Bolehkah Bukan Islam Menyentuh Dan Membaca al Quran?

Bolehkah Bukan Islam Menyentuh Dan Membaca al Quran?

Tajuk di atas merujuk kepada bukan Islam. Tidak menjadi masalah kepada orang Islam sendiri kerana kita sememangnya menerima dan menghormati kesucian kitab al Quran, jestru kita akan sentiasa menjaga tertib dan adap selayaknya.

Ustaz Hussain Yee di dalam ceramahnya (DENGAR DI SINI) berpendapat orang bukan Islam boleh menyentuh dan membaca alQuran, kerana al Quran sebagai petunjuk bagi manusia. Beliau merujuk kepada ayat

Firman Allah:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ

 

Bulan Ramadan  , bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia …..

– Al Baqarah 185

 

Sebaliknya firman Allah :

إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ

فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ

لا يَمَسُّهُ إِلا الْمُطَهَّرُونَ

sesungguhnya Al Qur’an ini adalah bacaan yang sangat mulia,

pada kitab yang terpelihara (Lohmahfuz),

tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan.

– al Waqiah 77-79

 

Adalah merujuk kepada keadaan al Quran di tempat asalnya di Loh Mahfuz, bukan setelah diturunkan ke dunia.

 

Sehubungan dengan itu  mari kita teliti  ayat dari surah al Waaqiah tersebut dan ayat yang berkaitan pada surah Abassa:

As Sayuti di dalam  Asbabun Nuzul[1] menyebut:

Dikemukakan bahwa ayat ini (S. Al Waaqiah 56 : 75 – 82) turun berkenaan dengan serombongan Kaum Anshar di waktu perang Tabuk yang beristirahat di Hijr (peninggalan kaum Nabi Shaleh) dan dilarang menggunakan air yang ada di situ. Kemudian mereka pindah ke tempat lain, tapi mereka tidak mendapatkan air sama sekali. Mereka mengadu kepada Nabi saw. Rasulullah shalat dua raka’at dan berdu’a. Berawanlah langit dan terus turun hujan atas perintah dan karunia Allah, sehingga mereka dapat minum sepuas-puasnya. Berkata Anshar kepada yang dituduh munafiq: “Bagaimana pendapatmu setelah Nabi saw. mendu’a dan turun hujan untuk kepentingan kita?”. Orang itu menjawab: “Kita diberi hujan tidak lain karena ramalan seseorang”. Ayat ini (S. 56 : 75 s/d 82) turun untuk mengingatkan ummatnya bahwa segala sesuatu ditetapkan oleh Allah swt.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang benumber dari Abi Hazrah.

Dr Wahbah al-Zuhaily menulis didalam Tafsir al Munir[2] pada mentafsir ayat ini:

Firman Allah (yang bermaksud):

 

“Yang tersimpan di dalam kitab yang cukup terpelihara. Tidak disentuh melainkan oleh mereka yang bersuci, al-Qur’an diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam “ (al-Waaqi’ah, 56: 78-80).

 

Ayat ini menjelaskan tiga sifat lain bagi al-Qur’an. Pertama. (teks aslinya) terletak di Luh Mahfuz yang terpelihara dan terjamin, yang tidak dapat ditatap oleh sesiapa kecuali oleh malaikat muqarrabun, dimana mereka adalah penghulu segala malaikat yang terdiri daripada malaikat Jibrail, Mikail, Israfil dan Iain-Iain. Al-Qur’an ini tidak disentuh di langit kecuali oleh malaikat yang suci. Di dunia pula ia tidak boleh disentuh kecuali oleh orang-orang yang suci daripada dua hadas: kecil dan besar iaitu hadas dan janabah. la diturunkan oleh Allah, bukannya sihir, tilikan atau syair. la bukan kata-kata manusia, bahkan ia adalah kebenaran yang tidak diragukan lagi. Selain dari kitab suci al-Qur’an tidak ada kitab suci yang dianggap absah (valid) pada masa kini.

 

Intisari ayat ini menunjukkan bahawa al-Qur’an tidak disentuh oleh orang kafir, orang yang berjunub dan orang yang berhadas. Malik dalam kitab Muwatta’ dan Ibn Hibban dalam Sahihnya menyatakan bahawa dalam perutusan yang ditulis oleh Rasulullah kepada ‘Amru bin Hazm ada dinyatakan:

 

“al-Qur’an tidak boleh disentuh kecuali oleh orang yang suci”.

 

Abu Daud pula dalam al-Marasil dan Ashab al-Sunan meriwayatkan hadis al-Zuhri katanya:

 

Aku membaca dalam catatan hamba Abu Bakar bin Muhammad bin Amru bin Hazm bahawa Rasulullah s.’a.w. bersabda:

“Dan janganlah menyentuh al-Qur’an melainkan orang yang dalam keadaan suci”.

Al-Daraqutni mengisnadkannya sebagai daripada Amru bin Hazm dan Abdullah bin Umar dan Uthman bin Abi al-‘As. Akan tetapi dalam sanad kedua-duanya ada sedikit persoalan.

Mengenai orang yang berhadas tidak dibenarkan menyentuh mashaf memang merupakan pandangan yang hampir disepakati oleh semua ulama’. Segolongan fuqaha Maliki mengharuskan orang berhadas menyentuh al-Qur’an untuk keperluan belajar dan mengajar. Dalam waktu yang sama para ulama’ menegaskan bahawa pendapat yang rajih mengenai kitab di sini ialah: kitab yang berada di tangan maiaikat; seperti mana yang disebutkan dalam firman Allah (yang bermaksud):

“Di dalam kitab-kilab yang dimuliakan. Yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para penulis (maiaikat), yang mulia lagi berbakti.” (Abasa, 80: 13-16).

Justeru ayat ini diturunkan dalam rangka menyanjung al-Qur’an dan bahawa al-Qur’an bukan diilhamkan oleh khalayak syaitan. Selain dari itu surah ini adalah surah Makkiyyah. Manakala surah Makkiyyah lumrahnya lebih menumpukan kepada perkara usuluddin untuk menguatkan tauhid, hari akhirat dan kenabian. Adapun hukum-hukum furu’ atau ranting biasanya ditampilkan oleh ayat-ayat Madani. Satu lagi ialah perkataan “maknun” kerana firmanNya (bermaksud): “… yang cukup terpelifiara”. Maksudnya, terpelihara atau terhindar dari pandangan mata atau sentuhan tangan manusia Sekiranya yang dimaksudkan di sini ialah mashaf yang ada di tangan kita tentulah perkataan “maknun” tidak membawa makna yang besar.

Pada menafsirkan ayat

فِي صُحُفٍ مُكَرَّمَةٍ

مَرْفُوعَةٍ مُطَهَّرَةٍ

بِأَيْدِي سَفَرَةٍ

كِرَامٍ بَرَرَةٍ

13. (ayat-ayat suci itu tersimpan) Dalam naskhah-naskhah Yang dimuliakan, –

14. Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari Segala gangguan), –

15. (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat Yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;

16. (malaikat-malaikat) Yang mulia, lagi Yang berbakti.

– Abassa 80: 13-16

Dr. Wahbah al Zuhaily menulis[3]:

Sesungguhnya ia satu peringatan yang tetap dan terkandung dalam lembaran yang mulia di sisi Allah, ia mengandungi ilmu dan hikmah, diturunkan darlpada Luh Mahfuz. Amat tinggi sekali kedudukannya di sisi Allah, suci daripada sebarang kelemahan, tidak boleh menyentuhnya kecuali orang yang bersih. Ia terpelihara daripada kejahatan syaitan dan ia tidak dapat merosakkannya. la bersih dan suci daripada kekurangan atau kesesatan, dibawa oleh para malaikat “Safarah.” Safarah ialah malaikat pembawa wahyu daripada Allah untuk disampaikan kepada RasulNya dan untuk manusia seluruhnya. Perkataan tersebut berasal dari al-Safarah atau malaikat yang bekerja sebagai penyampai utusan.

Mereka adalah mulia di sisi Allah, bersih daripada kemungkaran, bertakwa dan patuh kepada tuhan serta benar dalam iman mereka. Allah menyifatkan para malaikat dengan tiga sifat:

 

  • Keadaan mereka sebagai utusan yang membawa turun wahyu daripada Allah kepada para RasulNya,
  • Mulia dan berbakti kepada Allah,
  • Taat dan patuh kepada Allah, sebagaimana yang difirmankan Allah (maksudnya): “Sebenarnya malaikat-malaikat itu adalah hamba-hamba yang dimuliakan.” (al-Anbiya’, 21: 26). Juga firman Allah (maksudnya): “Yang tidak menderhakai Allah terhadap ара jua yang diperintahkan kepada mereka dan mereka taat mengerjakan ара yang diperintahkan.” (al-Tahrim, 66: 6).

 

Ibn Jarir berkata: “Sebenarnya safarah bermaksud “para malaikat,” iaitu perantara di antara Allah dan makhlukNya. Dari situ di katakan al-Safir adalah orang yang berusaha menyelesaikan pertikaian dalam masyarakat dan memulihkan hubungan mereka.”

Hamka didalam tafsir al Azhar pada mentafsir ayat Abassa 13 – 15 menulis :

“(Dia) adalah di dalam kitab-kitab yang dimuliakan.” (ayat 13). Artinya, sudah lama sebelum ayat-ayat al-Quran itu diturunkan ke dunia ini kepada Nabi Akhir Zaman Muhammad s.a.w. dia telah tertulis terlebih dahulu di dalam shuhuf yang di dalam tafsir ini kita artikan kitab-kitab. Shuhuf adalah kata banyak dari shahifah. Di dalam sebuah Hadis yang dinyatakan bahwa keseratus empat belas Surat itu telah tertulis lengkap dan tertahan di langit pertama, dan diturunkan ke dunia dengan teratur dalam masa 23 tahun. Dia terletak di waktu itu di tempat yang mulia, dan tidak seorang pun dapat menyentuhnya kecuali malaikat-malaikat yang suci-suci. Sebab itu dikatakan seterusnya; “Yang ditinggikan, yang disucikan.” (ayat 14). Yang ditinggikan, yaitu ditinggikan kehormatannya, tidak sama dengan sembarang kitab. Yang disucikan dan dibersihkan daripada tambahan dan kekurangan, disuci-bersihkan pula daripada tambahan kata manusia, khusus Kalam Allah semata-mata. “Di tangan utusanutusan.” (ayat 15)

 

Kalimat Safarah kita artikan di sini dengan utusan-utusan, sebab dia adalah kata banyak dari Safiir, yang pokok artinya ialah Utusan Terhormat, atau Utusan Istimewa. Oleh sebab itu maka Utusan sebuah negara ke negara lain, yang disebut dalam bahasa asing Ambasador, di dalam bahasa Arab moden pun disebut Safiir. Dan dalam bahasa Indonesia kita sebut Duta, atau Duta Besar Istimewa. Maka bahasa yang paling tinggi pulalah yang layak kita berikan kepada malaikat-malaikat pembantu Jibril; “Yang mulia-mulia, yang berbakti.” (ayat 16). Menyampaikan ayat-ayat sabda Tuhan itu kepada Manusia “Mushthafa”, Pilihan Tuhan itu. Demikianlah sucinya al-Quran.

Dalam membincangkan kesucian al Quran pada hubungan dengan orang bukan Islam Dr Wahbah al Zuhaily menambah[4]:

Allah SWT menyanjung al-Qur’an dalam ayat ini dengan empat sifat. la mulia kerana banyak mengandungi kebaikan, manfaat dan faedah. la kitab yang terpelihara di Luh Mahfuz dan terpelihara di sisi Allah SWT, terpelihara daripada kebatilan, perubahan dan pertukaran. Selain dari itu ia tidak boleh disentuh kecuali oleh orang yang suci daripada dosa, iaitu golongan malaikat. Al-Qur’an memang diturunkan oleh Tuhan sekalian alam. Makna “kitab maknun” yang paling sahih ialah Luh Mahfuz. Kata ganti nama dalam ungkapan ” لا يَمَسُّهُ” ialah bermaksud kitab atau Qur an itu sendiri.

Mengenai persoalan menyentuh mashaf tanpa berwuduk, jumhur ‘ulama’ serta para pemuka ulama’ mazhab yang empat menegah orang yang berhadas menyentuh al-Qur’an. Ini berdasarkan hadis ‘Amru bin Hazam yang telah menerangkan “

” (maksudnya): “Jangan menyentuh al-Qufan kecuali orang yang suci (dari hadas)” Bagaimanapun golongan ‘uiama’ Malikiyyah mengharuskan orang-orang yang berhadas menyentuh al-Qur’an untuk belajar dan mengajar.

AJ-Hakam, Hamad, Daud bin Ali al-Zahiri – diriwayatkan – berpendapat: Tidak mengapa membawa al-Qur’an dan menyentuhnya bagi orang Islam dan kafir yang suci atau berhadas.”

Kecuali Daud berpendapat: “Orang musyrik tidak boleh membawa / memegang al-Qur’an.” Beliau dan pengikutnya berhujah dengan perutusan Nabi kepada Qaisar Rom. Tetapi hujahnya ditolak dengan mengatakan bahawa ini kes darurat. Oleh itu hujahnya tidak relaven.

 

Dengan demikian jelaslah bahawa larangan orang berhadas memegang mushaf sabit dengan sunah dan bukan dari ayat yang sarih.

Berbalik kepada al Baqarah ayat 185 yang mengatakan Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia , diberi perincian lebih lanjut melalui Surah al Isra’ ayat 9-10 bermaksud:

Sesungguhnya Al Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi kabar gembira kepada

(1) orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar, dan sesungguhnya

(2) orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab yang pedih.

Oleh yang demikian al Quran adalah pembawa berita baik dan berita buruk bagi orang Islam dan bukan Islam.


[1] Terjemahan Klang Book Stor Cetakan 1987  Halaman 464

[2] Tafsir Al Manar, Terjemahan Persatuan Ulama Malaysia, Juz 27 Cetakan  2002 Halaman 298-299

[3] Tafsir Al Munir Juz Amma, Terjemahan Persatuan Ulama ,Cetakan 2002,Halaman 59-60

[4] Tafsir Al Manar, Terjemahan Persatuan Ulama Malaysia, Juz 27 Cetakan  2002 , Halaman 303-304

PENYEBARAN SYIAH SEMEMANGNYA DISEKAT DI BUMI SUNNI!: JAWAPAN KPD DR. MAZA

PENYEBARAN SYIAH SEMEMANGNYA DISEKAT DI BUMI SUNNI!

Penulis hairan bila ada sesetengah orang mengatakan kita tidak perlu menggunakan kuasa bagi menangani Syiah. Bagi penulis, benar ia tidak perlu jika penganut Syiah itu adalah penganut asal ajaran ini dan hanya beramal bagi dirinya sendiri. Tetapi jika selepas lebih kurang 10 tahun kerajaan mengambil tindakan ISA terhadap Syiah, tiba-tiba Syiah di Malaysia dilihat semakin berkembang biak sehingga tumbuhnya banyak hauzah-hauzah pengajian mereka, berlakunya perkahwinan sunni-syiah, kedatangan ayatollah-ayatollah Syiah…tidakkah itu namanya satu perkembangan dek kerana penyebaran Syiah yang amat pesat.

Bagi penulis, keadaan ini perlu disekat dengan menggunakan kuasa. Bukan hanya berhujjah semata-mata. Penulis juga tidak melihat apa-apa usaha daripada pihak yang menentang Syiah untuk berhujjah. Mereka lebih mengambil pendekatan hujjah belakang tabir. Iaitu berceramah depan ASWJ sendiri bagi menghentam Syiah. Bukan berhadapan dengan tokoh-tokoh Syiah sendiri. Penulisan-penulisan tentang Syiah atau jawapan balas terhadap tohmahan Syiah kepada ASWJ terbiar tidak dijawab. Sebagai contoh, ketika Dr MAZA menjadi Mufti Perlis tiada pula satu program diadakan oleh Mufti Perlis untuk berhujjah dengan Syiah Perlis. Padahal di Perlis hauzah Syiah sememangnya wujud! Sebaliknya Mufti Perlis pernah menulis surat supaya pihak tertentu menghentikan penerbitan tulisan Faisal Tehrani yang dikatakan mempunyai unsur-unsur Syiah. Maksudnya, Mufti Perlis ketika itu juga menggunakan kuasanya bukan berhujjah. Berhujjah itu hanya retorik semata-mata seperti orang politik jua.

Kerana itu, penulis berpandangan setiap sesuatu kena lihat pada tempatnya. Kemaraan Syiah secara mendadak di negara kita perlu dilihat dalam konteks yang lebih global. Ini adalah satu gerakan tasyayyu” yang sedang berlaku di seluruh dunia sunni hatta ianya diakui oleh al-Azhar sendiri. Ia bukan berlaku di Malaysia tetapi  di seluruh dunia sunni. Oleh kerana itu, Syeikh al-Azhar terdahulu, al-Marhum Dr. Muhammad Sayyid Tantawi telah menegaskan, “tiada Syiah di bumi Mesir dan kami tidak akan menerima penyebarannya!”

Sebagaimana ia juga ditegaskan oleh Syeikh al-Azhar yang baru, Dr. Ahmad Tayyib bahawa, “Sesungguhnya aku merasai di sana terdapat perancangan bukan dgn tujuan ‘taqrib’ tetapi untuk mensyiahkan pemuda-pemuda sunni!”. Oleh kerana Dr. Ahmad Tayyib juga menegaskan bahawa beliau akan berusaha menyekat apa jua percubaan untuk menyebarkan mazhab Syiah di kalangan masyarakat sunni.
Wallahu a’lam.

Dicatat oleh Abu Haseef

Sumber: http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/12/penyebaran-syiah-sememangnya-disekat-di.html

Sekadar catitan: JAUHI HIBURAN MELAMPAU

Selesai sembahyang Jumaat kelmarin, seorang jemaah bersunggut, mengapa khutbah tadi disajikan kepada kita? Ya, betul! Mengapa khutbah ini ditujukan kepada kita? Khutbah tersebut  bertajuk MENJAUHI HIBURAN MELAMPAU . (Baca di bawah catitan ini). Sebelum ini telah beberapa  kali disentuh masalah yang sama di dalam khutbah yang lain.

Kamikah anak Jamaah yang menyediakan Hiburan Melampau tersebut? Kamikah yang mebawa masuk konsert, membuat filem, menyedia program realiti di TV, segala program melampau di TV, kamikah meluluskan permit semua program-program tersebut, kamikah penguatkuasa jualan CD hiburan melampau? Kamikah lembaga penapis filem? Tidak! Yang bertangung jawab bukan kami!

Yang bertanggung jawab tentunya kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. YAB MB dan YAB PM tentu lebih arif dan patut mendengar khutbah tersebut. YAB  MB Perlis tak dengar ka? Pemimpin-pemimpin Umno tak perasan ka?

Soalnya mengapa Jabatan Mufti Perlis menyajikan Khutbah ini kepada penduduk Perlis. Daripada kandungan khutbah dan tajuknya aku menduga ada sebabnya. Ini tentunya pemerintah tidak makan nasihat Jabatan Mufti. Bila nasihat tidak dipeduli jabatan Mufti pun berpaling beralih menasihat kepada rakyat : Jauhilah Hiburan Melampau yang disediakan kerajaan. Maksudnya boikot Hiburan Melampau,  yang disediakan kerajaan. Atau lebih tepat boikot kerajaan itu dalam PRU akan datang!

Sebelum ini kerajaan Perlis biasa tidak mengikut Fatwa Cuti Ahad yang dikeluarkan oleh Jabatn Mufti dengan kekal berdegil  bercuti pada hari Ahad. Baca di sini. Sungguh rakyat perlis telah lupa.

BERIKUT TEKS KHUTBAH JUMAAT 24 DISEMBER 2010:

MENJAUHI HIBURAN MELAMPAU

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya seperti firman Allah SWT dalam surah Az- I Zariyyat, ayat 56, yang bermaksud :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat  kepadaKu”

Маkа menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap  aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada dalam ruang lingkup yang  diizinkan oleh Allah SWT. Kesemua ini bertujuan untuk memberi panduan  kepada para penganjur atau peminat hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syarak dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT. Hiburan adalah perbuatan, aktiviti atau sebagainya  bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, dan mententeramkan hati dan jiwa. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Selain itu, Islam juga bukan agama antihiburan dan seni. Cuma setiap perkara dalam Islam, ada batasan dan disiplinnya.

Dalam sahih Al-Bukhari, Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa Rasulullah SAW datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa Peperangan Badar sehingga salah seorang daripada mereka berkata:

“Di sisi kami ada nabi yang mengetahui ара yang akan  berlaku pada hari esok.” Baginda bersabda: Jangan engkau kata begitu, katakanlah apa yang engkau katakan sebelum itu”

Dalam hadis tersebut baginda tidak melarang hiburan pada hari keramaian seperti perkahwinan. Cuma baginda melarang ungkapan atau lirik yang salah dan bertentangan dengan asas agama , yang mengetahui ара yang akan berlaku esok hari hanyalah Allah. Маkа baginda membetulkannya. Baginda bertindak bagaikan lembaga penapisan dan penilaian seni atau hiburan, agar tidak menyanggahi batasan agama yang murni ini. Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada langsung hiburan dan keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh menghilangkan matlamat hidup yang sebenar. Hiburan yang melampau telah disepakati akan keharamannya dan larangan untuk umat Islam menyertainya. Kerana perbuatan ini tidak mendatangkan manfaat, bahkan sia-sia dan membawa keburukan. Bukankah Islam menggalakkan umatnya menjauhkan diri dari perkara sia-sia dan perkara yang mendatangkan kecelakaan?

Apakah hiburan melampau? la adalah sesuatu perkara yang mengembirakan dan menyenangkan tetapi dilakukan secara berlebihan dan luar dari batasan syariat Islam yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Sekiranya diamati, hiburan melampau datangnya dari pengaruh golongan kafir yang jauh dari tuhan dan mencari jalan untuk mengembirakan diri den­gan hiburan. la juga sebagai agenda Yahudi dan Nasrani untuk merosakkan akhlak umat Islam dan ара yang lebih membimbangkan adalah merosakkan akidah umat Islam . Melihat kepada perkembangan masyarakat pada hari ini, secara terang-terangan telah membawa keruntuhan dan akhlak umat Islam, juga mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan isu-isu yang berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan dan pembunuhan anak kecil уаng tak berdosa sudah tentu berpunca dari perbuatan zina, kes berkaitan Menyalah gunaan dadah dan meminum arak dan sebagainya. Semua ini ber punca dari hiburan yang tidak terkawal yang mendorong kepada zina dan dosa-dosa besar, walaupun sebahagian orang melihatnya kecil.

Selain itu, ramai dalam kalangan masyarakat hari ini menganggap menonton rancangan reatiti di kaca tv, sebagai perkara biasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu kesannya terhadap akhlak dan moral. Antara keburukan lain adalah adanya unsur-unsur khurafat, bidaah dan syirik dalam sesetengah hiburan, juga percampuran antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan sebagainya dalam nyanyian atau lakonan dalam filem atau drama.

Secara ringkasnya, banyak keburukan dan kesan yang negatif melalui hiburan yang melampau, termasuklah merosakkan agama, bangsa dan budaya I orang Islam itu sendiri. Manakala bagi remaja yang asyik dalam alam hiburan, kesannya amat membimbangkan seperti keciciran dalam pelajaran dan  rosak akhlak sebagai seorang pelajar. Masalahnya, apakah kita mahu pemimpin masa depan ini adalah orang yang telah rosak agama dan akhlaknya dari peringkat awal dan siapakah yang akan membimbing agama dan negara pada masa akan datang?

Begitu juga, pada masa kini hiburan melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan gosip artis dan filem, sedangkan masalah yang besar bagi membangunkan  umat diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan tetapi pada masa yang sama merasakan satu seksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan dan program-program yang menggerakkan kerja-kerja Islam.

Mimbar Jumaat pada hari ini mengingatkan bahawa, kita sedang berdepan dengan budaya berhibur yang luar biasa dan boleh memusnahkan umat Islam. Hiburan yang dikategorikan oleh Islam sebagai hiburan melampau iaiah:

  • Hiburan yang bercanggah dengan ajaran Islam, terutamanya hiburan yang mempunyai unsur-unsur khurafat, syirik dan bidaah.
  • Hiburan yang tidak membataskan atau mengamal percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu tempat berlakunya hiburan tersebut. Ini akan menyebabkan berlakunya pergaulan bebas terlampau antara lelaki dan perempuan tanpa ada segan silu, duduk berlaga bahu, sentuh menyentuh dan sebagainya yang kita lihat pada setiap konsert atau persembahan muzikal. Ini semua pasti membawa kepada zina dan dosa besar.
  • Hiburan yang tidak menitikberatkan masa atau waktu ibadat seperti diadakan program ketika waktu azan atau hampir dengan waktu beribadat. la juga membuang masa untuk jangka waktu yang yang panjang.
  • Hiburan yang tidak ada di dalamnya unsur-unsur kebaikan atau nilai tambah melainkan kelalaian dan kelekaan sehingga sanggup berada di depan televisyen berjam-jam tanpa rasa jemu atau bosan, dan mereka juga rela menghabiskan wang untuk mengirim sms bagi mengundi bintang-bintang pujaan mereka.

Kesimpulan khutbah pada hari ini ialah :

  • Islam tidak melarang hiburan selagi ia tidak melalaikan dan tidak ber canggah dengan syarak.
  • Kekosongan jiwa perlu diisi dengan ibadat.
  • Kemuncak bagi segala ketenangan adalah dengan mengingati Allah SWT dan berjuang menegakkan syiar Islam.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ra’du, ayat 28, yang bermaksud :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (banyak mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu, maka tenang tenteramlah hati manusia”.

– Jabatan Mufti Perlis

BACA PANDUAN HIBURAN  DI SINI:

https://aburedza.wordpress.com/2011/06/26/jabatan-mufti-perlis-garis-panduan-acara-persembahan-konsert-hiburan-tarian-pengiklanan-produk-dan-permainan-dalam-islam/

Panduan di atas patut diamalkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan, lebih-lebih lagi RTM dan semua TV Swasta. Panduan ini menjawab masalah HIBURAN MELAMPAU.

 

Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia

Keputusan:
I. Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukan, mesyuarat bersetuju menerima keputusan muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 3 Mei 1996 seperti berikut :

a) Memansuhkan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa pada 24 dan 25 September 1984 yang menyatakan ‘ bahawa hanya mazhab syiah dari golongan Al-Zaidiah dan Ja”fariah yang diterima untuk di “amalkan di Malaysia ‘,

b) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi “aqidah, syari”ah dan akhlaq.
c) Menyokong dan menerima cadangan pindaan perlembagaaan Persekutuan dan Pelembagaan negeri-negeri supaya memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri-negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama”ah dari segi “aqidah, syari”ah dan akhlaq.
d) Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubung dengan hukum syarak bagi menyelaraskan ta”rif “hukum syarak” atau “undang-undang” Islam seperti berikut :’ Hukum Syarak ‘ atau ‘Undang-Undang Islam ‘ ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama”ah dari segi aqidah, syari”ah dan akhlaq. 

e) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama”ah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama”ah adalah dilarang.

f) Menetapkan bahawa semua umat Islam warganegara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan Hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jama”ah sahaja.
g) Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama”ah adalah diharamkan.

II. Bersetuju supaya keputusan fatwa ini diwartakan segera.

Status Penwartaan:

Diwartakan

Nombor Rujukan:

JAWI/A/145; PN, (PU

Akta/Enakmen:

Seksyen 34

Negeri: 

  • WP Kuala Lumpur

Perkembangan Fahaman Syiah Di Selangor

Kategori Akidah
Huraian Tajuk/Isu:
Laporan ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) Negeri Selangor, untuk menimbang dan memutuskan mengenai perkembangan penyebaran fahaman Syiah di Selangor
Keputusan:
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan keputusannya adalah seperti berikut:’Jawatankuasa FATWA kali 1/98 memutuskan bahawa fahaman Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar’ 

Keterangan/Hujah:
Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara :
a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.
b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.
c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa tahun lalu : 

a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)

Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang.b) Syiah Ismailiah 

Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.c) Syiah Ja”fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah 

Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.3. Perkembangan Syiah Di Selangor 

Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :


a) Pusat Pengajian Tinggi
Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malay, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.

b) Orang Awam
Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.c) Menubuhkan Persatuan 

Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama “Darul Husaini” tetapi pendaftaran ditolak pada 19September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.4. Penyelewengan Syiah 

Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

a) Imam Adalah Maksum

Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72b) Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati 

Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83 

c) Berpura-Pura

Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hald) Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan 

Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197e) Menghalalkan Nikah Mut”ah 

Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut”ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu” 1 hal 358f) Menambah Syahadah 

Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu”1, hal 441g) Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir. 

Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita”, hal 149

h) Menolak Ijmak Ulama”

Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama” buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51i) Menolak Qias 

Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita”, hal 149:j) Menziarahi Kubur Saidina Husain Ganjarannya Syurga 

Syiah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kubur Saidina Husain akan memasuki syurga, perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Irsyad oleh as-Syeikh al-Mufid halaman 252, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.Wk) Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam 

Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira”, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu”, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:l) Menghina Isteri-Isteri Nabi. 

Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-
Status Penwartaan:

Tidak Diwartakan

Negeri: 

  • Selangor

Kelantan: Fatwa Mengenai Ajaran Syiah

Fatwa Mengenai Ajaran Syiah

Kategori Akidah      Negeri  Kelantan
Keputusan:
Setelah berbincang dengan terperinci, mesyuarat bersetuju membuat keputusan sebagaimana berikut :
(1) Bersetuju dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  yang diadakan pada 3 Mei 1996 supaya  keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas bil.2/8/84, perkara 4.2(2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut:
Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Zaidiah dan Ja’fariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia). ( dibatalkan )
(2). Menetapkan bahawa umat Islam di Kelantan hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ini adalah kerana ajaran Syiah jelas menyeleweng dari segi akidah, syariah dan akhlak.
(3) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri –negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan peganganAhli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
(4) Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubungan dengan hukum syarak bagi menyelaraskan takrif (hukum syarak) atau (undang-undang Islam) seperti berikut:
(Hukum syarak) atau ( undang-undang Islam) ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
(5) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan ahli-ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
(6) Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
(7) Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyiaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
Keterangan/Hujah:
  1. Penyelewengan akidah.
(ا )  Muhamad bin Ya’akob Al kulini meriwayatkan dalam Usul Kafi dari Abi Abdullah kata beliau, ))sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya dimana dikehendakinya dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ini adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya (Al Kafi, jilid1, halaman 409) bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, sedangkan Allah berfirman di dalam Al Quran:
( إن الارض لله يورثها من يشاء من عباده, الاعراف, اية 128)
Yang bermaksud: Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambanya.
Allah berfirman:
( الحديد, اية 2)   له ملك السموات والارض
Yang bermaksud: (kepunyaannyalah kerajaan langit dan bumi).
(ب) Imam adalah pangkat tertinggi bahkan menjadi salah satu rukun  iman;
(ج) Imam adalah maksum tidak melakukan sebarang dosa-dosa baik  dosa kecil atau dosa besar.
( د ) Imam masih mendapat wahyu dari Tuhan dan mewarisi pangkat nabi;
( ه ) Mempertikaikan kesempurnaan al-Quran.
(ii)        Penyelewengan Syariah

(ا)   Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Jaafar as-Sodik bahawa beliau berkata,(( Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan daripada orang yang tidak bersembahyang dari kalangan kita dengan orang yang bersembahyang daripada Syiah kita. Dan sesungguhnya Allah menghindarkan (azab dan seksaan) daripada Syiah yang tidak mengeluarkan zakat dengan Syiah kita yang mengeluarkan zakat, dan sesungguhnya Allah menolak azab dan seksaan daripada syiah kita yang tidak mengerjakannya.  (Tafsir  القمي, jilid satu halaman 83,84, tafsir العياشي, jilid 1, halaman 135). Mereka tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana dengan adanya segolongan daripada orang yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji dianggap sudah mencukupi.
(ب)Menghalalkan perkahwinan mutaah. Untuk menggalakkan amalan tersebut, golongan Syiah mereka hadis-hadis palsu yang disandarkan kepada Imam dua belas mereka.  Antara hadis tersebut, Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa keluar dari dunia ini dalam keadaan tidak pernah melakukan kahwin mutaah dia akan datang pada hari akhirat dalam keadaan rompong.  Dalam kitab Tahzib al-Ahkam, jilid 7, halaman 254 ada menyebut bahawa kahwin mutaah tidak memerlukan saksi,wali dan perisytiharan.
(iii)            Penyelewengan Akhlak

Golongan Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah bersifat biadab terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul dengan berpegang kepada riwayat daripada  ملا باقرالمجلسي dalam kitabnya Baharul Anwar (secara dusta) daripada nabi (SAW) bahawa nabi berkata kepada Ali (Wahai Ali, Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku.  Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri seumpamanya, sedangkan aku tmempunyai isteri yang seumpamanya, daripadanya engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak lelaki seumpamanya.  Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya.  Aku sendiri bapa mertuamu sedangkan aku sendiri tidak mempunyai bapa mertua yang penyayang seperti bapa mertuamu.Jaafar adalah saudaramu sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama Jaafar.  Fatimah al-Hashimah adalah ibumu dimana aku tidak mendapat ibu seumpamanya.)) Kitab Bihar al-Anwar, kitab al-Syahadah jilid 5, halaman 511).
الكليني  menyebutkan bahawa darjah Imamah adalah lebih tinggi dari darjah kenabian, kerasulan dan khilatullah (خلة الله).  Untuk maksud ini dia الكليني)) telah berdusta atas nama Jaafar al-Sodik bahawa beliau berkata sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai rasul, dan sesungguhnya Allah telah menjadikannya rasul sebelum menjadikan khalil dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam.(Kitab al-Hujjah Minal Khafi, jilid 1 halaman 175)
Status Penwartaan:

Tidak Diwartakan

Negeri: 

  • Kelantan

Ustaz Hussein Yee: Bukan Islam Tak Boleh Sentuh Dan Baca Quran?

 

Firman Allah:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ

 

Bulan Ramadan  , bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia …..

– Al Baqarah 185

 

إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ

فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ

لا يَمَسُّهُ إِلا الْمُطَهَّرُونَ

sesungguhnya Al Qur’an ini adalah bacaan yang sangat mulia,

pada kitab yang terpelihara (Lohmahfuz),

tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan.

– al Waqiah 77-79