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, seandainya ‘Ali karramahullahu wajhu

mengambil satu sikap yang jelas berbeza pada hari Saqifah, atau mengambil sikap demikian pada

waktu penunjukkan ‘Umar sebagai khalifah oleh Abu Bakar, atau pada majlis syura yang atasnya

‘Utsman dibai‘ah, seandainya yang demikian itu terjadi, maka pastilah kita meninggalkan semua

cara dan jalan, lalu kita mengikuti jalan yang ditempuh oleh ‘Ali.

 

Akan tetapi kami telah mengamati dan kami mendapati bahawa imam yang mulia itu (‘Ali)

bersama-sama dalam fikiran dan tingkah-laku di atas kalimat yang menyatu-padukan umat,

bersama-sama di atas jalan yang ditempuh oleh masyarakat umum. Oleh kerana itu mestilah cinta

(yang sejati akan) menghantar kita kepada meneladani beliau dan menempuh jalan yang beliau

telusuri.

 

 Dalam analisa ini, saya tidak memiliki sikap yang lain daripada perkataan saya di atas.

Cukuplah bagi saya menemui ‘Ali yang telah berada pada jalur itu dan saya mengikutinya.

 

Saya adalah seorang muslim. Tidak perlu saya melakukan analisa atau tertanya-tanya.

 

Saya tidak memiliki kepentingan untuk melemahkan Hadis al-Ghadir (yang bermaksud “Sesiapa

yang aku adalah mawlanya, maka Ali adalah mawlanya”), tidak juga mentakwilkannya atau

menjauh dari lafaznya. Saya tidak memerlukan semua itu kerana saya telah menjadikan ‘Ali

panutan saya dalam memahami hadis tersebut, bahkan dalam menafsirkan semua persoalan.

 

Bukti dari apa yang saya katakan ini, bukti keteladanan yang saya rasakan kewajipannya

itu, adalah saya merasakan iman saya berkurang – bahkan terumbang-ambing lagi bergoncang –

bila keteladanan kepada Ahl al-Bait Rasulullah tidak dipenuhi.

 

Majoriti kaum muslimin berpendapat bahawa Hadis al-Ghadir dan apa yang difahami dan

dikesan olehnya hanya berkaitan dengan peribadi ‘Ali, tidak selain beliau. Kaum muslimin

dipersilakan untuk bersepakat memilih siapa yang mereka kehendaki (untuk menjadi khalifah).

 

Adapun saudara-saudara kami dari Syi‘ah, mereka memahami Hadis al-Ghadir sebagai

menunjuk kepada jawatan imam bagi ‘Ali dan berlanjutan – masih menurut hadis itu – kepada

keluarga beliau sehingga ghaibnya imam ke-12.

 

Masa kini, betapapun pentingnya perbezaan pendapat itu, namun persoalannya telah

berlalu, telah tertutup. Ia telah menjadi sebahagian dari sejarah masa lampau. Masa kini, di mana

kita berada dalam zaman ghaibnya imam ke-12 yang dinanti-nantikan oleh saudara-saudara kita

dari kalangan Syi‘ah, saya menyatakan dengan sesungguhnya, saya menyatakan atas nama diri saya

sendiri dan nama setiap muslim, bahawa:

 

Jika tiba masanya kehadiran imam yang ghaib itu, ketika beliau benar-benar datang –

tidak ada keraguan menyangkut kehadirannya, tidak ada kabut atau kerancuan menyangkut

keperibadiannya – jika tiba masa itu, maka saudara-saudara semua akan mendapati kaum muslimin

menganut satu mazhab sahaja. Mereka semua akan mempersembahkan kesetiaan kepada imam itu

dan berbai‘ah kepadanya.

 

Hal ini jika kita memandang ke masa depan. Jika kita memandang ke masa lampau, ke

belakang, maka saya memandang kepada ‘Ali di mana setiap orang dari ketiga-tiga khalifah

sebelumnya menjadikan beliau sebagai penasihat, bahkan sebagai amir yang tidak bermahkota.

 

Saya menemui Abu Bakar radhiallahu ‘anh yang bermaksud untuk berangkat memerangi

kaum yang murtad. Lalu ‘Ali datang kepada beliau sambil memegang tali pacuan kudanya, dan

berkata:

 

“Aku sampaikan kepadamu wahai khalifah Rasulullah apa yang disampaikan pada hari

peperangan Uhud – Jangan hunus pedang kamu (pergi berperang) dan bahagiakanlah kami dengan

(kehadiranmu bersama-sama kami) kerana Demi Allah, seandainya kaum muslimin mendapat

cubaan melalui dirimu (yakni gugurnya Abu Bakar di medan perang), maka kaum muslimin tidak

akan tegak lagi sesudah pemergianmu itu.”

 

Mendengar nasihat ‘Ali itu, Abu Bakar membatalkan niatnya untuk berangkat dan melantik

orang lain bagi memimpin pasukan (memerangi kaum murtad).

 

Saya memandang ‘Ali dan saya memandang Abu Bakar, ketika beliau meminta pandangan

‘Ali berkenaan ekspedisi ketenteraan ke Rom, lalu ‘Ali menjawab:

 

 “Saya merasakan anda (wahai Abu Bakar) adalah seorang yang diberkati, ditinggikan dan dimenangkan urusannya insya-Allah.”

 

Maka Abu Bakar merasa tenang, lalu mengikuti saranan ‘Ali dengan mempersiapkan pasukan

ekspedisi itu.

 

Lihatlah juga pada masa pemerintahan ‘Umar radhiallahu ‘anh. Bagaimana beliau meminta

nasihat ‘Ali berkenaan dirinya memimpin pasukan ke Parsi.

 

‘Ali menasihatkan agar ‘Umar jangan meninggalkan pusat pemerintahan (Kota Madinah), bimbang jangan sampai musuh dalam negeri membuat kekacauan.

 

Saya juga menemui nasihat-nasihat ‘Ali kepada ‘Utsman radhiallahu ‘anh, ketika para

pemberontak mengepung beliau, nasihat yang mustahil lahir kecuali dari hati yang ikhlas dan

cinta. Saya juga menemui beliau menyuruh kedua-dua buah matanya – Hasan dan Husain

radhiallahu ‘anhuma – untuk menjaga ‘Utsman dari ancaman apapun yang mungkin menimpanya.

 

Ketika saya menemui semua sikap di atas pada ‘Ali, maka bagaimana saya hendak

menyatakan cinta saya kepada beliau? Saya tidak dapat menyatakan cinta itu kecuali dengan

mengikuti langkah-langkah beliau, kecuali dengan berjalan pada jalan yang beliau telusuri.

 

Demi Allah! Sekali lagi saya ucapkan, seandainya ‘Ali karramallahu wajhu mengambil satu

sikap yang jelas dan mandiri pada satu masa dari masa-masa kehidupannya, maka pastilah kita

meninggalkan semua sikap dan bergabung sikap beliau itu.

 

 

Dalam  ucapan tersebut kita dapati  Ali kwh tidak mengambil sikap yang sepertimana yang diambil oleh Syi‘ah . Inti ucapan ini ialah kecintaan Ali kwh dan AB terhadap Abu Bakar ra ,Umar  ra. dan Usman ra.