Mengapa Syiah Tidak Makan Ikan Tidak Bersisik: Hikayat Belut

gotongroyong besiang sotong kenduri langkawi

Sekarang ramai orang membuat kenduri menghidangkan selain dari menu daging. Minggu sudah di Langkawi sebuah kenduri kahwin dihidangkan masakan sotong. Satu lagi menu ialah ikan keli. Biasanya ikan keli goreng. Pada sebuah kenduri seorang sahabat tidak menjamah ikan keli goreng. Ya, saya kenal dia, ia seorang Melayu Syiah.

Mengapakah Syiah tidak makan ikan keli? Sebenarnya Syiah Imam Duabelas  tidak makan atau haram memakan sotong, belut, sembilang, tenggiri, yu dan semua ikan tidak bersisik. Berikut ini adalahpenjelasan dari  petikan dari kitab Syiah,  Amali As Saduq[1].

Pada bab : Sembahyang di atas rambut dan bulu

Tidak mengapa melakukan sembahyang di atas rambut dan bulu binatang yang dimakan# dagingnya. Adapun binatang yang tidak dimakan dagingnya, maka tidak boleh dilakukan sembahyang di atas rambut dan bulunya melainkan secara rakhsah seperti melakukan sembahyang di atas baja daripada tahi binatang, acid dioksida dan lainlain. Adalah lebih baik dia tidak melakukan sembahyang di atasnya.

Tetapi sesiapa yang melakukan sembahyang di atasnya, maka sembahyangnya harus (jazat). Adapun melakukan sembahyang di atas bulu serigala, maka tidak diberi rakhsah padanya melainkan pada keadaan taqiyyah dan darurat.

 

# Pada nota kaki no 37 di catit:

 

Haram dimakan ikan yang tidak bersisik seperti belut (eel), sotong, ikan keli dan seumpamanya. Para nabi dan para wasi tidak memakannya.

Belut

Ada riwayat yang menyatakan bahawa ikan yang bersisik mewalikan Imam Ali a.s sementara ikan yang tidak bersisik tidak mewalikan Imam Ali. a.s.

Al-Asbagh bin Nubatah daripada Zaid bin al-Syahham meriwayatkan bahwa Amir al-Mukminin Ali a.s telah didatangi oleh beberapa orang munafiqin, lalu mereka berkata kepadanya: Andalah yang berkata bahawa al-Jaryu (belut) telah ditukar daripada bentuk aslinya (manusia) dan ia adalah haram? Ali a.s berkata: Ya, Mereka berkata: Tunjukkan kepada kami buktinya? Lantas beliau datang bersama mereka ke sungai Furat, kemudian beliau menyeru: Manasy, manasy, lalu seekor belut menjawab: Labbai-ka, Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Siapa anda? Dia menjawab: Aku dikalangan mereka yang telah dibentangkan wilayah anda (wilayah Ali a.s) ke atasnya, tetapi dia enggan, lalu dia ditukar bentuknya (musikha). Sesungguhnya mereka yang datang bersama-sama anda akan ditukar bentuk mereka (man yumsakhu) sebagaimana ditukar bentuk kami (musikh-na) dan mereka akan jadi sebagaimana kami telah jadi.

Keli

Kemudian Amir al-Mukminin a.s berkata: Jelaskan kisah anda supaya mereka yang datang dapat mengetahuinya, maka belut berkata: Ya, kami adalah berasal daripada dua puluh empat kabilah Bani Israel, kami telah bertengkar dan menderhaka. Kami telah dibentang wilayah anda, tetapi kami menolaknya dan kami pergi ke merata-rata tempat, lalu kamu melakukan kefasadan sehingga seorang lelaki (Ali a.s) datang kepada kami dan anda lebih mengetahui dengannya daripada kami. Maka beliau telah melaung kepada kami dengan satu laungan, lantas kami berhimpun di satu tempat, dahulu kami telah berada bertaburan di merata-rata tempat, kemudian kami telah berada pada satu tempat kerana laungannya.

Kemudian beliau melaung kepada kami laungan yang kedua dan berkata: Jadilah kamu bentuk yang bermacam-macam (masukhan) dengan kuasa Allah, lantas ditukar bentuk kami dengan jenis yang bermacam-macam  (tanpa sisik).

Sembilang

Kemudian beliau berkata: Wahai daratan, jadilah sungai-sungai untuk mereka diami dan sambunglah dengan lautan bumi sehingga mereka wujud di mana-mana”

Al-Hafiz Rajab al-Barsi, Masyariq Anwar al-Yaqin fi Asrar Amir al-Mu’minin, hlm. 77. Ini adalah kekeramatan Amir al-Mukmin Ali a.s.

 

 

Sehubungan dengan hujah Syiah tersebut, sebagai bandingan mari kita tekuni beberapa hujah dari Al Quran berikut:

Maksudnya:

Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan) , dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur. QS 16.  An Nahl: 14

 

Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain asin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut supaya kamu dapat mencari karunia-Nya dan supaya kamu bersyukur. QS 35 Fathir 12

 

Dihalalkan bagimu binatang buruan laut[2] dan makanan (yang berasal) dari laut[3] sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertakwalah kepada Allah Yang kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan. QS 5. Al Maa’idah 96

 


[1] Buku Amali Al-Saduq atau sebutan ringkasnya Al-Amali, adalah karya Syeikh al-Jalil al-Aqdam Abu Ja‘far Muhammad bin Ali bin al-Husain Babuaih al-Qummi yang dikenali dengan Syeikh al-Saduq. Di samping Syeikh al-Saduq, muridnya Syeikh al-Mufid telah menulis nama buku yang sama. Kemudian ia diikuti oleh Syeikh al-Tusi, Ibn Syeikh, al-Murtada dan lain-lain. Buku ini dikenali juga dengan nama Al-Majalis. Ia mengandungi 97 majlis kesemuanya. Dicetak oleh Mua’ssasa al-A‘lami li-al-Mat‘bu‘at di

Beirut (cetakan ke 5), 1980 setebal 544 halaman dengan kata-kata aluan oleh Syeikh Husain al-‘lami. Justeru majlis ke 93 daripada buku ini diterjemahkan daripada halaman 509 hingga 520.

Majlis ini berlaku pada hari Jumaat 12 hb Sya‘ban tahun 368 Hijrah.

 

[2] Maksudnya: binatang buruan laut yang diperoleh dengan jalan usaha seperti mengail, memukat dan sebagainya. Termasuk juga dalam pengertian laut disini ialah: sungai, danau, kolam dan sebagainya

[3] Maksudnya: ikan atau binatang laut yang diperoleh dengan mudah, karena telah mati terapung atau terdampar dipantai dan sebagainya. Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. mengutus kami dan mengangkat Abu Ubaidah ra. sebagai pemimpin untuk mencegat kafilah dagang Quraisy. Beliau membekali kami dengan sekarung kurma karena tidak menemukan bekal lain lalu Abu Ubaidah ra. pun memberikan kepada masing-masing kami sebuah kurma. Kemudian aku bertanya: Apakah yang kamu sekalian perbuat dengan sebuah kurma itu? Ia menjawab: Kami mengisapnya seperti anak kecil mengisap kemudian kami meminum air yang ada di dalamnya hingga cukuplah bagi kami dari siang sampai malam. Kemudian kami memukulkan tongkat-tongkat kami ke daun-daunan lalu kami basahi dengan air untuk kami minum. Selanjutnya kami menuju tepi laut, di sana tampaklah oleh kami seperti bukit pasir yang besar sekali. Lalu kami pun segera mendatanginya dan ternyata ia adalah seekor binatang laut yang disebut ikan paus. Abu Ubaidah ra. berkata: Ikan  ini sudah jadi bangkai (kita tidak dapat memakannya). Kemudian ia berkata lagi: Tidak apa-apa, kita adalah utusan Rasulullah saw. di jalan Allah sedangkan kamu sekalian dalam keadaan terpaksa, maka makanlah! Kami yang berjumlah 300 orang lalu menetap di sana selama sebulan hingga kami pun menjadi gemuk. Ia berkata: Aku telah menyaksikan sendiri, kami menampung dengan tempat air minyak ikan yang keluar dari lubang matanya serta memotong-motong dagingnya sebesar kijang atau banteng. Lalu Abu Ubaidah ra. mengambil 13 orang di antara kami diperintahkan khusus untuk melubangi matanya dan ia juga mengambil salah satu tulang rusuk  ikan  itu. Kemudian ia membebani unta yang paling besar yang ada pada kami untuk mengangkutnya dan ia pun berjalan di bawahnya (sambil menuntun) serta kami dapat berbekal dengan dagingnya yang telah direbus setengah matang. Ketika tiba di Madinah, kami segera menemui Rasulullah saw. untuk menceritakan kejadian itu kepada beliau. Lalu beliau menjawab: Itu adalah rezeki yang diberikan Allah kepada kamu sekalian. Apakah masih ada sisa dagingnya pada kamu sekalian untuk diberikan kepada kami? Lalu kami pun mengirimkan sebagian dagingnya kepada Rasulullah saw. kemudian beliau memakannya. (Shahih Muslim No.3576)

 

Yasin QS 36:29- Antara Anthokia Dan Pompeii

Peristiwa tsunami  di Jepun minggu sudah, mengingatkan kita kepada beberapa perkhabaran dari al Quran, antaranya firman Allah :

إِن كَانَتۡ إِلَّا صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ فَإِذَا هُمۡ خَـٰمِدُونَ

Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.

-QS Yasin 36:29

Demikian sebahagian Surah Yasin yang sering kita baca. Ayat ini turun di Mekah. Ia adalah rentetan  dari ayat 13. Allah memberi perkhabaran kepada Nabi S.A.W kegigihan utusan Allah berdakwah yang akhirnya tetap ditolak oleh kaumnya. Ayat 29 ini adalah hukuman Allah keatas keengkaran kaum tersebut.

Al-Fadhil Prof. Madya Dr. Zawawi Ahmad didalam bukunya  Tafsir Surah Yaasin Dari Perspektif Sains dan Sejarah menulis:

Menurut kebanyakan ulama mufassirien, kawasan yang disebut Allah sebagai al-Qaryah dalam ayat yang ke-13 surah ini ialah Anthokia, iaitu sebuah kawasan yang terletak di utara negara Syiria. Dahulunya kawasan ini terletak di negara Turki, tetapi selepas tamat Perang Dunia Pertama, perubahan dari segi geografi telah menyebabkan wujudnya beberapa kawasan di Timur Tengah dan Asia Barat. Kebanyakan kawasan di daerah itu telah jatuh ke tangan orang Barat.

Pada zaman dahulu negeri Anthokia diperintah oleh seorang raja musyrik yang kejam. Untuk menyelamatkan rakyatnya daripada kekejaman tersebut, Allah telah mengutuskan dua orang rasul bernama Sama’an dan Yahaya ‘alaihima-assalam (a.s) ke sana untuk meyebarkan ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Menurut ayat ini, kehadiran mereka ke negeri itu telah disanggah oleh penduduknya dengan kasar dan biadab sekali. Mereka telah diugut dengan ancaman siksa dan bunuh. Bagi menguatkan lagi kerja-kerja dakwah mereka, Allah telah mengutuskan seorang lagi rasul. Rasul yang ketiga ini tidak diketahui namanya kerana tidak dinyatakan dalam mana-mana kitab suci. Hakikatnya ketiga-tiga orang rasul ini telah didakwah kepada penduduk negeri tersebut sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Isa a.s.

Walaupun semua penduduk di negeri berkenaan terus mendustakan rasul-rasul tersebut, namun ada juga seorang hamba Allah yang datang untuk mandengar dakwah mereka. Lelaki tersebut bernama Habib al-Najjar. Beliau tinggal di pinggir kota negeri tu. Setelah mendengar seruan para rasul tersebut, Habib al-Najjar pun merayu kaumnya supaya beriman. Walau bagaimanapun seruannya ditolak oleh kaumnya dan akhirnya beliau sendiri dibunuh dengan kejam. Kematian Habib al-Najjar disambut oleh para malaikat di pintu syurga dengan begitu meriah sambil mempersilakan masuk ke syurga dengan penuh sopan.

Maulana Abdullah Yusof Ali  merujuk kepada  Acts, xi. 26 mengatakan:

Ahli tafsir zaman kelasik mengatakan Anthokia  adalah satu kota yang penting di Syria Utara  pada abad pertama  Masihi. Ia sebuah kota Yunani yang di asaskan oleh Seleucus Nicator, seorang pemerintah selepas Iskandar  Agung bagi memperingati ayahnya Antiochus. Hawariyun nabi Isa a.s telah menjalankan seruan dakwah di kota ini. Bagaimanapun seruan itu di tolak penduduknya dan kota itu di musnahkan oleh Allah.

Maulana Abdullah Yusof Ali bagaimanapun berpendapat  , kota yang disebut dalam ayat 29 tidak semestinya Anthokia (Antioch) kerana ayat tersebut hanya menyebut kisah ibarat.

Muhammad Alexander dalam bukunya Alexander Adalah Zulkarnain pula menyebut kota tersebut adalah kota Pompeii di Itali dan gunung berapi Vesuvius telah memusnahkan kota tersebut pada tahun 78 M ( setengah riwayat menyebut pada  Ogos 79M)

Harun Yahya  juga menyatakan kota tersebut adalah kota Pompeii. Beliau menulis :

Pompeii,  sebuah kota kekaisaran Romawi, adalah pusat perzinaan dan homoseks. Nasib Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.

Gunung Vesuvius adalah simbol negara Italia, khususnya kota Naples. Gunung yang telah membisu sejak dua ribu tahun yang lalu itu juga dinamai “The Mountain of Warning” (Gunung Peringatan). Tentunya pemberian nama ini bukanlah tanpa sebab. Adzab yang menimpa penduduk Sodom dan Gommorah, yakni kaum Nabi Luth as, sangatlah mirip dengan bencana yang menghancurkan kota Pompeii.


( Pemandangan Kesan Runtuhan Pompeii boleh dilihat di sini: http://www.destination360.com/europe/italy/pompeii/virtual-tour    )

Di sebelah kanan gunung Vesuvius terletak kota Naples, sedangkan kota Pompeii berada di sebelah timur gunung tersebut. Lava dan debu dari letusan maha dasyat gunung tersebut yang terjadi dua milenia yang lalu membumihanguskan penduduk kota. Malapetaka itu terjadi dalam waktu yang sangat mendadak sehingga menimpa segala sesuatu yang ada di kota termasuk segala aktifitas sehari-hari yang tengah berlangsung. Aktifitas yang dilakukan penduduk dan segala peninggalan yang ada ketika bencana terjadi kini masih tertinggal persis sama seperti ketika bencana tersebut terjadi dua ribu tahun yang lalu, seolah-olah waktu tidak bergeser dari tempatnya.

Pemusnahan Pompeii dari muka bumi oleh bencana yang demikian dasyat ini tentunya bukan tanpa maksud. Catatan sejarah menunjukkan bahwa kota tersebut ternyata merupakan pusat kemaksiatan dan kemungkaran. Kota tersebut dipenuhi oleh meningkatnya jumlah lokasi perzinahan atau prostitusi. Saking banyaknya hingga jumlah rumah-rumah pelacuran tidak diketahui. Organ-organ kemaluan pria dengan ukurannya yang asli digantung di pintu tempat-tempat pelacuran tersebut. Menurut tradisi ini, yang berakar pada kepercayaan Mithraic, organ-organ seksual dan hubungan seksual sepatutnya tidaklah tabu dan dilakukan di tempat tersembunyi; akan tetapi hendaknya dipertontonkan secara terbuka.



Lava gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota tersebut dari peta bumi dalam waktu sekejap. Yang paling menarik dari peristiwa ini adalah tak seorang pun mampu meloloskan diri dari keganasan letusan Vesuvius. Hampir bisa dipastikan bahwa para penduduk yang ada di kota tersebut tidak mengetahui terjadinya bencana yang sangat sekejap tersebut, wajah mereka terlihat berseri-seri. Jasad dari satu keluarga yang sedang asyik menyantap makanan terawetkan pada detik tersebut. Banyak sekali pasangan-pasangan yang tubuhnya terawetkan berada pada posisi sedang melakukan persetubuhan. Yang paling mengagetkan adalah terdapat sejumlah pasangan yang berkelamin sama, dengan kata lain mereka melakukan hubungan seks sesama jenis (homoseks). Ada pula pasangan-pasangan pria dan wanita yang masih ABG. Hasil penggalian fosil juga menemukan sejumlah mayat yang terawetkan dengan raut muka yang masih utuh. Secara umum, raut-raut muka mereka menunjukkan ekspresi keterkejutan, seolah bencana yang terjadi datang secara tiba-tiba dalam sekejab.

Dalam konteks ini, terdapat aspek dari bencana tersebut yang sangat sulit untuk dimengerti. Bagaimana bisa terjadi ribuan manusia tertimpa maut tanpa melihat dan mendengar sesuatu apapun?

Aspek ini menunjukkan bahwa penghancuran Pompeii mirip dengan peristiwa-peristiwa adzab yang dikisahkan dalam Alqur’an, sebab Alqur’an secara khusus mengisyaratkan “pemusnahan secara tiba-tiba” ketika mengisahkan peristiwa yang demikian ini. Misalnya, “penduduk suatu negeri” sebagaimana disebut dalam surat Yaasiin ayat 13 musnah bersama-sama secara keseluruhan dalam waktu sekejap. Keadaan ini diceritakan sebagaimana berikut:

“Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.” (QS. Yaasiin, 36:29)

Di surat Al-Qamar ayat 31, pemusnahan dalam waktu yang singkat kembali disebut ketika kehancuran kaum Tsamud dikisahkan:

“Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras mengguntur, maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang.”

Kematian masal penduduk kota Pompeii terjadi dalam waktu yang sangat singkat persis sebagaimana adzab yang dikisahkan dalam kedua ayat di atas.

Kendatipun semua peringatan ini, tidak banyak yang berubah di wilayah di mana Pompeii dulunya pernah ada. Distrik-distrik Naples tempat segala kemaksiatan tersebar luas tidaklah jauh berbeda dengan distrik-distrik bejat di Pompeii. Pulau Capri adalah tempat di mana para kaum homoseksual dan nudis (orang-orang yang hidup telanjang tanpa busana) tinggal. Pulau Capri diiklankan sebagai “surga kaum homoseks” di industri wisata. Tidak hanya di pulau Capri dan di Italia, bahkan hampir di seantero dunia, kerusakan moral tengah terjadi dan sayangnya mereka tetap saja tidak mau mengambil pelajaran dari pengalaman pahit yang dialami kaum-kaum terdahulu.

Berita Harian 28 Dec 2009 menulis:

Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M),keadaan di Pompeii (kini satu kawasan Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba yang lain,penduduknya bergerak ke sana sini,berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta bersosial antara satu sama lain.Tiba-tiba lenyap satu kejadian misteri melanda kota sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak perna wujud dalam peta dunia.Kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom,hilang dalam lipatan sejarah.Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.

Masa berlalu sehinggalah tahun 1594,sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam didalam tanah.


76 tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori oleh Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun yang tertanam dikawasan berkenaan.Tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ dibawah tanah ditemui dan misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.

Selain artifak berupa barangan tembikar dan purba,turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan yang mengerunkan.Penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.

Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks diluar tabii bertukar menjadi batu.Jelas kelihatan raut muka penduduk yang menunjukkan expresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang datang itu secara tiba-tiba.

Sejarah Kota Pompeii

*Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (M) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu satu kelompok masyarakat ditengah Itali.


*Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan.Akan tetapi, disebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau,kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampui batas kemanusiaan.


*Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung dipintu pusat pelacuran berkenaan.


*Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan ditempat terbuka.


*Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan dikota berkenaan,secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ’sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.


*Tiada seorang pun penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu menenggelam serta menlenyapkan Pompeii dari sejarah beradapan dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Sabtu 19 Mac : Bulan Paling Hampir Dengan Bumi (Perigee)

Supermoon, Perigee, Bulan Penuh, apa semua ni?

Sumber: http://www.falak-online.net/portalfalak/supermoon-perigee-bulan-penuh-apa-semua-ni

 

Ok, ok. Nampaknya semua suka sangat menunggu-nunggu apa yang bakal berlaku esok malam (19 Mac 2011). Nak tau apa ceritanya?

Nak! Ce cite, ce cite..

Esok malam, Bulan akan berada pada kedudukan paling hampir dengan orbit, iaitu dipanggil sebagai perigee. Di dalam setiap satu kitaran atau pusingan bulan mengelilingi Bumi, disebabkan orbit bulan bukan berbentuk bulat, tetapi elips, maka akan ada ketikanya ia berada hampir dengan bumi (perigee) dan ada ketika ia berada jauh dari bumi (apogee). Jaraknya dengan bumi di sepanjang laluan orbitnya tidak sama.

(Image credit )

Berapa jauh Bulan masa tu?

 

Pada 19 Mac ini nanti, ia akan berada pada jarak 357,000 km.

Ada ke, ketikanya ia lagi dekat dari jarak tu?

Memang ada pun. Setiap kali bulan perigee, jaraknya tidak sentiasa sama. Paling dekatpun ialah pada 354,000 km. Masa Bulan apogee (paling jauh), ia boleh mencecah 410,000km.

Apa kesannya dengan Bumi?

Seperti yang kita selalu mengalaminya setiap hari, iaitu pasang surut air laut. Cuma dalam kes-kes tertentu seperti ketika bulan dalam kedudukan perigee ini, air pasangnya lebih tinggi daripada biasa (tetapi tak adalah sampai tahap bencana).

Gempa di Jepun?

Ramai bertanya bab ni, dan suka saya sebut dalam bentuk fakta.

Ketika gempabumi di Jepun, tarikhnya ialah 11 Mac 2011. Ketika itu, jarak Bulan ialah 390,644 km !! Maknanya, ia bukan berada pada kedudukan paling hampir pun, malah ia nak berada hampir pada titik yang paling jauh di dalam orbitnya!  Pada 19 Mac nanti, ketika ia di perigee, jaraknya 355,167km. Beza jarak hampir 9%. Cuba bandingkan dengan perigee bulan penuh yang lepas, iaitu 30 Jan 2010, jarak masa tu 356,607 km. Beza 1% je. Apa yang berlaku pada masa tu?

Jadi, saya tanya kembali, kenapa ramai yang kaitnya gempa ini dengan supermoon 19 Mac ini? Saya pun tak faham.

Supermoon? apa tu?

Istilah supermoon ni tiba-tiba jadi popular sejak dua menjak ni. Ia sebenarnya asal dari seorang ahli astrologi (ahli nujum) Richard Nolle, yang meramalkan akan berlaku bencana pada 19 Mac ini kerana Bulan berada pada kedudukan amat hampir dengan bumi.

Yang hairannya, ramai pula orang malaysia yang lebih percaya ramalan seorang ahli nujum, berbanding fakta.

Ye ke? Tapi masa bencana tsunami dulu tu, bulan pun dekat dengan perigee!

Ye ke? Cuba periksa balik. Pada ketika bencana 2005 tu berlaku, tarikhnya ialah 26 Dec. Bulan ketika itu pun paling jauh dengan bumi, malah tarikh perigeenya pun 2 minggu SELEPAS bencana tersebut.

Kemudian berdasarkan kiraan di laman web http://www.fourmilab.ch/earthview/pacalc.html

Kita boleh lihat pada 19 Mac ini, bulan berada 356,577 km. Dekat ke tu? Ehem, cuba tengok lagi, pada tarikh 12 Disember 2008, bulan masa tu berada 356,567km! Lagi dekat. Tarikh 8 Mac 1993 (18 tahun dulu), lagi dekat… 356,529km.

Oh begitu. Jadi apa yang menarik akan berlaku malam tu?

Bulan penuh masa tu akan kelihatan 15% lebih besar daripada biasa. Dan bersinar 30% lebih terang dari biasa.

Ye ke? Tak percaya la.

OK la. Kalau tak percaya, cuba ambil gambar bulan pada malam tersebut, guna lens 200-500mm. Kemudian sebulan kemudian, pada bulan penuh akan datang, ambil lagi sekali gambar bulan penuh masa tu, dan buat perbandingan. Ini bukan cakap kosong, tetapi eksperimen yang amat mudah dan boleh dibuat oleh sesiapa pun.

Gambar kat internet semua dari orang barat. Boleh percaya ke? Entah-entah copy paste je.

Kalau masih ragu-ragu, tengok forum Falak Online di SINI. Ramai dah ambil gambar bulan penuh perigee tahun lepas

Ok, ok,Dah faham dah sekarang. Apa rujukan lain yang boleh dibaca?

Cuba tengok sini http://transit.savage-garden.org/en/the-biggest-full-moon.html Ada jadual yang menunjukkan tarikh Bulan Penuh Perigee untuk abad ini.

Lagi rujukan di sini

http://earthsky.org/earth/73765.

http://hudsonvalleygeologist.blogspot.com/2011/03/supermoon.html

http://www.universetoday.com/83960/march-19-2011-supermoon-or-superhype/

Kesimpulannya, gempa bumi memang telah,sedang dan terus berlaku, malah makin banyak setiap hari, itu saya tak nafikan.

Namun,  ia tidak berlaku akibat pergerakan bulan atau bulan perigee. Belum pernah ada kajian menunjukkan kaitan antara keduanya. Kalau ada sesiapa yang dapat kemukakan kaitannya, sila email atau bincang di forum, facebook atau twitter. Bolehlah kita sama-sama belajar dan menkajinya.

Wallahualam.

Semuanya Bertasbih Kepada Allah

QS 57 al Hadid 1-6

Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih[1] kepada Allah.

Dan Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Kepunyaan-Nya lah kerajaan langit dan bumi,

Dia menghidupkan dan mematikan,

dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir,

Yang Lahir dan Yang Batin;

dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Dialah yang menciptakan langit dan bumi

dalam enam masa;

Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy

Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi

dan apa yang keluar daripadanya

dan apa yang turun dari langit

dan apa yang naik kepadanya.

Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada.

Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi.

Dan kepada Allah-lah dikembalikan segala urusan.

Dialah yang memasukkan malam ke dalam siang

dan memasukkan siang ke dalam malam.

Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati.

-QS 57 al Hadid 1-6

_______________________________

Ustaz Hj Zahazan Mohamed di dalam Bukunya 101 Doa dari Al Quran memetik dari kitab al Darrul Manthur  tafsir ayat 1-6  surah al Hadid menulis:

Menurut Ibn Najjar dalam kitab Tarikh Baghdad dengan sanad yang dhaif, daripada al Barra’ bin ‘Azib berkata bahawa  beliau telah bertanya kepada Ali r.a. Saidina Ali memberitahu kepadaku  tentang pekara yang paling hebat yang diberitahu oleh nabi s.a.w. Beliau berkata maksudnya:

” Bacalah 6 ayat pertama daripada surah al Hadid dan 4 ayat terakhir surah al Hasyr.  Kemudian angkatlah kedua tanganmu, berdoa dengan nama-namaNya yang mulai dan dengan berselawat ke atas nabi s.a.w.. InsyaAllah akan diterima oleh Allah”

 


[1] menyatakan kebesaran Allah

Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

TERTULIS PADA DINDING HADAPAN DI DALAM MASJID BARU PADANG LALANG, AYER HANGAT, LANGKAWI : AYAT-AYAT AKHIR SURAH AL HASYR

 

Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Gempa Bumi Dan Tsunami Melanda Jepun

Jumaat 11 Mac 2011. Tanjung Putri Langkawi :Berita gempa dan tsunami di Jepun dan kebetulan langit mendung dan hujan lebat di pantai Tanjung Puteri, Pasir Hitam Langkawi, mengejutkan penulis. Secara kebetulan saya baru tiba ke Langkawi dan tinggal di Motel Tanjung Putri. Bilik sewaan cuma berjarak 50 kaki dari tebing pantai.

MOTEL TANJUNG PUTERI. DI HADAPANNYA LAUT DAN PULAU TERUTAU, THAILANG JELAS TERBENTANG DI HADAPAN

Sebagai catitan berikut berita dari Harian Metro:

Dan berita terbaru 14 Mac:

Sebaik sampai di Pasir Hitam azan Jumaat dilaungkan dan kami singgah di masjid baru Kampung Lalang. Jumaat kali ini adalah Jumaat kedua selepas di rasmikan minggu sudah. Di dalamnya luas dan selesa:

MASJID BARU PADANG LALANG

Doa Kepada Bayi Yang Baru Di Lahirkan

Ustaz Hj Zahzan Mohammad didalam bukunya 101 Doa  dari Al Quran[1] menyebut emak Maryam ketika ia melihat seekor burung memberi makan kepada anaknya ia bernazar kepada Allah jika ia mendapat anak akan disuruh berkhidmat kepada Baitul Makdis.[2]

Emak kepada Maryam adalah Istri Imran[3] bernama Hannah[4] Binti Faqud bernazar dengan berkata:

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitulmakdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.[5]

Maka selepas Hannah melahirkan anaknya, dia pun berkata:

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan

إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada setan yang terkutuk.”[6]

Ustaz Haron Din di dalam Bukunya  Ikhtiar penyembuhan Penyakit, menulis doa tahnik seperti berikut:

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah  Allah yang sempurna daripada syaitan-syaitan serta dijauhkan daripada penyakit-penyakit yang menyerang manusia.


[1] 101 Doa Para Nabi & Rasul dalam al-Quran, Penulis :  Ustaz Haji Zahazan Mohamed , HARGA     :  RM 19.90

[2] Kisah ini juga diriwayatkan oleh Ibn Katsir didalam Kisah Para Nabi dengan merujuk kepada Ibnu Ishak dan lain-lain  sumber.

[3] Menurut Ibnu Katsir , ulama sepakat mengatakan Imran  adalah keturunan Nabi Daud a.s.

[4] Ada pendapat Hanah adalah saudara perempuan kepada isteri nabi Zakaria. Isteri Nabi Zakaria bernama Elisabeth. Mengikut pendapat ini maka Maryam  adalah anak saudara Zakaria a.s  yang mengasuhnya.(Rujuk Ibnu Katsir : Kisah para Nabi)

Pendapat lain mengatakan Elisabeth adalah sepupu Maryam. ( Maulana Abdullah Yusof Ali memetik daripada Luke. i.36.)

Nama lain bagi Hannah ialah Anna (bahasa Latin) dan Anne ( bahasa Inggeris)

[5] QS Ali Imran  35

[6] QS Ali Imran 36 – penulis memaparkan teks al Quran hanya pada bahagian doa berkaitan. Teks doa tersebut diulas oleh Ustaz Zahazan, elok diamalkan membaca doa ini kepada bayi yang baru di lahirkan untuk mendapat perlindungan Allah. Beliau merujuk kepada Tafsir al-Khazin ayat 36 surah Ali Imran.